Isnin, 31 Oktober 2011

My Nuffnang Story

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku sangat jarang cerita pasal Nuffnang. Bukan sebab aku boikot Nuffnang tapi sebab aku tak banyak cerita pasal Nuffnang. Plus, siapa la aku di mata Nuffnang kan? Errr... Ayat tu memang sengaja nak mintak simpati. Boleh?

Sejak aku menggunakan khidmat Nuffnang, ada dua tiga kelebihan yang aku dapat. Oh. Mungkin tak meriah macam blogger blogger yang lain yang dapat empat lima enam tujuh lapan kelebihan tapi aku tak kisah banyak sebab aku kisah sikit je. Rezeki masing masing kan? At least, dapat jugak aku merasa sisa sisa yang telah ditinggalkan untuk aku. Errr... Mintak simpati lagi? Haha.


So far, aku telah berjaya menang tiga jemputan daripada Nuffnang ke premiere screening bagi tiga buah filem. Eh. Tahu tak premiere screening tu apa? Dia macam main kesat kesat tisu premiere kat hingus. Aku tak tahu la kalau kau percaya. Adeh.

Terima kasih kepada Nuffnang sebab bagi aku peluang tengok filem filem tersebut sebelum ditayangkan kat pawagam. Tapi aku cuma dapat tengok tiga buah filem je pon. Lepas tu hidup aku dah macam busy dah. Errr... Aku kurang pasti aku busy dengan apa tapi sampai sekarang aku tak dapat nak join premiere screening anjuran Nuffnang ni.

Aku rasa best sebab aku dapat tengok wayang secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Toy Story 3

Rapunzel A Tangled Tale

Faster


Memori paling best dengan Nuffnang? Sah sah la Om Nom Nom Race! Sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan macam mana aku, Ijat, Adie dengan Afiq mengalami tekanan perasaan masa nak cari lokasi restoran restoran yang dia bagi. Tapi tekanan perasaan tu terus hilang lepas kitorang dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap.

From this race, aku sempat kenal beberapa orang blogger yang mana aku tak pernah kenal sebelum ni. In the meantime, aku dapat tengok dengan lebih dekat wajah blogger blogger lain. Nak tegur aku tak berani lagi. So, aku tengok daripada jauh je la. Tengok SAHAJA. Tak tegur langsung. Haha.

Eh. Masa tengah tengah race tu, kitorang kena buat live blogging pasal restoran restoran yang bagi kitorang makan tu. Ingat lagi tak? Takpe takpe. Meh sini aku cuba ingatkan kau balik:

Sekali lagi, aku rasa best sebab aku dapat menikmati makanan yang mahal mahal secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Para peserta yang kuat makan. Cuba cari aku kat mana?

One of the best things that ever happened in my life.


Okay. Aku baru cash out dua kali. Dah masuk dua tahun tapi aku baru cash out dua kali? Nampak sangat blog aku tak laku. Haha. Duit yang aku dapat takde la sampai empat angka. Tapi cukup la kalau nak beli selipar jepun sebanyak dua puluh lima pasang.

Bagi aku, duit yang aku dapat daripada Nuffnang ni macam bonus la. Tak payah aku nak buka gerai kat tepi jalan nak jual udang goreng macam cendawan goreng, aku cuma kena letak iklan kat dalam blog je. Ada rezeki, dapat la sekupang dua. Kalau tak dapat apa apa? Padan la muka! Siapa suruh tak update lapan puluh lapan entri sehari kan?

Dan lagi sekali, aku rasa best sebab aku dapat duit secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Malu aku nak tunjuk. Sedih.


As a conclusion, Nuffnang bukan siarkan iklan semata-mata. Nuffnang turut menyediakan aktiviti-aktiviti bagi komuniti blogger macam Om Nom Nom Race tu. So, aku sebagai salah seorang ahli Nuffnang yang berstatus glitterati, siap nak bangga dengan status tu boleh? Aku harap aku akan dapat banyak lagi peluang dan ruang untuk menyertai segala jenis aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang. Sebagai contoh macam Nuffnang Acia-Pacific Blog Awards 2011 yang akan berlangsung pada 16 Disember tahun ni.
Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.



potpetpotpet : Harap harap ada rezeki.

30 ulasan:

Nisa Kay berkata...

heeeeeeeeee kalau kita sama2 dapat tiket ke award tuh, boleh jumpa! ahakss :P

Paris Lipton berkata...

untungla...huhuhukkk

RinsyaRyc berkata...

amende nuffnang? tak tau guna dia.. jadi perhiasan jela.. hihi

Syafiq Ahadin berkata...

I'll join later!!! :D

aydah ahmad berkata...

jeles . sekian .

sumaiyah mokhtar berkata...

bila rezeki tambah lagi boleh belanja :)

Umar Arlee berkata...

Wow. Entry ni mcm 'journey' Hizami with Nuffnang je. Byk jgk yg aku xtahu psl event2 Nuffnang yg berlaku sblm ni. Maklumlah baru lg dlm dunia blogger.. anyway, percuma? Siape tak nak kan?! :D

faizal mohd berkata...

nanti nak cashout boleh la belanja saya sebab saya suka benda percuma. "sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon". setuju tak? :P

ayie berkata...

perghh nak join...

DanieL AdiE berkata...

Waahhh..bestnye!!

mr.syazwan berkata...

cehhhhhhh...

hope dpt la ye

leh tumpang sekaki

lalalalala

;p

zizidiazora berkata...

Di doakan semoga zami berjaya. Gegeh bro...

yaya chef kecik berkata...

sbgai blogger baru aku jeles gila wuwu..

Azhafizah[フィザ] berkata...

selamat bernuffnang,be a nuffnanger >.<

Ekmi Rabat berkata...

wah bnyak nye aktivit dia dgn nuffnang. hebakkk

Umie Artoqiemie berkata...

terima kasih nuffnang..
jasamu dikenang :P

hafiz berkata...

good luck zami~

new entry
http://afizz-hafiz.blogspot.com/2011/10/istiadat-konvokesyen-uitm-kali75-sidang.html

Amy Amira berkata...

untunglah,hi3

eddy syrol berkata...

untonglah....

iKhRam berkata...

setuju sgt..!!

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

fuh fuh fuh...dpt laaa tiket free..so maknenye x perlu kuarkn duit walaupon sesen...

KAMIHIDUP berkata...

peh!

najihah sahami berkata...

cewwah....goo luck zami....!

kechixx berkata...

bestnyer;)

hazanis berkata...

untung la....:)

http://hazanis.blogspot.com/2011/10/kebetulan.html?showComment=1320117052939#c5945370893572110593

jemput singgah sini..:)

Fara E's berkata...

untung la , haha

Rtp Farra Arisha berkata...

i'm not really expert anything about nuffnang..but anybody says it's useful ;)

WOWWWWWW! you seems very enjoy attending the event :'D

Blogger bernama Zam ! berkata...

zam dah nominate dlm award tuh , tp hamba tahu , peluang hamba xsehebat anda ..erkk

Juno berkata...

om nom nom bunyinya macam orang yang sedang mengunyah seorang bayi.

Reen berkata...

untunglaaa kan :P ala cash dua kali pun, kalau sekali seribu? hahah

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com