Ahad, 16 Oktober 2011

Top 5 Mitos Kesihatan Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku ada terbaca pasal mitos kesihatan ni tadi. So, aku nak kongsi dalam entri kali ni. Kalau boleh, tolong baca sampai habis sebab entri ni macam panjang sikit. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku dah lama sangat tak taip panjang panjang kot? Layan!


5 - Ketepikan semua jenis makanan yang mengandungi lemak.
Orang kata kalau nak sihat, jangan sesekali ambil makanan yang berlemak. Apa yang aku tahu, selagi kau tak ambil secara berlebihan, lemak tu takkan mendatangkan apa-apa mudarat. Kecuali kalau kau makan lemak macam makan nasi tu memang tak payah cakap la kan? Haha. Pengambilan lemak dalam kuantiti yang sedikit dapat mengelakkan lelaki daripada TESTOSTERONE DEPLETION. Apa tu? Google sendiri!

4 - Semakin banyak protein kita telan, semakin berketak badan kita.
Banyak la kau! Kau ingat senang senang je badan kau nak berketak? Kalau senang macam tu, badan aku dah lama berketak. Haha. Protein memang sangat diperlukan dalam pembentukan ketak ketak kat badan. Tapi banyak mana protein yang kau ambil tu kena la berkadar langsung dengan exercise yang kau buat. Kalau setakat lompat bintang je, sila lupakan.

3 - Aku sangat aktif. So, aku tak payah risau sebab aku boleh makan apa je.
Aku selalu macam tu. Bila hari ni exercise lebih sikit, terus main belasah makan ikut suka hati aku. Ni tak betul ni. Mana boleh macam tu! Bila kau fikir kau boleh makan macam macam lepas kau exercise, kau berkemungkinan besar akan mengalami overtraining masa exercise tu sebab kau cuba sedaya upaya nak buang kalori sebanyak yang mungkin. Tanpa sedar, kau dah exercise secara berlebihan. Faham tak? Apasal tiba tiba jadi serious ni?


2 - Ganti tidur masa hujung minggu.
Alamak! Aku suka buat benda ni. Adeh. Kadang kadang aku tak cukup tidur masa lima hari bekerja tu sebab banyak sangat kerja nak kena siapkan. Bila hujung minggu je, aku bantai tidur sampai 10 jam. Konon konon balas dendam sebab tak cukup tidur hari tu. Tahu tak kenapa aktiviti ni tidak menyihatkan langsung? Bila kau cuba ganti tidur masa hujung minggu, jam biologi waktu bangun dan tidur kau akan terganggu sebab contoh sebelum ni kau tidur lebih kurang 6 jam tapi bila hujung minggu tiba tiba tukar jadi 10 jam pulak.


1 - Jangan makan kuning telur tapi makan putih dia je.
Sounds familiar kan? Bila nak makan telur je, mesti tak nak makan yang bahagian kuning dia tu. Sebab apa? Sebab fikir bahagian kuning tu macam sangat tinggi kolestrol dia. Betul ke? Aku pon tak berapa pasti. Tapi apa yang aku tahu, kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi. Bila kau buang bahagian kuning tu, secara tak langsung kau dah buang beberapa jenis vitamin yang penting yang terkandung dalam kuning telur tu. Tak rasa membazir ke?



potpetpotpet : Sihat sebelum sakit.

23 ulasan:

  1. putih telur but msk muke!kekeke

    BalasPadam
  2. hehehe ! mitos jee kod , kuning telur tuh kan bgus tok mate , eh baik mkn sume . hoho !
    kesihatan tuh pnting ;)

    BalasPadam
  3. forum kesihatan bersama cikgu zami..hahaha :P

    psl ganti tido tu sy salah sorg ! erkksss ~ HAHA :D

    BalasPadam
  4. menguruskan diri dengan betol samada dari sudut pemakanan, kecergasan fizikal atau apa saja tentang kesihatan diri insyaallah badan kita akan menjadi sihat dan jauh dari sebarang penyakit. rasanya apa yang penting di sini adalah badan mesti sihat.

    BalasPadam
  5. 5. Lemak
    - saya sangat tak suka makan kulit ayam. Except for KFC! tu pasal badan sehat.

    4. Protein
    - pun pernah TERbaca juga. saya makan ikan. banyak protein. Ek??? tapi perut makin menonjol ke depan. Camne tu?

    3. Aktif
    - saya pun menghadapi masalah yang sama! baru2 ni pegi cek berat badan dah bertambah walaupun dah training macam nak mampus. hehe! dari 67.1 ke 67.5. Camne tu? But BMI still balance. 22.

    2. Tidur
    - ni memang lah susah sangat nak elak. Tapi yang penting subuh tak lepas! Hehe!

    1. Telur
    - telur perlu dibasuh. nanti TERmakan bersama dengan tahi yang baru kuar dari betina. Wooot2! Biasa kalau ada majlis kahwin, bunga telur paling ditunggu. Dapat je, gluppp! Makan sebiji. Eh, mesti la kupas dulu.


    Alhamdulillah, saya sihat. Sesuai lah dengan keturunan saya. Mohammad Syafiq bin Ahadin bin Sihat. Sihat ialah nama datuk saya. Hehe! Dan Alhamdulillah kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Hehe!

    Nice entry! :D

    BalasPadam
  6. kecik2 da mam kuning telor puas2
    so da beso ny mg tak ar..
    huhuk

    BalasPadam
  7. mase kecik2 da puas makan kuning telo uh
    so skunk da beso mg tak ar..
    huhuk

    BalasPadam
  8. so, what are u waiitng for? prakttikan perkara2 yg tidak akan memudaratkan kesihatan anda!

    mitos kadang kalanya betul!

    BalasPadam
  9. paling takut makan kuning telur tapi tak boleh kawal nafsu makan...kuning telur mmg sedap... kolestrol?

    BalasPadam
  10. Name pon mitos je kan..hehe

    BalasPadam
  11. kuning telur kasi goreng, putih telur letak kat muka pakai kapas.. ><

    BalasPadam
  12. suka tidur kot!

    kuikui

    =_=

    BalasPadam
  13. mitos oh mitos.... dats why we need to search scitifically b4 make an assumption... mitos uh hanya mentaliti.. leh jd betul tp faktor psykologi..orrr pe aku merepek ni...k tu je kthxbai..

    BalasPadam
  14. exrcise byk2 utk bdn ketak2 then mkn byk2..ermmm boleh jadi perut ketak-ketak x?? :p

    BalasPadam
  15. kesimpulannya makan je apa yang ada..haha

    BalasPadam
  16. kalau tak makan protein tapi badan ketak2 jugak camane tu abang sihat? hahaha

    BalasPadam
  17. rasanya 10 jam tidur tu, normal lg.. melainkan tidur ampai 24 jam, ganti tudo yg lepas2.. tu mungkin memudharatkan.. hehehe

    BalasPadam
  18. kuning telur memg kolestrol tinggi tapi ia mempunyai protein yg banyak.

    BalasPadam
  19. kuning telur tu sebenarnya khasiatnya bagus untuk buat rambut jadi blonde.

    BalasPadam
  20. dalam proses nk kasik ketak-ketak gak ni...hehhe...

    BalasPadam
  21. tak suka kuning telur :( buang2.hahah

    BalasPadam
  22. Paling suka top 1 - kalau zam makan telur , sume-sume telan , xkira la kuning ke KELABU.Ehhh! .Tetap maintain kurus sampai sekarang ,tak gemok PON?

    BalasPadam
  23. aku pun tak berapa setuju pasal yang kuning telur tu.. kuning telur tu pun ada khasiat kan... just kalau boleh, jangan la terlalu amalkan makan banyak... erkk..

    *tu pendapat aku la, aku jarang makan telur sebenarnya.. hehe..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com