Selasa, 24 Mei 2011

Kata Kunci Pada Hari Ini Ialah Sabar Aje La!




Kriiinggg!!! Kriiinggg!!! Kriiinggg!!! Adeh. Bila masa pulak telefon rumah aku bunyi macam tu? Tak kisah la! Persoalan yang patut dipersoalkan sekarang ialah siapa pulak yang call rumah aku pagi pagi buta ni? Aku tengah syok syok mimpi... Adeh. Dengan sopan santun yang dibuat-buat lalu aku mengangkat gagang telefon tu.



"Wai? Wapucetau? Eh silap silap. Hello?"

"Mi... Dah siap belom?"

"Errr..."

"Cepat sikit. Appointment tu pukul 10. Kalau lambat nanti, kena datang hari lain pulak. Cepat!"

"Alaaa... Relax la atok. Don't worry, be happy! Kojap jo nak poie sepital tu haaa... Tak jauh mano pon. Sekangkang vavi je!"

"Kau jangan main main Mi. Tak pasal pasal kau tolan ompat puluh ompat tayar beskal bersama rantainya sekali! Dah! Cepat!"



Okay. Dialog tu aku dah tukar sikit sikit kasi lawak. Aku rasa macam lawak. Errr... Tak lawak langsung ek? Haha. Malam tadi mak aku dah pesan kat aku supaya hantar atok aku gi hospital pukul 10 pagi sebab atok ada appointment dengan doktor. Aku bajet pukul 10 tu la baru nak gerak kan? Alih alih, kena sampai sana sebelum pukul 10! Aku tengok jam baru pukul 9 pagi. Haaa??? Dah pukul 9? Mati laaa...



Dipendekkan cerita, aku dah siap. Aku pergi ambil atok aku kat rumah dia. Eh. Lupa nak beritahu! Adik aku atau nama manja dia Bob ikut sekali. Tapi aku suruh dia drive sebab aku malas. Haha. Dipendekkan cerita, sampai jugak kitorang kat hospital tu sebelum pukul 10. Phewww... Hebat gile Bob bawak kereta! Tak benti benti aku mengucap dalam kereta! =,=



Dipanjangkan cerita, aku tak tahu nak pergi mana bila dah sampai kat hospital tu. Siriyes beb! Atok ada tunjuk surat appointment tu. Tapi aku tak faham langsung. Nak pergi bahagian mana ni? Adeh. Aku pergi tanya guard sambil tunjuk surat appointment tu. Dia suruh aku jalan terus belok kiri lepas tu terus pergi sebelah kiri. Errr... Kau nampak ke apa yang aku cuba sampaikan? Buat buat nampak je la ye. Bertindak mengikut arahan, aku sampai kat tempat yang dituju. Kalau tak silap aku, kat klinik ultrasound kot? Aku pergi kat kaunter pertanyaan, aku tunjuk surat appointment. Check punya check, saudari tu kata kenapa tak datang 5 Mei hari tu? Aku terus pening pening ayam. Apa ni? Saudari tu suruh aku pergi jumpa doktor kat bahagian temujanji tu. Seperti biasa, aku ikut arahan yang dikeluarkan. Aku pergi jumpa doktor tu. Doktor dengan ikhlas tengok surat appointment tu. Errr... Aku tak habis habis tunjuk surat appointment tu. Siapa suruh tak faham surat appointment tu kan? Adeh. Doktor pon kata benda yang sama. Atok sepatutnya kena datang 5 Mei untuk ujian ultrasound tu. Lepas tu, atok datang hari ni sebenarnya untuk ambil keputusan ujian 5 Mei tu. Aku dah tension dah. Siapa punya kerja ni tak bawak atok pergi appointment 5 Mei hari tu? Demmm... Kesian atok. Last last, doktor tu pilih tarikh untuk reappointment. Nak tahu bila? 8 Ogos beb! Lama gile nak kena tunggu. Sabar ye atok! :'(



Haaa... Kan dah panjang aku taip kali ni? Ada banyak lagi insiden yang berlaku. Tapi cukup la setakat ni. Kau bukan baca pon kan? Haha. Dipendekkan cerita, urusan kat hospital tu selesai sebelum pukul 4 petang. Kau bayangkan aku kat hospital tu daripada pukul 10 pagi sampai la 4 petang! Gile ah. Apahal lama sangat kan? Haaa... Tunggu nombor giliran nak kena panggil tu punya pasal la! Sabar aje la... Siriyes beb! Aku ingat aktiviti memancing je yang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Tak sangka pulak aktiviti menanti nombor giliran untuk dipanggil di hospital turut memerlukan kesabaran yang bukan sikit! =,=





potpetpotpet : Kau baca sampai habis? Tahniah! :')

25 ulasan:

  1. 1st thing is:

    DANIEL ADIE dh jadi NO1 pengomen tegar blog anda ya..

    2nd,bile bace entry ni, terus ingat arwah nenek I.. mmg selalu bawa dia g hospital utk appointment doc..

    Al-fatihah utk arwah nenek i..

    BalasPadam
  2. hmmm biasala government hospital tak pernah berubah

    BalasPadam
  3. aha . 10 am - 4pm ? hebat hebat ! mesti atuk bangga dengan cucunya yang sorang ni :)

    BalasPadam
  4. God! mmg lama nak tgu boleh number tu....huhuhuh...saba je la..

    BalasPadam
  5. aku pon penah kena weh. memang dugaan pegi spital ni. nasib baik aku takminat pegi sane. gahahaha

    BalasPadam
  6. kesiannya kat atok dah lepas appointment tu...reappointment lak bulan ogos?gila lama, kesian kat atok ... papepon,meaw paling tak suka g hospital!

    BalasPadam
  7. oh baca sampai habis :D

    BalasPadam
  8. hospital beb...memang lame..banyak sangat kes

    BalasPadam
  9. gila lama . hahaha . mmg kene sabo . sbb tu aku tak suke masuk bank , ke ape ke . sbb ade no giliran . kahkah

    BalasPadam
  10. daa nama hospital kerajaan.
    mmg lama lah kena tggu..
    jmpe doktor nyer tak sampai 5 minit pun kan..

    BalasPadam
  11. huaaa.pening baca,
    dulu iqa selalu appointment ngn doc ni. tp sebelum kul 7 dah smpai. sbb dah tau kalau g lewat, lmbt.

    xyh ikt time dlm kad tu pon takpe.. =)))

    BalasPadam
  12. siapa yang tak bawak atok pegi appointment tuh?
    *wondering*

    BalasPadam
  13. Hospital kerajaan mmg cmtu, agaknye ramai sgt kot yg buat appointment..pheww..

    BalasPadam
  14. ha....skrng kita leh ubah memancing doktor di hospital...hahaha... satu cabaran yang sgt2 teruja...

    BalasPadam
  15. heee sian atok tu. hehe.

    tp mohtif byk perkataan di pendekkan cerita? haha

    BalasPadam
  16. hahaha..
    besa la tu..
    atuk sakit apa..?? macam sakit ada kaitan dengan salur kencing jer..

    apapun.. macam tu la appointment dgnn hospital kerajaan.. orang ramai..!!

    apapun syabas!! bukan mudah orang muda nak ke hospital temankan atuk..!!

    dah rasa pengalaman tu tahun lepas.. dari sejam.. jadi sepuluh jam.. lama2 jadi dua minggu.. hahaha!! ok jer!!

    BalasPadam
  17. hahahhhaa
    dah macam waktu aku dengan member2 aku buat medical check up plak
    pergi pagi balik petang
    yg lama tunggu no giliran tu la
    jumpa xsampai 5 minit
    tnggu berejam - jam
    hahahaha

    Meatball IKEA Halal

    BalasPadam
  18. cucu yg awesome lah zami..hu3

    saboooo je leww

    BalasPadam
  19. baik cucu atok ni...

    saya da xde atok

    hargai dan sayangi atok anda

    =_=

    BalasPadam
  20. siyess eyka pling bnci tgu giliran kat hospitl..kadng2 sampai kepetang bru boleh masuk bilik hospitl 2 haaa! demmit! =.="

    BalasPadam
  21. kenapa kecil sangat tulisan, sakit mata nak baca. :)

    BalasPadam
  22. bagusnya zami.. camni la cucu atok..

    *spital gov memang terkenal bab curi masa orang neh

    BalasPadam
  23. zami, kena ambi kursus membaca surat appoinment kottt.. haha ( kalau wujud kursus tu ) anyway, kesian atokk. huhu.. nanti jgn lupa plak ogos tu ha..

    BalasPadam
  24. zami, kena ambi kursus membaca surat appoinment kottt.. haha ( kalau wujud kursus tu ) anyway, kesian atokk. huhu.. nanti jgn lupa plak ogos tu ha..

    BalasPadam
  25. fuh..kesian kt atok tu. sakit apa smpai kena p ultrasound tu. hehe...kesiannya kena tunggu lama la pulak. alahai. xconsider ke doc tu. aish..mesti doc tu lelaki kan zami. sebab tu die xtergoda ngn zami. hahah

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com