Ahad, 13 Februari 2011

Blogger Lelaki Bajet Terhangat Di Pasaran!

Aku balik Melaka pagi tadi. Aku dari Seremban. Eh. Tahu tak aku praktikal kat Seremban ni? Takpe takpe. Buat buat tahu je la. Aku bukan tahu kau tahu ke tak kan. Eh. Aku balik Melaka sebab nak ambil tong gas ni haaa. Nak bawak balik Seremban esok. Sebab? Aku nak tanam bunga kekwa kat atas tong gas tu. Boleh? Memang nak kena lempang sepoi sepoi bahasa ni. Adeh. Aku nak masak la beb! Sebab tu aku nak ambil tong gas tu, nak bawak gi rumah sewa. Jimat sikit. Walaupun aku tak reti masak langsung, diulangi langsung, aku boleh ugut hausmet hausmet aku yang lain masak. Ugut okay! Haha. :B


Tadi, Adie ada ajak aku gi gathering kat Melaka tu. Aku macam, ada gathering ke? Aku tak tahu pulak ada gathering kat Melaka. Hurmmm ... Macam mana aku nak tahu kan, aku dah jarang online sekarang, gara gara praktikal ni haaa. Siriyes beb. Tak sempat nak tengok blog sendiri, apatah lagi blog blog korang. Apa apa pon, terima kasih kepada korang yang sudi membazirkan masa skodeng skodeng blog aku ni. Aku terharu gile baca komen komen korang. Walaupun tak keluar air mata, tapi sebak tu terasa kat dada ni beb. Memang menusuk kalbu mencengkam jiwa meramas sanubari habis. Okay. Fine. Aku memang drama lebih. =.=


Aku dengan tak malu gile gi join gathering tu. Gathering tu start pukul 12.30pm. Cuba teka aku sampai pukul berapa? Sila teka sekarang. Boleh guna talian hayat dengan mendail nombor 999 sekarang. Eh. Dah dah. Dipendekkan entri, aku sampai sana dalam pukul 2.30pm! Siriyes beb. Kalau aku tak silap ah. Kot kot jam tangan aku cepat dua jam ke. Boleh? Jam korang cepat lima minit, jam aku cepat dua jam! Okay. Adakah aku telah over acting kali ni? T.T


Syafiq - Hizami - Adie - Hafiz


Kenal tak siapa tu? Ada Sandiwara Seorang Insan. Ada Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ada Daniel Adie. Ada H To The World. Bajet terhangat di pasaran la tuuu. Bajet je lebih. Cehhh ... Korang boleh jeles sekarang. Haha. Jeles tak jeles tak? Anyway, aku ada satu rahsia ni. Lepas aku beritahu korang, kira dah tak rahsia lagi la kan? Hizami, Syafiq dengan Adie dulu satu sekolah! Siriyes beb. Aku tak tipu la. Adeh. Tak sangka pulak kitorang dipertemukan sekali lagi kat gathering ni. Aku dah lama gile tak jumpa Syafiq tu, adalah dalam 7 tahun beb. Tup tup, jumpa kat gathering ni. ;)



potpetpotpet : Terima kasih kepada mereka yang sudi bergambar dengan aku tadi walaupun aku agak selekeh. :P

52 ulasan:

♥CERITA.JIWA.ADLIA♥ berkata...

wah..!! memang lelaki terhangat di pasaran lah..

misz FaTiN berkata...

wah.. hangat nye jejaka2 ini.. BLSP plg ramai peminat ek..huhu..;p

ayie berkata...

wah org bujang masak..leh la join makan..haha..xkesah la beb klu bayar pon..haha

tykaa berkata...

memag terhangat di pasarann :D

:: saya budak chipsmore :: berkata...

wahh !
masak masak ~
XP

mellow berkata...

nak lari topik kejap bole ? sebab tetibe excited gila .


ohemjeyyy ! header cun gilaa ! hahaha baru perasan

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

syafiq dri s.alam mai melaka ek..

Cik Ungu Kamila berkata...

fewitt ! nak signnn ! hak hak hak :p

Fariq berkata...

erk.. kita pun 1 skola gak kan en.zami,, hekhek,, i ingat lagi u masa dalam mimpi ritu.. :p

eddy syrol berkata...

bestnyer gather2

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE berkata...

hangat tu~
best2 gath tadi~

DanieL AdiE berkata...

Anda popular zami...x selekeh pon la..
Glad u managed join...huhu

atien rashidi berkata...

hahaha tengs la yea sudi bergambar dgn senduk tu :)

za petrelli berkata...

macam best jerk gathering..korang sume dah mcm artis2

cancerGreen berkata...

rumah sy dekat kolej ade tong gas..dah 2 tahun x habis2..nampak sgt MALAS masak!:D kalau nak dtg la amik..x jauh tu dr seremban..haha ^_^~~

yad'z berkata...

wahhh.... ni kire dua dalam satu lah ni... gath plus reunion.. hehe

yad'z berkata...

wahhh.... ni kire dua dalam satu lah ni... gath plus reunion.. hehe

zizidiazora berkata...

Yeahh....zami sudah kembali... selamat balik kg.hehehe.... bestkan sesekali jumpe kengkawan macam ni, nak2 lama x jumpekan..

Apalak selekah cam tu? ok ape?

Ni pasni bajet seminggu sekli ke nak update blog nih..ala...jangan ler cam tu..jengok2 le selalu k...

SyahmiFikri berkata...

wah2..

style2 beb!!
2 in 1 lagi.. hee =)

kechixx berkata...

waahhh...bestnyerrr...

cikgu memeras ugut ousmate..

wow!

boleh masuk tajuk utama kat berita hairan esok pagi nie!

hehe..

Qarl berkata...

penganjur contest kaca mata tu kan

hiks

AfiQ berkata...

jeles lagii~!!!!! nyesal x join! hahah

mr.syazwan berkata...

hizami n syafiq x ikut tema

haha

=_=

Mohamad Izwan berkata...

gath kat KL dah takde kah ?..

Ain Jia Zainudin berkata...

wowow..best..laki pndai masak??wowowowowoow...lg la best,, n_n

REMEDY berkata...

Bilalah nak ada gath dekat KL ni....tapi semua blogger dlm pic tu mmg terhangat...memang bertuah badan siapa dpt jumpa diorang

najwarosle berkata...

baru perasan.. awak ada trademark sendiri bila amik gambar kan??

cik-terompah berkata...

dak utem mesti ramai kan..
siot la x tau.. kahkahak

tomatokering :) berkata...

mmg ada gaya mutu keunggulan lahh .. :D

Firdaus Kasim berkata...

u all memang hot!! haha

Notacomei_Warna Kehidupan berkata...

Hanya mampu tersenyum hehehe +_+

Azmi berkata...

org femes...
mana2 pergi org kenal..
haha.....

Mra Mastura berkata...

jgn masak megi n air aje k? :)

wahh, mesti ramaii kan amek gambar dgn dye XD

Ery Farieha berkata...

kasut syafiq mcm kasut bowling je.

payedd berkata...

woahh
hebat!! bila puak2 kedah nak buat gathering plak neh

envy**
haha

lea berkata...

xpernah kenal sorg pun drpd di atas :P

Heidi Shafiq berkata...

thanks cuz sudi datang beb.. :)

adrinaqamarina berkata...

tau la zami prak kat seremban :P

eh3 zami pandai masak ke? muka comot sebab angkat tong gas ke -.-'

ala, jeles sebab tak dapat datang :( plan nak pegi tu memang ada. huk3. ada orang call live dari gath tu, meriah je dengar.

applemasam berkata...

sy terpgg bahu bdk bju biru itu...sungguh memalukn..T.T

Reen berkata...

hahha.. bole pulak balik melaka amek tong gas??? ape kat seremban xd jual gas masak ke? haha..kelakar la uoalss ni

NOR ZAKIAH berkata...

hangat ke semua ni ? haha :)

Fanzi Ruji berkata...

tahniah2. mcm jejak kasih lak.

bukudiarysofea berkata...

thnx eh sudi ambil gambaa. *hot hot

yaya berkata...

sempoi laa bro ;)

Sunah Mohammad berkata...

ingatkan cakap sal JT tadi~ hehehe

Farah Aida berkata...

ini semua lelaki yang bajet2..tapi..tapi..not bad lah muka korang semua..

|rough| berkata...

menarik nyer jmpa kenal2 blogger lain. ko di seremban ke? sila kontek aku...:p

wakakaka...leh kuar lepak

sicomot-comel berkata...

erkk..
selekeh ke??
hohoho..
konpius3

Encik Psychopath berkata...

aik? asal aku tak nampak ko?

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid berkata...

weekk..pasan =P

✿ CikCimi berkata...

ceh ceh selekeh la konon. :P

KAMIHIDUP berkata...

balok dah macam syah jazle ak tgk, hahahahahaahahahaha.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com