Contest Pasal Fesyen Beb!

Fesyen? Aku pon tak tahu sangat pasal fesyen tu apa. Aku rasa fesyen tu ialah segala apa yang korang letak kat tubuh badan korang. Kalau korang lilit tali kasot kat tubuh badan kau sekarang, tu pon dikira fesyen la tu. Siriyes beb. Ni bajet macam korang Lady Gaga la kan. =.=


Kyoo Reza tag aku, suruh aku join Contest Blog Only One ni hari tu. Dah lama kot. Tapi ... Aku lupa!!! Aku lupa!!! Nasib la Adie baru update pasal contest ni tadi. Sebab hari tu aku kena tag dengan dia sekali. Phewww ... Nak kata aku gile fesyen pon, takde la sangat. Aku pakai apa yang aku rasa cambest. Biasa biasa je beb. ^.^


T-shirt


Vest


Kemeja


Jacket


Nak tag?
Nisa Gadis Menaip
Mr Wan Fuuyoo
Mra Mastura



potpetpotpet : Hujan oh hujan. :)

Ini Bukan Blog Penat!



Haip. Aku baru bangon tidur ni beb. Dasat dasat. Entah pukul berapa aku nak tidur balik ni? Aku pon tak tahu la. Ada kemungkinan lepas aku update blog ni aku terus sambung tidur balik. Erk. Kalau betul, kira aku sanggup bangun semata-mata nak update blog la kan? Wow! Kau boleh? Kau tak boleh kan? Sila jeles sekarang. Bukan senang nak jumpa blogger comel macam aku. Cehhh … Tiba tiba berlagak tak bertempat. Memang dasar blogger comel! =.= 


Aku penat la beb. Memang tak habis habis penat ni. Aku tahu korang mesti dah cop blog aku ni sebagai blog penat. Sila sila. Aku memahami beb. Dah berapa entri sebelum sebelum ni aku asyik cakap penat penat penat. Korang boleh mengeluh sekarang. Hurmmm ... Tadi aku gi Seremban lagi. Nak settle pasal rumah sewa ni haaa. Dan syukur alhamdulillah ... Semua dah settle beb! Gumbira hati sampai tidak terketawakan. Aku dah tak perlu nak risau lagi. Terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu sepanjang proses pencarian rumah sewa ni berlangsung. You know who you are! :')


Aku bajet nak masuk rumah sewa dalam 3hb ni. Nak tahu kat mana rumah sewa tu? Kat Taman Bukit Margosa!!! Terkejut tak terkejut tak? Siapa orang Seremban, tahu kot. Siapa bukan orang Seremban, boleh buat buat tahu okay? Macam tak biasa kan? Dah dah. Bye! XD



potpetpotpet : Sampai demam ni beb! T.T

Siapa Minat Korea? Wajib Tahu Lagu Lagu Hits Korea Sepanjang Januari 2011!

 
IU - Good Day





GD&TOP - High High





Secret - Shy Boy





Park Hyo Shin - I Promise You





Sistar - How Dare You




potpetpotpet : Sila dengar. XP

Tekanan Perasaan Beb!!!



Aku drive satu hari beb! Siriyes. Satu hari aku dok menekan pedal minyak. Daripada pukul 10 pagi sampai pukul 9 malam. Lebih kurang 11 jam tuuu! Aku pusing Seremban tak henti henti beb. Kira habis minyak lebih kurang RM30 semata-mata pusing pusing Seremban tu. Kau tak nak cuba? Adeh. Lenguh gile babas kepala lutut aku ni haaa. Aku tak tahu nak bagi gambaran macam mana sebab aku malas nak lukis. Boleh pulak lukis lenguh gile babas? =.=


Aku dah dapat rumah sewa kat Seremban tu. Sebulan RM500 kot. Erk. Macam mahal je. Tapi nak buat macam mana lagi? Kitorang dah terdesak ni beb. Penat ah. Aku tak tahu pulak acara mencari rumah sewa ni betol betol menguji mental dan fizikal. Tekanan perasaan beb! Setiap kali kitorang saspek ada rumah tu macam kosong, kitorang terus gi ketok pintu rumah sebelah, tanya tanya pasal rumah tu. Lepas tu, macam macam jawapan kitorang dapat. Dah dah. Malas nak fikir. Janji rumah sewa dah settle. Next? Tinggal nak hulur deposit je. XD


Esok? Jeng jeng jeng. Aku nak hantar Nyaie dengan Cik Mus balik Batu Pahat. So, aku drive lagi! Wow. Aku memang suka  drive drive ni. Siriyes. Therefore, kepada mana mana dato atau datin yang memerlukan driver, boleh la calling calling aku ek? Aku bersedia menerima sebarang jenis tempahan. Haha. Sengal la kau. Okay. Bye! Aku nak tidur. >.<



potpetpotpet : Sekolah tu ada dua sesi pulak. So, aku sesi mana? Tak tahu lagi.

Apabila Aku Penat Tapi Aku Tetap Nak Update Blog!



Aku penat gile babas hari ni. Aku shopping baju kemeja, baju t-shirt, seluar jeans, beg dan lain lain tadi. Aku keluar rumah lebih kurang pukul 3 petang. Sampai rumah? Pukul 11 malam beb! Bajet rock la balik malam malam. Padahal? Baru pukul 11 malam kot. Adeh. Aku penat ni. Aku penat ni. Aku penat ni. Tu je kot aku dapat taip buat masa sekarang. Esok? Awal awal pagi lagi aku dah gi Seremban. Nak tengok tengok lokasi sekolah tempat aku praktikal, nak tengok tengok kawasan rumah sewa, nak tengok tengok keadaan jalan raya dan macam macam benda la nak kena tengok tengok. Tak terfikir kepala hotak aku ni. Esok esok je la fikir. Boleh? See? Aku dah mula busy. Korang bawak bawak bersabar ye. :)



potpetpotpet : Blog mungkin terabai sedikit lepas ni? T.T

Tak Habis Habis Tukar Design Blog!



Mentang mentang cuti, setiap minggu nak tukar design blog la? Kata aku kepada diri sendiri. Eh. Terheboh kat korang pulak. Sori beb. Aku tak tahu nak buat apa tadi. Tak pasal pasal aku bertukar menjadi doktor pakar bedah kepada blog ni. Eh aku cakap bedah, bukan bedah nama perempuan tu! Ni bedah yang operate tu! =.=


Tahu tak? Blogger Template Designer ada banyak gile font yang baru lagi best! Cepat gi tengok sekarang! Aku cakap sekarang kan? Aku tak cakap lusa pon. Kau apahal baca lagi blog aku ni? Lempang nak lempang nak? Haha. Now, kau boleh pilih apa apa jenis font kat entri kau, kat gadget kau, kat header kau. Menarik menarik pulak tu. Siriyes beb. Sebelum ni, ada 7 jenis font je. Sekarang? Berjuta-juta lemon beb! Tak percaya? Lihat bukti dia kat sini. Lawo tak font yang digunakan? :P



potpetpotpet : Dah lama kot? Tapi aku baru tahu. So, kira baru la kan?

Demi Nenek, Seorang Cucu Sanggup Berkorban!

Nanti tolong ambil Nyaie dengan Cik Mus kat Melaka Sentral lepas ambil Una okay?

Ibu pesan kat aku macam tu. Aku pon gi la Melaka Sentral lepas ambil Una kat tadika. Ni nak gi ambil Nyaie dengan Cik Mus, yang jauh datang dari Johor. Sebelah Melaka je kot? Nyaie dengan Cik Mus nak lepak lepak rumah selama beberapa hari. Merapatkan hubungan silaturrahim ye adik adik sekalian. Adik adik nak masuk syurga tak? =.=


Aku drive pelan pelan. Bila lampu merah, aku berhenti. Bila lampu hijau, aku jalan. Adeh. Perlu ke nak cerita sampai macam tu sekali? Dipendekkan cerita, aku pon sampai kat Melaka Sentral. Aku kol Ibu tanya pasal Nyaie dengan Cik Mus tunggu kat mana. Ibu tak tahu sebab Ibu dah try kol Nyaie dengan Cik Mus banyak kali tapi tak jawab jawab. Menneveskan betol.


Aku pusing pusing satu Melaka Sentral dengan Una. Mana la tahu kot kot terserempak ke. Bajet macam main sembunyi sembunyi la ni. Sila jeles. Tinggal lagi beberapa langkah nak lengkap tiga belas pusingan, aku menerima panggilan daripada Ibu. Jeng jeng jeng.

Nyaie dengan Cik Mus dah naik bas gi Alor Gajah. Dah sampai kat depan rumah pon.

Tahniah. Boleh menangis sekarang. Mentang mentang Melaka Sentral tu belakang rumah je kan? Oh ayat sentapan tu. Haha. Tapi Nyaie dengan Cik Mus kena tunggu lama sikit la, kena tunggu aku sampai rumah dulu sebab kunci rumah tu ada kat aku. My parents pulak takde kat rumah, both of them gi kerja. Adeh. Sabar ye. Kejap lagi nak sampai. :)


*Nyaie - panggilan nenek bagi orang Jawa.
*Cik Mus - kakak kandung Ibu.


Cucu siapa la ni? Tak senonoh. =.=



potpetpotpet : Nyaie belanja aku dengan Una aiskrim kon tadi. T.T

Contest: Money Guess

Terima kasih kepada Gadis Suka Menaip.
Kerana beliau sudi berkongsi hadiah kalau menang.
Bajet aku dapat tumpang sekaki la kot.
=.=


Contest: Money Guess


Jujur? Aku tak kenal sangat siapa Creativeheart tu. Apa yang aku tahu, Creativeheart tu memang dasat habis bila masuk bab bab fotografi ni. Aku sanggup jalan itik laaa kalau kau tak setuju dengan aku. Dah dah. Contest: Money Guess ni senang je. Kau kena teka bila masa dan tarikh duit duit dalam gambar kat bawah ni dikeluarkan. Cuba teka la kalau berani.


Duit duit di mana kau duit? Boleh ke duit jawab soalan ni? =.=


Erk. Aku tipu kau. Contest: Money Guess ni memerlukan kau meneka berapa jumlah duit dalam gambar kat atas ni. Tu je pon. Senang kan senang kan? Oh tak perlu sampai nak ngangkung ngangkung. Apalagi? Jom join! ;)


Aku nak teka?
RM 177.75


Aku nak tag?



potpetpotpet : Money is everything!!! :P

Karangan Hasil Titik Peluh Lebih 50 Orang Blogger

Petang tadi aku telah mensengalkan diri dengan entri Jom Main Pada Suatu Hari ni. Tapi aku tak sangka pulak korang turut serta mensengalkan diri sekali? Gile sengal ah korang! Haha. Kesian kesian. Takde kerja nak buat dah ke? Adeh. Jom baca karangan hasil titik peluh lebih 50 orang blogger ni. Lebih 50 orang blogger? Bantai je la. =.=


PADA SUATU HARI


Pada suatu hari, saya jumpa dia bawah pokok rambutan. Dia makan megi sambil bergelak ketawa. Megi yang sedap sebab megi dia megi itu sedap. Dia pandang saya. Saya jadi stim. Lalu ambulans pon datang. Doktor sunat saya. Neno neno neno. Ambulans tu bunyik. Tiba-tiba ambulans terbabas. I love it. Otomen pon datang! Otomen bawak saya berjalan-jalan di zoo. Lalu datang raksasa Zoo Taiping sama muka macam Zami. Tiba-tiba raksasa mengamuk. Raksasa kejar saya. Lari lari lari!!! Otomen kejar raksasa. Raksasa penat lari. Raksasa akhirnya pengsan. Raksasa terbangun semula. Pengsan membawa mati. Pedulikan raksasa itu.


Pelakon Undangan: Raksasa


Otomen terus terbang. Saya macam mana? Lu pikir la sendiri. Saya dibawanya sekali ke hospital gila untuk makan angin di Tanjong Rambutan. Saya petik buah rambutan sambil garu kepala yang sangat gatal. Rambutku banyak kutu sebab takde shampoo. Putu mayam sedap. Shampoo banyak busuk. Shampoo sikit wangi? Tak payah shampoo. Tak wangi pon kan kan kan? Boleh la tahan. Boleh tahan apa?


Pelakon Undangan: Otomen


Aku meneruskan perjalanan untuk mencari seseorang yang mencari seseorang. Tiba-tiba ada lembaga sedang tersenyum simpul, rambut panjang menggerbang. Zami sangat ketakutan. Tak paham la. Lalu difahamnya juga. Dan dia diam. Rambut Zami menggerbang. Tak takut pon tapi terkencing jugak seperti seorang nenek sedang menari disko dengan tarian agogo dari kumpulan SM*SH. Kenapa lembaga tersebut pergi berkaraoke ke laut? Sebab patah hati. Oh begitu rupanya. Kesian lembaga tersebut kerana takut dengan Zami. Aku pon pening. Kandunganku 3 bulan. Kusut otak fikir anak siapa. Anak kucing Zami? Zami pengsan lagi. Asyik asyik aku. Kenapa bukan Otomen? Sebab asyik pengsan, Otomen kembali untuk selamatkan Zami dan rakan rakannya. Raksasa bawak beca. Otomen pulak yang pengsan. Tiba-tiba Upin Ipin datang tolong Otomen. Maka habislah cerita.


Pelakon Undangan: Kak Limah


Eh belum lagi. Kak Ros datang marah Daniel Adie kerana tak update blog. Banyak kerja konon padahal kan kan buat-buat sibuk konon. Lalu Kak Ros pon mula menjerit sebab nampak lipas tak cukup kaki. Daniel Adie pergi sebab takut lipas sampai Zami tergelak. Kedengaran dari jauh, sayup-sayup Sailormoon memanggil Qarlll... Ijattt... Rayyannn... Tak bertukar ke? Bertukar tapi lambat. Tapi takpe, biar lambat asal selamat, kata Kak Limah. Lalu Kak Limah berjalan lenggang lenggok menuju ke kubur. Kak Limah balik dulu ye, nanti jumpa lagi.


Pelakon Undangan: Cinderella


Otomen pergi bancuh milo ala-ala Chef Wan sebelum dicelup dengan biskut. Ingatkan milo, rupa-rupanya memang milo rupa-rupanya. Lepas tu Otomen pon minum. Dia mintak lagi dengan Kak Limah. Tapi dah habis. Otomen frust, lalu bunuh diri. Cerita habis. Sila tepuk tangan. Tapi tiba-tiba Otomen jerit! Raksasa pelik bila Otomen hidup balik. Tidakkk! Hantu Otomen! Aku masih hidup, kata Otomen berkenaan. Zami terbeliak matanya setelah melihat Cinderella. Dia mencium pipinya. Air liurnya meleleh tapi sedap kot, rasa stroberi cokelat. Cinderella mula menangis sebab kasut hilang. Potong stim betul.



potpetpotpet : Amacam beb? Ada rasa macam nak cabut bulu hidung laju laju sekarang ni?

Jom Main Pada Suatu Hari!

Oh. Bersempena dengan petang yang bosan ni, aku nak ajak korang main game best ni. Aku bajet macam best la kot. Haha. Game apa tu? Jeng jeng jeng. Aku tahu korang pon teruja nak main kan? Mengaku je la. Aku dapat rasa beb. Eh. Aku tak paksa korang main. Siapa nak main, sila sila. Siapa tak nak main, sila sila. ;)




Pada suatu hari, ...


Senarai peraturan game bajet best ni. Mintak mintak korang baca.
  1. Sila komen di ruangan komen kat bawah ni. Komen yang dihantar melalui emel tidak akan dilayan sama sekali. Apahal nak mengada-ngada sangat sampai hantar kat emel? =.=
  2. Pengkomen pertama perlu sambung ayat kat atas tu sebanyak TIGA patah perkataan je. Tak boleh lebih lebih. Lempang nak lempang nak?
  3. Pengkomen kedua pulak kena sambung ayat daripada pengkomen pertama tadi dengan sebanyak TIGA patah perkataan jugak.
  4. Pengkomen ketiga pon nak main ke? Kalau nak main, kena sambung ayat daripada pengkomen kedua tadi. Perlu diingatkan, TIGA patah perkataan je. Pengsan aku nak ulang ulang. T.T
  5. Pengkomen keempat ... Erk. Perlu ke aku nak buat peraturan ni sampai pengkomen keseratus enam belas? Ceh. Bajet macam ramai je nak main. =.=
  6. Kalau tak faham jugak? Korang boleh cuba tanya wikipedia.
  7. Enjoisss!!! ;)
  8. Eh. Tak habis lagi. Ni paling penting, korang jangan hantarkan apa apa komen yang terkeluar daripada game ni. Harap maklum. :P


potpetpotpet : Pada suatu hari ri ri, Pak Mat naik lori ri ri. =.=

(I Heart You) SM*SH, Kumpulan Baru Dari Korea? Eh. Kumpulan Baru Dari Indonesia!

Aku dengar lagu I Heart You ni.
Single pertama kumpulan SM*SH kot?
Aku pon tak pasti.
Ni kira first time aku dengar nama kumpulan SM*SH ni.
Aku tahu pasal  SM*SH ni secara tak sengaja.
Lepas aku dengar lagu I Heart You tu, aku bukak YouTube pulak.
Bajet nak cari video klip dorang la ni.
Cari punya cari, aku jumpa beb!!!
Aku teros tekan play.
Lalu aku tampar muka aku laju laju.
Biar berak?
Kumpulan baru dari Korea ke ni?
Dan dan boleh nyanyi lagu dalam bahasa.
Adeh. Kagom kagom.
Kau tengok ah sendiri.
>.<






Dah tengok?
Amacam beb?
Kau ada rasa nak hantuk kepala kat dinding tak?
Sejibik Korea wa cakap sama lu.
Eh. Malaysia tak nak buat kumpulan macam ni ke?
=.=




Like?
Or dislike?
Tepuk dada, tanya selera.
Kalau kau tanya aku, jawapan dia memang tak boleh belah la.
Terasa macam something is wrong somewhere.
Pelik mungkin?
Lantak ah.
Tahu tak, official music video SM*SH tu ada parody?
Aku siriyes ni beb.
Kelakar gile!!!
Sebelom kau nak tengok parody ni, kau diwajibkan tengok official music video SM*SH tu dulu.
Dah bersedia untuk gelak?
>.<







Aku ketawa habis-habisan tengok parody ni.
They are hilarious!!!
Well done Corner Parodies!!!
One of the best parodies I've ever seen.
^.^



potpetpotpet : Hagemaru ninja boy! Erk. Jepun kot? =.=

Hadiah Contest Paling Mengejutkan Aku Pernah Terima!

Aku dikejutkan dengan pemberian segulung ijazah melalui kiriman pos ekspress daripada seseorang. Apa ke hal pulak ni? Aku tak habis belajar lagi tapi dah dapat ijazah? Aku macam speecess! Adakah aku bermimpi di siang hari sebab memang siang sekarang ni? Katakan tidak kerana aku belum bersedia lagi menghadapi semua ni. Tidak tidak! Dan apakah aku rasa seperti mahu lempang diri sendiri sebab meluat dengan ayat yang aku menaipkan ni? =.=




See? Aku tak tipu beb. Tengok ah. Entah macam mana aku boleh dapat entah. Aku dengan pantas bukak sampul surat kecik kat sebelah dia tu. Tengok tengok, ada gambar aku beb. Gambar berukuran yang aku sendiri tak tahu apa ukuran dia sebab aku tak pernah cuci gambar kecik macam tu. Duh. Selain tu, ada kad ucapan tahniah lagi. Wow. Aku macam speecess kali kedua! Oh. Ni hadiah kemenangan lagi? Haha. Jom ramai ramai gelak kesyukuran. Boleh? Alhamdulillah. :')




Erk. Aku dapat sijil penyertaan ke ni? Pengsan sekarang. Mula mula aku cuak la kot. Takot takot dia salah tulis nama aku dengan nombor kad pengenalan aku kat sijil penyertaan tu kan? Penting gile beb. Nanti aku nak gi interview, kena ah bawak sijil sijil ni semua. Aku pon bukak laju laju. Omaigod omaigod! Lepas tu aku lari pusing pusing meja makan sebab excited gile. Kau nak tahu kenapa? Tengok ah kat bawah ni.




Wow. Ni kali pertama aku memiliki lukisan potret muka aku beb! Tak pernah pernah aku nak suruh orang lukis muka aku. Dasat dasat. For me, Cik Liya memang talented gile ah! Lukisan potret ni memang terbaik wa cakap sama lu. Ni hadiah contest paling mengejutkan pernah aku terima. Masa contest hari tu, Cik Liya tak beritahu pon nak bagi apa. Tak sangka pulak lukisan potret? Syabas! ;D


Jom singgah?



potpetpotpet : Surprise tak?

Wow! Bruno Mars Singing Katy Perry's California Gurls!!!



I'm speechless!!!
Sedap gile beb.
Kalau kau kata tak sedap, aku tak nak kawan dengan kau.
Aku siriyes ni.
Okay.
Aku memang poyo bajet comel.
=.=



potpetpotpet : Dengan harapan Bruno Mars baca blog aku.

Seorang Lelaki, 3 Orang Wanita Tak Pasal Pasal Kantoi

MELAKA: Seorang lelaki telah didakwa melayan 3 orang wanita serentak di rumah kediaman miliknya, di sini, sejak malam kelmarin. Lelaki tersebut dikatakan sanggup menghabiskan waktunya dengan melayan 3 orang wanita terbabit. Oh. Lupa pulak. Lelaki tu ada blog. Nama blog dia ialah Budak Lelaki Sebelah Pintu. Eh. Aku ke aku ke? Alamak. Kantoi pulak. Sorry ah beb. Aku tak sengaja. Siapa suruh dorang dasat habes gile merembes? Okay okay. Meh sini aku nak story. Aku dapat hadiah kemenangan lagi kau kena jeles. Kali ni album 3 Suara. Tahu ke suara siapa? Suara mak kau, suara nenek kau dan tak lupa jugak suara hatok kau!!! Hamboi hamboi kurang ajar nampak? Haha. Gurau la beb. Ni haaa ... Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. For me, album ni memang album wajib dimiliki bagi semua penggemar penggemar industri hiburan tempatan. Siriyes wa cakap sama lu. Kalau kau minat Justin Bibik, Miley Sirap, Selena Gomol dan mungkin Katy Petai, sila abaikan entri ni. So, kau boleh balik sekarang!!! Aku cakap balik!!! Tiba tiba je suruh balik. =.=








Thanks to?
Adi Luqman


Track pilihan?
Menari Dalam Hujan
Semua Isi Hatimu
Beribu Sesalan
Mengenangmu
Tomorrow's Calling



potpetpotpet : Layan.

Koleksi Rantai Kunci Yang Comel Lagi Gojes

Sila scroll pelan pelan. Okay?


Comel beb!!! Siriyes. ;D


Oh. Siap ada hiasan magnet yang lekat kat peti ais tu. Apa nama benda ni? =.=


Bergabung!!!


Amacam? Nang nak? Nak tak? Tak nak? Terberanak? Okay okay. Kalau korang nak, sila hantarkan borang penyertaan di peti peti pos yang berhampiran dengan rumah korang. Alamat? Oh. Tak payah tulis apa apa pon. Nanti posmen tu tahu la nak hantar kat mana nanti. Siriyes? Siriyes la ni aku main main. =.=


Dah dah. Ni hadiah kemenangan aku masa join contest anjuran Cik Teratai Wangi hari tu. Baru sampai semalam. Hehe. Thanks a lot!!! Memang cun habis la hadiah kemenangan ni. Tak sanggop aku nak bagi orang lain. So, korang tak perlu nak goda goda aku nak mintak satu ke dua ke tiga ke empat ke lima ke hamboi melampau la tu. =.=



potpetpotpet : Nak shopping baju kemeja la. Siapa nak teman?

Giveaway Daniel Adie: Diary Motivation 2011



Giveaway Daniel Adie: Diary Motivation 2011 


Okay. Aku terasa malas nak taip panjang panjang. Haip. Daniel Adie sedang menjalankan giveaway ay ay ay ay ay. Amacam? Aku siap bagi efek gema tu. Boleh? Dia nak bagi Diary Motivation 2011 kepada sesiapa yang bertuah ni. Nescaye aku takde peluang nak mendapatkan Diary Motivation 2011 tu. Muktamad wa cakap sama lu. Aku tahu la aku siapa. Setakat muka comel je kan? Takde kena-mengena dengan bertuah langsung. Cisss debedah ... =.=


Senang je nak join giveaway ay ay ay ay ay ni. Kau hamek banner kat atas ni, lepas tu kau tempek kat entri pasal giveaway ay ay ay ay ay ni. Last, but not least, tag la sesiapa kau nak tag. Eh. Tak perlu sampai 10 orang blogger kau nak tag, 2 orang blogger pon dah kira cukup. See? Mudah kan? Berak pon lagi leceh la beb. Haha. So, aku nak tag siapa? Jeng jeng jeng. Aku nak bagi peluang kat blogger blogger baru yang rajin mengomen kat blog sengal ni. Hurmmm ... Nak tahu siapa? Jeng jeng jeng. Erk. Dah dua kali aku jeng jeng jeng ni. Campur tadi, kira tiga kali aku dah jeng jeng jeng. Okay. Fine. Dah masok empat kali pulak. =.=





potpetpotpet : Pagi tadi ada orang wish ohayo kat facebook. Lepas tu, aku balas takashima ogawa. Agak agak aku layak menerima secebis penampar ke? =.=


Siapa Peminat X-Men? Aku Peminat X-Men! Aku Tanya, Aku Jawab. Boleh?

Aku pinjam daripada perpustakaan YAHOO! kat sini.


Wow. Aku tak tahu pulak pasal X-Men: First Class ni nak ditayangkan pada 2 Jun 2011 kat Malaysia ni. Siriyes beb. Aku siap buat ujikaji lagi pasal X-Men: First Class ni. Erk. Ke ulangkaji? Apa apa je la. Yang penting, aku excited gile! Feveret aku tuh. Ni boleh mendatangkan ketidakstabilan emosi bila teringat zaman kanak kanak dulu. Masa tu, aku memang minat gile kat X-Men ni. Bukan setakat tengok kartun X-Men kat tv je, aku siap beli komik komik dia sekali. Comel betol aku masa tu, kalau kau nak tahu la kan. Boleh? Haha.


Sebelum ni, dah kuar empat filem pasal X-Men ni. Yep. Meh sini aku nak senaraikan semua. Jeng jeng jeng. X-Men pada tahun 2000, X2 pada tahun 2003, X-Men: The Last Stand pada tahun 2006 dan X-Men Origins: Wolverine pada tahun 2009. Aku paling tak suka X-Men Origins: Wolverine tu. Macam hampeh je. Haha. Kau layan ke X-Men ni? Adeh. Penat aku cakap beriya-iya. Tak pasal pasal aku haremmm cakap sorang sorang. Oh. Takpe. Aku dah biasa. =.=




Aku paling suka watak Cyclops ni. Senang jadi dia ni. Kalau nak lawan musuh, teros tembak guna mata dia tu. Tak payah susah susah nak gi dekat sebelah musuh. So, dijangka peratus kecederaan tu dapat dikurangkan sehingga 90%. Erk. Siap bagi peratus tu. Haha. Apa apa pon, aku memang tak minat sangat dengan Wolverine sejak lahir lagi. Dia bajet kuat je lebih. Poyo gile. Oleh yang demikian, boleh belah la!!! Adeh. Aku rasa tak perlu kot emosi emosi ni. =.=


Briefing pasal X-Men: First Class ni.
Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN.
Salin dengan yakin kat sini.



potpetpotpet : Sila tayang esok please!!!

Mari Lupakan Kontroversi Penipuan Blogger. Mari Kenangkan Memori Persahabatan Blogger.

Wow. Aku terkejot gile bila tengok entri sebelum ni. Tak sangka ramai pulak berani menconteng arang kat ruangan komen tu. Adeh. Macam mana aku boleh tak terkejot? Tiba tiba aku dapat 100 lebih komen gara gara aku bercerita pasal seorang blogger yang telah menipu aku. Dasat dasat. Eh. Berkenaan entri sebelum ni, aku tak mengamok pon. Aku sekadar berkongsi pengalaman, apa yang aku lalui. That's all. Peace! ;)


Entah macam mana aku boleh tertahu pasal sekarang ni dunia blogging tengah hangat dengan isu penipuan blogger. Secara spesifiknye, isu blogwalking tipu tipu. Tahu tak? Tak tahu sudah. Kalau nak tahu, sila merajinkan diri dengan blogwalking. I mean, blogwalking betol betol, bukan blogwalking tipu tipu. Erk. Aku tak nak komen lebih lebih. Tak pasal pasal pulak kan ... Dah dah. Mari kita lupakan kontroversi penipuan blogger ni. Maju la blogging supaya lagi maju daripada negara!!! =.=




Aku tak kenal dorang masa kat tadika. Aku tak kenal dorang masa kat sekolah rendah. Aku tak kenal dorang masa kat sekolah menengah. Aku tak kenal dorang masa kat matrikulasi. Aku tak kenal dorang masa kat universiti. Habis??! Aku tak kenal dorang pon. Boleh? Haha. Okay. Fine. Aku mengaku la ni ... Aku kenal dorang melalui dunia blog ni. Agak agak, teruja tak kau dengar? >.<


Eh. Kau jangan tak tahu, ni bukan pertama kali kitorang lepak sama sama. Aku siriyes ni beb. Sila percaya sebab aku memang tak tipu kau. Erk. Dah dah la pasal tipu tipu ni. Hehe. Last weekends, dorang datang Melaka. So, kitorang lepak sama sama dengan pengisian aktiviti seperti karok di jeti. Kira kitorang menghabiskan masa dengan melalak kat atas laut beb. Dengan ni, adalah wajib dimaafkan bila nyanyian kitorang semua ke laut. Sah sah la kitorang kat atas laut kan? =.=






Siapa kata dunia blog ni hampeh? Kau jangan ingat gadoh gadoh je boleh? Kitorang siap jadi kawan lagi. Dasat dasat. Sila jeles. Haha. Kira ni salah satu keajaiban dunia blog la kot. Take note please, keajaiban tu. Bermula dengan komen komen, kitorang jadi rapat. Kemudian, kitorang mengadakan perjumpaan atau gathering. Seterusnya, ikatan persahabatan mula tersimpul manja. Euwww ... Apahal tiba tiba aku guna gaya bahasa macam ni? =.=



From left : Fanzi Ruji | Hizami | Ijat | Adie | Wan | Qarl | Anas | Amir Rayyan



potpetpotpet : Nowadays, there are no boundaries between friends. 

Blogger Sanggup Menipu Demi Menambahkan Bilangan Followers?



Adeh. Aku tak tahu nak cakap apa. Peristiwa ni baru berlaku siang tadi. Aku gi post entri terbaru aku kat salah satu group yang aku join kat facebook tu. Tiba tiba, W (bukan nama sebenar) mengomen kat post aku tu. Aku pon macam excited lebih la kan? Siapa W ni? Tup tup, W tulis follow you. follow me okay. sekali dengan link blog dia kat post aku tu. Dasat dasat.


Eh. Aku takde masalah langsung bila W nak promote blog dia tu. Aku siap klik laju laju link blog yang W bagi tu. Aku tengok blog W. Hurmmm ... Aku tak pernah nampak pulak W sebelum sebelum ni. Siriyes. Aku ni kira rajin la jugak nak singgah blog blog yang selalu menconteng arang kat ruangan komen aku tu. Tapi aku tak pasti pulak dengan W ni. Baru lagi kot. Kemudian, aku check kat ruangan followers tu sebab W kata dia baru follow aku kan kan kan? Check punya check, aku tak jumpa W beb!!! Biar betik dia ada follow blog aku ni? Aku pon tulis tak pernah nampak pon? sebab aku memang tak perasan W ni. Nak kenal kenal jugak la kan. Kot kot selama ni aku selalu mengabaikan makan minum dia. Erk. Lama jugak aku kena tunggu W reply ni. Adeh. Selang beberapa minit lepas tu, W tulis dah lama dah ada. awak tak perasan. sebagai jawapan.


Aku dah rasa bersalah dah. W kata dia dah lama follow blog aku tapi aku boleh tak nampak dia? Haish. Sampai hati aku buat W macam tu. Tak boleh jadi ni. Aku gi dashboard semula. Eh. Bilangan followers dah bertambah!!! Aku terus gi ruangan followers tu. Nak tahu apa? W tu baru follow blog aku tadi. Eh. Tadi bukan ke W kata dah lama follow tadi? Haiyak. Blogger macam ni pon ada? Aku tulis adeh. awak baru follow kan? baru nampak kat situ. kat post tadi. Cuba teka W reply apa? W tulis yela. baru je follow. hehe. dengan tenang sekali. =.=


Aku tergamam beb. Cehhh. Tergamam tu. Dah la dia ajak aku follow blog dia, boleh pulak dia menipu macam tu? Aku takde la sampai nak mengamok keluar parang semua. Tapi aku kecewa beb. Sampai hati dia buat macam tu. Siap kata dia dah lama follow, padahal tak follow lagi? Bila aku tegur aku tak pernah nampak dia, dan dan follow blog aku. Come on la beb. Honesty is the best policy. Gara gara nak menambahkan bilangan followers, sanggup menipu? Kejam gile. Nasihat aku, jangan terlalu taksub dengan bilangan followers. Tak bawak mati pon. Boleh? =.=



potpetpotpet : Terima kasih kerana membaca. :')

Amboi. Tak Baca Entri Sampai Habis? Sampai Hati!

Okay. Aku rasa ramai gile keliru dengan entri semalam. Aku tak kata aku champion Maxis Om Nom Nom Race tu pon. Aku cuma tertanya-tanya sama ada aku menang ke tak. Cettt ... Walaupun aku dah tahu keputusan dia tapi aku saja saja nak tertanya-tanya. Tak boleh ke? Jeles la tu. Haha. Sebab tu aku letak Aku Menang Percutian Ke Hong Kong Kerana Maxis Om Nom Nom Race? sebagai tajuk dia. Takpe takpe. Aku memahami perangai korang yang suka baca tajuk je lepas tu terus komen. Bijak bijak. ;P


Jangan tak tahu, kitorang kena daftar seawal 8.30 pagi. Dasat dasat. Sesumpah je kitorang kat sane, eh, sesampai je kitorang kat sane, kitorang memberaturkan diri sebab nak check nama kumpulan. Ni yang hangin satu badan ni, dorang boleh kata tak perasan nama kumpulan kitorang THE ERONIC kat entri entri kitorang. I was like, apa apa je la. Tak pasal pasal dorang main letak nama kumpulan kitorang jadi lain. Nak tahu apa? MACHO FOOD WARRIORS!!! Jom pengsan ramai ramai dalam barisan. Adeh. Aku tak boleh belah dengan MACHO tu. Poyo siot!!! Nak tak nak, bantai je la. Dah tak boleh nak tukar dah. T.T


Mentang mentang pagi lagi, muka bukan main excited. Bajet menang la kot. Haha.


Siapa nak sain? Meh sini aku sain. :P


Eh. Ni belom mula lagi. Ni sarapan. =.=


Dah tukar baju yang dorang bagi. Comel comel. Puji diri sendiri la kot. Boleh?


Perlumbaan dimulakan pada jam 10.40 pagi. Gile ah. Dorang bagi lokasi nak dituju dalam bentuk koordinat. Mula mula aku dah gelabah. Macam mana nak buat ni? Adeh. Nasib la handphone Adie ada GPS application. Kalau tak, kitorang dah surrender laju laju. Haha. Eh. Dorang ada supply iPhone. Tapi iPhone tu macam terlalu canggih pulak. Erk. Tak pasal pasal Afiq sorang yang handle iPhone tu sebab dia agak tahu sikit nak tekan apa. Hurmmm ... Aku cuba jugak tekan tekan iPhone tu. Tapi tak lama, sekejap je sebab aku jadi fed up lepas tu. Siriyes aku tak reti nak guna. Okay. Boleh gelak sekarang. Satu dua tiga, haha gelak la. Aku dah bagi peluang ni. Tak nak sudah. =.=


Lari lari lepas tu sempat lagi posing depan tandas.


Ijat jadi driver sebab dia sorang je yang kira mahir dalam jalan jalan kat KL ni. The 1st checkpoint, we were the 7th team to arrive. The 2nd checkpoint, we were the 11th team to arrive. 3rd checkpoint, 14th team to arrive. 4th checkpoint, we were the 13th team to arrive. 5th checkpoint, we were the 11th team to arrive. And we were the 11th team out of 15 to finish the race. The other four teams were disqualified since all of them dah melebihi masa yang ditetapkan. So, we were officially the last team yang berjaya menamatkan perlumbaan ni!!! Tahniah tahniah. Secara kesimpulannye, kitorang tak menang la kan? Sudah terang lagi bersuluh. Haha.


Ada dinner pulak tu. Tak puas makan? Memang pon. T.T


Masing masing mempamerkan muka penat kot?


Awek cun ni. Tapi ada awek lagi cun. Tak sempat nak bergambar dengan awek lagi cun.


MC of the event. His name? I'm not sure. Hehe.


Nak balik dah. Seronok seronok.


Aku boleh kata ni one of the moments that I'm going to remember for the rest of my life. Siriyes. Tak kisah la menang ke tak, tapi pengalaman tu macam entah bila nak rasa lagi. Paling best, singgah restoran restoran eksklusif seperti Dancing Fish dengan Tarbush. Seronok gile wa cakap sama lu. Rugi siapa tak dapat join. Hoho. Gelak jahat ni, bukan gelak krismas. :P



potpetpotpet : I could not ask for more. :')

Aku Menang Percutian Ke Hong Kong Kerana Maxis Om Nom Nom Race?



Aku menang percutian ke Hong Kong masa lari lari Maxis Om Nom Nom Race hari tu? Jeng jeng jeng. Bajet kau neves la kan. Apa apa pon, it was a great yet fun experience. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Apa yang penting, pengalaman tu tak boleh beli kat 7 Eleven. Kat tempat lain tu aku tak tahu pulak kalau kalau ada jual pengalaman tu. Adeh. Nantikan berita penuh pada bila bila masa aku rasa aku nak cerita. Boleh? =.=


Sebelum tu, kau boleh la tinjau entri entri yang aku update secara pantas lagi panas. Panas la beb!!! Lari lari dan lepas sampai kat tempat tu je, terus nak kena update pasal makanan makanan tu. Gile ah. Tak kenyang pon. Wuwuwu ... T.T









potpetpotpet : Syukur nikmat.