Sabtu, 19 November 2011

Mata Kata Sedap Tapi Tekak Kata?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Petang semalam aku dapat mesej daripada Bank Islam yang bagitahu ada duit masuk kat dalam akaun aku. Aku pelik mula mula sebab aku tak tahu duit apa yang masuk ni. Adakah duit kat dalam akaun aku tu mengandung dan kemudian telah melahirkan beberapa keping duit? Errr... Faham tak lawak yang aku cuba sampaikan ni?

Memandangkan duit gaji dah masuk di samping hasutan daripada syaitan yang direjam, aku terus nak lunch kat luar, tak nak makan kat rumah dah. So, aku bawak dua orang adik aku Ika dan Husna yang ada kat rumah ni belanja dorang pergi lunch kat Secret Recipe. Kenapa Secret Recipe? Sebab aku nak cuba rasa set lunch dia yang RM15 tu.


Aku pilih set C, adik adik aku pilih set B. Set C ni ialah noodle in tom yum kung, macam mee tom yam la kalau bahasa kampung dia. Bagi aku, mee tom yam dia takde la special sangat, biasa je rasa dia sebenarnya. Tapi tak tahu kalau tekak korang macam mana sebab ada kemungkinan tekak aku ni kampung sangat kot? Lepas aku sedar yang aku tak dapat nak habiskan mee tom yam tu, aku bagi Husna habiskan. Pelik tapi benar, laju je dia habiskan. Haha.


Set B ialah prawn macaroni with cheese. Husna dah la minat cheese. Kalau boleh semua benda nak cheese. Lepas beberapa suapan, Husna tak lalu nak telan lagi dah. Dia tanya kenapa bau dia tak sedap. Dia siap bagitahu kat aku yang dia suka cheese tapi dia tak suka cheese yang macam apa yang dia tengah makan tu. Sebab tu la dia habiskan mee tom yam aku tu.


The one and only thing yang aku suka masa lunch tadi ialah iced lemon tea dia. Memang tu je yang aku suka. Haha. Aku jujur ni. Minuman kegemaran kot! Tapi sayangnya Husna tak suka pulak. So, aku la yang bertanggungjawab untuk hirup sampai habis dia punya iced lemon tea tu. Takkan nak biar membazir macam tu je sebab harga dia bukan seringgit dua. Kalau seringgit dua aku dah siap bungkus bawak balik rumah bagi jiran tetangga. Boleh?




potpetpotpet : Moral of the story, fikir dulu sebelum buang. Maksud aku, buang duit!

42 ulasan:

Syafiq Ahadin berkata...

nak juga kena bawa jalan!

kalau husna makan selalu cheese, apakah akan ada kemungkinan untuk jadi montel? I mean, macam doremon? Hehe!

Jaga badan dia! Nanti kang dia sedih dengan badan die. Hehe! Tak macam Ika. selim melim macam abang dia yang tough? Ek?

Okbai!

Mra Mastura berkata...

lorhhh..taste lain org lain la kan..~
duit tu jgn laju2 buang ek. tggu bulan 12 :P

Suraya Aris berkata...

bestnya ada abang macam lelaki sebelah pintu ni. nanti boleh pau hari-hari :P

Razman Kamarudin berkata...

haha... xsedap le tu... OK. moral of the story, jgn tertip pd jenama... hahaha... tp, xpe. experience tu diperlukan...

Syafiq Ahadin berkata...

Yeah! 1st!!! ☺ ☺ ☺ ☺ ☻ ☻

Umie Artoqiemie berkata...

ehem,
bila nak ajak aku jenjalan? haha

aydah ahmad berkata...

hahaa . mokss ! kite dah rase dah cake coklat indulgence tuh ! sedap sgt sgt sgt ! hee .

yang mkanan uols makan tuh pon dah rase . keh keh keh . sedap woo !
standard laa makn kat situ ;)

myravea berkata...

sebelum makan, kena survey dulu nii..huwww

Rozuan Ismail berkata...

kadang2 makan kedai mamak lagi sedap dan murah

Sarah Zulkipli berkata...

Ekceli kannn... Secret recipe kannn... Sedap pada nama je. #OKAYBYE! =P

Wan Ahmad Izudean berkata...

@Rozuan Ismail oh.sekarang da ada set jimat dah.. boleh cuba :)

snadilaa berkata...

nak abang macam abang zami ! hahaha. baik giler ~



*sedap ke resepi rahsia tu? kite tak penah makan kat situ kot .kampung habis la kan . haaaakss sobbs

ayie berkata...

tu la lain kali bawak de. tontu sodap..haha :P

javanese dove. berkata...

moral : marilah merejam syaiton.

syaiton nirrajim ni,sggup kau goda hizami utk membuang duit di secret recipe!

cik tenggiling berkata...

hehe..sborjelah ckgu..hehe..

Si Gadis Semasa berkata...

secret recipe , suka kek dia yang takde cheese aje . so opposite dengan husna . huhu .

Azhafizah[フィザ] berkata...

tak masak pulak kat umah?semua menu tu sangat sedap kot..cheese tu kalau makan banyak memang agak mual kan..boleh tahan jugak dak husna abeskan tomyam tu..tak pedas ek?

p/s:good job jage adek leklok..amanah tu..

onie berkata...

kat secret recipe ni onie tak penah lagi nak try set lunch bagai tu,sebab kalau p mesti beli kek,tu jela,haha...


choclate lave,yummylicious!

FarhanaDr berkata...

Old Town White Coffee makanan yang pesen gini sedap. Tomyam, mee kari, dan lain2 lagi, memang boleh tahan. Saya pun baru cuba aritu. Heeee. :D

Joe_Hans berkata...

ilusi optik nie... haha..

Mia Meymi berkata...

untungnya ada abang yang sayangkan adik2. :)

Reen berkata...

husna punya selera western tauuuu. haha tapi tomyam jugak yang sodap kan husna? hehe

izzad b* berkata...

ala sekali sekale, ape salahnyer :)

Nazifa berkata...

wahhh,i suke iceLtea gak and suke cheese. sep2! :p

xsuke sgt mkn kt secret recipe melainkan cake nye

Mr feckry berkata...

pantang betul wa dengan tempat lu makan ni, pntang tengok, nak belasah je makanan die

Blogger bernama Zam ! berkata...

Secret Recipe lagi dan lagi ..
memang peminat SR la ni .haha .,
zam tgok set b tu pun mcm takde selera je ,,haha . ade geng husna di sini .

RinsyaRyc berkata...

<----x pernah pi secret resepi. dulu ada teman kan kawan, tapi kite tak makan. eheh. musim ada keraguan di hati~

Rtp Farra Arisha berkata...

hehe, sedap2 belaka makanannya. ala, apa2pun berkaitan makanan, no need to regret gara2 tak habiskan makanan or minuman kerna rezki bakal datang lagi dan lagi. so, nikmati rezeki itu dengan sepuas2nya serta sentiasa mensyukuri setiap apa yang diberi olehNya..hihi. mana gambar ika dan husna?

luqman zakaria berkata...

harga dah cun!! tp rase x sedap yer!! hurmm..huhu :P

lynda salim berkata...

ice lemon tea !! like !

*selalu order kat kedai, tapi tak pernah buat ice lemon tea sendiri . HAHA :D

Syafiq_Elf berkata...

Lepas syafiq hbis spm blh belanja syafiq makan kan kan ? hee~

Anif Abdullah| AA berkata...

nak prawn macaroni wif cheese tuhhhh .macam sodap yo. haha..besela duit mcm air kalau pergi sini

merahitujambu berkata...

uish..sedapnyaaa

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

tomyam dia nmpak best. i can say it sbb nampak colour dia pekat!:) yummy lah! lemon tea, i love it too!boleh try ni...

muhammad berkata...

tahniah..entry anda telah terpilih untuk carta entry terbaik minggu ini.. pilihan muhammad yamaluddin..

Ben'g Zuber Menolza berkata...

sedap tuh.. da lama x mam kat SR...

ishiko berkata...

yupp...
kalau ice lemn tea pun mgecewakn mmg sy hlg mood mkn...
ice lemn tea oweys de best ^^

ishiko berkata...

yupp...
kalau ice lemn tea pun mgecewakn mmg sy hlg mood mkn...
ice lemn tea oweys de best ^^

mr.syazwan berkata...

wah

new info!

nak gak laa

best2

=_=

Faridzuan berkata...

Serius saya belum pernah masuk Secret Recipe, memandangkan kawasan saya belum buka Secret Recipe. Apa yang best kat sana ek? Nampak macam sedap,makanan pun ada kelas gitu! Hehe.

najihah sahami berkata...

belanja2!!!

tak sedap pun xpe. asalkan duit zami belanja, semua jadi sedap. haha

Puteri Iqa Izyan berkata...

ohh. nak makan kat sini kene pilih betul2. kalau tak sedap, bazir je duit. haha

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com