Khamis, 26 Mei 2011

Shhh... Perbualan Dua Orang Perempuan Mengandung!

Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini... Eh. Kejap. Dalam kepala hotak atau di cuping telinga? Mana satu yang betol ni? Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini atau masih terngiang-ngiang di cuping telinga aku ini? Errr... Okay. Kita tinggalkan isu yang tak seberapa itu. Mari kita kembali ke pangkal jalan. Aku nak cerita pasal perbualan yang aku dengar masa aku lepak kat hospital hari tu. Sebelum tu, kau mampu nak lepak kat hospital? Haha. Aku duduk kat atas benda yang memang dicipta untuk manusia melabuhkan punggungnya iaitu kerusi sambil sambil menunggu nombor giliran dipanggil. Errr... Ingat lagi peristiwa tu? Sila rujuk kat sini kalau tak ingat sangat. Kat belakang tempat duduk aku tu, ada dua orang perempuan yang sedang sarat mengandung tengah rancak berborak. Nak tahu apa yang dorang borakkan?




Aku nak sangat anak lelaki. Ingatkan dapat lelaki...

Tu la kau, siapa suruh buat tengahari? Tengok aku! Aku buat tengah tengah malam!

Ye laaa... Eh. Kau tahu, doktor marah tau bila aku sibuk sibuk nak tahu jantina baby ni. Doktor kata kenapa orang selalu tanya jantina baby je, tak tanya baby ni sihat ke tak.

Ye ke?

Ye la. Dia kata patutnya tanya kesihatan baby ni macam mana, ni tak, tanya laki ke perempuan je tahu.

Hehe. Betol jugak tu. Eh. Kau tahu kan Kiah tu? Dia sekarang dah vogue de vass!

Haaa?

Dia sekarang vogue de vass la.

Haaa? Apa?

Dia sekarang dah meletop! Laki dia handsome kau...

Ye ke? Kau ni...

Hehe. Tapi tak boleh lawan laki aku la. Laki aku lagi handsome. Hurmmm... Aku memang sayang dia sampai mati kau tahu.



Errr... Daripada perbualan tu, baru aku tahu kalau nak dapat anak lelaki kena buat tengah tengah malam. Nak dapat anak perempuan? Buat tengahari la! Haha. Betol ke ni? Adeh. Macam mana la aku boleh dengar perbualan dorang ni? Pening kepala! =,=



potpetpotpet : Ada maklumat tambahan yang ingin dikongsikan di sini?

34 ulasan:

Aman Ibrahim berkata...

hahahaha.. no komen..
lambat lagi tapi dalam hati nak tau.

Mra Mastura berkata...

tengah malam laki, tengah hari perempuan..hurm.. waktu lain?

Misshy Innz berkata...

kalau nak kembar ?
HAHAH !

zami3 ;D

momochan berkata...

erk HAHA dasyat la telinga zami...boleh dengar tuh..HEHE
ok point taken.errr HAHA entah betul ke tidak entah.

najihah sahami berkata...

haha..baik punya pengajaran la entry zami kali ni.

DanieL AdiE berkata...

err??

betol ke nie?

Ijah EmoTemo berkata...

hahahaha ,walaupun isi kandungan perbualan ibu2 mengandung itu menerbitkan rasa geligelimat tapi tetap nk gelak jgk. haha.

akmall berkata...

hahahah..betul ke?... lau waktu malam anak laki...waktu tenghari anak perempuan?.. senja? pagi? tengah malam? pagi buta?... wahai... bub tu ramai kot sekarng ni?/// ops!!!

Miss Lady Iena Nazir berkata...

hahahahha..
yeke?
nak tau try la :p

noreenrara berkata...

HAHAHAHAHAHA... ade jgk formula mcm tu..

yad'z berkata...

hahha... cer buat tengah2 .. antara malam and tengah hari.. kompem dapat dua alam.. eheheheh

asybedazzle berkata...

buat apa tgh2 hari ni, malam2? ishh tak faham lah aku. hahahaha

cik_nini berkata...

menjadi ke tips nie? hahaha.

ayie berkata...

hmmm ade bebudak ke baca komen ni..


ada orang cakap kalau berjimak perempuan atas akan dapat anak lelaki..
kalau berjimak lelaki atas.. dapat anak perempuan...

jimak tu apa???? tettt.. google sendiri..haha

ayied farid berkata...

kalau petua ni betul2 berjaya..
bolehlah rancang betul2 nanti..
rancang dari awal..hehe

cancerGreen berkata...

x tahan nak gelak bila bace entry ni..hahahaha =))
banyak input gak dpt ea ddk hospital lama2..macam2..hehe:D

kembatolo™ berkata...

anak kembar kena buat tengahari, ptg, dan tengah malam. gahaha. sorry zami, aku tolong jawab tuk innz. haha

Yuyu Musa berkata...

hahahhhaa..sy bawah umur.x baca x baca.x dengar jugak..

momo itu arol berkata...

erk ,kalo pagi2 weh .. baru mcm afdal sikit.. -.-

Puteri Iqa Izyan berkata...

HAHA. baru tau.

entah betul ke tak ni =.='

adrinaqamarina berkata...

dalam silibus pelajar perubatan. nak nota?

haha.

Siti Mashitah Saidin berkata...

pernah dengar gak nih... buat ikot time tentukan anak apa... tapi rasanya mitos ja nih~

nur choki choki berkata...

ahaks.sy bawah umor..

kyoo reza berkata...

ok tghari..hahahaha

NuR 'aQiLaH berkata...

kalo wat petang,
dapat pondan ke abg enceeeem? kehkeh

::FAIZ FARISH:: berkata...

erk blh caye ke ni?

Makbed berkata...

hah, ni komen ibu mengandung.

takdenye ikut tengahri ke tengah malam ke. ikut nasib juge la. lawak sungguh. papeun, jangan cuba-cuba slagi belum dapat 'lesen' ye....

mr.syazwan berkata...

BUAT apa ni????

ishh saya x faham la benda yg tersirat ni

>.<

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ahahahaha...

tudia aihhh...

ada plak nowh mcm tu...

ekekeke

J.Syazwana berkata...

hahaha !
cuba zami buat eksperimen.
:P

larikk

Chempaka Sari berkata...

Semua adalah bergantung kromosom yang bertindak balas, XX atau XY....

Izyanti berkata...

hahaha. boleh pulak camtu kan.

zizidiazora berkata...

no komen. nak tau zami cuba la.. hahaha....

Hayati Hamzah berkata...

haha. pandai pulak chromosome nak pilih waktu nak penetrated eh :))

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com