Rabu, 16 Mac 2011

Salah Satu Daripada Tugas Guru Yang Kau Ingat Senang Tapi Bapak Gile Susah Wa Cakap Sama Lu!

Haaa... Apa dia salah satu daripada tugas guru yang kau ingat senang tapi bapak gile susah wa cakap sama lu? Eh. Perlu ke aku ulang tajuk entri? Lantak ah. Masalahnya sekarang, kau tahu tak? Kalau tak tahu tu, buat cara tak tahu. Yang kau nak buat buat tahu tu kenapa? Erk. Tiba tiba aku nak marah ni apahal pulak kan. Just please abaikan. Haha. Aku memang sengaja menyelitkan sinetron pada perenggan pengenalan kali ni. Biar nampak saspen sikit. =.=


Back to the topic, tugas tersebut ialah MARKING!!! Hoyeh hoyeh!!! Tiba tiba je aku bersorak. Boleh? Okay. Aku siriyes ni beb. Ingat senang ke nak tanda kertas jawapan pelajar? Gile susah wa cakap sama lu. Dan aku tak kata pasal tanda kertas jawapan objektif. Kalau kertas jawapan objektif tu, kacang kuda je nak tanda. Tutup mata pon aku boleh buat ah! Eh. Berlagak sikit sikit takpe kan? =.=




Ni aku kata pasal tanda kertas jawapan subjektif ni. Kalau kertas jawapan subjektif ni, memang kau boleh mula menangis sekarang. Bak kata pepatah, tak semudah ABC sebab kau kena tanda dan bukan mengeja. Jadi, completely takde kena mengena dengan ABC. Okay. Aku sendiri pening apa yang aku cuba sampaikan. >.<


Kadang kadang, ada pelajar yang tak dapat menjawab soalan dengan tepat. Jadi, aku kena ah pandai pandai nak bagi markah. Senang cakap, aku kena check betul betul, tengok mana mana bahagian yang boleh dapat markah. Dan aku kena tahu sebab kenapa bahagian tu aku bagi markah. So, nanti bila ada pelajar tanya kenapa dia tak dapat markah macam pelajar lain, senang aku nak explain. Nak baik hati sangat bagi markah pon tak boleh jugak. Haha. Kalau nak jugak dapat markah, kena rasuah sikit. Okay. Melampau nampak? XP


Alhamdulillah. Setakat ni, aku takde masalah sangat nak tanda kertas jawapan pelajar. Cehhh... Bajet dah pro la kan. Hehe. Masa tanda kertas jawapan ni la aku jumpa macam macam jenis jawapan. Kalau baca jawapan jawapan pelajar tu, siap boleh terkeluar balik menu sarapan pagi tadi. Siriyes ni beb. Dah dah. Aku nak sambung tanda kertas jawapan pelajar ni. ;)





potpetpotpet : Pen merah pen biru... Sambung sendiri! ;)

44 ulasan:

soffea berkata...

yup. setuju :) memang susah n mencabar. but luckily, subject science n math ade jawapan yg direct trus.. senang sikit la compare to bahasa. nk tanda karangan or essay..pening kepaLa. nasib la i cikgu science. hehe :)

pwincess Lov3y dOv3y berkata...

aiseh cikgu nie.
amacam ade berpinar2 tak nak bace satu2 jawapan dari murid?ahaak.

senmoge berjaya la tanda habiskan bagi markah tinggi2 skit taw.

hehehe

Penggali (OM) berkata...

semoge cikgu menande kertas jwpn dgn tenang, huhu ;D

Ifti Larina berkata...

hehe tau takpe! mmg mencabar mental dan fizikal kan.

keep strong!

nisaGemok berkata...

Aha, dulu suke mintak markah lebih kat cikgu praktikal. Nak-nak B yang dekat ngan A.

..LoVeEiYnA.. berkata...

salam..tumpang lalu..saje nk mencelah..
btul2x, saya sokong 110%..tugas cikgu bukannye senang..
tanda paper subjektif lagi..
tu tak termasuk kerja2 luar co-business kite..

FarhanaDr berkata...

I sambung hokeyyyyy.. Haha.. I lap you kan? Kan kan? :p

Tu laa yang best zami.. Kasi conteng satu kertas dengan pen merah.. Hehe..

sArAh berkata...

tanda jgn x tanda.. haha.. ;)

iniialahaku berkata...

klu math bleh than...klu krangan???omaigod....dgn tulisnnya lgi..haha

adil sunbae berkata...

aku la antara budak2 yg buat ciku2 poning kepale nak menande paper!
muahahaha ( gelak jahat )Xd

Yong Sofea berkata...

u marah i love u. hahahha. kau tanda kertas math ke zami? terbaik lah~

saouri berkata...

hahaha...apsal la xtanda ketas spm 2008?? leh aku rasuah seket...lala~~

AiDa AzRyN berkata...

hape menatang yang cikgu pegang tu?

aisya sakaria berkata...

u mara i leb u. hahaha rilex laa cikgu. abang saya pun cikgu last last saya yg jadi mangsa tolong dia tanda kertas student adoyyy.

asybedazzle berkata...

ohh cikgu kena bagi rasuah la ni? hahaha, apa sngat budak2 tu nak bagi, pen merah? woah berguna jugak. heheh

::contengan hati::)) berkata...

ngeh ngeh payah kan tanda kertas grr,,
yart kena aja bahasa inggeris memang mencabar lah nak menandanye,, kadang-kadang rasa macam nak hentak kepala kat dinding jep sebeb sedih tgk student xdpt jawap grr,,,
satu kertas budak 3x okeyh semak blik haahahah

btw gud luck yer ;))

Ain Jia Zainudin berkata...

tugas zami tuu..hehee..kne la saba even jmpe mcm2 'skema jawapan" kn.. hehe.. ain pn berangan nk jd ckgu maths.. ehehe.. :)

zizidiazora berkata...

Cikgu Zami marah I love u hehehe... Ni semua cabaran bagi seorang guru. Seboleh-bolehnya seorang guru berusaha untuk memberikan markah untuk pelajarnya kan? dan berusaha untuk mempastikan seorang pelajar tu lulus.

DanieL AdiE berkata...

Yeah! Especially karangan in english!
aduh..menangis bace...

tp, itula cabarannye...

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

sila tanda ertas jwpn saya dgn berhemah ye cikgu kacak! <--- wakil anak murid. haha! ;pp

Mie Tachi berkata...

haha.. aku suka marking paper.. dulu2 la masa marking paper member.. salah je pangkah terus besar2.. hahah kejam skit.. haha

Qarl berkata...

dulu bile g kuliah tgk pen merah xpun di utilize sgt

bile kita dh merasa jd cikgu, pen merah wajib seminggu satu kan: haha

yad'z berkata...

u marah i slap u... lalallala~~~


mak yad'z cikgu.. anak dia ni selalu jadik mangsa untuk tanda kertas.. huhu.. macam2 jawapan budak2 ni bagi

Mra Mastura berkata...

goodluck marking cikgu.. kertas math kene tengok bebetul kan kan.. XD jangan sampai merah sangat krtas tu ye.. :))

best nye main buih..!

and nak sambung : u marah, i love u *malu

awek retro berkata...

cayalah...jdk cikgu kene banyak sabar kan..god luck bro..

SyafiqRidhwan berkata...

haha. meh aku tolong.

zenytha berkata...

Cikgu,
kenapa jawapan no. 4 tu salah? macamana cara kira dia yang betul?
(163+37)x4 atau 163+(37x4) ke macamana?

sekian terima kasih.

zixol berkata...

tu baru matematik..kalau kau tanda paper bio yg ade melambak soalan esei mau ko menangis!

arep_lockermonth berkata...

huhu :P tugas guru mmg berat !! x sanggup la nk layan kerenah student!!huhu,,

KAMIHIDUP berkata...

terigt kertas exam akmal adam jadi contoh tuk cikgu wt marking, gila pandai akmal adam to, haaaa. :)

ayie berkata...

susahnye soalan math tu huhu

shahizan berkata...

wah wah dah jadi cikgu dah sekarang :D

aliesha kirana berkata...

hahahaah..tahu2 susah. walaupun xpenah tandakan. hahhaah! dl2 AK la suka xpuas ati, tnya cikgu nape yg jawapn tu xdapat markah. muaahahahah!

Oasis berkata...

Seronok apa jadi cikgu. Meh sini nak tlg marking...cam best jer

Finaz Jaafar berkata...

hish..tu belum lagi mark karangan BM o BI..perkataan2 dan ayat2 baru akan memeningkan kepala..hahaha

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

subjek bahasa lagi la pening kepala nak tanda especially kertas 2.
compare to secondary school, primary is better. but still kena telan panadol kalau ter'migrain' lepas tanda kertas jawapan.


=)

✿ CikCimi berkata...

fuhh~ susah sangat ea?
agaknya mcm tuh la lect aku tnda kertas math aku.
=.=

misz myza berkata...

oh.. cikgu math ye??? samo la kite..hahahhahaa... msa practical thn lepas, mmg excited giler nak marking paper... bila part paper 2, ayooo.. manyak penin... kadang2 tak tau nak bagi markah kesian ke x.. pas tu kalau boleh nak cari markah tuk dorang, tapi tak jumpe gak.. alih2 0 je la...

(One) SiTi* berkata...

@yad'z

sememangnya!

puteri ain berkata...

tu salah satu sebab kenapa aku xnk jadi cikgu..haha

kechixx berkata...

saya suka math!;)

i am S!L4H.. berkata...

tang menu sarapan pg klua balik tu..
hahahahhaa. nk gelak je. bole?

agzamry berkata...

huhuh sangat lah setuju...i pon benggang lelagi bila jawapan merapu..kalau peringkat university nih bebudak nye pon x lah semua pandai kan...cuma nak x nak..kena la hadap...tu belum masuk bab tulisan...adoiiiiiiiiiiiii.....yg kena pakai KANTA pon ada okeh!
sekian

OrangBiasa berkata...

cgu math sy suker.. hoyeh hoyeh..
mata pndang atas tgn di dada..

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com