Rabu, 8 Jun 2011

Kerepek Pisang Punca Kencing Manis?

Benda ni betol betol terjadi. Ni masa aku dengan Qarl nak balik daripada himpunan sejuta belia hari tu. Sebelum balik tu, Qarl nak singgah kat booth Abot kejap. Kenal tak Abot? Dia pernah popular dengan lagu Kasihmu dan Kasih Yang Pergi. Errr... Entah entah korang tak lahir lagi masa tu. Haha. Bajet aku dah tua sangat la ni? Anyway, Abot jual kerepek pisang masa tu. So, jom dengar perbualan kitorang. Eh. Bukan dengar la... Okay. Jom baca perbualan kitorang. >.<

Abot: Dik, beli la kerepek pisang ni. Sedap ni dik. Ada manis, masin dengan pedas.

Qarl: Berapa ni kak?

Abot: Murah je dik. RM15 satu bungkus. Tapi sebab adik, akak kurangkan jadi RM13 je. Murah dah tu dik.

Qarl: Ye ke? Hurm. Kalau macam tu, bagi saya dua bungkus kerepek yang manis ni.

Abot: Tu je ke dik?

Qarl: Haaa... Tu je kot.

Abot: Eh. Cuba la rasa yang pedas ni. Sedap dik! Cuba la...

Qarl: Saya tak makan pedas la kak. Family saya memang tak makan pedas. Saya ni orang Selangor. Saya makan manis manis je.

Abot: Cuba la dulu. Sedap ni. Rugi tak cuba...

Qarl: Takpe la kak.

Hizami: Kalau macam tu, bagi saya je la yang pedas tu. Eh. Maksud saya, bagi saya beli je la yang pedas tu. Saya suka pedas pedas ni.

Qarl: Haaa... Dia orang Melaka kak. Dia memang makan pedas pedas ni.

Abot: Eh. Kejap dik. Adik kan suka makan manis manis kan?

Qarl: Kenapa pulak kak?

Abot: Ni haaa... Kalau adik kena kencing manis ke, tak kira la mak ke ayah ke kena kencing manis, adik boleh jumpa akak, cuba produk ni.

Qarl: Errr...

Abot: Produk ni bagus ni. Elok untuk kencing manis. Okay?

Qarl: Errr...

Abot: Kalau apa apa hal, contact akak ye. 

Qarl: Okay la kak. Bye!

potpetpotpet : Sikit je watak aku. Eh. Sikit pon jadi la. =,=

26 ulasan:

  1. Ohhh!! Betul la dia jual kerepek pisang. Tengok kat You Tube channel dia ada promosi pasal pisang ni. Hoho.

    BalasPadam
  2. haha..

    apa produk dia jual tu??

    BalasPadam
  3. Tu je watak U?

    Jadi la dari xde kan..

    BalasPadam
  4. my fav krepek pisang..! hhehee.. jual kerepek skali jual ubat kencing manis eh??

    BalasPadam
  5. ouh yeke? so makan dalam kuantiti yang bersederhana je lah kan. tak yah lah melantak habis-habisan.

    BalasPadam
  6. haha. Qarl bukan nama sebenar boleh?

    FYI, kerepek pisang manis die mmg sedap giler. i bru nk tnye u, apa rasa yg pedas.. sbb yg manis tu dh nama pun manis so manis and rangup ok. tp takdelaaa smpai kencing manis. manis lagi macarons hahaha.

    BalasPadam
  7. ceh mati2 kite ingat boleh kene kencing manis kalau makan kepek pisang. dah la mak kite pon bussiness kepek pisang. huhuhu :P

    BalasPadam
  8. engkaulah racun , engkau juga penawar. (=

    BalasPadam
  9. kerepek pisang pedas?xpernah dengar plak..

    BalasPadam
  10. Abot btu memamng pandai promote..

    BalasPadam
  11. Aaa..kerepek pisang..Adeh terliur laa...

    btw pandai betul akak tuh berniaga an

    BalasPadam
  12. bgoslah abot tu...pndai tackle customer..hahhaa

    BalasPadam
  13. hahaha..tajuk macam apa je..aih.ingtkan fakta la td. haha..

    BalasPadam
  14. Wat suspen je.ingatkan betul.dah la sy ni pencinta krepek pisang..hehe

    BalasPadam
  15. Minat dengan Abot.

    Makan kerepek pisang perasa natural.

    BalasPadam
  16. bahahaha. :D tak pasal pasal je.

    BalasPadam
  17. nasib baik sy nih x makn sangat kerepek pisang..heeh..tapi yang terkilan nih..x dpt pergi himpunan belia tuhh.

    BalasPadam
  18. kalo makan berpada-pada
    selamat la kot~

    BalasPadam
  19. ok lah.. selitan watak yang bermakna koet! muahhhaa

    BalasPadam
  20. kerepek pisang sodappp
    makan sambit tengok tv
    ade urmphhhh

    BalasPadam
  21. watak picisan hahaha.....

    BalasPadam
  22. kerepek pisang ni manis,bkn kerepek pisang je,nasi lemak,kuih manis2 tu semua boleh buat kena diabetes

    BalasPadam
  23. salam
    info tambahan
    memang kalau kita ikut piramid makanan dan amalkan makanan yang seimbang kita tidak perlu ambil makanan tambahan. tapi dalam masa setahun dua ini saya saya ada terbaca tentang radikal bebas. radikal bebas ialah suatu atom relatif yang tidak stabil yang elektronnya tidak berpasangan (1 atau lebih) di bahagian luar orbitnya. okay ini memerlukan penerangan yang lebar, tapi saya ringkaskan =)
    radikal bebas boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes, strok, barah, darah tinggi dan sebagainya dan hampir kesemua penyakit yang tersenarai disebabkan radikal bebas (kajian saintis baru-baru ini kalau tak percaya boleh google heee). okay apa yang menyebabkan radikal bebas terjadi. faktor terjadi radikal bebas contoh, asap rokok, uv ray, pencemaran udara, pemakanan yang mempunyai pengawet kimia, dan sebagainya. maksudnya kita tidak dapat elak radikal bebas in fact setelah dikaji badan kita diserang lebih daripada 40,000 jenis radikal bebas setiap hari!! dan inilah antara faktor mengapa banyak pesakit barah etc. yang umurnya makin menurun sedangkan pada setengah abad yang lalu ia hanya dihidap oleh orang pertengahan umur kerana sitem imune mereka yang makin lemah dan faktor usia/keturunan. dan bagi saya pengambilan supplement tidak perlu jika kita tidak diserang radikal bebas tetapi sebaliknya. dan banyak pakar kesihatan menyarankan kita mengambil produk anti oksida yang mempunya ORAC score yang tinggi. saya ada buat sikit review pasal ORAC score sbb saya kena buat thesis untuk subjek ini. klik url ni http://bit.ly/rNPvlg untuk lebih info, nnt panjang2 marah pula owner blog
    :P

    BalasPadam
  24. salam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com