Khamis, 14 Julai 2011

Blog Makeover #2 | Amir Rayyan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku dah update pasal blog yang pertama. Hari ini, aku nak update pasal blog yang kedua pulak. Blog siapa? Amir Rayyan! Yes. Aku kenal dia melalui gathering yang telah dianjurkan oleh Qarl. Actually, aku takde niat pon nak makeover blog siapa siapa. Tiba tiba, Amir Rayyan minta tolong aku supaya makeover blog dia, tukar semua. Dan aku terima dengan hati yang terbuka sebab aku memang takde buat apa apa at that moment. :D




Okay. Mula mula, aku takde idea nak makeover blog dia macam mana. Sangat sangat takde idea ye. So, aku start dengan header. Kejap kejap aku tukar. Kejap kejap aku delete. Payah betul nak buat header dia ni. Then aku tengok blog dia balik. Aku baca beberapa entri dia, nak perah idea punya pasal. Eh. Amir Rayyan ni sangat menjaga tatabahasa kat blog dia ye. I mean, sangat yang sangat. =_=

Tiba tiba aku dapat idea! Dengan menggunakan warna hijau (seperti cadangan Amir Rayyan) dan sedikit biru, aku siapkan header dia. Errr... Simple je pon. Tahu tahu je la, aku rabun photoshop lagi. Haha. Lepas buat header, aku siapkan footer dia pulak. Next, aku ubah icon dia, shoutbox dia, tukar sana, tukar sini. Akhirnya, dah siap! Senang je kan bunyi dia? Bunyi je macam senang. :B




Dah tengok blog Amir Rayyan ni? So, macam mana? Ada apa apa nak kritik ke? Sila sila. Jangan malu malu ye. Lagi pon, kau memang suka kritik kritik ni kan? =_=



potpetpotpet : Lenguh gile kayuh basikal tadi.

13 ulasan:

Mra Mastura berkata...

nk buat header, kene pilih font..nk kene matching dgn abg amir nye personality kan kan.. hehe but end up, nice one.. tgok aje dr mule zami buat semua. tuka semua sana sini.. :) good job tho... XD

aku-amin berkata...

Nice all the blog yang telah di buat :) jeles~~

Ms Bery berkata...

Wah jeles... Jeles.. & Jeles...

Nak jugak macam tu...

zizidiazora berkata...

memang kreatif sungguh zami ni yek. warna hijau? warna kegemaran sapa tu yek?? hahaha.....

najihah sahami berkata...

haha..tgn kretippp!!jeles la cikgu. hehe

kembatolo™ berkata...

blog aku pulak bila? keh3

mr.syazwan berkata...

N I C E

=_=

::FAIZ FARISH:: berkata...

nice

aMya berkata...

hehe..'older posts' kt blog hizami guna gmba kasut..comell..

Pojiepooh Abdullah berkata...

serius meletop!

Puteri Iqa Izyan berkata...

hijau mata memandang~ :D

omarina berkata...

blog saya xnak di makeover ker? heeeeeeeeeee

ayie berkata...

naik la basikal yg rm300++ tu..terasa xde break...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com