Rabu, 25 Mei 2011

Tips Memiliki Header Cun Seperti Budak Lelaki Sebelah Pintu

Errr... Betol ke lelaki tak pernah puas? Aku rasa? Errr... Betol kot! Cuba tengok header baru aku tu ah! Haaa... Tukar lagi beb. Aku kalau dah start buat header, memang dalam masa seminggu tu tiap tiap hari tukar header baru. Siriyes kot! Kau tak percaya? Cuba tengok esok macam mana. XP


Header ni baru siap petang tadi. Berpeloh aku buat. Haha. Aku ni tak reti sangat nak guna adobe photoshop ni. Aku bantai pelan pelan, siap la satu! Aku bangga derrr... Sebab apa? Sebab header ni merupakan antara hasil terbaik yang pernah aku buat. Diulangi, antara hasil terbaik yang pernah aku buat! Amboi. Bunyi macam riak je kan? Astaghfirullah al azim. Maksud aku, header yang kau buat tak tersenarai ye. Harap maklum. Takut jugak kau fikir aku fikir ahli fikir. Eh. Takut jugak kau fikir aku fikir header aku lagi terbaik daripada header kau! =,=




Daripada aku tak tahu langsung macam mana nak guna adobe photoshop, sekarang lihat la hasil dia! Menarik bukan? Haha. Aku jujur beb. Aku main belasah je adobe photoshop tu. Tekan tu tekan ni. Lama lama, pandai la sikit sikit. Kalau aku tak tahu nak edit macam mana, aku google je. Tengok macam mana nak guna adobe photoshop dengan lebih berkesan dan berbekam di hati. Bak kata pepatah, experience is the best teacher! Bila dah selalu main dengan adobe photoshop ni, aku kira dah rapat la dengan adobe photoshop ni. Boleh? Anyway, setiap kali aku buat header lepas tu aku upload, aku rasa puas gile! Aku puas sebab aku tahu tu penat lelah aku. Dan bertambah puas bila aku mendapat reaksi yang positif daripada kawan-kawan. ;)





Tips Memiliki Header Cun Seperti Budak Lelaki Sebelah Pintu
First, pilih gambar gambar kau yang paling hot. Tak kisah la gambar gambar tu kau bajet hot ke atau kau perasan hot ke. Apa yang penting, hot! Dan aku telah memilih tiga keping gambar aku yang paling hot tapi pada pendapat aku la kan. Hurmmm... Susah betol nak pilih tiga keping sebab aku rasa semua gambar aku hot! Haha. See? Aku telah riak dengan sengaja. Oleh itu, mari kita sama sama beristighfar ye. Astaghfirullah al azim... >.<
Second, pilih satu watak kartun yang menarik perhatian. Untuk header aku, aku telah memilih Domo sebagai penampilan istimewa sebab budak budak sekarang tengah gile dengan Domo ni. So, aku selitkan Domo ni bagi memastikan blog aku relevan dengan kehendak pasaran. Errr... Alasan yang munasabah kan? =,=
Ketiga, pilih font kegemaran kau. Pilih je la mana mana kau suka. Kalau aku, aku suka font yang nampak kemas dan simple. Bukan tak minat font yang complicated yang ada ekor panjang melilit sana melilit sini tapi aku rimas ah tengok font macam tu. Rasa macam nak gunting je! Eh. Kalau susah sangat nak pilih, kau guna je times new roman! XD
Keempat, pilih design macam mana kau nak buat. Ikut aku, aku bantai je la. Ada la dalam empat lima enam kali aku tukar design. Tapi ikut kelapangan kau la. Kalau kau busy berangan, baik kau upah mereka yang pakar je. Tak payah susah susah nak buat sendiri. Haha. Aku siriyes dalam gelak tawa ni. =,=


Kau ada nak berlagak macam aku? Baru pertama kali buat header meletop sikit, dah nak bagi tips! Haha. Dahsyat gile aku tengok diri sendiri. Kau berani ke nak buat macam aku? Haha. Errr... Perlu ke aku nak taip haha setiap kali aku mengeluarkan kenyataan? Haha. Haish... Dah dah. Sebelum aku mengakhiri entri pada hari ni, aku nak berkongsi sesuatu dengan kau. Haaa... Kongsi apa pulak ni? Ni dia header terawal masa aku mula mula guna nama blog ni sebagai Budak Lelaki Sebelah Pintu.




See? Ada sekeping cili merah yang melekat kat hujung tu. Lepas tu, aku taip Budak Lelaki Sebelah Pintu kat tepi dia. Kesian gile kan? Hehe. Kalau tak silap aku, aku cuma guna photoscape masa tu. Siap beberapa kali tukar width dengan height dia semata-mata nak bagi betol betol muat kat atas tu. Innocent gile aku masa tu. Adeh. Nostalgia sungguh! Siapa yang sempat tengok blog aku masa aku guna header cili tu? Aku dah start sedih dah ni. T-T



potpetpotpet : Better in time. :)

37 ulasan:

Syafiq Rosli berkata...

steady la bro..nice2..

Puteri Iqa Izyan berkata...

ada domo! =)
rajin betul zami tukar2. huhu :D

tapi, siyes x pandai main adobe even dah byk kali tgk tutorial. hahaha.

Nisa Kay berkata...

heheheh nisa lagi laa x reti nak buat sendiri..asyik suruh along je yg buatkan. ehehehe

penaberkala berkata...

patut la ramai aweks kat sini,hahaha
tgk header dah cair

terbaik bro header terbaru
bila nk buat kat gua satu

Aman Ibrahim berkata...

hahaha.. kepuasan yg nyata, should b proud of urself la hizami =)

Nice, comel domokun tuh..
Keep up!

ayie berkata...

waa hebat la design baru.. mmg dok ngadap 24 hrs byk idea..hehe

yang cili tu..masa tahun awal 2009 kan.. tagline dulu ingat merah ingat zami..skang dah xde merah..

bkn sebelum ni ada header pakai cermin mata ke..kan??? tu sblm header cilikan??

myravea berkata...

lawaaaa!hee..lame2 pro la tuu :)

cucu umie berkata...

smart ah bro..kuikui lepas nie orng boleh tempah lh yer..hehe mcm ayie juga ah dulu main ngn adobe..lame2 biase ah bt header sendri tu..

najihah sahami berkata...

cewwah..gempak ah...buatkan ai satu. hahaha.

tpi zami kannn lawak la tengok header merah zami tu. nk gelak jap boleh. adoi. skang dah double maju zami nih.

meaw berkata...

eden suka dengan header tu....even simple tapi okay semart ahh tu ! yg pasti domo ada,heee.... asal budak lelaki sebelah pintu ? nape tak nama lain?

Mra Mastura berkata...

dah pandai dah en.domo
tuka lagi esok k? XD

ishiko berkata...

ohh.. saya stat follow zami upss siket dr header tu.. pic yg sndar kt dinding tu....
aloo.. sy pn pakai photoscape jee.. hahaa.. hari ni da tuka header.. ada org kasi^^

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

memang puas hati kan bila usaha kita godek2 adobe tu sendiri pastu hasilnyer cun..hehe..ca pon dulu try explore sikit guna adobe.. :)

jom singgah sini kalau sudi..nie bukan adobe..ni seni paint jek..hehe..


http://cikduyung.blogspot.com/2011/05/kau-selalu-ada.html

Rozuan Ismail berkata...

smartlah.huhu

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

menarik :)

Nur berkata...

pergh..pic hot la tu :P

DanieL AdiE berkata...

Hizami..ehem2...

ade project utk anda...

Wah..bole?

puteri noor mastura berkata...

great job bro..keep it up yer...

hana berkata...

smart la header..
hana x pandai pun gune photoshop..haha
kene belaja cikit2 ni..

puteri noor mastura berkata...

bagus bro..nice...keep it up bro

SyazwanSarawak berkata...

pehh. awesome-lah header!

mar chan berkata...

height n width utk header brape ey?
aku wat slalu trlebih size n aku set je 'shrink tu fit'.
hehhhh~~
should be proud of ourself la..
sbb sape lg nk mghargai keje kite kalu bkn diri sndiri :D

fiera zafiera berkata...

pew maksud cili sebijik kat header lame tu...hahhahaa....:p

MiSz fiFiEyQa berkata...

Gempak la...pandainye buat...memang rase bangge gile kan bila header yg kita penat2 buat sendiri jadi awesome camni..hehe

Ijah EmoTemo berkata...

mmg cun la!

hahah , tp yg first header tu nk gelak sat. ada cili tu :P

HAZIRAH SULAIMAN berkata...

nice header. photoshop tu main tekan2 jeh. lama2 pandai jugak. hee

Dawa berkata...

kalau muka tak hot, tak leh la buat header cam ko. haha

kyoo reza berkata...

"Susah betol nak pilih tiga keping sebab aku rasa semua gambar aku hot! Haha. See? Aku telah riak dengan sengaja"

best quote ever..hahaha

Rara Nasiha berkata...

tahniah! tahniah! dah ade header baru. jeles la plak. hehe

Reen berkata...

ni antara entry yang byk zikir beristighfar.. hehe.. btw, mungkin takda la tahap riak kot tapi bangga dgn diri sendiri lah kan mampu buat.. org lain hado?? nan hado kott. hehe

BuDaK PeGheLiH berkata...

sama la kita.. saya pn pakai bantai jer try try guna photoshop tu.. lepas da letak kt blog rasa puas giler...

adrinaqamarina berkata...

hahah cili tu yang tak tahan tu., kte kenal blog zami ni time template kaler merah tu. bukan cili lah tapi.

:P

Terbang Bersamaku berkata...

comey jer header tue..dah macam artis korea! hehehe..;)

Azura Mendezz berkata...

Hizami..Im a photoscape user..
can u teach me how 2 create a header using this software??
wat banner irtu pon byk tcengang2 dpd buat..
hehe! =P

..hizamirahim.. berkata...

@Azura Mendezz

hehe.
secara komen2 ke nak ajar ni ?
adeh.
susah ye.
cube cari tutorial kat google.
ada je.
:)

Azura Mendezz berkata...

Owhh..xde la via komen..
Nti kalo u marah i xpaham abes la sume org nmpk..maluu!!
Hehe!
{via email bole??or FB maybe??}
=P

..hizamirahim.. berkata...

@Azura Mendezz

hehe.
susah la nak terangkan.
better u tanya somebody yg berdekatan dgn u.
lagi senang dia nak terangkan.
:)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com