Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Aku tak tahu kenapa hari ni news feed aku kat facebook dipenuhi dengan gambar lucah yang entah datang daripada mana entah. Gambar lucah macam tu terpampang gara gara ada orang like atau ada orang komen kat gambar tu. Aku takde masalah kau nak like atau komen gambar lucah macam tu. Masalahnya sekarang ialah bila kau like atau komen gambar lucah tu dia terus keluar kat news feed aku! Kalau gambar udang goreng macam cendawan goreng takpe la kan? Ni gambar perempuan tak pakai baju la, gambar lelaki tengah cium dengan lelaki la, gambar perempuan tengah macam macam la sampai aku jadi malu nak klik button home kat facebook tu. Aku pulak yang malu tengok gambar lucah tu. Kau tak rasa malu ke?
Tapi ada jugak orang yang komen kat gambar lucah tu konon konon macam nak bagi nasihat la tapi guna ayat maki maki. Lantak kau la kan? Pada pendapat aku, kalau kau nak bagi nasihat sangat kat orang yang dalam gambar lucah tu apa kata kau pergi cari dia terus? Tak payah nak komen kat situ sebab:
- Orang yang dalam gambar tu bukan tahu kau tengah bagi nasihat kat gambar lucah dia tu tapi aku pulak yang tahu. Eh?
- Kau secara tak sengaja dah bagi orang lain yang ada dalam senarai kawan kau tengok gambar lucah tu sebab gambar tersebut akan keluar kat bahagian news feed dorang. Kau ingat semua orang yang ada dalam senarai kawan kau tu dapat tahan nafsu bila tertengok gambar lucah tu? Kau tak rasa ke yang sebenarnya kau lebih kepada mengundang maksiat?
- Kau dah membuka keaiban orang lain.
As a conclusion, it is crystal clear that haha tiba tiba speaking ni apahal? Sebab hari ni budak SPM kena jawab paper english. Boleh? Nasihat aku tolong jangan sebarkan gambar lucah kat facebook tu dengan like atau komen tak kisah la sengaja ke tak sengaja ke dan tolong jangan klik link yang bukan bukan sebab semua tu mungkin spam semata-mata atau virus yang bahaya kecuali link yang satu ni sebab link ni memang kena selalu klik laju laju. Nak tahu link apa? Ni link dia - http://www.budaklelaki.com.
potpetpotpet : Mula mula maksiat mata lepas tu maksiat bahagian lain pulak.
Boleh tekan like kalau rasa macam best! :)







57 budak main dekat pintu:
problem ko sama ngan aku la...terkejut tengok2 kat fb punya feed ada gambar lucah..
fb sekarang dah tak ketat punya privacy..
tau tak pe.. malu weh.. tap link ko mmg cpt je aku klik. hahaha
kesimpulannya jangan upload gambar yang bukan- bukan kat facebook. hehe.
^^
Sengal la FB skang!
Kene gak bende tu..
Seriously, mula mula baca status zami, sarah tak paham. Agak berkali kali baca tapi still tak phm. Bila scroll ke bwh tengok dekat home keluar gambar lucah seperti yang dimaksudkan oleh zami. Ia terlalu memalukan. Tambahan kalau gambar perempuan. Sarah rasa diri sendiri yg malu. Macam mcm lah sekarang ni boleh berlaku.
budak2 zaman skrg , camtulah . serius , makin banyak kat FB skrg . tak tahulah kat twitter pun merebak nanti =='
memang x klik home sejak mlm td. semua gmbr pelik2. huhu.
klik tu?klik amiramastura laju2 lagi best :P
@Bella Bellfarah add awk di muka buka.
astaghfirullah-alazim
harrrr stuju sgt..sy remove je org yg suke bgi NASIHAT kt web2 lucah tuh...
tahu takpe..aishooo..bengang betol rase..(-_-")
betol tu.. sama la ngan saye.. tadik mmg terkezuuut tengok feed fb kuar benda2 yang mengarut camtu.. kpd pengguna fb, tak payah la nak komen or like gambar2 tak senyonyohh camtu. wat malu jerrr.
AAH
ada tu tgk tu melampau sgt
ish!
buat tmbh pahala je
>.<
It's a shocker for me too. It turns out that ni kerja hackers. Motif diorang? Who knows. Like you said, jangan klik link bukan2.
tu la..adoi..masalah la fb ni..jd xnak p kat home da..huhu
@amniey91
As a conclusion, it is crystal clear that haha tiba tiba speaking ni apahal? Sebab hari ni budak SPM kena jawab paper english. Boleh?
lol tak boleh blah , tapi betullah , kalau like ke comment mesti akan keluar benda yang kita komen
memang pon...sebab tuh tak suke tengok new feed . bukak FB click noti jeh .
im just spent my time at kedai burung biru *twitter*
kan mokss .
FB is getting worse than before! :O
@Rtp Farra Arisha kalau layan twitter gosip je kan banyak,ni fb ni gambo siap,duh! dop pehe
betul !
kene jugak. tetiba je.
adoi dorang ni terlebih rajin pulak nak komen2. =________=
setuju...
wow!!serius zami kali ni.
astarfirullahalazimm.
betul tak pasal2 kat news feed ada gambor pompuan bogel.. malu kot..
same r kite. . pnuh dgn pix lucah jer. . mcm2 jnis org duk mengelike nye. . mcm tade keje len. . duk sebokk nak bukak aib org,then bg kaum adam n hawa nie brnfsu tggi lak bile tgok pix2 bdoh cmtu
Naseb aku jenis x suke sangat tekan Home kat fb 2.. aku pusing2 profile aku jee.. Pastu aku tekan noti.. kih3...
Upload gambar Kucing boleh? hehehe
agreed. =,=
fuhh! btul2. sakit hati betul.
nsib baikla mia dh jarang bukak FB.
Tak semua orang boleh terima pendapat orang,
buat mana setakat yang patut,
cukuplah kot. :)
pic semakin berahi, sgt 3gp
mkn ramai pki fb, mkin bnyk bnda pelik mcm ni kluar.. adoi
Betul tu! Sokong sangat. Mmg banyak gambar yang tak sesuai la. Kadang2 gambar ganas, buang bayi pun ada.. rasa macam nk block je
ha tu la. cek pon malu sangat aihh. mostly gambaq pompuan tak pakai baju. yang pakai tudung tak pakai baju pon ada. maluuu maluuuu. senangnya dunia skunk. nak tgok gambaq2 luncah on9 fb ja. dah la budak bwh umoq pon ramai yang ada fb. rosakkk -__-'
dinasihatkan supaya hide post tersebut..
macam nak deactivate account fb je gase-.-"
FB dah tua, tak larat dah nak halang semua benda virus tu :D
http://jannahfadzil.blogspot.com/2011/11/gambar-lucah-memalukan.html
sape yang copy sape ye? saya rasa bukan awak yg meniru dia kan? dia yg meniru awak dan menganggap itu hasil dia. :D
haha budaklelaki.com tu harus la tekan laju2 kannn? :P
betul betik!! nak klik home pon jadi segan! sebab tetiber kuar pic OMG! haha!
huuuu..
tau takper....
Kat blog pun jaga gambar ek?
XD
ayoooo yooookk!!!!
tau takpe...eii sakitkan mata jer
sana gambar lucah , sini gambar lucah . in fact saya taktahu apa-apa ohh :O takdek pape pon kat newsfeed . nak tau gambar lucah apa tu boleh tak ? haha
fb ku masih suci.......... :-)
setuju dgn nota kaki ustaz zami tue. :)
mula2 maksiat mata.lama2?.....
hahah, aku time tgh studi nak test tetibe trbukak pulak fb gmbar bugil2 bagai. hilang semua yg aku hafal.hahak
Twitter best!!! Hehe.
Seramlah cikgu. Rasa nak nangis pun ada tengok apa dah jadi. Takut memikirkan, ye la adik-adik kita pun ada Facebook. Hmmmm.
pelik. news feed aku normal je dari tadi =..=
mls da nk tekan HOME...tkt nmpk lg gmbr pelik2...tmbh dosa je.
FB makin ngok ngek.
no more privacy. haih!
mcm2 skg nie...hurm...
yes, terkejut sgt tengok dekat home kan. facebook will turn out as pornbook kalau tiada kawalan terhadap isu mcmni:(
bukan dorang cakap kena virus ke kalau keluar gambar lucah tu...
takda keja pulak nak comment kat gmbr merepek mcm tu..maki??nasihat??lagi la tak..malukan diri je wuwuwu..yaya stuju sgt dgn post ni
fb dah terancam...yang penting page(bohsiamurahan) tu dah kena delete... owner dia kabur berdarah(eh lupa nama dia,ingat berdarah jak)
Catat Ulasan