Rabu, 28 September 2011

Fright Night - Vampire Jahat Lagi Hodoh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Hari Isnin hari tu aku keluar tengok filem Fright Night ni. Okay. Filem ni cerita pasal vampire. Tak habis habis pasal vampire kan? Anyway, filem ni mengisahkan seorang budak yang terpaksa berhadapan dengan jiran dia. Dan jiran dia tu merupakan seorang vampire yang sehensem aku. Eh?

Fright Night ni filem komedi seram. Dalam terkejut beruk tu, ada jugak senyum kambing yang terselit. Macam sedap kan ayat aku? Haha.

Apa yang best pasal Fright Night?
  • Vampire yang ditonjolkan dalam filem ni memang jahat. Super duper punya jahat! Kau tak payah nak berharap vampire dia jadi baik pada penghujung cerita. Memang TAKKAN.
  • Ni bukan cerita pasal vampire jatuh cinta dengan manusia lepas tu cinta terhalang oleh orang tua macam lagu Fauziah Latiff tu. Ni cerita pasal vampire makan orang macam makan biskut.
  • Vampire dia bila bertukar tak hensem macam Robert Pattinson. Vampire dia bila bertukar muka memang hodoh habis!
  • Jalan cerita bagi filem ni simple je. Tentang macam mana budak tu nak hapuskan seorang vampire SAHAJA. Senang kan nak faham? Watak dalam filem ni pon sikit je. Tak susah nak ingat. Contoh ada watak mak budak tu, awek budak tu dan kawan budak tu. Tapi aku tak ingat nama dorang la kan? Lain la kalau nama dorang Abu ke Ali ke Ahmad ke senang sikit aku nak ingat.
  • Kemunculan vampire dia sangat menakutkan. Entah macam mana aku boleh takut dengan vampire dalam filem ni aku pon tak tahu. Masa aku tengok Twilight, aku tak takut langsung dengan vampire. Siap nak rasa nak jadi vampire pulak tu!
  • Terdapat beberapa babak kelakar yang menghidupkan lagi filem ni.

So, aku bagi Fright Night tiga setengah daripada lima bintang! Tapi kalau kau dah bosan dengan filem pasal vampire macam ni, better kau tengok filem lain yang aku takkan tengok seperti filem pasal raya tu. Haha.



potpetpotpet : Filem apa pulak lepas ni?

25 ulasan:

noreenrara berkata...

tggu happy feet 2 plak..heh ~

Ieyka Lovva berkata...

mula2 ingt cite ni mcm ntah pape..tp best pulak..simple jerk jln citenyer :)

FarhanaDr berkata...

Saya dah tengok.. Tapi saya download gambar wayang.. Best.. Tapi kecewa sebab gambar yang tak best.. Haha.. Aaaa.. Nak nengok Fright Night dekat wayanggggggg!!

ayie berkata...

sikit je 3 bintang..haha..kene donlod ni..

Fiq Fikri berkata...

cciter ni best aku suke,kalah citer raya tak jdi yg ntah ape2 :D

eddy syrol berkata...

nanti aku g nengok

Ms Bery berkata...

movie al-Hijab..
cam best je seram die.. :D

Mr feckry berkata...

nanti wa donlod la citer tu

Kim Hyun Arry berkata...

owh.mcm tu ker crte dyer?hehehe...collin farrel dlm crte nie kan..hehe..beb..aku dh follow ko,,hrp dpt follow kyte blik k,,TQ..

arennwood.blogspot.com..:)

bella luna berkata...

dah lama tak layan cite,so ketinggalan,huhu

Makbed berkata...

@Kim Hyun Arry

disebabkan vampirenye tak ensem, aku takmoh tengok lah! AHAHhahhAH

DanieL AdiE berkata...

hahaha..lupe state tgk ngan sape..haha

imah berkata...

layan johnny english je ^^

SyafiQ aHaDin berkata...

sob2! hari tuu dapat tiket free nuffnang p tengok nie tapi x dapat pegi. almaklumlah sebagai student.

hang ok laa... cekgu..! hehe!

Eazy Izzuddin berkata...

aaaaa...
tak tengok lagiii

Alya Esprézzo™ berkata...

bestttttttt!! alya dah tengok jugak, hari tu movie marathon sekali dgn bini-biniku gengster! hahaha bestt besttt...

Ms Bery berkata...

movie al-Hijab
macam best je.. :D

zizidiazora berkata...

Pasal filem raya tak jadi tu slow sket zami nanti ada orang terasa hahaha.....

Heidi Shafiq berkata...

owh.. aku dpt dr nuff tp aku tak gi tgk..

Azhafizah[フィザ] berkata...

tak tengok lg muvee ni -_-'

TeQah Khaire berkata...

aku tgk xbest lah..

slmat x tgk wyg..haha

Fara E's berkata...

rajinye die tgok wayang , jeles2 !

Izzah | zulkifli berkata...

da lama ta tengok movie..ta bule jadi ni.. =P

Bintang Biru. berkata...

Nak p tengok nanti, XD

kechixx berkata...

macam best je...dah lama saya tak tengok wayang..heehhehe;)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com