Selasa, 5 Julai 2011

Tajuk Karangan Bergambar Pada Hari Ini Ialah Kenangan Manis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Last week, aku terlibat dengan program kampung 1 Malaysia  kat Perlis. Program tu berlangsung selama empat hari berturut-turut. Program ni lebih kurang macam bakti siswa la. Duduk kat rumah keluarga angkat, lepas tu carry out aktiviti aktiviti kat situ, bergaul dengan masyarakat setempat. So, aku malas nak taip panjang panjang. Kau tengok la sendiri gambar gambar yang aku sempat ambil kat sana. For your information, aku ada hampir 500 keping gambar! Tapi aku cuma upload only a few of them je. Takkan nak upload semua kot? Anyway, let's scroll down!


Actually gambar ni diambil pada hari terakhir kat Perlis tu. Nampak macam hari pertama kan? Pandai gile aku buat muka excited.


Mula mula datang kat dewan tu, kitorang kena sign kat nama sendiri. Lepas tu, dorang bagi sehelai baju T yang besar sebab aku bajet aku kurus dan seterusnya kitorang diberikan nama kampung keluarga angkat masing masing. Aku dapat Kampung Ujong Bukit!


Ni chalet selaku rumah penginapan sementara yang aku dapat. Well, untuk malam pertama, kitorang kena tidur kat chalet sebab keluarga angkat kitorang ada tetamu dari Pahang yang menginap kat rumah dorang. Malam kedua baru kitorang dapat tidur kat rumah keluarga angkat masing masing. Seronok derrr... Dah la dapat tidur kat chalet, lepas tu, dapat tidur kat rumah keluarga angkat pulak!


Malam kebudayaan yang penuh gilang gemilang! Sebab apa? Sebab Menteri Besar Perlis siap datang beb! Dahsyat betul. Aku ingatkan orang orang besar macam dia tak datang kat majlis majlis picisan macam malam kebudayaan ni. Eh. Malam kebudayaan je kot?


On the way ke Padang Besar! Eh. Tu bukan sejenis padang sekolah ye. Tapi, Padang Besar ialah sejenis padang yang besar. Apakah?


Kitorang telah ditugaskan untuk memberikan sedikit tanda kenangan kepada orang orang kat sekitar Padang Besar tu. Tanda kenangan? Boleh la. Lepas dah selesai semua tu, kitorang jalan jalan kat situ. Aku sempat beli kacang dengan rantai kunci. Yes. Tu je. Sekian. Terima kasih.


Aku berlakon melakukan sesuatu ke atas rebung demi menunjukkan bahawasanya aku terlibat dalam gotong royong bagi menyediakan makanan tengahari kitorang. Boleh? Yes. Ni kitorang tengah menggores rebung. Eh. Boleh ke guna term menggores? Sebab aku tak tahu nak guna term apa. Aku yakin yang aku bukan memotong rebung tu. Aku macam entah la. Susah betul nak explain guna perkataan ni. Dah la. Tak payah explain senang.


Kitorang baru habis daripada kegiatan menyampaikan hamper kepada mereka yang memerlukan. Kegiatan ye. Sekarang ni kat rumah keluarga angkat aku. Lepak lepak kejap.


Minum petang derrr... Best gile wa cakap sama lu. Minum petang paling syok yang pernah aku alami setakat ni. Yes. Minum petang kat sebelah sawah kot! Sambil bertemankan hembusan angin yang sepoi sepoi bahasa lalu menampar lembut pipi pipi nan gebu. Errr... Boleh jijik dengan ayat tu sekarang. Haha.


Ada helikopter lalu lepas tu aku suruh orang kat helikopter tu ambil gambar kitorang daripada atas. Kau percaya? Bagus la tu.


Lompat si katak lompat. Lompat la tinggi tinggi. Cepat la adik cepat. Cepat la pergi mengaji. Masalahnya sekarang, kenapa katak?


Kami kawan je. Tak lebih daripada tu. Betul! Kalau ada apa apa, sudah tentu kami akan bagitahu. Tapi masalahnya, kami memang takde apa apa. Errr... Berangan jadi artis boleh?


Kami jejaka Z. Dari kiri, Zaki, Zaim dan Zami. Semua bermula dengan huruf Z! Sila jealous sekarang. Tak nak sekarang? Esok pon boleh. Ikut kau la.


Kamilah geng, geng, geng bas UPSI. Kamilah geng, geng, geng bas UPSI. Sila nyanyi ikut tempo lagu tema geng bas sekolah. Yes. Ni la dia muka muka cikgu yang bakal memantapkan lagi pendidikan negara kita. Insha Allah!


Awek awek USM. Anda berminat? Sila taip ON CINTA dan hantarkan ke Kilometer 2020, Jalan Sana Jalan Sini, Taman Sebelah USM. Good luck!


Apasal dorang pakai baju sama? Sebab dorang tak pakai baju lain. So, kau ada masalah? Oh. Takde ek? Okay. Bye.


Ni la dia keluarga angkat aku! Dua orang daripada UPSI. Lagi dua orang pulak daripada UniMAP. Babai papa angkat! Babai mama angkat! Anak angkat balik dulu ye.


Okay. Ada tiga aksi yang berbeza. Dari kiri, dah sampai kemuncak lompatan, sedang berusaha untuk melompat, nak berak. Boleh?


Sebahagian daripada mereka yang terlibat dengan keluarga angkat di Kampung Ujong Bukit. Kat kampung ni je dah ada 40 orang peserta. Belum campur empat kampung yang lain lagi!



potpetpotpet : Peluang datang sekali. Eh. Boleh jadi peluang datang kali kedua kan?

20 ulasan:

Suhazli berkata...

seronok je tengok.. =D

Dosh Saleem berkata...

adoi..lawak baca.hahak

StrawKuning berkata...

wah, bagusnyerrrrrr...

aku-amin berkata...

Berbakti pada Nusa dan Bangsa,.,.syabassss,hehe

Hans berkata...

hahah
xper2
esok aku gi sana
so xrasa jeles
ekekekekke
oit,apa jawapan teka teki anak mak limah tu?

Juvana Episod 11

Mi-Young berkata...

teringin nak join program anak angkat tu...tapi belom berkesempatan lagi..huhu

cikSukaSuki@AL berkata...

wahh kita ada pengalaman prog anak angkat ni. serius best. sangat

najihah sahami berkata...

waa...eksaited!!!!belajar dh habis..means...xkan ade kesempatan dh nak join semua2 ni..jeles2..

hahaha..


zami, apsal keluarga angkat mcm xberapa nk sayang je kat zami..:P

angloko berkata...

Jalan2 sini.. lawak lak baca.. hehe..;p

ayie berkata...

hmm tgok program anak angkat..teringat famili keluarga angkat dekat kuzuu Japan..semoga semua sihat2 belaka..

zizidiazora berkata...

mana best minum petang di tepi sawah ngan minum petang di tepi tasik? eh..tasik?? kat mana tu yek?

Sis Nana berkata...

wah beshyer...nana ade gak 2 orang kawan yang join program tue...rugiyer x ikot...T_T...

mr.syazwan berkata...

wawa

lepas ni kalau kita buat trip g perlis sudah senang da

sebab rumah tuk check in da ada kan??

=_=

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

yg bab helikopter 2 xmenahannya.

Reen berkata...

haha terbaikk lah. kalau ltak 500 gambar tu semua boleh masuk malaysia book of record! ( blogger pling byk gambo dlm 1 entry ) haha

amy amira berkata...

kampung 1 malaysia..menarik gak tu,boleh jelajah seluruh kampung

cancerGreen berkata...

wah........BEST nyaaa :)

Nanie Hussin berkata...

sgt lawak ok.tergelak sorang2 je baca..anyway, this kind of program sgt bagus utk belia kan..keep it up!

sitirosaidah_09 berkata...

terbonGkar laa satu rahsia !
jeng jeng jeng ..
xsngka upenye zami pgang pisau gne tngan kiri .. #kidalman ..
HAHAHA xD

miss ana berkata...

gmbar saye pown adew...okey sorry...suke interframe..hehe

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com