Ahad, 30 Oktober 2011

Husna Sayang Abang Tak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Since aku tinggal berdua dengan adik aku yang comel sekarang ni, aku je la yang melayan kerenah dia. Semua nak kena ikut cakap dia. Kadang kadang tu aku melawan jugak. Eh? Ingat muka comel tak boleh kena marah ke?

Hari Jumaat hari tu aku sempat bawak dia pergi breakfast kat KFC. Sementara nak tunggu pakcik dengan makcik aku habis berubat aku bawak Husna jalan jalan dulu. Kau boleh rujuk entri Kain Putih kalau nak tahu pasal pakcik dengan makcik aku tu.

KFC tu ada dua tingkat. Dan Husna nak makan kat tingkat atas. Aku pulak malas nak naik atas. So, aku bagitahu dia yang bahagian atas tu tak buka lagi. Aku pon apa yang tak buka lagi. Haha. Senang cerita, makan kat bawah je. Jimat tenaga sikit.
 
Husna pilih bubur dengan teh tarik.

Honestly, breakfast kat KFC lagi sedap daripada breakfast kat McDonald's. Tu pendapat peribadi aku je. Siapa yang tak pernah cuba breakfast kat KFC, boleh la cuba esok pagi, esok lusa, esok tulat dan esok yang lain lain. Lepas dah selesai breakfast kat KFC, aku tak tahu nak pergi mana dah. Kalau pergi jauh jauh, payah pulak nak patah balik nak ambil pakcik dengan makcik aku nanti. Tengah tengah drive, aku ternampak taman permainan kat sebelah kiri jalan. Tanpa berfikir secara logik, aku terus berhenti.

Seronok dia main!

Kadang kadang penat layan Husna ni. Kadang kadang seronok pulak. Entah la. Bergantung kepada situasi dan jugak emosi masa tu. Tak kisah la semua tu. Yang penting, aku sayang dia! Husna sayang abang tak? Mesti dia jawab sayang sangat sangat. Haha. Padahal aku selalu marah marah dia. Orang putih kata, angry birds. Maksud dia, marah marah sayang. Boleh?

Husna yang suruh buat muka macam ni.


potpetpotpet : Esok dah start sekolah balik.

46 ulasan:

izzad b* berkata...

sayang 2....

Bell berkata...

comelnye adik ^^

zizidiazora berkata...

Zami syg abg tak? hehehe......

Mia Meymi berkata...

bestnye ade adik.. :)

Misz Azney berkata...

comel nyer budax 2. . abg dye lgi comellllll

sarah hanafiah berkata...

alolo sweeeeeeeeeeet nya :D

faizal mohd berkata...

abang yg baik. gud job. :)

Aesya Zealous berkata...

bubur kfc sedap

RinsyaRyc berkata...

dah boleh jadi bapak dahni~~
eh? kih3

zainatul abu bakar berkata...

alala..comelnya husna ni :) rase nak cubit2 pipi die tu,hihihi

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

ahahhaa..waahhhh sebijik...

ummi rahimi berkata...

like sister like brother la..

eh,

ke like brother like sister..hahahha

Syafiq Ahadin berkata...

@Aesya Zealous biasa sarapan kat umah je. Hehe! tak suka McD sebab..errr... tak suka. mahal kot. sebab biasa dengan kfc, sebab kat daerah nun di sabah ada kfc je. Huk3! sedih kan.

cimOt berkata...

waaaa..abang mithali ni...

noreenrara berkata...

alahaiii comeyynye :)

Terbang Bersamaku berkata...

comelnye adik dia...jaga adik baik2 ye..ade ciri2 abg mithali nie..(^__^)

Aflina Affandi berkata...

alalala sweetnya . hihi

syabab berkata...

haha....comel la korg..err oke la xper la nk gak ckp comel..btw bro dua beradik je ka?

Nia Ridzwan berkata...

bestlah ada adik kecik!
kita adik besar dah, takleh feeling jadi bebysitter :(

ayie berkata...

sayang husna..hehe

Miscellaneous Smiles berkata...

=)

shahniza hasmadi berkata...

wahh abg mithali la katekan :P

starzieti berkata...

bestnye ade adik pmpuan. jeles jeles !

gmba yg last tuh comellll. haha. :D

encikReza berkata...

comei <-- last pic tu

far_east berkata...

cutenyer husna...pandai chegu layan adik noo... =)

kembatolo™ berkata...

aku pun sayang. AWW~

Fara E's berkata...

hai husna , haha

Princess Lena berkata...

swit tgk zami & adik..:)

Salwa berkata...

cute :D jarang orang mek gambar posing tutup mate camtu.hehe.

✿ Cik Nisa ✿ berkata...

comel yer .
utg dye dpt abg mcm nie . ehe :)

aliesha kirana berkata...

sayanggg abanggg...kui3

ishiko berkata...

hahaa.. husna comel ^^

::FAIZ FARISH:: berkata...

:)

Reen berkata...

comelnya husn! abangnya pu rajin melayan yee. hehe. good :)

yaya chef kecik berkata...

alololohhh..cute aje adik husna nie

zikeryhassan berkata...

husna suruh buat muka macam tu ke, kamu yang suruh dia buat muka macam tu?

iela_fadila alias berkata...

wah,sweet gila abg ngan adik ni ! berangan ada abg jap ~

Rtp Farra Arisha berkata...

WOWWWWWW! this is so sweet writing. pastilah seorang adik sayang akan abangnya. comelnya husna ;)

najihah sahami berkata...

hahaha..sekali tgk husna ni macam muka mia sara. ecece...comey ah adik zami t..nk wt adik ipar leh?

:P

Blogger bernama Zam ! berkata...

comel la Husna tu , eh eh kongsi adik boleh? haha .

adrinaqamarina berkata...

dah lama nak cakap, rambut dye ni lagi menampak kan kecomelan beliau. hahaha.



suka jugak tanya adik camtu, sayang ayong tak, dye pon cakap sayang, nanti dye cium pipi.



tsk *lap air mata*



HAHAHH

kechixx berkata...

hahaaaa.,kelakar;);)

Mish Apple berkata...

comel gile abang die .

Cik Aimie Arissa berkata...

alolo...comelnyer husna....bestnye ada adik...

Mra Mastura berkata...

sayang gak! :D

beloganakcikgujai@blogspot.com berkata...

kfc lagi sedap dr mcD??seyes ke??rasanye masa tu mkn mcd lgbest kot dr kfc...hmm...berbeza taste bud kot.haha

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com