Rabu, 6 Julai 2011

Lagu K-Pop Terbaru Pilihan (July, Week 1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku rasa dah agak lama aku tak berkongsi dengan korang lagu lagu K-Pop yang terbaru kan? So, sekarang la masanya aku nak kongsi dengan korang! Yes. Korang suka tak? Mesti suka kan? =_=

Actually, ada banyak lagu K-Pop yang terbaru. Tapi aku pilih empat buah lagu je kali ni. Yes. Lagu lagu yang aku rasa macam best je. Dan kali ni, aku pilih lagu lagu yang agak melayan perasaan. Hehe. Boleh ke? Boleh la ek? Aku pon dah naik muak dengar lagu lagu rentak electronic, dance atau club. So, memang kali ni aku tak pilih lagu lagu daripada f(x), Kim Hyun Joong, Beast, 2PM mahupun 2NE1. Nak tahu lagu lagu apa yang aku pilih? Jom dengar sama sama! ;)


Secret - Starlight Moonlight
Lagu Starlight Moonlight ni dah dua kali menjadi juara carta K-Pop (sumber di sini), bermula daripada minggu lepas. Wow! Secret memang betul betul menyerlah tahun ni. Sebelum ni, Secret tampil dengan single Shy Boy dan lagu tersebut telah menjuarai carta K-Pop selama lima minggu berturut-turut. Satu pencapaian yang sangat hebat! And Secret is the leading artist so far this year. Anyway, lagu Starlight Moonlight ni memberikan mood yang santai kepada pendengar. Di samping itu, lagu ni turut mempunyai irama yang catchy dan comel.



 4men - Once While Living
Jangan tak tahu, 4men ni terdiri daripada tiga orang lelaki dan bukannya empat orang lelaki. Haha. Anyway, lagu Once While Living ni merupakan spesies lagu ballad yang biasa didengar. For those yang menggemari lagu lagu daripada 2AM, dijamin takde masalah untuk melayan lagu Once While Living ni. Eh. Sedih kot lagu ni. Aku dah menangis enam belas kali dah masuk ni. Nak sambung bagi genap dua puluh lepas ni.




 Kim Bum Soo - Last Love
Actually, ni first time aku dengar nama dia. Kim Bum Soo? Macam tak sedap je kan bunyi dia? Hehe. Jangan main main ye. Even nama dia tak berapa nak sedap, tapi suara dia memang lemak berkrim habis. Aku sendiri terkejut masa first time dengar lagu Last Love. Yes. Sebuah lagu ballad yang menyayat hati. Betul kan aku eja menyayat? Ke meyayat? Atau mengyayat? Errr... Layan je la lagu ni.




 IU & Kim Yuna - Frozen Flower
Siapa tak kenal IU? Yes. IU merupakan salah seorang penyanyi wanita K-Pop yang mempunyai kehebatan dalam kebolehan vokalnya. Kim Yuna? Errr... Aku tak kenal siapa dia pulak. Haha. Okay. Lagu Frozen Flower ni ada mood pop rock sikit. Tapi pop rock yang jenis ayu ayu macam tu. Boleh?





potpetpotpet : Daripada empat buah lagu kat atas ni, yang mana satu pilihan korang?

16 ulasan:

Faraa Eiman's berkata...

semua lgu tak pernah dgr kcuali last love tu
not bad la (:

najihah sahami berkata...

4men tu best!!!
i loike!
lirik dia mmg syahdu. haha.






tp xyah la nk nipu smpai 16 kali nangis,. aihh.....:P

FarhanaDr berkata...

Kim Bum Soo tu popular sebab dia nyanyi untuk OST drama Stairway To Heaven. Sejak tu dia jadi peberet sebab suara dia memang best! :)

zahidah dihaz berkata...

semua tak pernah dengar lagi...tapi yang pasti lagu 4men memang tak pernah mengecewakan...



New Entry: Steamboat @ Hawa Catering

zahidah dihaz berkata...

semua tak pernah dengar lagi...tapi yang pasti lagu 4men memang tak pernah mengecewakan...



New Entry: Steamboat @ Hawa Catering

alia berkata...

kim yuna tu atlet korea

prnah dpt gold medal dalam olympic afor ice skating..
she totally awesome and she can sing too...

skrg ni pon de reality show sndiri
"kim yuna kiss and cry"

cancerGreen berkata...

4men & kim bum soo BEST! ^_^. dorang bnyk lagu yg best2 :)
salah 1 nye reason from 4men & appear from kim bum soo. SUKA gila lagu tuu :)

amy amira berkata...

sy minat wondergirls sy benci gula gula kpop tiruan!

Ryu Hazmie berkata...

like..like..like..

mr.syazwan berkata...

malay pop xde ke??

>.<

zizidiazora berkata...

Lagu dan suara Kim Bum Soo tu best. Walaupun tak faham tapi melodinye menyentuh hati...yes dia menyanyi utk Stairway to Heaven.

d_LA berkata...

alaaa...sume x pnh dgr lg sbb biase lyn lagu2 ost je..tgh kemaruk ngan ost cite city hunter..cite best, lagu pun best..city hunter!! Fighting!!!
Alamak..terlebih pulak -.-'

Aimi Bahari berkata...

saya suka SECRET jeeee!! diorang menari comel! shalalala~

ayie berkata...

secret group baru yg seksi.. i loike..

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

x shuke korea... tapi best gak r kalau kadang kadang layan...

: SOUNTRACK PILIHAN: KUNG FU PANDA 2, : 3,2,1 CINTA RENCAH LAMA!, : RAGINI MMS: ‘PARANORMAL ACTIVITY BOLLYWOOD, : DOWNLOAD FILEM: KL GANGSTER, : kecuaian dalam filem 3,2,1 CINTA didedahkan, jangan baca kalau belum tonton! , : AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

Farah berkata...

Semua tak pernah dengar , tapi akan didengar sekejap lagi .

Kim Bum Soo tu selalu nyanyi OST K-drama . Semua lagu dia sedap :D

And Kim Yuna tu ice skater Korea . Pernah dapat medal gold dalam Olympic dan pernah masuk list antara orang paling berpengaruh di dunia .

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com