Sabtu, 20 Ogos 2011

5 Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



#1 Jalil Hamid - Raya
Lagu paling best kot! Even lirik dia merepek habis tapi mood raya berjaya disampaikan dengan bersahaja. Lagu ini bertambah menarik dengan nyanyian koir daripada suara chipmunk pada penghujung lagu ni. Jangan mudah tertipu dengan suara chipmunk tersebut sebab kau mungkin ingat suara chipmunk itu ialah suara budak budak. See? Itu bukan suara budak budak ye. Scary you know. Haha.




#2 Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya
Lagu ni sangat catchy bagi aku. Kau boleh nak nyanyi ku senandungkan lagu untukmu yang jauh di mata daku kirimkan kasih di angin lalu dalam satu nafas? Dengan bangganya, aku boleh je. Tapi kalau kau ada penyakit semput tujuh keturunan, aku nasihatkan kau supaya tak payah la nyanyi verse tu dalam satu nafas. Memang tak baik untuk kesihatan kau. Atas nasihat doktor, kau dengar je lagu raya lain. Boleh?




#3 Senario - Seminggu Berhari Raya
Lagu wajib dengar aku masa raya! Kalau tak dengar, aku rasa macam tak raya je. Errr... Tipu sikit sikit takpe kan? Haha. Lagu Seminggu Berhari Raya ni ada cerita yang sangat menarik dan disampaikan secara berjenaka. Memang tak bosan la kalau kau nak dengar lagu ni dua puluh empat jam. Lagi lagi, aku rasa macam nak tampar je muka sorang sorang bila part hoi hoi hoi tu.




#4 Anuar Zain - Bersabarlah Sayang
Okay. Mungkin lenggok Anuar Zain agak annoying bagi some of you. Tapi telinga aku dengar okay je, takde masalah langsung. In fact, aku suka Anuar Zain cover lagu Bersabarlah Sayang ni. Dia dah jadikan lagu ni dua kali ganda sedih dia. Kalau sebelum ni aku menangis dengar Sanisah Huri nyanyi lagu ni, sekarang aku bukan sahaja menangis bahkan aku meraung dengar Anuar Zain nyanyi lagu ni pulak. Percaya la kau.




#5 Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Aku suka lagu ni sebab suara Khairil Johari Johar yang merdu. Meleleh hingus dengar suara dia. Lagu Sepasang Kurung Biru ni lain macam sikit. Dia tak cerita lebih lebih pasal raya tapi dia terlebih cerita pasal memori dia dengan seseorang yang pernah pakai baju kurung warna biru masa raya tahun lepas. Eh. Sukahati je tahun lepas kan? Adeh. Tapi aku rasa macam aman damai je bila dengar lagu ni masa raya.




potpetpotpet : Lagu raya pilihan kau?

36 ulasan:

fadlisabri berkata...

Walaawwehhh.....da smngt raye da!hehe

EZATUL HANI berkata...

suasana hari raya the coolest

ummi rahimi berkata...

pilihan saya lagu jalil hamid gak..huhu..lawak!

Zam Ijam berkata...

anuar zainnnn ! !
the best !

Rtp Farra Arisha berkata...

bahang raya semakin terasa dah ni!! yehoooooo ;)
i love to hear lagu raya by dato' siti!! everytime after blogging, pasti search those songs on youtube! hehehe.

Ijah EmoTemo berkata...

lagu bersabarlah syg boleh menitiskan air mata woo.. ekekek

ayie berkata...

lagu raya dari aishah totap jadi pujaan den..haha

Izzah | zulkifli berkata...

best lah sume lgu nie..minat gle..

ta saba nak raya ni!..hehe

MAISHARAH berkata...

wah sudah bersemangat raye en.zami kita nie hehe

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

lagu #3 ngn #4 best! :)

Wani berkata...

hoho.
semangat nak raya ni, jalil hamid tu best. funny :D

nur choki choki berkata...

lagu sanisah huri.
selamat hari raya HR ~

Pojiepooh Abdullah berkata...

Lagu nyanyian abang nuar tetap meleleh air mataku... tapi yang masa dia kecik2 lagi best! tamo sesedih ;p

noreenrara berkata...

suasana hari raya !
bersabar la syg -anuar zain pon mantap !
=D

Faraa Eiman's berkata...

lagu2 lama gax best , lagu skrg ? hmphhhh

Joel Leslie berkata...

layan gak walaupun x smbt hr raya XD kehkehkeh :D

anamizu berkata...

cik ana suke jalil hamid tu dgn sepasang kurung biru!
legend wo lagu2 tu! hehe

dak eina berkata...

suasana hari raya satu! hee

zizidiazora berkata...

memang menarik anuar zain nyanyi lagu sanisah huri tu... lagu2 raya dato' siti pun best jugak...

sayewan berkata...

tak rase nak raye hewhew

ila berkata...

lagu rye yg dlu2 jugak best kn.
lagu skrg nie x de pon best sgt..
eh x ske lagu Ct ker..

iddinm berkata...

lagu2 terbaik sepanjang masa

.:iQeLLypEri:. berkata...

Lebaran Ini..!
yg ade Rem,Raihan semua tuh..

Terbang Bersamaku berkata...

lagu raya dulu2 mmg best...
~sayu jer bila dgr lagu kurung biru tue...~

eszy yamin berkata...

sesuci lebaran la lgi best..time kt kelas kitorang prnah nyanyi lgu tu ramai2..budak2 lelaki sebut sesucii...sesucii....jer

ishiko berkata...

lagu raya memang la best ^^

Eazy Izzuddin berkata...

raya dah dekat...
semua radio dah berkumandang lagu raya...
i like top 5 song itu...
hik2
xD

bukankosong berkata...

lagu wajib; satu hari di hari raya

dan lagu raya CT

far_east berkata...

lagu peberet :

1. pulanglah -aishah

2. senandung hari raya - dayangku intan

mr.syazwan berkata...

kalau dalam top 5 xde lagu

INDAHNYA DI HARI RAYA - ZIANA ZAIN

ni agak muskil gak

>.<

Bintang Biru. berkata...

semua hani minat.
apa yang tak minat pun tak tahu. T__T :P

DanieL AdiE berkata...

dah layan lagu2 raya ya...

adrinaqamarina berkata...

sepasang kurung biru, dengan ku pohon maaf ape entah versi mamat bukan versi mawi, ha tu lagi feveret

Mikah Lurima berkata...

taste kita seriously lain! hahaha

Puteri Iqa Izyan berkata...

suka lagu raya yang anuar zain dengan elina tu. tapi tajuk lupa~ hee..


eh. selamat hari raya in advance =)

Suhazli berkata...

xske lagu rye.. hahak! sbb xrye sgt..

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com