Jumaat, 28 Oktober 2011

Bangunan Berkain Hitam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku copy dialog ni kat facebook. Aku tak tahu nak link kat mana sebab aku dapat kat status orang. Dah lama dah dialog ni sebenarnya. Aku bet ramai dah baca pasal dialog ni. Tapi baru sekarang aku rasa macam nak share. So, kalau kau dah baca sebelum ni, boleh la baca lagi sekali sebab aku dah edit dialog ni sikit sikit. Bukan edit isi dia tapi aku edit benda benda yang tak penting macam titik noktah, huruf besar, huruf kecik, spacing, pembuka dan penutup kata sebab aku tak suka kalau kejap ada dua titik la kejap ada tiga titik la kejap takde titik la kejap huruf besar la kejap huruf kecik la kejap jarak dekat kejap jarak jauh kejap ada pembuka kata kejap takde penutup kata. Okay. Aku dah penat explain dah. Jom tengok dialog tu?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan berkain hitam tu?"

"Oh. Tu Kaabah atau nama lainnya ialah Baitullah."

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah, maknanya ialah Rumah Allah."

"Allah ada dalam tu?"

"Takde."

"Jadi, kenapa kamu sembah bangunan tu kalau Allah takde dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah SWT."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap ke arah Kaabah je tetapi saya tak sembah Kaabah."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah? Maknanya kamu sembah Kaabah la kan?"

"Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah. Selalu je."

"Kamu tengok TV ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la."

"Di mana?"

"Dalam TV la."

"Cuba buka TV tu, tengok kat dalam tu ada stadium dan perlawanan bola ke tak?"

"Memanglah tak ada. Tapi gambar dia ada."

"Buka dalam TV, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu?"

"So?"

"Maknanya kamu tengok TV, bukan tengok perlawanan bola. Betul tak?"

"Tak! Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu."

"Peliknya."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Mana tak pelik? Kamu cakap kamu tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam TV tu takde apa-apa. Kalau ada pon cuma wayar yang berselirat je."

"Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan perlawanan bola secara langsung!"

"Jadi tak pelik la ni?"

"Ya. Tak pelik!"

"Jadi, tak pelik jugak la bila saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah biar pon dalam Kaabah tu takde Allah." 



potpetpotpet : Khutbah Jumaat tadi pasal haji.

31 ulasan:

  1. thanks sharing. membuka pikiran! :D hehe....... tengok kaabah dapat pahala free... ye dak? correct me.

    BalasPadam
  2. nice entry moks . besenye non muslim yang tnye camtuh .

    BalasPadam
  3. ades... pening teman....makan panadol jap...

    BalasPadam
  4. nice sharing. kutbah di masjid upm pulak pasal perniagaan secara islam. :)

    BalasPadam
  5. bole digunakan unutk penerangan kat org bukan islam ni zami...

    *tq share info..

    BalasPadam
  6. itu satu penerangan yang cukup senang untuk diberi kepada mereka2 yang mempertikaikan tentang sembahyang orang islam yang mengadap kaabah.

    betul cakap Syafiq Ahadin hanya memandang kaabah saja kita sudah mendapat pahala.

    BalasPadam
  7. @zizidiazora alhamdulillah saya tak salah. HEheheheehheeh (^,^)

    BalasPadam
  8. dah bace cite ni.. tapi baca lagi supaya jadi peringatan.. :)

    BalasPadam
  9. ehh ni baru fes time la bace pasal ni ,
    kita tak boleh nak salah kan jugak orang2 yang macam ni , sebab mungkin didikan agam kurang kan ,
    tp ape ape pun , nice entri !

    BalasPadam
  10. untuk terangkan macam ni pada non muslim pun perlu pengetahuan macam ni..mcm mn nak adapt keadaan sekeliling untuk bg pnerangan kpd dy..klo sndri pn xtau mmg ssh la..

    BalasPadam
  11. nnt jawab ni lah law non muslim tanya.

    BalasPadam
  12. kuasa dan keajaiban sesuatu benda yang Allah ciptakan tidak dapat disangkal lagi :')

    thanks for sharing here. dalam FB banyak share perihal some more about islam. those are nice!

    BalasPadam
  13. cara terbaik untuk terangkan pada org kafir

    BalasPadam
  14. huhu tak prnah baca nie lagi... hehe thanks for sharing.. sgguh brmakna..

    BalasPadam
  15. thx bro for sharin... hmmm membuka sidikit minda nie...hehe

    BalasPadam
  16. yg neh pun da RT..!!!! :p
    Alhamdulillah..smoga yg masih na persoalkan n pertikaikan tuh ta mmpersoalkan bnde mcm neh lg..itulah guna nya kepercayaan kpd Allah.. =)

    BalasPadam
  17. cikguu ! suke entry nieyh !

    BalasPadam
  18. nice info! yg perempuan x pegi masjid ni pon boleh ikot khutbah skali ;)

    BalasPadam
  19. cikgucikgu ! xD
    Entry ni best (:

    BalasPadam
  20. ya Allah..perbanyakkan ilmu sahabat ku ini

    BalasPadam
  21. aku ada baca kat fb jugak pasal entry nie..

    BalasPadam
  22. masih belum cuba lagi kat org bukan islam.. sebab diorang blom tanya lagi..huhu

    BalasPadam
  23. Like this entry :)
    moga2 dapat jugak kita sampai ke sana nanti, InsyaAllah..

    BalasPadam
  24. insyAllah akan sampai kita ke sini 1 hari nanti


    amin~

    BalasPadam
  25. Nice sharing zami! Tq:-D

    BalasPadam
  26. cerita yang menarik..
    terima kasih atas perkongsian ni..

    BalasPadam
  27. cikgu!! like2..
    boleh guna utk jwb kwn yg non-muslim tanya.. ^__^

    BalasPadam
  28. ya. pernah baca. dan setiap kali baca akan teringat zaman kecik2 sebab dok anggap Allah duk dalam tuh. sebab tu stiap kali solat kena adab situ jugak. daif sungguh masa kecik.

    BalasPadam
  29. @FaFa nice entry..jawapan yang baik yang boleh kita bg pada yang orang salu tanya...

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com