+ -

Pages

Anuar Zain 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Nampak tak? Itu bukan album aku tapi album Anuar Zain. Faham tak Umie Artoqiemie? Kalau tak faham lagi meh sini aku serkup muka tu dengan sarung bantal. Nak? Haha.

Aku terbeli album Anuar Zain yang baru semalam. Tajuk album dia guna nama dia sendiri je. Actually, nama Anuar Zain tu sendiri dah macam satu brand dah.

Anyway, I'm such a huge fan of  his voice! Nak nyanyi macam dia memang tak dapat la kan? So, kagum daripada jauh je la yang dapat. Tu yang terbeli album dia tu. Adeh.

And about his new album, aku bagi 4 stars out of 5! Errr... Cukup tak tu? Nak 5 pon boleh! Ikut kau la nak berapa. Aku setuju je. Eh? Kau punya blog ke aku ni? Haha.

In my opinion, album dia kali ni menunjukkan satu lagi tahap kematangan daripada dia. Entah berapa kali Anuar Zain ni matang entah la. Memilih konsep yang sama seperti album sebelum ni, pemilihan lagu lagu dalam album ni merupakan antara yang terbaik daripada Anuar Zain. Album ni ada 8 buah lagu. Dan takde satu pon lagu rancak. See? Berbanding dengan album Anuar Zain sebelum ni, ada dua lagu rancak yang telah dirakamkan iaitu Kau Bunga Cintaku dan Jangan Pernah Lagi. Tapi? Both songs tak dapat memberikan apa apa kesan.

Jom tengok senarai lagu dalam album Anuar Zain kali ni:
  • Ku Berjanji Karna Cinta
  • Nadi Terhenti
  • Ajari Aku
  • Pernahkah
  • Simpati Cintamu
  • Sempurnakan Aku
  • Terindah
  • Cinta Harus Memiliki

Tajuk lagu yang kena bold tu lagu yang aku suka. Okay. Album ni macam agak berat sikit bagi aku. Aku bukan kata pasal berat yang kilogram tu. Aku maksudkan lagu lagu dalam album ni agak berat sikit daripada segi susunan muzik dia, daripada segi lirik dia, daripada segi penyampaian vokal dia. Nak kata lagu lagu dalam album ni a bit experimental pon boleh jadi jugak. So, kalau nak dengar album ni sekali SAHAJA, memang la tak dapat nak masuk. Kena dengar at least 3 times baru dapat rasa kenikmatan dia. Dan aku serious ni.

Single terbaru Anuar Zain dalam album ni ialah Cinta Harus Memiliki. Dah dengar? Memang karat habis lagu tu! By the way, Numata yang cipta lagu tu. Yes. Orang yang sama cipta lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.




potpetpotpet : Album layan perasaan.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Anuar Zain 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Nampak tak? Itu bukan album...

37 ulasan:

Ain Farahin berkata...

both of u mmg minat anuar zain sesangat eh?? =)

Ijah EmoTemo berkata...

wah dah beli ye? curlastt!

anuar zain klu nyanyi lagu mendayu2 perghh. nangis bila dgr!

Hizami Rahim berkata...

@Ain Farahin

haha. takde la. zami anuar zain. dia ct. eh? cakap pasal siapa ni? haha.

Hizami Rahim berkata...

@Ijah EmoTemo

dah beli dah. haha. :B

Ain Farahin berkata...

erkk...lpe lak nk bgtau sape...zami dgn adie lah...adie pown ad post entri mcm ni jugak kn...tak sangka lak zami pown ad sme... =)

ila berkata...

anuar zain?
ermm ta minat

myravea berkata...

Wahh, peminat anuar zain ni..hehe

Nak try dengar lagu yang di bold kan tu, mane tau menusuk kalbu terus lekat di hati..huhu ;)

Hizami Rahim berkata...

@Ain Farahin

dah agak dah. memang le. beli sekali hari tu. haha.

Hizami Rahim berkata...

@ila

yes. bukan semua ada minat yang sama. :)

Hizami Rahim berkata...

@myravea

yes. dengar la lagu2 yang kena bold tu. sedap2.

Ain Farahin berkata...

best la zami ngan adie kn...slalu je dpt kuar ngan besties...jeless tau! =p

Fiq Fikri berkata...

aku nk beli lagu super junior ade tak?

alif ismail berkata...

anuar zain mmg best!!!!!!!!!!

DanieL AdiE berkata...

Frankly, I dh suke album ni lepas dengar 6kali..

Hizami Rahim berkata...

@Fiq Fikri

banyak la kau! ahha.

Hizami Rahim berkata...

@DanieL AdiE

memang kena dengar banyak kali. haha.

Eyra. berkata...

Anuar Zain memang matang, terlebih matang kot. Tp bila die nak kawin? Tunggu sy kot. Haha okay tak lawak.

!..fatinabdwahab..! berkata...

Anuar zain ? hmm, suka jugak lah tpi tak fanatik. hehe. suara dia unik.

p/s: hari tu tak boleh masuk blog ni, tak tahu kenapa. huhu

Umie Artoqiemie berkata...

kau ngan anuar zain lebih kurang laaaa..ntah2 suara kau ngan dia sama tak..aaaaaaaa..ke makin ke laut lagi? hahaha..3 je yg ko bold.. kesian kau anuar..haha..

cube kau serkup muka aku sat,nak tengok?.. haha..

DfyStrawbery berkata...

ceitt, hampa berudua memang cute, beli cd same2, buad entri pun same2, muehehe :D just kidding

ayie berkata...

nyanyi lagu anuar zain utk awek mesti dia sayang sentiasa..eh yeke?? #okbai

Noorsha Muhamad berkata...

bestnyer cd anuar zain..kn best leh bli ori..tp xde duit..huhu..

Mr feckry berkata...

kengkadang layan juga lagu die

Hizami Rahim berkata...

@Umie Artoqiemie

haha. kurang hasam! aku bold 4 la! bukan 3! ni mesti kes mata rabun2 cipan kan? haha.

Qarl berkata...

omg abg kua
abg kua!

liked

Fara E's berkata...

anuar jain kate tak payah beli album die , die sendiri akan dtg umah , and nyanyi live utk aku

haha ;p

p!q4h b@guss berkata...

suara anuar zain mmg jantan habess.. i like~~

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

nk kne carik gak laaa...

Zul Fattah berkata...

woo.. aku x minat r mamat ni.. kalau dia masa kecik2 dulu ok la.. bila dah besaq dia macam dah jd lain tau..
knape dia tak kahwin2 lg eh?

iKhRam berkata...

macam best jer.. tak pe la.. baru album siti..

esok lusa anuar zain lak k?
enjoy dgar k?

zizidiazora berkata...

Dari dulu memang minat lagu2 anuar zain. dah betul kata zami hanya beberapa lagu je yang betul2 bestkan.. tu pun kene dengar banyak2 kali..

Reen berkata...

TERBELI tau.. haha.. btw mmg takde orang dpt nyanyi cam dia. susah2 kot lagu dia. semput nak nyanyi...:P

najihah sahami berkata...

erk..xminat sgt anuar zain.

FatihaMedan berkata...

Perghh ,muka dah macam anuar zain dah ><

Finaz Jaafar berkata...

kamu mmg rajin beli album2 ni..bagus kan..support industri muzik tanah air..cewahhh~

Bintang Biru. berkata...

cehhhwaahhhhh ! peminat setia abg zain eh?

kechixx berkata...

cikgu terbeli erk?hahaha;)

< >