Ahad, 10 Julai 2011

Membuang Tabiat Di Hujung Minggu! Nak Ikut?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




Okay. Gambar ni memang ada kena mengena dengan entri ni. Tak percaya? Sudah! Tadi aku bosan gile tengok berita kat tv. Mana tak bosan, tak habis habis dengan #bersih dia. Adeh. Lepas setengah jam tengok berita pasal #bersih, aku terus tukar channel lain. Tak larat nak tengok berita pasal #bersih dah. Panjang sangat beb! Pulak tu, macam ada yang tak kena je. So, aku tukar tengok Kilauan Emas. Lagi best kot! Errr... Pernah dengar pasal Kilauan Emas tak? Yes. Sebuah pertandingan menyanyi yang terbuka kepada mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas. Aku siriyes ni. Kau ingat aku main main? So, jangan tanya kenapa aku boleh layan Kilauan Emas tu sebab aku pon tak berapa pasti dengan sebabnya. =_=

Anyway, ada sorang pak cik tu nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah, lagu Ibnor Riza tu. Dan dan aku terus mengidam nak nyanyi lagu tu jugak. Aku lari terus masuk bilik air. Yes. Lari ye. Lepas tu? Errr... Cuba tekan play kat video bawah ni. Haha. Memang betul betul membuang tabiat di hujung minggu! Tu aku la. Korang pulak, buat apa je hujung minggu ni? I mean, yang takde kaitan dengan #bersih la. :B





potpetpotpet : Ni nama dia entri syok sendiri! Haha. Dah blog aku kan? =_=

25 ulasan:

ayie berkata...

eh dah start ke rancangan tu.. blogger lain xde pon wat entry pasal tu..hehe

akmall berkata...

boleh tahan sore....tapi kalau kurang kan bunyi Huruf 't' tu lagi best...sebab i teringat kata Shafinaz Selamat... "Kita orang Melayu dik, lau nak bunyi 't' tu..nyanyi dalam English".heheheh....

akmall...

yunZ berkata...

bersih kan kawasan rumah lagi bagus dari 'bersih' kan kawasan jalan kan..haha

cheritakhita-yuyunz.blogsp​ot.com singgah saya ya

Khairul Anam berkata...

wallaweeiiii shedapnyerrr... =)

Terbang Bersamaku berkata...

wah..best suare..boleh tahan..ade bakat nie...(^________^)

Qarl berkata...

nyanyi lenggok cm nasyid. haha...

i found something dlm tulisan u. xleh tulis sini haha

ishiko berkata...

er.. pergi membersihkan dwet dlm wallet??

Faraa Eiman's berkata...

haha , tu diaaa ! xD

Salwa berkata...

nice voice. ;D y not full song?

cancerGreen berkata...

haha..tgk rancangan tu lg 100 kali manfaat kot dr tgk berita psl "bersih2" ni..FB pon berlambak jgk psl tuu. bosan jee :D

btw, sedap suareee. hehe ^^

Shalina Samsudin berkata...

perghh ! sedappp suara ;)
kalau fully kan best..HUHUHUHU

nurul nadia nasir berkata...

hamboii semangatnyer nyanyi!sodap jugakk miahaha

eM-mEaNn berkata...

shoping la.. membersihkan dompet sehingga kontang =_="

Hans berkata...

suara ko ker weihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh???
walawehhhh
sila buat album...
:-)

Keputusan Jom Main Teka - Teki

Mikah Lurima berkata...

haha...

i tgk gak td rncangan tu tp terpaksa sbb parents i yg nak tgk. adehhh~ boleh mabuk i tgk sbb i tak minatlah.

btw, x puas dgr. u nyanyi pendek sgt lah! haha~

kechixx berkata...

best ah!;)

eddy syrol berkata...

weekend lepak rumah best :)

DanieL AdiE berkata...

Ahad adalah hari wat preparation untuk mengajar sepanjang minggu akan datang..

el-janna berkata...

WIWITTTTTTTTTTT

el-janna berkata...

WIWITTTTTTTTTTT

Zakwan berkata...

eh, sedapnya suara?! *kagum sebentar*

Mra Mastura berkata...

nak dgr full! nnt mra call, full song k? :P

najihah sahami berkata...

haha...suara sexy habess.:P

zizidiazora berkata...

eh zami..napa u nyanyi sikit sngat, nape tak abis. macam best je lagu tuh.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

haaaa..sila kurang kan T yeeee...dh cm mat saleh dh.hehehe..

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com