Isnin, 14 November 2011

A Date With Her (Tapi Bukan Aku Sorang)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sebelum aku, Adie dengan Ayie bergerak ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan AIM 18 dengan mata kepala masing masing, kami sempat singgah makan kat Mid Valley kejap. Niat di hati memang tak nak makan KFC or McD sebab dah muak. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan punya jalan berapa banyak punya jalan kan tiba tiba ternampak Popeyes ni. So, kami pilih nak cuba makan kat Popeyes ni pulak. Okay. Konsep fast food jugak la kan? Adeh. Sangat tidak sihat ye.

Gambar yang ada soul.

Aku pilih set burger ayam je.

Ni hidangan Adie. Dia pilih set bubur ayam.

Ayie buat muka comel comel ayam dengan set ayam goreng.

Aku rasa set aku paling sedap sebab aku paling cepat habis makan. Adie pulak tak habiskan bubur ayam dia tu. Dia kata tak masuk kat tekak dia. So, aku cuba la rasa dan aku rasa okay la daripada takde kan? Haha. Nasib Ayie dapat habiskan ayam goreng dia tu. Kalau tak habis, aku tak tahu la nak cakap apa pasal Popeyes ni. Bagi aku, bukan semua tekak boleh makan kat Popeyes.

Okay. Merujuk kepada entri semalam yang menggunakan tajuk Kasut Tumit Tinggi Siapa?, aku sempat jumpa Nisa Kay kat Mid Valley tu. Actually, dia sempat join kami makan kat Popeyes tu tapi aku tak sempat nak snap gambar dia masa dia makan. Kalau kau nak tahu, Nisa Kay makan sikit macam bayi. No wonder la badan dia saiz model. Sebelum aku cakap banyak pasal Nisa Kay ni, jom tengok gambar gambar kat bawah ni dulu.





Actually, aku dah lama kenal Nisa Kay kat blog dia. Aku kenal sebelum dia jadi retis lagi. Sekarang? Dia dah jadi retis dah. Malu aku nak jumpa dia. Nasib la dia tak malu nak jumpa aku. Eh?

Nisa Kay ni peramah orangnya, ringan mulut pulak tu. Masa berborak dengan dia memang langsung takde titik noktah dia bercakap. Padan la dengan bidang yang dia ceburi kan? Seronok dengar dia cerita, siap bagi tips nak cepat kaya pulak tu! Nak tahu apa tips dia? Rahsia! Haha.



potpetpotpet : Berkawan biar beribu.

27 ulasan:

Syafiq Ahadin berkata...

oyeah! memang kawan lah kan. best nyer!

kalau saya kat kl skarang, dah saya join TERgambar. tapi....err.... bersama retis2 ni, tak sanggup pula. hek3!

Rtp Farra Arisha berkata...

i'm gonna meet 'retis' like sis nisa kay too!! :')
all of you are just look alike superb models!! hehe.

cik najihah berkata...

langsung x terserempak dengan korang..hukhuk

ayie berkata...

laa zami..nape tak cakap nak.. kalau tak aku bagi seketul kat ko..haha..thanks kerana mengajak..baru ku kenal nisa seorang yang jaga makan..hehe..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

waahhhh dh jumpa retis wooooo~~

Syafiq Ahadin berkata...

yeah! 1st komen. Heheheheheheh!

#okbai

javanese dove. berkata...

EHEM,MAK SAYA CAKAP KALAU NAK CEPAT KAYA JANGAN KEDEKUT ILMU.
JADI,KONGSI LAH RAHSIA TERSEBUT..



haha.

RinsyaRyc berkata...

wa.. nisa kay cantik la~


<---baru kenal.

#newbie memang x kenal banyak retis. hihi~

DanieL AdiE berkata...

X SEDAP!!

Nak AYAM GORENG!!

Saiazuan berkata...

wah kluar ngan ayie skali ek..haha :D

FizaFizz berkata...

untunglah jumpa awek cntik..keh3

Mra Mastura berkata...

popeye mmg xsedap. leh kate gtu? :3

Azhafizah[フィザ] berkata...

dua dua retisss..untunglah kalau dapat jumpe kan..^_^

ummi rahimi berkata...

encik zami, xbaik kedekut ilmu tau...hahahhah

ainaamy berkata...

aperture besar . gambar jadi overexpossed . tapi still cun model . hheh

onie berkata...

@ainaamy yang duk baca ni pon retis jugak,hehe.... jalan punya jalan punya jalan punya jalan,haha!berapa banyak punya jalan dah -..-

Sarah Zulkipli berkata...

bertuah leww! :D

hafiz hafizol berkata...

ko jumpe nisa menaip? wah, retis la nisa tu.. dia tak pandang pun aku.. *tibeje

ADfeez berkata...

best kot popeye.... hahahah :P

widiea azira berkata...

eleyh awk pon same retis gak..xdenye nk malu2 ngn nisa kay tuh..:p

Yong Sofea berkata...

Aku pun kenal Nisa sebelum dia feymes tapi dia tak pernah kenal aku le. T_T

Eazy Izzuddin berkata...

oh Kay...
sorry2 na..
tak sempat nak pergi jumpa dia kat Mid aritu...
xD

Fara E's berkata...

feewittt , haha

aliesha kirana berkata...

alang2 dh kenal, ambik terus la encik zami. comelnyee nisa tu! heeh

::FAIZ FARISH:: berkata...

Cantik

najihah sahami berkata...

hahaha...popeye memang tak sedap...bazir duit je.

Ash Kyouhei berkata...

bro Hazami , Bro Daniel encemm :D
kak Nisa comel :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com