Wordless Wednesday #14


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Okay. Simple je ucapan aku. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu! Plus, aku nak minta maaf tak kisah la zahir ke batin ke mydin ke sardin ke, aku harap kau dapat maafkan aku kalau kalau aku ada buat salah dengan kau. Mana tahu ada yang tersentap dengan entri entri yang ada kat blog ni ke, dengan komen komen yang aku hantar kat blog kau ke, dengan status status yang aku update kat facebook ke, dengan tweet tweet merepek aku kat twitter ke, dengan video video yang entah apa apa aku upload kat youtube ke dan lain lain yang mungkin aku tak perasan. Okay? :')



potpetpotpet : Esok pakai baju warna apa?

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Blog Denaihati ada menganjurkan cabaran duit raya yang menyediakan hadiah tak lain tak bukan ialah duit raya. Okay. Siapa yang dah dijamin tak akan dapat duit raya macam aku ni boleh la join cabaran ni. Dan 10 orang rakan blogger akan mendapat duit raya sebanyak RM100 bagi setiap orang. Nak join tak? Cabaran ni akan ditutup kalau tak tengah malam ni, mungkin esok tengahari. Jom la! ;)

Tugasan dia macam senang tapi susah. Errr... Macam mana tu? Korang kena pilih satu entri daripada blog Denaihati. Kemudian, korang klik entri lain yang ada kat Related Posts dan seterusnya klik entri lain yang ada kat Related Posts sampai korang dah tak nampak tajuk entri pertama tadi kat dalam senarai Related Posts tu. Faham tak? Kalau tak faham, singgah terus kat blog Denaihati:

Okay. Ni senarai entri yang telah berjaya aku cantumkan. Total ada 11 entri. Tak banyak mana pom. Adeh. Ada rezeki nak menang ke tak ni? Tak kisah la. Apa yang penting, aku dah mencuba. :B
  1. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara terdedah oleh GaySec #OpsRamadhan
  2. Penafian Arlene Tan 
  3. Blogger Kena Saman 
  4. GaySec memohon maaf kepada Arlene Tan 
  5. Murtad kerana miskin dan penyelesaiannya 
  6. Blog menghina Islam 
  7. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi 
  8. Azan 24 jam menyebar gelombang iman
  9. Patutlah Islam terus dihina 
  10. Murtad 
  11. Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti



potpetpotpet : Tahun depan giliran aku pulak bagi duit raya. Adeh.

Made By Malaysians | Melayu Rupanya? Ingatkan Cina!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Finally, dah keluar dah video Made By Malaysians daripada Mat Luthfi. Eh. Kau dah tengok belum? Such an inspiring video you know. Aku harap video ini dapat membuktikan kepada dunia bahawasanya kita masih lagi menghormati satu sama lain di atas bumi bertuah Malaysia ini. ;)




Sama kes macam Mat Luthfi, most of the time, people selalu ingat aku ni Cina. Bila aku masuk kedai Cina je, mesti tauke tu speaking Cina dengan aku. Tapi aku tak tahu nak balas apa! So, aku senyum je la. Kadang kadang ada orang Cina kat mana mana tegur aku dengan speaking Cina. Memang tak dapat den nak jawab. Adeh. Apa apa pom, memang aku bangga la bila people ingat aku Cina. Nak tahu kenapa? Sebab aku rasa macam hensem sangat sangat. Boleh? Haha. Riak pulak kan? Astaghfirullah al azim. Dan bagi orang bukan Cina yang baru pertama kali jumpa dengan aku, dialog yang selalu terkeluar ialah:

Eh, kau Melayu rupanya? Aku ingatkan Cina tadi! Aku tengok muka macam Cina.



potpetpotpet : Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh!

Soal Siasat Hari Raya Hari Yang Mulia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Okay. Tajuk nak catchy kan? Haha. Aku kena tag dengan Fiq Fikri tadi. Actually, aku macam malas nak jawab semua soalan ni. Tapi entah kenapa tiba tiba aku macam rajin pulak nak jawab semua soalan ni. Dan dan rajin kan? Padahal dah takde idea nak update apa. Adeh. Mana nak ada idea, aku tengah syok layan rancangan tv yang paling best kat dunia iaitu SUITS. So, let's layan soalan apa yang aku dah jawab.

1. Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna?
Dark maroon.

2. Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya?
Kampung belah ayah kat Melaka.

3. Makanan kegemaran anda di pagi raya?
Lontong.

4. Lagu raya yang paling menyentuh hati?
Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman.

5. Berapa rumah anda akan kunjung pada hari raya pertama?
Raya pertama memang lebih kepada family semata-mata. So, usually, aku stay kat kampung je la. Tak pergi mana mana rumah pom.

6. Berapa pasang baju raya anda ada?
Baju melayu ada sepasang je. Yang lain lain tu ada la sikit.

7. Adakah anda seorang perantau?
Perantau ni macam orang yang kena santau ke?

8. Di pagi raya, part mana anda paling sedih?
Part paling sedih bila terlepas rancangan rancangan yang best sebab tengah sibuk ambil gambar. Boleh?

9. Menu pagi raya di rumah anda?
Nasi himpit dan rendang ayam.

10. Kampung ibu/ayah anda raya tahun ini anda akan balik?
Every year, family aku mesti balik dua dua belah kampung. For example, siap for example tu! Haha. For example, tahun ni, raya pertama kitorang balik kampung belah ayah. Lepas tu, raya kedua kitorang balik kampung belah ibu pulak. Tahun depan? Tukar giliran je la. Raya pertama kitorang balik kampung belah ibu dan raya kedua kitorang balik kampung belah ayah pulak. Dua tahun depan? Raya pertama kitorang balik kampung belah ayah dan raya kedua kitorang balik kampung belah ibu pulak. Tiga tahun depan? Errr... Nak aku bagitahu jugak ke? Boleh je kalau nak. =_=



potpetpotpet : Berat badan macam 'turun'. Errr... Faham tak? Haha.

Karena Status Kita Hamba

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Hari ni aku nak kongsi lagu terbaru daripada Wali Band yang berjudul Status Hamba. Tak tahu la korang nak dengar ke belum. Tapi lirik dia best kot. Entah. Aku rasa macam best. Okay. Sila dengar lagu Status Hamba ni kat bawah. Tak tahu macam mana nak dengar? Guna telinga je. Boleh? Haha. Tekan la button play tu. :B


 Lirik Status Hamba
Ayo kita semua anak manusia
Yang tak luput dari dosa
Lelaki wanita yang tua yang muda
Semua pasti pernah salah

Tak ada satu pun yang hidup sempurna
Karena status kita hamba
Yang Maha Sempurna ya Allah Ta'ala
Karena status Allah Tuhan kita

Wahai Allah wahai Tuhanku ampuni semua dosa-dosaku
Dosa ibu dan bapakku dan dosa-dosa semua hambaMu
Wahai Allah wahai Tuhanku berikan kebaikan duniaMu
Kebaikan akhiratMu, jauhkanlah api nerakaMu

Berbuatlah untuk duniamu kawan
Seakan hidup selamanya
Berbuatlah untuk akhiratmu teman
Seakan esok tiada



potpetpotpet : Kalau status belum berkahwin boleh?

Wordless Wednesday #13


Tahniah Kepada Semua Calon Top 20 Bagi Hizami, Nak Header Satu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Aku dah ada senarai blogger penerima header untuk Hizami, Nak Header Satu! ni. Tapi aku tak nak bagitahu sekarang boleh? Sebab sekarang aku dengan bangganya membawakan senarai mereka yang dah berjaya mendapat tempat dalam Top 20. Anyway, pemilihan ini telah dibuat hasil daripada perbincangan aku dengan kawan baik aku. Siapa kawan baik aku tu, biar aku je yang tahu. Takut nanti tak pasal pasal kau serang dia selepas kau dapat tahu yang kau tak tersenarai pom. Errr... Harap harap takde siapa nak tunjuk perasaan. Kalau ada pom, aku buat buat tak nampak je. Kejam tak? :B

  1. http://drakedosh.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  2. http://armazaqya.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  3. http://pandacomei.blogspot.com/2011/07/hizaminak-header-satu.html 
  4. http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  5. http://sejernihsalju.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  6. http://myhurtbubu.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  7. http://ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  8. http://cikinaberry.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  9. http://natsumiakira.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  10. http://najihahsahami.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  11. http://pkcikazizdaughter.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  12. http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  13. http://puterizyan.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  14. http://imahsukahijau.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  15. http://ayie-fikri.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  16. http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  17. http://nuruhuda329.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  18. http://gemukbulat.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html 
  19. http://sarahzulkipli.blogspot.com/2011/07/hazami-nak-header-satu.html 
  20. http://cadbury-lurve.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html

Ingat senang ke nak pilih Top 20 ni? Sesungguhnya meneran masa berak lagi senang wa cakap sama lu! Daripada senarai ni, aku hanya bagi header kat 10 orang blogger yang terpilih SAHAJA. So, kepada mereka yang dah tersenarai kat atas ni, boleh la start pilih gambar gambar korang yang paling hensem atau cun untuk ditempek kat header. Kalau takde gambar gambar yang paling hensem atau cun, yang bajet hensem atau cun pom boleh. :P

Tak dilupakan jugak, kepada mereka yang tak berjaya, aku nak ucap jutaan terima kasih kepada korang sebab sudi join Hizami, Nak Header Satu! ni. Tanpa korang, siapa la aku. Okay. Dah macam ucapan artis kan? Kalau boleh, tolong anggap ini bukan rezeki korang dan jangan serik untuk mencuba lagi. :P



potpetpotpet : Rezeki Allah tentukan. ;)

    Tanda Si Dia Tidak Berminat Dengan Kamu Di Laman Facebook

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Mentang mentang lagu Cinta Muka Buku tengah hangat sekarang, terus nak buka topik pasal facebook la? Isu semasa beb. Tak salah kan? Haha. Anyway, aku bet sana sini adik adik sekolah yang baru nak naik tu cari kapel kat laman facebook. Dan aku rasa dorang lagi hebat kot, kalau nak banding dengan aku yang skema ni. Yes. Aku awek pom takde. >_<

    Kali ini, aku tak nak cerita pasal tanda si dia berminat dengan kau tapi aku nak cerita pasal tanda si dia tidak berminat dengan kau, specially kat laman facebook. So, aku harap kau boleh la sediakan beberapa keping tisu kenduri yang kasar dan berwarna merah tu kalau kalau si dia ada menunjukkan tanda yang sama macam aku bagitahu kejap lagi. Sebab? Sebab mungkin kau bukan pilihan si dia. Okay. Boleh pasang lagu Balik Kampung sekarang. Dah nak raya kan? =_=

    Apa tanda si dia tidak berminat dengan kau? Kau punya la beriya iya chat tanya si dia macam macam soalan, tapi? Si dia balas chat dengan satu perkataan je! Soalan kau bukan main panjang, dia sempat balas dengan satu perkataan je. Paling tak boleh belah, dia tak tanya kau satu soalan pom. Sedih tak? :B

    Kau : Apa khabar orang di sana aduhai pom?
    Si dia : Sihat.
    Kau : Tengah buat apa je tu? Takkan online je? Tak pergi mana mana ke?
    Si dia : Tak.
    Kau : Rasa rasa hujan tak petang ni sebab mendung daripada tadi je kan?
    Si dia : ;)

    See? Dah malas nak chat, si dia bagi smiley je? Kejam! Kalau kau masih tak dapat rasa yang si dia ni takde masa nak layan kau, memang aku kesian dengan kau. Nasihat aku, baik layan twitter daripada layan facebook ni. Haha. :P



    potpetpotpet : Ada sesiapa nak tambah?

    5 Lagu Raya Pilihan

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    #1 Jalil Hamid - Raya
    Lagu paling best kot! Even lirik dia merepek habis tapi mood raya berjaya disampaikan dengan bersahaja. Lagu ini bertambah menarik dengan nyanyian koir daripada suara chipmunk pada penghujung lagu ni. Jangan mudah tertipu dengan suara chipmunk tersebut sebab kau mungkin ingat suara chipmunk itu ialah suara budak budak. See? Itu bukan suara budak budak ye. Scary you know. Haha.




    #2 Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya
    Lagu ni sangat catchy bagi aku. Kau boleh nak nyanyi ku senandungkan lagu untukmu yang jauh di mata daku kirimkan kasih di angin lalu dalam satu nafas? Dengan bangganya, aku boleh je. Tapi kalau kau ada penyakit semput tujuh keturunan, aku nasihatkan kau supaya tak payah la nyanyi verse tu dalam satu nafas. Memang tak baik untuk kesihatan kau. Atas nasihat doktor, kau dengar je lagu raya lain. Boleh?




    #3 Senario - Seminggu Berhari Raya
    Lagu wajib dengar aku masa raya! Kalau tak dengar, aku rasa macam tak raya je. Errr... Tipu sikit sikit takpe kan? Haha. Lagu Seminggu Berhari Raya ni ada cerita yang sangat menarik dan disampaikan secara berjenaka. Memang tak bosan la kalau kau nak dengar lagu ni dua puluh empat jam. Lagi lagi, aku rasa macam nak tampar je muka sorang sorang bila part hoi hoi hoi tu.




    #4 Anuar Zain - Bersabarlah Sayang
    Okay. Mungkin lenggok Anuar Zain agak annoying bagi some of you. Tapi telinga aku dengar okay je, takde masalah langsung. In fact, aku suka Anuar Zain cover lagu Bersabarlah Sayang ni. Dia dah jadikan lagu ni dua kali ganda sedih dia. Kalau sebelum ni aku menangis dengar Sanisah Huri nyanyi lagu ni, sekarang aku bukan sahaja menangis bahkan aku meraung dengar Anuar Zain nyanyi lagu ni pulak. Percaya la kau.




    #5 Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
    Aku suka lagu ni sebab suara Khairil Johari Johar yang merdu. Meleleh hingus dengar suara dia. Lagu Sepasang Kurung Biru ni lain macam sikit. Dia tak cerita lebih lebih pasal raya tapi dia terlebih cerita pasal memori dia dengan seseorang yang pernah pakai baju kurung warna biru masa raya tahun lepas. Eh. Sukahati je tahun lepas kan? Adeh. Tapi aku rasa macam aman damai je bila dengar lagu ni masa raya.




    potpetpotpet : Lagu raya pilihan kau?

    Wordless Wednesday #12

    Siapa Bakal Membawa Pulang Header?

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Haaa... Siapa bakal membawa pulang header? Seperti yang diketahui ramai orang, macam la ramai sangat kan? Seperti yang diketahui beberapa orang, Hizami, Nak Header Satu! telah berlangsung pada 19 Julai 2011 yang lalu. Pejam celik pejam celik, dah nak dekat sebulan dah ni. Oleh itu, dengan secara tak berapa nak siriyes, aku dengan ini menutup Hizami, Nak Header Satu! daripada sebarang penyertaan bermula sekarang. :B

    So, bila aku nak umumkan penerima header ni? Okay. Aku sekarang tengah check balik satu persatu entri yang ada. Errr... Total semua entri ada 122 sahaja. Eh. Kenapa tak banyak lagi? Tak ke senang kerja aku nak check balik satu persatu entri nanti? =_=

    But, don't worry! Aku akan cuba cari penerima header ni secepat yang mungkin. ;)

    Okay. Itu je kot? Aku nak sambung mencari siapa yang bakal membawa pulang header yang comot daripada aku ni. Haha. Sebelum aku menamatkan entri pada hari ini, aku nak bagitahu satu slogan yang mungkin boleh membuatkan kau terus give up dengan hidup kau. Boleh? Aku nak bagitahu kau bahawasanya menang kalah itu adat pertandingan. #okbai



    potpetpotpet : Klik kat sini if nak tengok senarai calon yang terlibat.

    Buka Puasa Ramai Ramai (Edisi Blogger)

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    Credit to Adam Arjuna.


    Okay. Gambar kat atas ni telah diambil pada 13 Ogos 2011, bersamaan dengan 13 Ramadhan 1432. Hari Sabtu hari tu aku join parti buih yang telah berlangsung di kediaman Amir Rayyan. Haaa... Takde kerja nak buat parti buih tengah tengah bulan puasa ni? =_=

    Merujuk kepada gambar di atas, majlis berbuka puasa atau iftar ini telah dianjurkan oleh Qarl dan pengarah bersama iaitu Amir Rayyan. Majlis tertutup ini menjemput lebih kurang 20 orang blogger yang berada di seluruh negara. Cehhh... Menggunakan konsep pot luck, each one of us kena bawa hidangan masing masing. Mula mula aku nak bawa bihun goreng. Tapi at last aku tukar nugget sahaja. Yes. Nugget SAHAJA. Haha. Aku takut bihun goreng tak laku nanti sebab aku dapat tahu yang nasi dengan lauk pauk ada disediakan. Dan syukur ke hadrat Illahi, bukan sebab nugget aku habis dengan cepat, tapi sebab aku membuat keputusan yang bijak untuk tidak membawa bihun goreng. :P

    Apa apa pon, memang sedap gile makan buka puasa hari tu. Ada cookies and muffins made in Germany, ada roti jala resipi goyang fuuyoo, ada donuts Big Apple beli sendiri, ada kuey teow goreng basah basah manja, ada bihun sup siap bungkus macam nak jual, ada caramel, ada nasi hujan panas ribut petir, ada ayam masak merah, ada nugget yang SANGAT SEDAP dan banyak lagi. Yes. Aku tak tipu, memang banyak lagi. Burppp!!! Alhamdulillah. See? Sampai hari ni aku sendawa muffins hari Sabtu hari tu. Boleh? :B

    Jom layan gambar gambar yang aku ambil guna DSLR pinjam. =_=




    Salam persahabatan:

    Sila klik nama siapa siapa yang kau suka untuk terjah blog dia. Eh. Kalau kau klik banyak kali tapi tidak mendatangkan kesan apa apa, ada dua je maksud dia. Yes. Maksud pertama ialah dia takde blog. Dan maksud kedua ialah aku tak tahu alamat blog dia! Boleh? =_=

    Dengan izin Allah, kalau ada jodoh, kita jumpa lagi ye. Seronok dapat kenal kawan kawan baru ni. Even nampak malu malu ayam sebab baru pertama kali jumpa, tapi still dapat get along especially masa main games. Macam macam perangai! Amir Rayyan dengan excited suruh fokus sebab nak menang, Pojiepooh dengan lompat kanggaru jadi lompat kuda, Ijat Asni dengan gaya karipap, Wan Fuuyoo dengan gelak tawa seperti tertelan speaker, memang meriah gile malam tu. :D


    Credit to Adam Arjuna.



    potpetpotpet : It's a beautiful life!

    Selepas Sahur

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Nak tahu apa yang aku buat selepas sahur? Ni dah tahu ni, senyap senyap sudah. Jangan bagitahu orang lain! Tak pasal pasal buat malu aku je. Eh. Update kat blog sendiri tak malu pulak? Tapi tak sama kau bagitahu orang lain dengan aku bagitahu kau. Boleh? =_=

    • Tidur sampai pukul tak boleh bagitahu.
    • Online tak habis habis.
    • Tengok movies.
    • Dengar lagu lagu yang bukan daripada IKIM FM.
    • Hantar adik aku pergi tadika.
    • Mandi.
    • Ikat langsir.

    Itu je kot. Aktiviti kerohanian? Biar aku je yang tahu. Tak perlu nak bagitahu kau kot. Tak pasal pasal aku riak nanti. Tak ke sia sia pahala aku nanti? :P


    potpetpotpet : Ada tak yang sama macam aku?

    Kenangan Puasa Yang Mencuit Hati

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Okay. Aku nak cerita pasal kenangan puasa aku yang mencuit hati masa aku budak budak dulu. Eh. Mencuit hati tu boleh jadi something yang kelakar, sedih, biasa biasa je atau eh macam ni pon ada. So, it's up to you la kalau nak rasa kelakar ke, sedih ke, biasa biasa je ke atau eh macam ni pon ada ke. Selamat datang ke dunia Budak Lelaki Sebelah Pintu!


    #1
    Aku bangun pagi macam biasa. As usual, aku tak sabar pulak nak tengok kartun kegemaran kat TV1. Aku kalau tengok tv memang tak sah kalau tak kunyah apa apa. Tanpa aku sedar, aku ambil satu bekas biskut gula. Aku makan kepingan pertama. Then, kepingan pertama pon habis. Next, aku makan keping kedua pulak. Kepingan kedua tak sampai separuh, tiba tiba ada suara menyapa dari belakang.

    "Bang, tak puasa ke, bang?"

    Okay. Aku lupa! Aku boleh tak ingat yang aku tengah puasa? Masalahnya sekarang, aku tengah tercekik ni. Macam mana aku nak minum? Cuba bagitahu aku macam mana? Dah la aku tengah tercekik ni. Takkan nak minum? Aku puasa beb! Aku puasa! Memang tercekik sampai berbuka la jawabnya. =_=


    #2
    Aku tengok jam. Adeh. Baru pukul 6 petang? Lambat lagi nak berbuka ni. Apa aku nak buat ni? Kau ada cadangan? Haaa... Mungkin aku boleh pergi mandi kot? Jom? Lalala. Lalala. Lalala. Aku tak tahu nak tulis apa pasal mandi. So, anggap je la aku tengah mandi ni. Lalala. Lalala. Lalala.

    "Allahu akhbar Allahu akhbar!"

    Oh. Dah azan ek? Apasal aku ada kat dalam bilik air lagi ni? =_=


    #3
    Lagi 10 minit nak azan Maghrib! Aku tak sabar, aku terus duduk kat meja makan. Aku tengok tengok apa yang ada kat atas meja tu. Sedapnya! Tunggu punya tunggu, tinggal lagi 5 minit kot? Okay. Aku kena get ready ni. Aku tuang air kat dalam cawan. Lepas tu aku terus minum. Eh. Aku terus minum! Tapi masalahnya, azan Maghrib belum berkumandang lagi! Adeh. Macam mana aku boleh terminum pulak ni? Takpe takpe. Dorang tak nampak kot? Even dorang ada kat meja makan tu jugak, aku yakin dorang tak nampak. Yakin ye. Okay. Aku kena tunggu azan Maghrib semula.

    "Dah azan pon!"

    Baca doa buka puasa, baca doa makan, lepas tu aku pon minum air tu balik. Eh. Masa part yang aku terminum tadi, aku macam tak baca semua tu pon? =_=



    potpetpotpet : Apa kenangan kau pulak?

    Wordless Wednesday #11


    Pelajar Malaysia Cedera Dirompak (Rusuhan London)

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dah salam sejahtera!

    Astaghfirullah al azim. Kejam gile aku tengok video kat bawah ni. Adeh. Macam mana those guys boleh sampai hati nak merompak seorang budak yang sangat helpless? Yes. Seorang budak yang sangat helpless! Dengan mulut penuh darah, beberapa batang gigi tercabut, aku tak dapat bayangkan kalau aku berada kat tempat dia. Oh. Memang aku tak dapat nak bayangkan. :'(


     

    Salah satu daripada komen yang terdapat kat video ni:
    He is a Malaysian student, Asyraf Haziq. He was attacked and robbed randomly in Barking, London. He was on his way to get some food for iftar. He is now in Royal London Hospital with broken jaw and broken tooth. He is undergoing operation soon. He lost his mobile phone, wallet. He is first year student from KAPLAN College.


    potpetpotpet : Cuba bayangkan kalau kau yang kena?

    Sayang Kamu Jugak!

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    Dah lebih dua bulan aku meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Redza. Yes. Dah lebih dua bulan ye. I thought dorang dah lupakan aku. Tapi tidak sama sekali. Sampai sekarang, still ada yang call my number, ada yang tegur kat twitter, ada yang chat kat facebook dan ada yang sms bertanya khabar. Paling dahsyat, ada yang call guna public phone kat sekolah sebaik sahaja tamat waktu sekolah. Like I said, sampai sekarang ye. Adeh. :')

    For me, itu satu penghargaan la. Aku tak harap sangat dorang ingat aku sampai sekarang. Sebab aku berada kat sekolah tu dalam masa kurang empat bulan sahaja. Tak sampai setahun, apatah lagi setengah tahun. As expected, bukan semua pelajar macam tu. Only a few of them je yang masih ingat kat aku. Anyway, aku okay je. People come and go. That's what they do. ;)

    Semalam, one of them ada tag aku kat salah satu gambar yang dia upload. Nak tahu macam mana rupa gambar tu? Silakan tengok gambar tu kat bawah ni. :B


    Rujuk kat sini kalau kau ingat aku sengaja reka cerita.


    Terima kasih sebab ingat kat cikgu lagi. Dengan izin Allah, kalau ada jodoh, kita jumpa ye. Mungkin pada hari raya nanti? Tapi cikgu tak dapat nak bagi duit raya la sebab cikgu tengah menganggur sekarang ni. So, tak payah nak mengada ngada mintak duit raya kat cikgu. Memang tak akan dapat punya. Kalau mintak jugak, mungkin akan dapat selibas lempang? Haha. :P



    potpetpotpet : Macam awal lagi je nak cakap pasal raya ni.

    Siti Nurhaliza Duet Sean Kingston!

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Aku dengar kat radio tadi, Siti Nurhaliza bakal berduet dengan Sean Kingston untuk album Inggeris dia yang berjudul All Your Love tu. Yes. Sean Kingston yang popular dengan lagu lagu seperti Beautiful Girls, Me Love dan jugak Fire Burning. Kenal ke tak? Haha. Macam la kau tak tahu kan? Sean Kingston ni pernah datang Malaysia sebelum ni. Kalau tak silap, masa Shout! Awards. Okay. Dah tu je kot pasal Sean Kingston. Eh. Ada lagi! Sean Kingston baru je sembuh daripada accident yang sangat mengerikan. :B

    So, tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza kerana bakal berduet dengan Sean Kingston even bunyi dia tak sehebat Mizz Nina yang dapat berduet dengan Flo Rida. Eh. Dah dengar belum lagu Take Over, Mizz Nina featuring Flo Rida ni? Ni lagu dia kat bawah ni. ;)


    Mizz Nina featuring Flo Rida - Take Over



    potpetpotpet : Kenapa tak pilih Justin Bieber? =_=

    Berbuka Puasa Secara Percuma Di Hotel Sebab Ada Orang Belanja!

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    Semalam ada orang belanja aku buka puasa. Tapi bukan awek la. Sigh. T_T

    Adie yang belanja aku buka puasa. Tiba tiba je dia baik ni. Apahal pulak kan? Ada simen di sebalik batu bata ek? Haha. Takde la. Dia nak belanja aku sebab aku tolong dia makeover blog dia hari tu. So, ni kira balas dendam la ni. :B

    Kitorang buka puasa kat Hotel Seri Malaysia. Harga memang berpatutan gile. Kalau kau nak tahu, terdapat lebih kurang 150 jenis makanan yang telah disediakan. Kau boleh nak telan 150 jenis makanan dalam masa tak sampai satu jam? Adeh. Nak tengok betapa sikitnya bilangan pinggan yang kitorang letak kat atas meja makan kitorang? Tengok la. :P


    Sikit je ni.


    Ada udang cili api masak nenas. Ada kambing golek. Ada ayam masak kicap. Ada mee goreng. Ada satay. Ada sosej. Ada ulam. Ada kerabu mangga. Ada agar agar. Ada tembikai. Ada aiskrim. Ada air batu campur. Dan lain lain. Sikit je ni. :B

    For me, takde la banyak mana pon. Bilangan pinggan tu je yang banyak. Sebab tu nampak macam banyak je. Okay. Dalam banyak banyak banyak, banyak apa yang tak banyak? Banyak la kau! Boleh? =_=

    Kalau tengok pada jenis hidangan tu, memang la banyak. Eh. Tak habis lagi pasal banyak ni? Tapi kalau tengok pada kuantiti setiap hidangan yang kitorang letak atas pinggan tu, takde la banyak mana pon. Sikit je. Kitorang cuma nak rasa je. Tolong la percaya. Aku tak tipu. Siriyes. Aku sangat jujur ni. Percaya la. Please please please. Errr... Macam tak perlu je merayu-rayu ni? =_=


    Auuummm...


    Apa apa pon, aku nak mengucapkan terima kasih banyak banyak kat Adie! Kalau kau tak belanja aku, memang aku tak pernah merasa buka puasa kat hotel ni. So, ni macam pengalaman pertama aku buka puasa kat hotel la kot. Aku siriyes ni. :')

    Aku kalau kat rumah, memang susah nak makan luar. Ibu ni rajin masak. Masalahnya, sedap pulak tu. So, memang makan kat rumah je la. :D


    Terima kasih daun keladi. Kalau boleh belanja lagi.



    potpetpotpet : Tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Tak gitu ling?

    Doodle Hari Raya

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Hai. Pasal doodle lagi nampaknya. Tema kali ni ialah selamat hari raya aidilfitri hari bahagia hari yang mulia. So, aku pakaikan budak ni songkok senget dengan baju melayu. Budak ye. Adeh. Nampak tak huruf H kat tengah tengah tu? Nak tahu kenapa? Sebab nama budak ni ialah Hizami. Eh. Sama nama macam aku la! =_=

    Entri syok sendiri ini ditaja oleh streamyx bayar bulan bulan. :B



    potpetpotpet : Happy break fasting!

    Comel Ke Doodle?

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    Percubaan pertama yang tak berapa nak berjaya.


    Comel ke? Aku baru je buat tadi. Adeh. Tak tahu nak panggil apa ni. Doodle ke? Tapi tak rupa doodle pon? Aku rasa lebih kepada kartun kot? Macam tak jadi sangat kan? Eh. Doodle tu kartun ke? Atau kartun tu ialah doodle? :B

    Menurut wikipedia:
    Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes.

    Takpe takpe. Baru percubaan pertama kan? Lepas ni mana tahu dah boleh buat animasi macam Upin & Ipin terus. Okay. Angan angan yang tak berapa nak munasabah. =_=

    Aku guna Adobe Illustrator CS3 je ni. Macam haremmm nak buat doodle ni. Nak buat bentuk ellipse pon tak jumpa button dia mana satu. Memang sampai terkeluar perkataan bodoh je tadi. Astaghfirullah al azim. Kurus dah pahala puasa aku. Adeh. Malam ni kena solat tarawih 20 rakaat la sebab sebelum ni cuma 8 rakaat je, nak cover balik punya pasal. :B

    Anyway, kenapa aku tiba tiba nak buat doodle ni? Sementara benda ni tengah hangat di pasaran, better aku try sekarang. Kalau nak tunggu tahun 2020 baru nak buat doodle ni, memang nak kena tampar laju laju la kan? Sebab umur aku dah 32 tahun dah masa tu. =_=



    potpetpotpet : Siapa suka doodle? Eh. Bukan dodol ye. Tahu la dah nak raya tak lama lagi.

    Saya Segak Berbaju Melayu

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    As usual, habis je sahur, aku terus online. Memang takde kerja lain dah. Aku bet kau pon sama macam aku kot. Tak gitu ling? :P

    So, pagi pagi lagi aku dah tengok blog. First, aku check kotak jerit tu. Tiba tiba ternampak la ada sorang blogger tu tengah promote contest dia. Dan aku tertarik dengan contest dia. Sebab apa? Sebab baju melayu! Yes. Kebetulan pulak aku baru photoshoot dengan baju melayu, contest ni memang datang tepat pada masanya. Woof! Woof! :B


    Comel gile banner dia. Klik kat sini kalau nak bersaing dengan aku. Haha.


    Haaa... Kau ingat aku sengaja nak woof woof? Banyak la! Nama blog penganjur contest ni ialah Kucings. That's why aku buat bunyi anjing tu. Nampak tak connection dia? Anjing? Kucing? =_=

    Contest ni senang je. Lelaki kena tempek gambar dia pakai baju melayu. Perempuan pulak sah sah la dengan baju kurung kan? Eh. Kau nak pakai kain batik pon boleh je. Tapi kena pastikan dulu yang penganjur contest tu ialah kau, baru kau boleh pakai ikut suka hati kau. Setuju? Okay. Terima la gambar aku yang tak seberapa kat bawah ni. ;)


    Biar segak jangan berlagak. Boleh?


    Gambar ni diambil dua hari sebelum puasa kat Masjid Selat, masjid yang menjadi tumpuan para pelancong kat Melaka ni. Tujuan gambar ni diambil ialah tak lain dan tak bukan untuk menjual baju melayu ni. So, ada sesiapa nak beli tak ni? Takkan tengok je? Adeh. :B

    Dah siap dah. Simple je kan? Apalagi tunggu? Let's meriahkan contest ni. Menang ke tak, tu belakang cerita. Yang penting, semangat tu kena ada. :)



    potpetpotpet : Tajuk entri telah ditetapkan oleh penganjur contest ni. Tak payah nak tuduh aku perasan.

    Kurma Badam Yang Sedap Gile

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Honestly, aku jarang makan kurma masa berbuka. Aku tahu sunnah makan kurma ni. Tapi tekak aku ni macam liat sikit nak telan kurma. Salahkan tekak pulak dah. Boleh? So, tahun ni ibu beli kurma badam sama seperti gambar kat atas tu. At first, macam biasa la, aku tak teruja pon. Setelah dipaksa, baru aku makan. Errr... Nak tahu rasa dia macam mana? Sedap gile! :B

    Kurma badam ni special sikit daripada kurma biasa. Sebab kurma badam ni telah diletakkan dua biji badam kat tengah tengah dia tu. Dua biji badam ye puan puan, bukan satu biji je. Time kurma badam ni masuk kat mulut, memang menangis la sedap dia. Rasa badam yang rangup apatah lagi disaluti manisnya kurma ini. Memang rugi la siapa tak cuba lagi. :P

    Sekarang aku nak makan kurma badam je. Tak nak makan nasi dah. Dahsyat tak? :)



    potpetpotpet : Tak kenal maka tak cinta.

    Shahir AF8 Bakal Bersara Dalam Masa Yang Terdekat

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Shahir AF8 bakal bersara daripada dunia seni dalam masa yang terdekat? Siriyes! Aku dengar kat radio Era FM tadi. Dengar kata Shahir AF8 tak tahan dengan penganiayaan daripada pihak pihak tertentu. Errr... Apakah penganiayaan yang telah Shahir AF8 terima? Adeh. Sabar je la. Manusia zaman sekarang memang tak boleh nak tengok kesenangan orang lain. Eh. Bukan zaman sekarang je tapi dulu dulu pon sama jugak. Entah kenapa nak jealous aku pon tak tahu la. Padahal rezeki tu Allah yang tentukan. Kalau dah rezeki kau, memang kau punya la kan. Kalau rezeki aku pulak? Kau punya jugak ke? Lempang laju laju nak? :B



    potpetpotpet : Bila aku nak bersara pulak? Eh. Kerja pon belum. =_=

    Wordless Wednesday #10


    Bila Khairul Fahmi (Apek) Putus Tunang

    Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Tu dia Khairul Fahmi atau Apek tengah google pasal kisah dia putus tunang. Tak tahu nak click yang mana satu. Adeh. Kesian Apek. Siapa suruh dia hebat sangat dalam menjaga gawang gol kan? Cuba kalau dia biar semua bola tu bolos je, mesti orang tak berapa nak ambil pusing pasal dia sekarang. Errr... Okay. Aku gurau je beb. Jangan nak siriyes sangat boleh? :B

    Eh. Aku sokong siapa ni? Sebagai lelaki, tentu la aku sokong Apek! Yang perempuan pulak, sila sokong tunang dia tu. Haha. Kejam gile! Tak adil kot nak sebelahkan sesiapa dalam hal ni. Sebab kita pon tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang ini kata itu, yang itu kata ini. Yang itik kata ayam, yang ayam kata itik. So, baik makan kepci! Kalau setakat baca kisah dorang kat mana mana blog, tak payah la nak sebelahkan sesiapa. Tak pasal pasal buat tambah kilogram dosa je. Tak gitu ling? :P

    Kita abaikan je la kisah Apek putus tunang ni ye. Let's fokus kat prestasi #harimaumalaya je. Hauuusss!!! Eh. Silap. Hauuummm!!! :)



    potpetpotpet : Pasti berjaya di Akademi Fantasia! =_=

    Aku Siriyes Lain Macam Bila Cakap Pasal Solat Sunat Tarawih Ni

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Aku baru balik daripada solat sunat tarawih ni. Errr... Perlu ke nak buat pengumuman kat blog ni? Kena la kot! Haha. Kalau tak nanti aku kena pandang serong pulak bila korang ingat aku tak pergi solat sunat tarawih. Boleh ke macam tu? Adeh. Teruk gile pandangan aku kan? Padahal solat sunat je pon. Kalau tak pergi pon takpe la kan? So, tak perlu la nak tanya soalan pergi ke tak solat sunat tarawih kat orang lain semata-mata nak tunjuk yang kau pergi solat sunat tarawih tu? Tak gitu ling? :B

    Apa maksud tarawih tu ye? Actually, aku pon tak berapa nak tahu masa aku taip entri ni. So, aku terus google pasal tarawih. Nak tunjuk pandai punya pasal. Kau ada perangai macam aku? Errr... Tak pasal pasal nanti ada yang komen suruh aku mengucap banyak banyak sebab nampak sangat aku ni macam riak dan takbur. Adeh. Cepat betul korang buat kesimpulan ye? Takpe takpe. Allah Maha Mengetahui. Dan sesungguhnya Allah tahu apa niat aku. So, biar la Allah decide whether aku ni riak ke takbur ke. Tak gitu ling? :P

    Apahal entri aku kali ni siriyes lain macam je? Sekali sekala derrr... Boleh je kan? Okay. Tadi aku nak cakap pasal maksud tarawih kan? Tapi sayangnya aku macam dah terbabas banyak. Hehe. Biasa la beb! Manusia kan? Banyak la salah silap dia. Eh. Macam nak terbabas lagi je ni? Adeh. Dah dah. Maksud tarawih ialah duduk bersenang-lenang atau beristirehat. So, solat sunat tarawih? Adakah solat sunat sambil duduk terbungkang lepas tu bersandar kat dinding dengan perut memboyot ke depan? Banyak la kau! Solat sunat tarawih membawa maksud solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Yes. Akhirnya tercapai jugak objektif entri ni nak cakap pasal maksud solat sunat tarawih ni. Tapi setelah tiga perenggan la kan? =_=



    potpetpotpet : Remind me.

    Dah Semua Orang Wish, Takkan Aku Sorang Tak Nak Wish Kot? Sangat Tak Logik!

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



    Dah semua orang wish, takkan aku sorang tak nak wish kot? Sangat tak logik! Oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan sebelum Syawal iaitu bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang berada di dunia ni. Yes. Dengan harapan la satu dunia nak baca blog aku kan? =_=

    Bulan Ramadhan memang sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang suka berpuasa. Tapi bagi mereka yang tak suka berpuasa pulak, mungkin dorang sedang memikirkan cara atau kaedah yang terbaik untuk menelan sebungkus nasi lemak ayam berempah pada esok pagi. Errr... Ni bukan berdasarkan pengalaman aku ye. =_=

    So, selamat berpuasa la ye. Perlu diingat, bukan setakat puasa perut je! Tapi kena puasa mata, telinga, mulut, hati dan tingkah laku jugak. Semoga bulan Ramadhan kali ini mendatangkan seribu satu hikmah buat diri kita semua. :)

    Mungkin ada yang akan menyindir dengan sinis - jadi baik masa bulan Ramadhan je ke? bulan lain? Okay. Meh sini aku nak cakap sikit. At least, dorang ada usaha untuk jadi baik masa bulan Ramadhan. Like I said, at least ye. Dan cuba kau bayangkan kalau dorang tak ambil peduli langsung pasal bulan Ramadhan, tak ke lagi teruk? :B

    Dah la. Jangan lupa sahur ye! :D



    potpetpotpet : Niat dah baca?

    Hizami, Nak Header Satu!

     INI ENTRI MELEKAT SENDIRI

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

    Apa khabar semua? Dah makan ke belum? Tu ayat artis tanya kat peminat peminat dia ye. Haha. Anyway, malam ni aku ada surprise sikit. Aku nak bagi header percuma kepada beberapa orang blogger yang TERbertuah! Yes! Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ialah cantik sangat ke header yang aku buat ni sampai nak bagi header kat orang lain? Sama sama la kita abaikan persoalan tu. =_=

    Eh. Ni bukan contest. Tapi lebih kurang macam ikut suka hati aku la nak bagi header kat siapa macam tu. Boleh? Hehe. Takde la. Ni macam aku nak bagi hadiah secara rawak la. Lebih kurang macam cabutan bertuah kot? Aku nak bagi hadiah tapi aku tak bagi kat semua orang. Aku bagi mereka yang TERbertuah je. Eh. Tapi takde la cabutan bertuah sangat. Sebab ada jugak syarat syarat dia. Okay. Dah pening kan? Skip je la perenggan ni. Eh. Memang dah habis pon perenggan ni. =_=




    Apa yang perlu korang buat?


    1) Buat satu entri pasal Hizami, Nak Header Satu! dengan menggunakan tajuk yang paling hensem di dunia iaitu Hizami, Nak Header Satu!. Tak payah nak tambah please please please kat hujung tajuk tu.

    2) Next, letak banner kat atas ni dalam entri kat blog korang. Dan jangan lupa selitkan pautan link ke entri Hizami, Nak Header Satu! ni. Meh sini aku bagi url entri ni:


    3) Sila lengkapkan slogan kat bawah ni:

    'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab ..........'
    (tidak melebihi 20 patah perkataan)

    4) Sila tag seorang sahaja kalau boleh.

    5) Nak kena follow Budak Lelaki Sebelah Pintu ke? Up to you la beb.

    6) Submit entri korang kat ruangan komen kat bawah ni.


    Senang je kan? Apalagi tunggu? Jom la join. Aku tak decide lagi nak bagi header ni kat berapa orang blogger. Tengok la nanti. Kalau tak berapa nak banyak penyertaan, mungkin semua blogger yang masuk akan dapat header? Siapa tahu kan? Doa doa la sikit penyertaan ye. Boleh doa macam tu? :B

    Eh. Ada info tambahan. Kalau ada blogger yang TERbertuah tu tak berapa mahir nak edit blog dia, aku akan makeover blog dia terus. I mean, full makeover! Best tak best tak? Errr... Biasa je kan? =_=

    Takde tarikh tutup boleh? Haha. Nanti aku update ye. >_<



    potpetpotpet : Ada yang berminat?