Selasa, 25 Oktober 2011

Rezeki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan eh kau tak rasa dah macam ayat penghargaan folio sejarah ke? Haha. Hari ni rezeki aku agak melimpah ruah jugak la. Tapi takde la ruah sangat. Melimpah je kot?

Firstly, aku bajet nak masak udang goreng tempura malam ni. Nanti boleh menunjuk nunjuk kat blog. Errr... Macam salah je niat tu? Takpe takpe. Sambil menyelam lepas tu kencing sekali. Boleh? Lepas selesai segala hal kat sekolah, aku terus pergi ambil Husna kat rumah nenek. Sebelum balik rumah, nenek bagi aku lauk. Nenek bagi ikan tongkol masak asam pedas. Dengar nama pon dah sedap kan? Bayangkan! So, udang goreng tempura terpaksa dilupakan. Mungkin esok?

Secondly, aku tolong Amir Rayyan siapkan banner untuk dinner dia. Aku ambil masa yang agak lama untuk siapkan banner tu, agak agak nak dekat sebulan jugak kot? Tapi takde la genap sebulan aku menghadap adobe photoshop semata-mata. Baru tadi Amir Rayyan hantar pergi printing. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar walaupun masa nak siapkan banner tu terlalu banyak dugaan yang mendatang. Tak lama kemudian, Amir Rayyan mesej aku mintak nombor akaun. Dia kata nak hantar kat rancangan bersamamu nak mintak derma. Errr... Percaya la kau sorang sorang! Adeh. Amir Rayyan nak bagi upah sebenarnya. Rezeki kan? Macam tahu tahu je aku perlukan duit sekarang ni. Memang cukup untuk beli sepasang kasut hitam yang baru. For your information, tapak kasut hitam aku dah hampir tercabut. Sekarang cuma tunggu masa untuk tercabut sepenuhnya. Kalau tak nak tunggu masa tapi nak cabut sendiri pon boleh je sebab dah ada duit dah kan?

Perasan tak? Entri ni takde gambar aku sebab aku dah takde mood nak ambil gambar dah sekarang ni sebab aku tak hensem macam kau. Haha. Sekian.



potpetpotpet : Maksud bagai nasi tersaji sampai ke lutut ialah nasib yang begitu baik.

28 ulasan:

DanieL AdiE berkata...

So, project kita ape cer?

Kite kene jumpe client secepat mungkin..huhu

Syafiq Ahadin berkata...

sujud syukur!
wah3. best nyer. makan free, duit pun free.

Haha! abang zami tak hensem? wah, first time dengar. Hehe!
btw, belilah kasut.
peribahsa ari ni: makan nasi berlauk ikan? takda dalam list. lantak.

aydah ahmad berkata...

alhamdulillah , rezeki namenye tuh . pastuh boleh pabelish pic kasut bebanyakk . haha .

esok masak udang tempura . hantar sikit . ehek =p

najihah sahami berkata...

ecece....masyukkk habis ah rezeki eh..

btw, peribahasa baru eh?

:)

najihah sahami berkata...

ecece....masyukkk habis ah rezeki eh..

btw, peribahasa baru eh?

:)

eddy syrol berkata...

untunglah

faizal mohd berkata...

tercari-cari jugak ayat ''nasi tersaji sampai ke lutut'' tu dalam entri. first time dengar. huhu sedih~ :)

zizidiazora berkata...

wah semenjak dua menjak ni zami asyik bermain ngan bahasa je. nape eak? pelik gak... dah la gi lah beli kasut tu jgn membazir lak duit tu.

esok buat udang goreng tempura tu and publish nk tgok jadi ke tak. haha...

eman berkata...

ayat akhir cm xbest jew dgr....huhu eneway hopefully u will be much2 better... bagai nasi bersaji sampai ke lutut?hmmm interesting peribahasa modern nie... hehe

noraauliyya berkata...

Alhamdulillah .. tu namanya rezeki.

Ms Bery berkata...

Pelajaran baru hari nie adalah "Bagai nasi tersaji sampai ke lutut' :D

ayie berkata...

kufikirkan karam sigh walia punya blog td..amma..happy deepavali..haha

Gadis Pantai Timur berkata...

untunglah kamoo..design dapat duit...

http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/10/heliza-akan-datang.html

widiea azira berkata...

belilah kasut untuk jaminan masa depan anda

iKhRam berkata...

rezeki jgn ditolak..
tp kalau tak dicari pun tak merasa jugakkan..

Fiq Fikri berkata...

untung la dapat upah ehehhe,
kau tak letak gbr napa?rindu nnt taw aummmm

noraauliyya berkata...

aik, kenapa tukar title ?

El-Janna berkata...

hueh878 gud luck. mesti cantik banner tu^^

kat entry xyah ltak gambr pn xpe kat kiri kanan pun dah ade gambar^^

Umie Artoqiemie berkata...

nak tengok banner kau buat tu bulih?.

Fara E's berkata...

untung la , haha

LolliPop duDe berkata...

Aik? Da tukar title plak

Blogger bernama Zam ! berkata...

'tak hensem macam kau' ??
bukan selalunya 'lagi hensem dari kau' ker??
HAHA!

Azhafizah[フィザ] berkata...

boleh belanjer la ..open table terus :p

Munna berkata...

Alhamdulillah rezeki melimpah tu =)

izfanora berkata...

nama dier amir rayyan? mcm nma ank buah lah.. :)

alhamdulillah, masih dihujani rezeki.. :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

alhamdulillah rezeki...

Bintang Biru. berkata...

eh? ade ke peribahasa tu? =.='

tieha ismail berkata...

rajin eh memasak....kuikuikui~

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com