Selasa, 7 Jun 2011

Satu Keping Daripada Sembilan Belas Keping?

Daripada sembilan belas keping gambar yang telah diambil, satu keping je yang sempurna sifatnya bagi aku. Yang lain ada yang shaky la silau la gelap la kabur la... Siriyes! Penat penat aku posing kaki bengkok sembilan puluh darjah la tangan bersilang kiri kanan la kepala senget sebelah la bahu separa angkat la, last last satu keping je??? Pfffttt... Terbako hati aku ni! Tu la bahana orang yang takde dslr. Ambil gambar pon guna henset yang dah berapa kali terjatuh terhentak terlanyak terpijak dan sejahanamnya. Henset aku tu memang nak kena tunggu terbelah dua baru aku tukar baru. Errr... Bila nak terbelah dua ni? Cepat cepat la terbelah ye? =,=




Haaa... Gambar kat mana ni? Ni gambar aku kat majlis perkahwinan kakak kepada kawan baik aku pada hari Sabtu yang lepas. Tema dia turquoise. Tapi aku dengan dua orang kawan aku ni tak pakai ikut tema pon. Susah betol nak cari baju turquoise ni. Kalau tema dia biru, senang sikit aku nak cari dalam almari tu. Adeh. Senang senang, sarung je apa yang ada. Lantak ah! Lain kali boleh tak jangan mengada-ngada nak tema warna pelik pelik? Pilih je la merah ke kuning ke biru ke hijau ke hitam ke putih ke. Ni tak, nak turquoise la maroon la cream la bloodred la whitesmoke la. Macam macam la kan? Masalahnya sekarang, ada ke dorang suruh ikut warna tema tu? Errr... Takde pon. Okay. Bye! Jumpa lagi! =,=



potpetpotpet : Apa warna feveret kau?

25 ulasan:

Siti Nadzirah Zakariah berkata...

nnti saya punye kenduri cikgu zami kena dtg. warna tema warna paling susah nak cari. :)

Qarl berkata...

saya pegi melaka jumaat sabtu ni. eh menjawab soalan tak?

ayie berkata...

tapikan nampak teman baik encik zami ni lagi muda lebih 10 tahun lak..hehe

Anis Syuhada Nazari berkata...

HAHA tahu xper..tuan rumah xsuh pon.:)
1st time komen..slalu silent reader jer..

myravea berkata...

Laa...engatkan satu keping apelaa tadi, upenye satu keping gambar..hehe..btw, pic smart :)

Han$ Xy berkata...

haha..tau xpe:)

FaiZaH Fyn berkata...

tapi kenduri kawin zaman sekarang..serba serbi nak sama warna..dari pelamin sampai ke air..

kalau tema coklat...air mesti sarsi...kalau hitam??kopi??haha

Emilia Emira berkata...

yeayy turquoise warne feveret!

anith chan berkata...

I love warna turq..

zikeryhassan berkata...

bila tuan blog ni nak kawen plak?

zikeryhassan berkata...

bila tuan blog ni nak kawen plak?

Amna.Qadeeja berkata...

haha turqoise cantek ape

sy ske gold, xssh nak cri kan? T__T

kembatolo™ berkata...

nak pinjam baju aku? hehe

meLLy! berkata...

meh nak tolong patahkan phone jadi dua. hue hue XD

najihah sahami berkata...

haha..tetamu je pun. nk kena tema2 jugak ke? lebih2 lak nnti. hhe

dhwan salimin berkata...

kaler turkois tgh in skunk..
tp nak cari susah...
kalo buat baju raya cantik x?
haha~

zizidiazora berkata...

tema my little sister weeding last week ialah merah hitam. bile dh reramai pakai camtu cantik gak. warna turquoise memang susah nk cari n tak ramai orang pakai.

cancerGreen berkata...

sy suka hijau!*tiba2 :D

::FAIZ FARISH:: berkata...

lawa baju kau

Awan Biru berkata...

Sudah menjadi satu trend untuk menggunakan satu warna tema.

restu resort berkata...

xtau abang kacak punya tema wedding colour apa lg..

Chempaka Sari berkata...

hahah tula h biasa nya keluarga je yg kena ikut awak nk ikut jugak kenapa hehehe


XOXO, Chempaka Sari.

Gadis Pantai Timur berkata...

zaman skrg nak gi kenduri pun kena k=ikut tema...

ceriteraliyana berkata...

hurrmmm..
1) pergi kenduri kawen.
2) majlis hari sabtu.
3) tema majlis turquoise.
4) lokasi???????

samelah!!! tiga2 sama dgn majlis kenduri kawen yg CL pegi...mungkin lokasi berlainan..^^

Mra Mastura berkata...

minat pelangi. kawen pun pelangi la kot. haha. lagi best. =P

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com