+ -

Pages

Eksklusif Punya Video! Errr... Kalau Aku Bagitahu Ini Video Nasyid, Mesti Takde Orang Nak Tengok Kan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Kali ni aku nak berkongsi dengan korang satu video yang special lagi eksklusif. Video ini tidak dijual di mana mana kedai cetak rompak yang berdekatan. Dan video ini bukan video lucah. Itu yang penting! Haha. Video ini memaparkan gelagat enam orang lelaki tengah menyanyi. Senang cakap, ini video persembahan aku dengan geng masa Festival Nasyid UTeM 2011 hari tu. Nak tengok tak? Boleh je kalau nak tengok. Tapi sebelum tu, korang kena tengok gambar aku tengah pegang piala dengan replika cek yang tak berapa nak besar tu. XD




Dah tengok gambar aku kan? Okay. Sekarang baru la korang boleh tengok video ni. Haha. Sila sila. Jangan buat buat malu ye. Eh. Sebelum tu, kalau korang nak tahu, nasyid zaman sekarang tak perlu nak berdiri tegak sepanjang masa. Yes. Nasyid zaman sekarang dah boleh goyang gerudi apatah lagi goyang gergaji. Betul ke? Errr... Tak betul ye. Maksud aku, nasyid zaman sekarang dah boleh gerak gerak mengikut rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Aku dengan geng siap bersilat campur menari sikit sikit. Siapa yang tak faham tu, sila tengok video kat bawah ni sekarang. Tapi jangan terkejut pulak tengok aksi aku dengan geng kat atas pentas tu. :P


 
 
 
potpetpotpet : Nak tengok video penuh?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Okay. Kali ni aku nak berkongsi de...

Tanglung Hijau Di Lengkung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Sehari sebelum aku bergerak ke Melaka untuk Festival Nasyid UTeM, malam tu aku dengan geng bas sekolah pergi serang The Curve. Saje saje lepak The Curve sebab dah tension sangat berlatih lima hari berturut-turut. Tension sampai terkeluar jerawat jerawat degil! Memang degil habis jerawat jerawat tu. Aku dah kata jangan keluar tapi dia boleh buat tak tahu je. Senyap senyap dia keluar jugak. =,=

Maka selesai sudah cerita jerawat tu. Mari kita masuk cerita yang lain pulak. So, setelah berbincang dengan penuh siriyus, The Curve menjadi pilihan kitorang. The Curve ye. Dekat nyerr punn aduii. And for your information, aku tak pernah pergi The Curve sebelum ni. Ni kira first time la ni. Aku tak tipu derrr... Jujur aku mengaku bahawasanya aku agak di bawah tempurung nyerr punn aduii. >.<

Malam tu, kitorang tengok wayang. Cerita apa? Yes! The Green Lantern! Hurmmm... Aku takde la nak tengok sangat cerita tu. Tapi dah tu je cerita yang paling menarik perhatian masa tu. Nak tengok Dylan Dog, anjing tu haram. Nak tengok X-Men, takut 18SX pulak. Nak tengok Kung Fu Panda, gemuk sangat. Errr... Boleh ke bagi alasan macam tu? =,=




So, apa komen aku? Boleh la kot. Cerita dia memang tak masuk akal langsung. Sebab apa? Sebab cerita dia sangat banyak bermain dengan imaginasi. Siapa nak tengok cerita ni, sila buka fikiran betul betul. Kalau tak, memang sumpah sumpah la bila keluar panggung tu! So, tepuk dada, tanya la nafsu serakah. Tanya orang sebelah pon okay je. Bagi aku, aku enjoy tengok cerita ni. But, aku rasa cerita ni boleh dihasilkan dengan lebih baik lagi daripada apa telah ditayangkan sekarang. Kenapa? Entah la. Aku rasa macam ada kurang something dalam cerita ni. Tapi tak kisah la. Apa yang aku tahu, The Green Lantern kini menduduki tangga pertama dalam carta box office GSC sekarang. Kalau belum tengok cerita ni, sila la tengok kalau kau nak tengok. Aku tak paksa kau tengok nyerr punn aduii. =,=




Apa kaitan entri ni dengan tanglung hijau di lengkung? Kau pergi google translate sendiri. Sekarang boleh? Yes. Sekarang ye. So, dapat tak jawapan dia? >.<



potpetpotpet : Next week aku pergi Perlis!
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Sehari sebelum aku bergerak ke M...

Yes! Aku Berjaya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Alhamdulillah. Kejayaan yang dikecapi pada malam tadi memang aku tak jangka langsung. Terharu derrr... First time kot aku masuk nasyid ni. Adeh. Rezeki betul. :')



potpetpotpet : Nantikan cerita penuh selepas ni. Boleh?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Alhamdulillah. Kejayaan yang dik...

Wordless Wednesday #5

5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011

Tangan Kiri Kebas. Tangan Kanan Terseliuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Adeh. Penat gile berlatih nasyid ni. Start daripada pukul 9 pagi sampai la pukul 11 malam. Dah 3 hari macam tu. Penat derrr... Tangan kiri aku sampai kebas gara gara pegang mikrofon lama sangat. Tangan kanan aku pulak terseliuh sebab aku praktis gaya dengan sepenuh hati. Yes. Sepenuh hati ye. Haha. Memang letih la. Sampai je kat bilik, takde mood nak buat apa apa. Fikir nak tidur je. T-T

Ada petua tak nak bagi tangan aku ni elok? Sakit lagi ni... >.<

Anyway, bak kata pepatah, practice makes perfect. Practice dah banyak kali. So, sekarang dah perfect ke? Tangan di dada, mata ke atas ye. =,=

Tinggal dua hari lagi sebelum pertandingan. Aku dah neves neves ayam dah ni. Ada sesiapa nak ganti aku? >.<

So far, aku enjoy dengan nasyid ni. Sebagai pengalaman pertama, it was tough la. Biasa kalau karaoke sorang sorang, aku bantai je. Ni dah masuk nasyid, nak kena harmonize suara dengan penasyid penasyid yang lain. Susah derrr... Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Eh. Penasyid ialah singkatan bagi penyanyi nasyid. =,=





potpetpotpet : Wish me luck! XD
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Adeh. Penat gile berlatih nasyid n...

Nasyid? Aku Masuk Nasyid? Okay. Aku Tak Tipu. Ini Betul Punya Cerita!



Gambar kat atas ni takde kena mengena dengan raya tahun ni ye. So, tak payah nak start fikir ni baju raya aku. Actually, aku sekarang kat kampus. Latihan nasyid derrr... Bila masa pulak aku masuk nasyid kan? Haaa... Ni aku nak bagitahu ni. Aku baru masuk nasyid semalam. Boleh? =,=

Eh. Nak tahu tak? Aku tak pernah masuk nasyid pon sebelum ni. Ni first time derrr... Kira pengalaman pertama la kot. Excited? Takut ada la... >.<

Aku segan ni sebenarnya. Aku sorang je tak tahu nasyid kat sini. Yang lain semua dah biasa wakil universiti. Siap dah pernah jadi johan kot dulu. Adeh. Malu ah... T-T

Macam mana aku boleh join pulak ni? Panjang ceritanya. So, tak payah la cerita. Eh. Kau nak dengar aku nyanyi? Okay. Aku nyanyi sekarang ek? ;)

Insan cemerlang... Ummah terbilang...

Dah dengar kan? So, sedap tak kau rasa? =,=



potpetpotpet : Doakan suara aku sedap ye. Haha!
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Gambar kat atas ni takde kena mengena dengan raya tahun ni ye. So, tak payah nak start fikir ni ba...

Mari Join Aku Bercanda Di Pasiran Pantai!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Berduduk.


Okay. Ni posing kat tepi pantai. Tapi pakai baju macam takde gaya nak mandi pantai pon. Boleh ke? =,=

Tak kisah la. Anyway, persalinan ni ditaja oleh Gabana Boutique & Beauty. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut pasal butik tu, boleh la search kat facebook, cari Gabana Boutique & Beauty. Eh. Kalau kau telah dilahirkan sebagai pemalas, boleh la klik kat sini je. =,=

Anyway, pakaian kat Gabana Boutique & Beauty ni murah je. Paling penting, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Okay? Haaatok kau nak pakai baju yang aku pakai ni pon boleh, takde orang kata tak boleh. Sebab orang mungkin akan kata buang tabiat. Tu je kot. =,=

Baju yang aku pakai tu harga dia RM 35 je. Ada saiz M, L dan XL. Nak tak? :)

Seluar yang aku pakai tu pulak harga dia cuma RM 51. Murah derrr... Saiz bermula daripada 30 sampai la 38. Nak tak? :)

Ada sesiapa nak beli? Sila cekkidaud page Gabana Boutique & Beauty kat facebook tu haaa... Actually, butik dia ada banyak menawarkan pakaian perempuan yang gojes. Siriyes! So, perhatian kepada perempuan perempuan sekalian, sila jenguk page butik tu ye. Mana la tahu ada yang berkenan di hati. >.<


Berdiri.



potpetpotpet : Tajuk entri memang selalu keluar topik. Errr...
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Berduduk. Okay. Ni posing kat...

Wordless Wednesday #4

5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011

Ini Bukan Dating Tapi Meeting!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Okay. Ni entry buat semula. Aku dah pernah post pasal sepetang bersama Zizidiazora ni. Tapi aku terdelete pulak. Masa tu aku nak edit nama dia kat dalam entri tu. Entah aku tekan butang apa entah tup tup hilang terus entri tu. Putih bersih je post aku jadinya. Dan ini sangat mencabar kesabaran di dada ye wahai adik adik sekalian. =,=

Siapa yang dah baca tu, boleh skip entri ni. Anyway, kali ni, aku nak tulis secara ringkas je. Malas ah nak tulis panjang panjang roti jala. Kalau aku terdelete entri ni, takde la rasa nak maki sangat. =,=

Adie ajak aku lepak hari tu. Dia ajak aku pergi minum petang dengan Zizidiazora. Haaa... Siapa tu? Cuba tengok sebelah kanan blog aku ni. Lepas tu, kau pergi skodeng kat bahagian pengkomen minggu ini. Nampak tak siapa kat atas sekali tu? Yes. Aku minum petang dengan dia la tu! Dia takde blog tapi dia sangat rajin komen kat blog aku. Tahniah diucapkan! ^.^

Nak tahu apa menu minum petang kitorang? Menu tuuu... Jom tengok! >.<




Zizidiazora yang sediakan minum petang ni. Aku dengan Adie bawak perut je. =,=

Meh sini aku bagitahu korang apa menu minum petang kitorang. Dah bersedia? Okay. Ada mee kari. Ada lima jenis kuih muih. Ada air sarsi. Ada air teh. Okay. Tu je kot? Sekian. Terima kasih. So, ada rasa lapar tak sekarang? Lebih lebih lagi bila aku sebut mee kari tu? Pehhh... Memang sedap ah mee kari tu! Haha. Apa apa pon, terima kasih diucapkan kepada Zizidiazora kerana telah menyediakan hidangan minum petang yang menyelerakan lagi membuncitkan. Okay. Boleh jeles sekarang. :P

Sambil sambil minum petang tu, aku borak borak la dengan Zizidiazora ni. Dia sangat peramah ye. Banyak gile cerita dia. Biasa ah. Dia dah makan garam banyak sangat. Actually, aku sendiri malu nak borak borak dengan dia. Sebab aku rasa macam pengetahuan dan pengalaman aku tak setara dengan dia. Takut jugak kalau aku tiba tiba terbincang pasal kenapa Jason Derulo selalu sebut Jason Derulo masa permulaan lagu lagu dia. Errr... Dah terang terang nama dia Jason Derulo kan? So, takkan dia nak sebut Nora Elena kot? Lagu siapa masalahnya sekarang? Tengok! Aku dah merepek dah. =,=

Sebelum itik pulang petang, sebelum aku berangkat pulang, Zizidiazora ada bagi aku something. Nak tahu apa? Cuba tengok kat bawah ni haaa... Apa dia tu? Okay. Aku bagi klu boleh? Klu dia ialah ferrero rocher. Eh. Tu bukan klu dah tu. Adeh. =,=






potpetpotpet : Dah habis dah ferrero rocher tu. T-T
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Okay. Ni entry buat semula. Aku ...

Lagu Penutup AF | Padi - Sahabat Selamanya

 Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Dan salam sejahtera!



Aku tertarik dengan lagu penutup Akademi Fantasia (AF) tadi. Lagu apa ek? Haaa... Sahabat Selamanya! Lagu daripada kumpulan Padi. Errr... Lagu lama dah ni. Since hujung tahun lepas kalau aku tak silap. Dan lagu Sahabat Selamanya ni dijadikan lagu tema bagi siri Upin & Ipin kat Indonesia. Tak cukup dengan tu, siap featuring Upin & Ipin beb! Hebat kan? Kat Malaysia ada ke? =,=


Anyway, layan ah lagu ni! Memang terbaik la especially bila kau dah dekat dekat nak habis study ke nak habis sekolah ke nak pindah tempat kerja ke. Haish... Sedih sebenarnya... Jom kita mengimbas kembali kenangan kita bersama-sama dengan kawan kawan satu tadika, kawan kawan satu sekolah, kawan kawan satu matrikulasi, kawan kawan satu universiti, even kawan kawan satu company pon. Wuuu... T-T


Padi - Sahabat Selamanya
Dua tiga kapal berlayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Kerana sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeza untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbezaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Tak ada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia





potpetpotpet : Bosan ah konsert tadi! Tapi tengok sampai habis jugak. Haha.

5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011  Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Dan salam sejahtera! Aku tertarik dengan lagu penutup...

KL Gangster | Rugi La Siapa Tak Tengok Lagi!



S I N O P S I S

Malek (Aaron Aziz) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh Shark (Syamsul Yusof), anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang berpengaruh di KL. Setelah dibebaskan, Malek mengambil keputusan untuk tidak terlibat lagi dengan kongsi gelap. Malek ni kira otai la dalam bidang kongsi gelap ni. Dia ada dua orang adik, sorang lelaki sorang perempuan. Yang lelaki tu nama dia Jai (Ady Putra). Dia aktif sebagai gangster kat area KL ni. Dia sanggup buat apa je demi duit. Yang perempuan pulak, aku tak ingat nama dia. Tapi adik perempuan dia ni memang sosial habis. Anyway, dendam Shark terhadap Malek tak habis lagi. So, apakah kesudahan hidup Malek? Adakah Malek akan join semula kongsi gelap? Nak tahu tak? Mesti nak kan? Tengok ah sendiri! :)


I N  M Y  O P I N I O N

Honestly, aku ni kalau tengok wayang memang susah nak tengok filem tempatan. Siriyes! Siapa kawan dengan aku tahu perangai aku. Haha. Aku memang jenis lupa daratan beb. Aku bajet cool la tengok filem filem omputeh semua tu kan. Errr... Tiba tiba aku terbuka hati nak tengok filem ni. Aku tak tahu sebab apa. Mungkin sebab tajuk dia gangster kot? Lagipon, takde filem filem omputeh yang menarik perhatian minggu ni. Sebab tu aku layan filem ni! Boleh ke bagi alasan macam tu? =,=

Apa yang mampu aku katakan, KL Gangster merupakan sebuah karya yang boleh dibanggakan! Tak puas ah tengok sekali! Haha. Over tak dialog aku? Anyway, aksi aksi yang dipaparkan dalam filem ni amat mendupdapdupdapkan jantung aku. Adakah ini cinta? Tiba tiba je... KL Gangster ni boleh dikatakan antara filem tempatan yang terbaik pernah dihasilkan bagi tahun 2011 ni. Aku tak tipu beb! Syabas diucapkan kepada Aaron Aziz, Ady Putra dan Soffi Jikan kerana lakonan yang memberangsangkan! Secara keseluruhannya, filem ni quite impressive beb... Babak babak gaduh memang tak berhenti ah daripada awal. Lepas keluar daripada panggung je, aku terus rasa nak belasah orang. Haha. Eh. Lupa pulak! Ada Zizan dalam filem ni! Dan watak Zizan kira menjadi tarikan kepada filem ni. Keluar je Zizan, penonton dalam panggung dah start gelak gelak even dia tak buat lawak apa pon. Boleh? :D

Apa lagi ek? Haaa... Jalan cerita bagi filem ni simple je. Tak payah susah susah nak fikir. Terlalu simple mungkin? Plus, terdapat beberapa adegan lawan lawan tu nampak macam a bit mechanical, or robotic. Macam tak smooth ah. Dan kalau nak bagi lebih gangster, mungkin boleh tambah sikit bilangan anak buah tu kot. Takde la aku tengok anak anak buah yang sama je turun padang. Kata kongsi gelap kan? Anak anak buah mesti bersepah! Errr... Aku komen macam la aku tahu selok belok dunia kongsi gelap. Haha. Tapi tak kisah la kot. Semua tu perkara kecil je pon, langsung tak menjejaskan kesedapan filem ni. As a conclusion, filem ni memang wajar ditonton! So, jom tengok filem ni! ;)


Aku tengok wayang dengan adik aku. ;)


Tak dilupakan, sepupu aku yang masih single. Ada sesiapa berkenan? :)



potpetpotpet : Esok ada plan lain. ;D
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 S I N O P S I S Malek ( Aaron Aziz ) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh Sh...

(Lirik Lagu) Wali Band | Doaku Untukmu Sayang



Errr... Aku tengah layan lagu ni, Doaku Untukmu Sayang, daripada Wali Band. Sedap! Lagu ni dah macam guna pendekatan Mariah Carey pulak dah. Mula mula, whispering sikit sikit. Lepas tu, whistling? Eh. Lagu ni takde la sampai nak whistling! Gile kau nak whistling? Anyway, lirik lagu dia memang menusuk kalbu betol ah. Tak perlu nak guna metafora ke hiperbola ke, lirik dia memang straight forward habis, no belok belok. So, tak perlu sangat ayat bunga bunga cinta layu di pusara. Yang penting, lirik tu kena jujur. Even simple macam mana pon lirik tu, dia boleh jadi puitis bila lirik tu lahir daripada hati. Errr... Sejak bila aku ni? =,=


Wali Band - Doaku Untukmu Sayang
Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia


 
 
 
 potpetpotpet : Layan perasaan kejap.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Errr... Aku tengah layan lagu ni, Doaku Untukmu Sayang , daripada Wali Band . Sedap! Lagu ni dah m...

Aku Saspek Ada Komplot Nak Gulingkan Aku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera guys! Okay. One of my friends told me kalau tiba tiba rasa nak marah, letak tangan kanan kat bahagian kiri dada. Lepas tu, usap perlahan-lahan sambil mengucapkan Ya Latif sebanyak yang mungkin. Dengan izin Allah, rasa nak marah tadi berkurangan dan seterusnya hilang.


Ni semua bukan aku! Klik gambar ni bagi memuaskan hati masing masing.


For your information, aku hanya ada SATU akaun facebook sahaja. And please stop asking me pasal berapa banyak akaun facebook aku ada. Okay? Please jangan tanya lagi. If you found another Hizami Rahim, itu adalah tipu semata-mata. Macam mana nak tahu Hizami Rahim yang sebenar? Tengok url dia... Sebab url facebook aku ada Hizami Rahim. Sekian. Harap maklum.



potpetpotpet : Aku insan yang lemah.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera guys! Okay. One of my friends told m...

Wordless Wednesday #3


5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011

Kerepek Pisang Punca Kencing Manis?

Benda ni betol betol terjadi. Ni masa aku dengan Qarl nak balik daripada himpunan sejuta belia hari tu. Sebelum balik tu, Qarl nak singgah kat booth Abot kejap. Kenal tak Abot? Dia pernah popular dengan lagu Kasihmu dan Kasih Yang Pergi. Errr... Entah entah korang tak lahir lagi masa tu. Haha. Bajet aku dah tua sangat la ni? Anyway, Abot jual kerepek pisang masa tu. So, jom dengar perbualan kitorang. Eh. Bukan dengar la... Okay. Jom baca perbualan kitorang. >.<




Abot: Dik, beli la kerepek pisang ni. Sedap ni dik. Ada manis, masin dengan pedas.

Qarl: Berapa ni kak?

Abot: Murah je dik. RM15 satu bungkus. Tapi sebab adik, akak kurangkan jadi RM13 je. Murah dah tu dik.

Qarl: Ye ke? Hurm. Kalau macam tu, bagi saya dua bungkus kerepek yang manis ni.

Abot: Tu je ke dik?

Qarl: Haaa... Tu je kot.

Abot: Eh. Cuba la rasa yang pedas ni. Sedap dik! Cuba la...

Qarl: Saya tak makan pedas la kak. Family saya memang tak makan pedas. Saya ni orang Selangor. Saya makan manis manis je.

Abot: Cuba la dulu. Sedap ni. Rugi tak cuba...

Qarl: Takpe la kak.

Hizami: Kalau macam tu, bagi saya je la yang pedas tu. Eh. Maksud saya, bagi saya beli je la yang pedas tu. Saya suka pedas pedas ni.

Qarl: Haaa... Dia orang Melaka kak. Dia memang makan pedas pedas ni.

Abot: Eh. Kejap dik. Adik kan suka makan manis manis kan?

Qarl: Kenapa pulak kak?

Abot: Ni haaa... Kalau adik kena kencing manis ke, tak kira la mak ke ayah ke kena kencing manis, adik boleh jumpa akak, cuba produk ni.

Qarl: Errr...

Abot: Produk ni bagus ni. Elok untuk kencing manis. Okay?

Qarl: Errr...

Abot: Kalau apa apa hal, contact akak ye. 

Qarl: Okay la kak. Bye!



potpetpotpet : Sikit je watak aku. Eh. Sikit pon jadi la. =,=
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Benda ni betol betol terjadi. Ni masa aku dengan Qarl nak balik daripada himpunan sejuta belia hari ...

Album Terbaru Ning Baizura - DEWA



Haaa... Tu dia... Cover album terbaru daripada Ning Baizura! Wow! Berdarah hidung aku! Errr... Bukan berdarah tapi berhingus laaa... Boleh? Yes. Aku tengah selsema sekarang. Benci gile bila selsema ni. Meleleh tak ingat dunia, tak henti henti. Okay. Enough dengan selsema sebab entri ni bukan pasal aku tengah selsema ye. Anyway, Qarl nak bagi cd album terbaru Ning Baizura yang berjudul Dewa ni. Free je pon. Siapa yang tak nak kan? Oh. Ade je yang tak nak ek? Tak kisah la. Aku cakap kat siapa yang nak je. Haha. XD


Senarai lagu yang terkandung dalam album Dewa oleh  Ning Baizura :
  1. Raksasa
  2. Sampai
  3. Mama Papa
  4. Bila
  5. Pencarian
  6. Propaganda
  7. Alhamdulillah
  8. Aku Bukan Dewa

Laman web portal Ning Baizura : http://www.ning-baizura.com/




Dah siap! Apa yang dah siap? Yes. Dah siap pon entri ni. Hehe. So, dah boleh menang album terbaru Ning Baizura la kan? Tu pon kalau ada rezeki. Kalau takde rezeki, aku delete balik entri ni! Wah! Busuk gile hati? Gurau derrr... Kau jangan anggap aku siriyes pulak. Apa pon tak boleh! Haha. Okay. Siapa ada perasaan nak menang album terbaru Ning Baizura, Dewa ni? Sila klik kat sini cepat cepat. ;D



potpetpotpet : Demam, sila pergi jauh jauh. I hate you!
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Haaa... Tu dia... Cover album terbaru daripada Ning Baizura ! Wow! Berdarah hidung aku! Errr... Bu...

Saya Kunci Kata Kunci Ini!



Aku gelak sorang sorang pukul 2 pagi tadi. Gile ah! Sebab apa aku gelak? Ni haaa... Aku pergi singgah nuffnang kejap. Lepas tu aku pergi kat bahagian analytics, aku tengok keywords. The most searched keyword ialah teka teki susah! Tapi bukan keyword tu yang buat aku tergelak. Keyword yang kelakar bagi aku ialah bosan nak buat apa! Errr... Kelakar tak ni? Apasal aku rasa macam kelakar je ni? Oh. Lupa pulak! Meh sini aku google bosan nak buat apa sekarang. Jom tengok!




Boleh pulak macam tu? Masalahnya sekarang ialah bukan 1 hit je tapi lebih daripada 10 hits kot! Dahsyat betol. Siapa pulak yang bosan sangat sampai sanggup google bosan nak buat apa ni? Kelakar gile! Errr... Kelakar tak sekarang? Kelakar kan? Takpe la kalau tak kelakar. Apa apa pon, kau cuba ah google bosan nak buat apa sekarang, kot kot kau tak percaya apa yang aku merepekkan ni... =,=



potpetpotpet : Siapa tengah bosan sekarang?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Aku gelak sorang sorang pukul 2 pagi tadi. Gile ah! Sebab apa aku gelak? Ni haaa... Aku pergi sing...

Satu Keping Daripada Sembilan Belas Keping?

Daripada sembilan belas keping gambar yang telah diambil, satu keping je yang sempurna sifatnya bagi aku. Yang lain ada yang shaky la silau la gelap la kabur la... Siriyes! Penat penat aku posing kaki bengkok sembilan puluh darjah la tangan bersilang kiri kanan la kepala senget sebelah la bahu separa angkat la, last last satu keping je??? Pfffttt... Terbako hati aku ni! Tu la bahana orang yang takde dslr. Ambil gambar pon guna henset yang dah berapa kali terjatuh terhentak terlanyak terpijak dan sejahanamnya. Henset aku tu memang nak kena tunggu terbelah dua baru aku tukar baru. Errr... Bila nak terbelah dua ni? Cepat cepat la terbelah ye? =,=




Haaa... Gambar kat mana ni? Ni gambar aku kat majlis perkahwinan kakak kepada kawan baik aku pada hari Sabtu yang lepas. Tema dia turquoise. Tapi aku dengan dua orang kawan aku ni tak pakai ikut tema pon. Susah betol nak cari baju turquoise ni. Kalau tema dia biru, senang sikit aku nak cari dalam almari tu. Adeh. Senang senang, sarung je apa yang ada. Lantak ah! Lain kali boleh tak jangan mengada-ngada nak tema warna pelik pelik? Pilih je la merah ke kuning ke biru ke hijau ke hitam ke putih ke. Ni tak, nak turquoise la maroon la cream la bloodred la whitesmoke la. Macam macam la kan? Masalahnya sekarang, ada ke dorang suruh ikut warna tema tu? Errr... Takde pon. Okay. Bye! Jumpa lagi! =,=



potpetpotpet : Apa warna feveret kau?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Daripada sembilan belas keping gambar yang telah diambil, satu keping je yang sempurna sifatnya bagi...

Insidious | Seram Hingga Menggigit Kepala Lutut!


S I N O P S I S
Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga yang berusaha sedaya-upaya untuk menghalang roh-roh jahat daripada memasuki jasad anak lelaki mereka yang sedang koma. Dan anak lelaki mereka didapati terperangkap di alam yang digelar The Further.


I N  M Y  O P I N I O N
Mula mula tengok, aku ingatkan filem seram ni macam filem seram yang biasa biasa aku pernah tengok sebelum ni. Pindah rumah baru lepas tu kena kacau dengan hantu kat rumah baru tu sebab ada orang pernah mati dalam rumah tu. Errr... Klise gile bunyi dia kan? Tapi filem ni lain. Takde kena-mengena langsung dengan konsep tu. Filem ni boleh dikatakan seram campur fantasi jugak la kot. Sebab apa? Haaa... Kena tengok la sendiri! Hehe. Sinematografi dalam filem ni memang dahsyat la! Setiap bahagian dalam rumah tu boleh jadi seram gara gara sinematografi dia. Siriyes! Sampai aku duduk makin lama makin terkebawah bila kamera tu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam rumah tu. Eh. Aku tak takut pon... =,=

Plus, aku salute habis musical score dalam filem ni! Seram hingga menggigit kepala lutut! Kawan aku kat sebelah sampai beberapa kali pegang aku kau tahu? Aku terus menjerit kuat kuat! Errr... Siapa suruh dia pegang aku secara mengejut? Aku yang berani pon boleh jadi takut derrr... Haha. Jalan cerita dia simple je. Tapi jalan cerita dia berjaya menarik minat aku untuk terus melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Dan aku jamin Insidious tidak seperti filem seram yang lain.

Nak bagi spoiler sikit boleh? At the end of this film, salah satu watak tu mati. Kesian gile! Dah la watak tu baik. Tiba tiba dia pulak yang mati. Sedih... Siapa yang mati? Haaa... Pergi beli tiket sekarang! Cepat derrr... Aku dah tengok tadi, Insidious sampai 15 Jun ni. Sempat lagi kan?



potpetpotpet : Sila bawa at least sorang kawan untuk menjerit sama sama! XD
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 S I N O P S I S Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga yang berusaha sedaya-upaya untuk menghal...

Ingin Memiliki Header Secara Percuma? Aku Ada Jalan Penyelesaiannya!



Aku dapat header percuma! Yayyy! Siapa pulak yang baik hati ni? Ada awek sorang ni haaa... Sila jealous sekarang! Nama dia kan... Nama dia kan... Nama dia kan... Cik Nurul Iqa! Terima kasih daun keladi wahai Cik Nurul Iqa yang baik hati kalau sudi buat la sepuluh header lagi! Haha. Gurau maaa... Anyway, dia tweet aku hari tu. Dia kata dia ada buat header untuk aku. Aku macam, biar betik? Mana tak betik, aku jarang tweet dengan dia. Tiba tiba je kan... Itu yang buat aku tacing tu! Tak sangka ada orang sudi habiskan masa dia semata-mata nak buatkan header untuk aku yang entah siapa siapa ni. Ngeee... Thank you once again! :')




Apa apa pon, aku tak nak tukar header lagi buat masa sekarang sebab aku baru je tukar header tu. Tak sampai sebulan kot aku guna header tu. Hehe. So, merujuk kepada tajuk entri di atas, siapa nak header secara percuma? Sila angkat tangan tinggi tinggi sekarang! Okay. Meh sini aku beritahu kau apakah dia satu-satunya langkah yang perlu kau buat bagi mendapatkan header secara percuma ialah sila pergi buat sendiri. Errr... Faham tak? Percuma je kan kalau buat header sendiri? Tak payah nak bayar orang suruh buat. Tapi tak tahu la kalau kau nak bayar diri sendiri kan. Boleh ke macam tu? Lantak kau la... =,=



potpetpotpet : Esok aku nak kena hantar adik aku balik UIA.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Aku dapat header percuma! Yayyy! Siapa pulak yang baik hati ni? Ada awek sorang ni haaa... Sila je...

Bersatu Kembali Setelah Dua Minggu Berpisah!

Aku keluar dengan pelajar pelajar aku hari Selasa hari tu. Ni ibarat reunion la kot, walaupun aku baru je keluar daripada sekolah tu dua minggu yang lalu. Errr... Baru dua minggu dah buat reunion? Dahsyat! Haha. Budak budak ni la punya pasal. Dorang nak sangat jumpa aku, aku ikut je ah. Lagipon kitorang tak pernah keluar sama sama. Sebelum ni aku keluar dengan pelajar pelajar lain. Ni kira first time la kitorang hang out together. Patutnya kitorang jumpa hari Ahad, tapi hari tu aku tengah busy kat Putrajaya. So, dorang tunda hari Selasa. ;)




Kitorang buat reunion kat Jaya Jusco di Seremban 2. Sampai je kat sana, kitorang pergi tengok wayang sama sama. Two of them dah beli tiket awal awal dah. Dorang tengok Kung Fu Panda. Geram betul aku dengan dorang! Bukan nak tunggu kan? Last last, aku dengan yang lain tengok Pirates of the Caribbean. Boleh pulak buat reunion tapi tengok wayang asing asing? Haha. Lepas dah selesai tengok wayang, kitorang lepak McDonald's. Errr... Nak makan ke? Boleh tak guna duit sendiri? Errr... For your information, aku cakap macam tu kat dorang. Siriyes! Aku memang tak mampu nak belanja dorang semua. Aku takde duit derrr... Aku belum kerja lagi, so, gaji pon takde. I'm sorry! Hehe. Takpe takpe. Lain kali la ek? >.<




Eh. Perasan tak semua yang datang hari tu ialah budak budak lelaki? Aku tak berapa pasti kenapa budak budak perempuan tak datang. I bet their parents tak bagi kot. Lagipon dorang baru Form 1 kan? Mak bapak dorang risau la tu. Kalau dorang nak datang pon, mak bapak dorang yang kena hantar dan mak bapak dorang jugak la yang kena ambil. Haish... Agak menyusahkan di situ. Nasib la budak budak lelaki ni berjaya mengatasi halangan yang mendatang. Syabas! XD


Then, kitorang tak tahu nak buat apa dah. One of them ajak main bowling. Dan dia ajak aku main sekali. Tapi aku tolak tawaran tersebut. Aku bukan apa, aku takut ah dorang malu gile bila kalah teruk dengan aku nanti. Sebab tu aku kata aku tak nak main. Errr... Berlagak nampak? So, aku cuma tengok je la dorang main, bagi moral support orang kata. Anyway, sebelum masing masing membawa diri, kitorang duduk duduk sambil borak borak sampai terkoyak mulut. Adeh. Penat betul melayan kerenah sorang sorang. Tapi seronok! Hope we can do this more often. :')


A R A S H
R A Z A Q
A S N A W I
H I S H A M
H A F I Z
S Y A F I Q
Z U L F A R I S



potpetpotpet : Bersatu kembali ialah sama dengan reunion. Faham tak? =,=
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Aku keluar dengan pelajar pelajar aku hari Selasa hari tu. Ni ibarat reunion la kot, walaupun aku ba...

X-Men: First Class | Filem X-Men Terbaik?


S I N O P S I S
Sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr menggunakan nama Professor X dan Magneto, both of them sedang tercari-cari kuasa yang ada pada mereka. Dan sebelum dorang menjadi musuh, dorang boleh dianggap best friends la jugak. Dorang siap bekerjasama dengan beberapa orang mutan. Eh. Ada beberapa watak lama, ada beberapa watak baru. Dorang berganding bahu untuk menghalang ancaman yang paling dahsyat. Errr... Oleh siapa? Haaa... Tu kena tengok sendiri. At the end, Professor X dan Magneto mengambil haluan masing masing. Nak tahu kenapa? Tak faham faham lagi? Tengok la sendiri! Haha.


I N  M Y  O P I N I O N
X-Men: First Class is simply fantastic. Filem ini tidak bersandarkan action semata-mata tapi turut menyelitkan emosi dalam watak watak seperti Magneto, Xavier, Mystique dan Beast. Filem ini lebih menumpukan kepada watak dan bukannya aksi. Aku tak kata filem ni takde aksi yang dahsyat. Tapi kekuatan filem ini adalah terletak kepada pembinaan watak. After watching this movie, kau akan dapat menjawab beberapa persoalan yang penting dalam X-Men seperti:

  • Macam mana Erik Lensherr dapat nama Magneto?
  • Macam mana Magneto dapat topi dia pakai sekarang?
  • Macam mana Magneto boleh berkawan dengan Professor X?
  • Macam mana Magneto boleh bermusuh dengan Professor X?
  • Macam mana Professor X jadi lumpuh?
  • Apa hubungan Professor X dengan Mystique?
  • Macam mana Mystique masuk geng Magneto?
  • Macam mana Beast bertukar jadi binatang tu?

Dah dah. Cukup! Tak nak la cerita panjang panjang. Nanti jadi spoiler pulak kan? Anyway, X-Men: First Class ada sikit kelemahan. Filem ini tidak menceritakan latar belakang watak watak jahat seperti Emma Frost dan Riptide. Tapi tak kisah la semua tu. Jom tengok X-Men: First Class sekarang! Berbaloi!


Bila aku nak berlakon dalam filem X-Men pulak ni? Penat aku tunggu! =,=



potpetpotpet : Dengar cerita sequel filem ni bakal menyusul. ;)
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 S I N O P S I S Sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr menggunakan nama Professor X dan Magneto...

Seronok Jadi Blogger Kacak?

Aku terharu gile bila ada blogger buat entri pasal aku. Tak kisah la pasal apa pon. Bukan apa, aku sama je macam dorang. Tapi bila dorang sebut nama aku, for me, tu satu penghargaan. Okay. Meh sini aku kongsi dengan korang entri entri yang tersebutlah nama Budak Lelaki Sebelah Pintu. Both entries sebut pasal blogger kacak. Errr... Dorang kata aku kacak? Adeh. Kalau hempat puloh hempat orang cakap aku kacak, muka aku yang asalnya tak berapa kacak ni terus jadi betol betol kacak. Boleh? Ngeee... Seronok jadi blogger kacak? Eh. Aku tak soal kau. Aku soal diri sendiri. Haha. Riak nampak? Astaghfirullah al azim. >.<





Cikgu Suraya telah menghasilkan satu entri pasal blogger kacak. Dan aku tersenarai! Eh. Excited nampak? Haha. Mana tak excited, Cikgu Suraya tu cun derrr... Tak percaya? Pergi ah tengok blog dia sekarang! Anyway, aku tak kenal dia sebelum ni. Tapi hari tu dia ada tinggalkan jejak kat shoutbox. Dia kata nak pinjam gambar aku kejap. Aku tanya nak buat apa la kan. Dia jawab ada laaa... Seperti biasa, aku tengok stats blog ni. Tiba tiba aku check kat bahagian traffic sources, aku jumpa entri dia tu. Aku tak sangka pulak dia selitkan aku sebagai salah seorang blogger kacak. XD





Syafiq Elf? Kenapa elf? Entah. Tanya la dia. Jangan tanya aku sebab aku memang tak tahu langsung. Tapi kalau kau nak sangat tanya aku jugak pon boleh je. Tapi takde jawapan ah. Haha. Entri terbaru dia pasal Top 10 Blogger Kacak & Cantik. Menarik! Sebab apa menarik? Sebab aku turut disenaraihitamkan sebagai salah seorang blogger kacak kat situ. Haha. Gurau la. Anyway, blog dia kira dahsyat jugak. Aku tengok dia tak kerap update blog macam aku. Tapi pembaca blog dia memang ramai laaa... Siriyes. Tengok la sendiri kalau nak tahu rahsia dia. >.<



potpetpotpet : Syukur atas nikmat yang Allah diberikan. ;)
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Aku terharu gile bila ada blogger buat entri pasal aku. Tak kisah la pasal apa pon. Bukan apa, aku s...

Si Gadis YouTube Di Sisi Budak Lelaki Sebelah Pintu

Siapa Si Gadis YouTube? Justin Bieber ke? Errr... Justin Bieber tu lelaki kot! Okay. Si Gadis YouTube yang dimaksudkan amat popular menerusi laman YouTube. Si Gadis YouTube berkenaan dikesan rajin menyanyikan lagu lagu baru dengan menggunakan sekeping gitar. Si Gadis YouTube tersebut telah keluar dengan single pertama yang berjudul Cinta Muka Buku. Si Gadis YouTube ini baru berusia 16 tahun. Haaa... Aku rasa kau dah tahu kot? Demmm... Aku bagi klu banyak sangat. Adeh. >.<



Okay. Siapa pulak Budak Lelaki Sebelah Pintu tu? Tak kenal jugak? Kau boleh pangkah blog aku sekarang. Haha. Main main ah. Aku jumpa Najwa Latif masa kat Putrajaya hari tu. Dia perform dua buah lagu - Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Anyway, she's cute! Comel je aku tengok. Errr... Kata budak sekolah lagi kan? Aku tak dapat nak borak borak dengan dia sebab aku pemalu. Boleh ke bagi alasan macam tu? Aku cuma berani nak bergambar dengan dia je. Lepas tu, babai Najwa Latif! Jumpa lagi! Haaa... Tu je la. Aku siriyes ni. Tak tipu derrr... =,=





potpetpotpet : Lepas ni boleh la buat lagu Cinta Belakang Pentas kot? Atau lagu Kita Kembali Ke Sri Pentas! Tajuk lagu sekadar cadangan je. =,=
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Siapa Si Gadis YouTube ? Justin Bieber ke? Errr... Justin Bieber tu lelaki kot! Okay. Si Gadis YouTu...

Wordless Wednesday #2


5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011

Lelaki Lelaki Lelaki

Errr... Kenapa tajuk dia Lelaki Lelaki Lelaki? Sebab tajuk dia bukan Perempuan Perempuan Perempuan! Haha. Actually, entri kali ni bakal menempekkan wajah tiga orang lelaki. That is why aku tulis lelaki sebanyak tiga kali. Simple kan alasan aku? Eh. Siapa tiga orang lelaki yang dimaksudkan? Haaa... Aku rasa kau mesti kenal dorang. XP






Kitorang lepak sama sama kat Himpunan Sejuta Belia hari tu. Memang dah janji nak jumpa kat Putajaya. Mula mula kitorang jalan jalan sekitar situ. Dah puas jalan jalan, kitorang pergi solat Zohor kat Masjid Besi yang indah lagi permai itu. Eh. Dekat je Masjid Besi dengan lokasi kejadian. Lepas je solat Zohor, kitorang duduk duduk kejap bagi memberi ruang dan peluang kepada kepala lutut masing masing untuk berehat sebentar bersama kit kat. Tanpa diduga, mood nak posing tu tiba tiba datang. So, Qarl telah menjadi mangsa keadaan kerana dia kena ambil gambar gambar kitorang masa tu. Haha. XD

















potpetpotpet : Hari ni aku tidur kat hospital lagi.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Jun 2011 Errr... Kenapa tajuk dia Lelaki Lelaki Lelaki? Sebab tajuk dia bukan Perempuan Perempuan Perempuan! ...
< >