Khamis, 8 September 2011

Binatang Apa Warna Biru Celcom Tapi Comel?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Binatang apa warna biru celcom tapi comel? Haha. Aku tahu mesti kau dah terbayang-bayang binatang tu. Yes. The Smurfs! Aku tengok The Smurfs tadi. Aku tengok dengan Adie. Dia sorang je yang available hari ni. Sebelum aku tengok filem ni, aku dah tanya pendapat kawan kawan aku pasal The Smurfs ni kat twitter. Most of them suruh aku tengok sebab dorang kata kelakar. So, aku pom tergoda terus. See? Senang je nak goda aku kan? Haha.

Kesimpulannya, filem ni sangat sangat menghiburkan! Aku asyik gelak tak habis habis, daripada awal sampai la aku drive kereta balik rumah. Boleh? Filem ni dah macam main main je aku tengok. For those yang nak bergembira, sila tengok filem ni. But for those yang nak bersedih, pergi tengok drama raya kat tv tu. Storyline bagi filem The Smurfs ni pom simple je. Tak payah kau nak susah susah eh kenapa dia jadi macam tu eh apa yang telah berlaku tadi eh adakah ini cinta. 

Kelemahan bagi filem ini terletak pada mesej yang ingin disampaikan. Mesej kekeluargaan dia tak kuat sangat. Mungkin sebab mesej tu disampaikan secara bersahaja jadi bila part yang macam sedih tu jadi tak berapa nak sedih sangat. Tapi tak kisah la semua tu. Filem The Smurfs ni memang seronok ditonton. Kalau boleh, aku nak tengok lagi! Tapi tunggu kau belanja la. Haha.

Jom tengok watak watak smurf yang terpilih untuk berlakon dalam filem The Smurfs ni:

Sangat penyayang. Sanggup berkorban demi anak anak buah dia. Macam berkorban apa saja harta ataupun nyawa lagu Tan Sri P Ramlee tu. Dan umur dia dah menjangkau ratusan tahun kot.

Dalam banyak banyak smurf, dia boleh kata macam watak utama dalam filem ni. Kadang kadang geram gile tengok dia sikit sikit jatuh sikit sikit langgar.

Sah sah la dia smurf yang paling comel! For your information, dia merupakan satu-satunya smurf betina yang wujud dalam spesies dia. Dahsyat tak? Aku tak tahu la macam mana dia nak handle smurf smurf jantan yang lain? Errr... Dah start imagine la tu!

Smurf yang paling bijak tapi pada masa yang sama amat menjengkelkan sebab semua benda dia nak betulkan. Tak kisah la benda tu kecik ke besar ke. Memang dia je nak betul. Eh. Terasa ke? Haha.

Dia ni macam gangster kampung. Mungkin dia boleh berlakon dalam KL Gangster kalau diberi peluang oleh Shamsul Yusof. Siapa sokong aku sila angkat berat sekarang!

Tengok muka pom dah tahu kan? Dia ni suka merungut.



potpetpotpet : Entri ni adalah tidak logik sama sekali ditaja oleh celcom.

36 ulasan:

izfanora berkata...

comel2 semua.. si gadis pun cantik.. nk tgk jugak lah.. :)

Fara E's berkata...

cyes comel gila ! haha

Gadis Pantai Timur berkata...

kiu miut nyer sorang2...takde pawagam nak gi tengok cter..sadis btol hidup kat ganu ni.,.haha

Hizami Rahim berkata...

@izfanora

comel kan ? haha.

Hizami Rahim berkata...

@Fara E's

boleh bela kalau ada. haha.

Hizami Rahim berkata...

@Gadis Pantai Timur

ye ke ? adeh. takpe2. mungkin kena beli dvd. :)

SyazwanSarawak berkata...

macam avatar aku tengok. kehkehkeh

Ain Farahin berkata...

mcm best jew! =)

zizidiazora berkata...

Ni sorang lagi..pegi tgok tak ajak pun..takpe2...

nur choki choki berkata...

nak nak y paling comel tue..

syAzAnA berkata...

xajakk punggggg. grrrr

noreenrara berkata...

zami..kate nk tgk dgn sy..ish3
HAHAHAHA *kidding*
;p

alifah saiful berkata...

comel kan? saya tgk 3D!effect okay la..sebab sweet sgt saya suka!hehe

Razil Tahir berkata...

tak tengok The Smurfs, tapi botol air dia dah ade... hm...

usha sini... XD
http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/09/botol-air-smurf-pink.html

EMOpanda berkata...

Yang penting cerita ni akan ada sambungan :]

MR. SYAH berkata...

suka biru.. eh, suka warna biru..

adrinaqamarina berkata...

nak goda zami adalah dengan jadi smurfs betina!


okay, sudah masukkan cerita ni dalam list untk ditonton kelak!


ps*suka header ni lagi dari yang kembar tiga tu :P

norshila ibrahim berkata...

jom nyanyi~


la la la la la la
sing a happy song
la la la la la la
smurf the whole day long....

suka jgk cita ni....smurfcited !!

mr.syazwan berkata...

yang mana 1 kah yg serupa mcm zami??

=_=

ღ p!nk veLvet ღ berkata...

comelnyer ... x sempat nak g tgk cite 2 lagi, huhu~

i am S!L4H.. berkata...

sikit2 jatuh sikit2 langgar??
haha cuteeee

::FAIZ FARISH:: berkata...

cumil

Fiq Fikri berkata...

smurfs ni binatang ke zami??
ahahahaha,comel smurf tu cam aku plak ~

najihah sahami berkata...

hahahaa...jeles...teringin sangat nak tgk citer ni. sob sob sob.

zami belanja jom!!!

reeShahz's berkata...

macam nak pergii negok pulak ..hoooo

Edy Fee berkata...

siyes best citer ni...tak rugi blie tiket

PiekaSahaja berkata...

x ajak pun..haha..nk tgk jugak!:P

btw mereka mmg sgt cumel..:P

wani ezryl * berkata...

singgah jalan2 sekejap ^^v

Amirah Suhana berkata...

siye sbest ? uwaaa nak tengok jugak =.=

ishiko berkata...

arrrrr.... nak tgk gak

shalina berkata...

heee ~ saya pon dah tengok..
umur papa smurfs tu 564 tahun kalau tak silap dan seingat saya lah . heee..

*comelkan girl tu nak try dress anak patung tu kan ? hee

hizami, HI-4 :DDDDDDD

meaw berkata...

ingat bluehippo,muahahhaha...the smurfs ghupenya :D

merahitujambu berkata...

binatang apa ni.comelnyaa..dh g togk eh cite dia..best yee

jom buat kek untuk saya

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

myravea berkata...

mmg comel! ;) tapi xsempat lg tgk cite tu..uwaaa

FarhanahAdzlan berkata...

comel jugakk..*tp sya lg comel kodd*
hahaaha..citer ni memang super lawak and best=)

FaiZaH Fyn berkata...

cuba tengok ni:

http://bloggersiput.blogspot.com/2011/09/hantu-muncul-dalam-video-clip-malaysian.html

sy tau lagu ni pun lepas awak buat entry pasal lagu tu!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com