Cerita Basi Yang Panjang Berjela Tapi Seronok Dibaca. Errr... Syok Sendiri Nampak? Haha!


Jom dengar cerita basi! Haha. Ni cerita pasal sambutan Hari Guru kat sekolah hari tu. Best la jugak kan. Adeh. Satu hari tu memang sambut Hari Guru semata-mata. Pagi pagi lagi dah kena beratur ramai ramai. Bajet macam pengantin la berarak dari atas sampai bawah. Dah la aku pakai baju macam nak pergi nikah! Budak budak yang kata la kan. Siap ada kompang sekali tu! Hebat ah! >.<


Depan cikgu muda. Belakang cikgu tua. Kejam ke bunyi dia?


Lepas tu, duduk ramai ramai kat kerusi plastik. Seperti biasa, kena baca ikrar dan tak dilupakan jugak, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia kategori sumbang berirama. Haha. Jahat gile kutuk diri sendiri! Takpe takpe. Kutuk diri sendiri adalah sopan berbanding kutuk orang lain. Kau ingat kau cahhhannntekkk sangat nak kutuk orang lain? =,=


Aku tengah khusyuk lagi tawadhok mendengar utusan yang dibacakan. Tak tahu la kalau kau percaya kan. Eh. Kau percaya ke ni? =,=


Kemuncak yang dinanti-nanti ialah persembahan istimewa daripada aku dan cikgu cikgu praktikal yang lain. Haha. Aku tak sangka aku boleh menangis bila ingat balik persembahan tu. Bukan sebab terharu tapi sebab terkedu! Dah la. Malas nak memalukan diri sendiri, tengok je la gambar yang aku tempek ni haaa... Eh. Lupa pulak nak beritahu kau. Aku menyanyi masa tu! Dan aku rasa macam tak best je. Tapi cikgu cikgu puji aku pulak dah. Hurmmm... Entah entah aku kena sindir kot? Kesian gile aku. =,=


Bajet tengah nyanyi pasti berjaya di akademi fantasiaaa... =,=


Dah selesai semua tu, cikgu cikgu kena get ready for games. Sambi sambil tu, sempat lagi ambil gambar dengan pelajar pelajar. Errr... Sekali dapat hadiah beb! Sedih betul aku bila dapat hadiah ni. Mana tak sedih, first time kot dapat hadiah masa Hari Guru! Kira ni pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kau tak nak berkongsi sedih dengan aku? T-T


Sorang nakal, sorang sopan. Aku sayang both of them!


Terima kasih daun keladi! Warna baju budak budak ni pon dah macam daun keladi. Errr... Kelakar tak aku cuba buat lawak ni?


Macam potret keluarga pulak.


Okay. Ada tiga permainan dijalankan serentak hari tu - bola sepak, bola baling dan sukaneka. Seperti biasa, bola sepak untuk lelaki, bola baling untuk perempuan dan sukaneka pulak terbuka. Dan aku join apa? Jeng jeng jeng. Aku join sukaneka! Haha. Kenapa aku join sukaneka? Sebab sukaneka ni pelik pelik games dia. Tu yang best tu! Kalau aku main bola sepak, aku mesti tension nak menang. Errr... Ada je alasan kan? Sedar tak sedar, dah habis cerita pasal Hari Guru aku. Sekian. >.<


Aku memang siriyes main ni. Fokus beb!


Best gile main hoki guna buah kelapa!


Sebahagian daripada hadiah yang aku terima. :')



potpetpotpet : Aku dah mula bercuti daripada kelmarin! XD

Boleh tekan like kalau rasa macam best! :)

33 budak main dekat pintu:

_aLiaHwaFa_ on Mei 22, 2011 berkata...

yang nakal mesti yg pakai songkok tu. tol tak? sbb macam smart je. haha.

[Reply to comment]
Mi-Young on Mei 22, 2011 berkata...

:)

[Reply to comment]
Puan Besar Shag Yahaya on Mei 22, 2011 berkata...

Ramai hadiah nya noks! Kongsi lah. Meh meh :D

Selamat Hari Guru, Cikgu Zami!

[Reply to comment]
momochan on Mei 22, 2011 berkata...

banyaknya hadiah zami! uii ramainye student sayang dia.HAHA eh eh cikgu praktikal yg pling tinggi ke songkok tu yg bg nmpak tinggi?HEHE >.<

Selamat hari guru!

[Reply to comment]
Aman Ibrahim on Mei 22, 2011 berkata...

Selamat Hari Guru, Cikgu Hizami.

mesti best pengalaman pertama teacher's day.. sweet memory!

Happy Holiday!

[Reply to comment]
cancerGreen on Mei 22, 2011 berkata...

wah..banyak dapat hadiah^_^
rindu nak sambut hari guru kat sekolah..:)
btw, selamat hari guru:)

[Reply to comment]
ayie on Mei 22, 2011 berkata...

selamat hari guru..

semangek main sukaneka..hehe

[Reply to comment]
zikeryhassan on Mei 22, 2011 berkata...

seronok dia dapat banyak hadiah. meh share meh. hihi

[Reply to comment]
IYLDA SYAHRANIE AB RAZAK on Mei 22, 2011 berkata...

happy belated teachers day cikgu ! :D .

[Reply to comment]
cik heroin on Mei 22, 2011 berkata...

Hahahha,aar, cm nk p khwen, kakakaka
byknya hdiah! best jgk jd ckgu ni kan

[Reply to comment]
yaya zulkiflei on Mei 22, 2011 berkata...

haha . memang cikgu practical akan dapat banyak hadiah . lagi lagi cikgu lelaki . sbb bdk pmpn mmg suka cikgu nsem . haha . pengalaman :)

happy teachers day !

[Reply to comment]
Terbang Bersamaku on Mei 22, 2011 berkata...

Selamat Hari Guru...
Cikgu Encem nie mesti ramai peminat kn....? Sbb tue bnyk dpt hadiah..(^__^)

[Reply to comment]
Khadija Sakaria on Mei 22, 2011 berkata...

ckgu muda, selamat hari guru ;p

[Reply to comment]
cimut munniey :) on Mei 22, 2011 berkata...

Hensemnya cikgu! phew phew! mesti ada ank murid terpikat hehe >.<

[Reply to comment]
Magrib on Mei 22, 2011 berkata...

Suka baca entry anda.. nice dan menarik.. minat dan follow blog anda ye..

ini entry terbaru saya.
Kenapa Burger yang anda beli tak sama macam dalam tv
Kehidupan seorang PLAYBOY.. (GAMBAR 18SX)
Aku jumpa blog best punya.. (Mantap)
Gambar selebriti yang berjaya dengan pembedahan Plastik
Seorang Gadis tanpa Baju ditangkap mencuri sebuah bola di pantai
Onani (melancap) - Adakah normal?

[Reply to comment]
dianahazwani on Mei 22, 2011 berkata...

wahh..ble bce entry ni, terasa tak sabar plak nk jd cikgu bebetol~~~ :D

[Reply to comment]
kembatolo™ on Mei 22, 2011 berkata...

untunglah ade student bagi hadiah. ha ha ha

[Reply to comment]
anyss on Mei 22, 2011 berkata...

untung la cikgu ade hari. HAHA

SELAMAT HARI GURU cekgu ensem! *err? :)

[Reply to comment]
Yuyu Musa on Mei 22, 2011 berkata...

comelnyer cg dapat gula2...hehehe

[Reply to comment]
han eba on Mei 22, 2011 berkata...

nak hadiah jugak. HAHA.

slmt hr guru juga

[Reply to comment]
ADfeez on Mei 22, 2011 berkata...

hehehe tgk dr hadiah knp lah dlu x terpikir nk bg hadiah tu time hari guru.. heheh :P

[Reply to comment]
Puteri Iqa Izyan on Mei 22, 2011 berkata...

wahhhh.. banyaknyeee hadiah.. untung jadi cekgu hensem. kui3..

[Reply to comment]
President on Mei 22, 2011 berkata...

cantiknya bunga ros merah tu...nak satu

[Reply to comment]
kechixx on Mei 22, 2011 berkata...

selamat hari cikgu!;)

[Reply to comment]
jeely jelly on Mei 22, 2011 berkata...

mmg macam org nak nikah je gayenye.. haha

asal x cite ape sukaneka nye tu.. nak tau jugak..

[Reply to comment]
najihah sahami on Mei 22, 2011 berkata...

haha..lucu giler muka zami baling bola tu. adeh...

zami mesti paling semangat nak nyanyi kan. zami kan hantu karoke.:)

[Reply to comment]
J.Syazwana on Mei 22, 2011 berkata...

sambut hari guru memang kene pakai baju melayu satu set ke? huhu

[Reply to comment]
Aishah Amira on Mei 22, 2011 berkata...

Selamat Hari Guru jua Cikgu Zami hahaha
=)

[Reply to comment]
DanieL AdiE on Mei 22, 2011 berkata...

Gile byk hadiah ko trime!!

[Reply to comment]
zizidiazora on Mei 22, 2011 berkata...

I rasa dalam reramai cikgu kat skolah tu U lah yang paling banyak dapat hadiah agaknya yek...

anyway Selamat Bercuti zami..

[Reply to comment]
WanFadhilah on Mei 22, 2011 berkata...

selamat hari guru.. walaupun dah lambat. hehhehe

[Reply to comment]
ana on Mac 16, 2012 berkata...

err..saya org baru nih! Tak tahu pulak yang awk ni cikgu!
cikgu skul mane ek?

[Reply to comment]
NurAdibah on Mei 23, 2012 berkata...

nih skola kat seremban ke? baju hijau? kat mana nih yee?

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...