Ahad, 13 Mac 2011

Sesi Beramah Mesra Dengan Binatang Binatang Sekalian

Seperti yang telah dijanjikan, aku nak update pasal aktiviti pertama bersempena dengan cuti sekolah ni. Cehhh... Nak beritahu korang yang aku ni menepati janji la konon konon. Boleh? Aktiviti ni telah dilangsungkan di Zoo Melaka. Mesti korang secara bongkak berkata apa barang gi Zoo Melaka kan. Okay okay. Meh sini aku nak jawab. Memang ah takde barang beb. Sebab... sebab... sebab... ada binatang je! See? Bijak betul aku menangkis hujah korang. Haha. Aku gi Zoo Melaka ni semata-mata nak memuaskan hati tuan puteri yang sorang tu. Siapa tuan puteri tu? Jeng jeng jeng. Ni haaa... Nurhusna Qahirah! 0.0


Comot! Makan eskrim kit kat tuuu... Tuan puteri tak bagi aku sikit pon! T.T


Aku rasa dah lama gile aku tak mencemarkan kaki kat Zoo Melaka tu. Entah bila last time aku gi Zoo Melaka ni entah. Siriyes aku tak ingat. Aku tengah remaja ni beb. Jadi, tak main ah lawat binatang binatang semua tu kan. Walaupun umur aku dah lebih 20 tahun! Adeh. Gara gara tuan puteri tak nak kalah dengan kawan kawan dia yang dah gi Zoo Melaka, maka, ditunaikanlah permintaan tuan puteri tu. =.=


Batu bersurat kat Zoo Melaka.


Siapa kata tak best gi Zoo Melaka? Best gile wa cakap sama lu. Aku dapat jumpa lembu dengan kerbau kalau korang nak tahu. Eh. Lembu dengan kerbau tu kat jalan terus belok kiri naik jejantas sebelah kanan  rumah korang pon ada kan? Lantak ah. Yang penting, aku dapat jumpa lembu dengan kerbau kat Zoo Melaka. Korang pernah ke jumpa lembu dengan kerbau kat Zoo Melaka? =.=


Tuan puteri kata no camera please! Haha.



Tuan puteri dah murka tu... Adeh.


My beloved sisters yang sopan depan kamera. Haha.


Tuan puteri tak reti baca nama binatang lagi. Tak pasal pasal aku yang kena bacakan nama binatang tu demi tuan puteri. Kejam kejam!


Aku dengan bangga menunjukkan rambut kat burung botak. Haha.


Kita minum kemudian! Sebab kita dah jalan dulu, jadi, tak boleh ah nak kata kita minum dulu. Eh. Perlu ke aku explain semua ni?


Rahsia di sebalik gambar ni ialah tuan puteri tak membenarkan sesiapa mendekati dia sebab nak posing sorang sorang!


Ni kat laluan bangang. Eh. Laluan bangau.


Tengok wayang! Boleh? Kepala hotak tengok wayang kat Zoo Melaka. Haha. Tengok show binatang binatang la beb.


Okay la. Nak balik dah. Bye!


See? Seronok bukan? Haaa... Bertambah seronok bila aktiviti ni dilakukan bersama keluarga. Pesanan ni dibawakan oleh Budak Lelaki Sebelah Pintu kepada korang. Eh. Sebelum tu, ada orang kirim salam kat korang. Ni haaa... orang utan!!! XP


Tu dia... Punggung mari! Haha.





potpetpotpet : Such a wonderful world!

28 ulasan:

Mra Mastura berkata...

tuan puteri murka tu kenapa?? da lm xkuar dgn fmily, abes semua ni, nk lek jb cpat2 g zoo kt jhr. keh3.

hv a nice holiday

Oasis berkata...

Selalu pergi melaka tapi sampai sekarang tak pernah jejak zoo melaka. Waaaa...!! mana lagi best zoo melaka ke zoo taiping ke atau zoo negara? Haa...jawab2...

Br pasan muka bro ni cam Shahir...Sedara ke? hehehe

nisaGemok berkata...

Tuan Puteri comel sangt. Haha, laluan bangang, kelakar.

asfz lily berkata...

tu dia ..cikgu p zoo..mengajar anak muridnya membaca..ahahaha

Ain Jia Zainudin berkata...

wahh..zoo melake mmg best.. tbaekk!!.. hee.. :P

ainakhani berkata...

minum duduk la cikgu hizami (:
neway adik cute gila pakai tudung.. good !! zoo melaka dah lama tak gi walhal study kat melaka ni -.-

Farah Aida berkata...

waalaikummusalam..kirim salam blk ek kat org utan tu..then,tanye dye ada FB tak,kalau ada nty i add dye..hehe

AfiQ berkata...

demmm!!! cara tepis hujah ko tu memang mantap! haahah.. gelak golek2 ak! hahahaha.. ni kang jgn smpai org utan tangkap cintan lak ngan ko.. hahaah

.Bintang Biru. berkata...

si penyayang Hizami. cute. LOL !

Ery Farieha berkata...

adik beradik ke? muka lelain je semua

hohohohh

alyana hamdan berkata...

hehe...memang sume muka lain2 lah..
tuan puteri comel meyh..
=)
orang hutan ue ada nama lah..tgok kat picca tu..
hehe...
happy family..

EmanTheHalia berkata...

seronok le jenjalan. aku fulus pon takda.

Cikbelog berkata...

cikbelog teringin nak pi zoo melaka ni. tapi bila ajak kekawan, diorang semua tak nak pi sebab diorang dah pi dah masa awal2 datang melaka hari tu.. sedih wohh..nanti la sebelum habis taun depan nak gak try masuk zoo melaka..hehee

arep_lockermonth berkata...

mane gmbr ngan cik tapir cute !!hehe

Nur Farah Hani berkata...

waaaaa best best.. bagus betull.. jelous!! da lama tak kuar ngan family.. ;-p

Gimi berkata...

Lama tak g zoo..

KAMIHIDUP berkata...

spe ckp zoo melaka xde ape? zoo melaka adalah zoo terbaik di malaysia selepas taiping, zoo negara pun kalah, ini fact. :)

ayie berkata...

comelnyee tuan puteri pakai tudung pink..~~gaya ngorat~~

NuR 'aQiLaH berkata...

whoaa tecik tecik dah berjaya naek kuda..
cheq sampai ke tua ni x pernah merasa naik kuda. wuu. T__T

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

da lame xpegi zoo. =,.=

uishh, kim slm balik kt orang tu. haha! ;P

yad'z berkata...

waaa.. best nye jadik kanak2 ribena,. ahahaha..


zami skandal dengan boboy a.k.a orang utan.. ahahahah

DanieL AdiE berkata...

Bestnye g ZOO MELAKA... ngan siblings lak tu...

Siyes, aku x pernah g ZOO MELAKA dgn siblings..

bagus2.. XTVT yg wajar diteruskan..

WanFadhilah berkata...

kali pertama pergi zoo melaka time matrik dulu time 2007 dan kali terakhir pergi sana jugak ialah ketika itu juga.. huahua.. tak abis pusing pun zoo tu.

tieha ismail berkata...

mmg dah lame giler aku x singgah cni...dah bertukar rupenyer...hikhikhik

tieha ismail berkata...

zami, nanti add 2nd acc fb aku eh...aku tabley nak add lor fb ko..tieha ismail II...tenkiup!

zizidiazora berkata...

Sejak dok melaka dah berzaman seriyes baru sekalu I gi zoo melaka. Sesekali klu wat rombongan gi zoo macam ni best gak kan?..

Comeyyyy Una pakai tudung.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

somel itu budak!!!

i am S!L4H.. berkata...

eskrem kitkat itu comel.
*erkkk~

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com