Sabtu, 1 Januari 2011

Siapa Pernah Salin Khutbah Jumaat Guna Buku Tulis Sekolah?

Nak taip balik tajuk entri tu boleh? Siapa pernah salin khutbah jumaat guna buku tulis sekolah? Aku!!! Aku!!! Aku!!! Kesian. Sendiri tanya, sendiri jawab. =.=


Aku tak tahu la korang pernah ke tak kan. Eh. Aku nak cakap kat budak budak lelaki je sebab ada ke budak budak perempuan gi solat jumaat? Aku tak pasti ah. Selama hampir belas belas tahun aku gi solat jumaat ni, aku tak nampak pulak. Adeh. Masa sekolah rendah dulu, ustazah aku suruh budak budak lelaki ni salin isi isi penting masa khutbah jumaat tu. Kalau tak silap aku, masa tu aku darjah enam kot. Siap ada buku tulis spesel nak salin khutbah jumaat tu. So, masa gi solat jumaat tu, aku kena la bawa pen seketol di samping sepotong buku tulis yang dah terlipat dua. Tahu tak macam mana aku lipat buku tulis tu? Alamak ... Pandai pandai ah korang imagine. Malas aku nak lukis guna paint. Buang masa je. ;P




Paling kelakar, aku sanggup marah kawan kawan kat sebelah masa khutbah jumaat sedang berlangsung. Ni siaran langsung ni beb. Hehe. Dorang pulak boleh buat bising tak tentu pasal. Dasar budak budak darjah enam!!! Walaupun aku darjah enam jugak. Adeh. Masa tu, aku tak tahu lagi pasal larangan bercakap-cakap masa khutbah jumaat. So, logik ah aku sampai tanya kawan kawan kat sebelah eh apa dia cakap tadi? tak dengar la! meh sini buku kau, aku nak tengok sikit. Comel tak aku? Ngeee ... Dasat dasat. Kenapa aku macam excited lebih ni? Jeng jeng jeng. Seperti dijangka iaitu ada udang di sebalik batu, sekolah rendah aku bagi hadiah bagi salinan khutbah jumaat terbaik kat perhimpunan setiap bulan. Siriyes wa cakap sama lu. Walaupun hadiah dia berupa dua batang pensel, macam mana aku boleh excited pulak? Oh. Aku darjah enam rupanye. =.=


Ni dah start babak babak meriakkan diri sendiri ni. For your information, aku dah banyak kali menang dua batang pensel tu. Dan bilangan pensel terkumpul? Erk. Perlu ke aku nak ingat semua tu? Haha. Apa apa pun, aku seronok gile salin khutbah jumaat ni. Ada lagi ke budak budak darjah enam sekarang salin khutbah jumaat ni?



potpetpotpet : Jangan tidur masa khutbah jumaat boleh? ;)

33 ulasan:

NUke_Rude berkata...

pernah time kat skolah asrama.

sbb lpas tu nnti ada spotcek by ustazah / ustaz.

takde la salin betul2 pun, cuma hafal la tajuk apa yg dikhutbahkan oleh imam time solat jumaat tu. huhu.

~ch@wi~ berkata...

tak pernah pon aku salin khutbah jumaat..slalu tdo je..hahaha

kechixx berkata...

hahahaaa...comel ah cikgu nie:)

seronok baca cerita cikgu:)

FarhanaDr berkata...

Adehhh.. Tanya diri sendiri comel ke??? Tapi memang comel pun.. =.=

_s1t1 n0rb@1t1_ berkata...

assalamualaikum lelaki sebelah pintu :)
best lah citer ni. dulu pun kene buat jgk tp bkn khutbah jumaat lah. xdpt pensel pun.

greenshark berkata...

wahhh.. respect ah!

little ain berkata...

hahaha lawak seh.

berape btg pensel overall?

*clapping*

-hanyaaku- berkata...

sila la buat cam 2 lagi!! mesti org respect gila.. he3

Ahmad Syukri berkata...

saya pernah !
masa Form 1.
sekarang dah form 4.

SM Sains Johor student.

=)

Fariq berkata...

pernah gak terpikir nak salin point2 peenting dlm khutbah jumaat tu dan selitkan kat blog,, cuma terpikir ja la.. nak buatnye ntah bila,, heheh

Shag berkata...

Pergh~ Anak murid yang taat betul Zami ni! Skrg, budak2 darjah 6 nak dgr khutbah pun belum tentu ada. Haha :P

aRieF FitRi berkata...

ak pernah!!!..masa kat sekolah menengah dulu...masa tue ddk asrama..so, mmg wajib salin...then akan dibentangkan masa berkumpul hari sabtu kat surau...huhuhu...

zixol berkata...

penah mase skolah menengah lg..lepas solat ketua bwp akan pungut then anto kat ketua warden...sbnrnye nk elakkan kami tido je..buruk beno tgk budak2 asrama xde kepale mase khutbah jumaat

○○○iliyana○○○ berkata...

wah bagsunye siap salin lagi.da tu ade baca balik x??

Mra Mastura berkata...

bagus bagus,, =) mase salin tu, bc betul2 x isi khutbah tu? >.<

*leh suh anak2 lak pasni kan kan.. =)

niniey_nOty berkata...

eh? mcm comey aje part yg mntak salin kawan pnye uh. heehee

si pendek dan moody berkata...

tak penah , sebab aku pmpuan . tehee

mahirahnazlim berkata...

siyess ta penah * smyg jumaat pun ta penah :)

tp mcm hensem je salin khutbah jumaat ngn bk tulis skola alololaa

ddYanie berkata...

ahakhakhak! tetiba terbayang LIn Dan salin khutbah Jumaat..gulppzzzz...=.="

ayie berkata...

masa budak-budak xbole lupa nyalin apa imam cakap..hehe

DanieL AdiE berkata...

i can imagine it..
mst dgn tulisan besar2 n kemas...

sbb tula tiap2 mgu u menang 2 btg pensil tiap mgu kn..

NBLH berkata...

masa khutbah jumaat tu tak pernah la. Sebab tak pernah pergi solat jumaat. Tapi pernah jugak salin masa ceramah kat Masjid time malam Jumaat. Siap bawak buku katun-katun gii. Sekali keena perli dengan sorang mak cik ni terus bawa buku 555 ja.

nizam berkata...

x de la zami...selalunya ingat dalam kepala jew,then klu ustazah tnye just jawab jew
XB

Qarl berkata...

penah

masa kat SMKA dulu

wajib kot setiap jumaat salin nota ringkas khutbah

nseb bek sebulan je kat SMKA hiks

sYukCurz berkata...

u make me smile, hizami.

aku pon penah gak wat keje2 nih dulo. senior suh.dari form 1 til form 4 kat PFS. lawak labila pikir2 balik. skrng mcm xde da pon budaya tuh

zizidiazora berkata...

apala ustazah ni.. bagi pencel je? bagilah laptop ke peti ais ke and paling tidakpun tong gas ke baru best. hehe....apa jeling2..

Haziq Yaacob berkata...

Aku masa skolah menengah ada jgk di'kempen'kan bende2 mcm ni..

diorg buat sesi kuiz kat skolah lpas smyg asar berjemaah..sapa takley jwab kena dnda..haha..

ada mber aku punye style gila pandai lah..hbis je khutbah dia pinjam teks khutbah tu bawak balik kt asrama..haha

aku biasa nya tido..so, bawak mp3 jr record..tp x penah dengar balik pn.. ;p

adrinaqamarina berkata...

perempuan memang tak pegi solat jumaat tapi pegi dengar khutbah je :)

salin sebab nak elak tetido kan. hehe.

AROL DSHW berkata...

wah! baguslah hizami nie. arol dulu kena ingat apa khutbah yang imam sampaikan. sebab kat sekolah agama nanti, ustazah nak tanya. siapa tak dapat jawab, confirm tak pergi solat jumaat. :D

asyfiqaz berkata...

kat sultan muhammad dulu wajib! weeww~

Syazwana berkata...

first time dengar orang salin khutbah
nice.
sekarang tak salin lagi?
>.<

Mr Zacky berkata...

wehhhh... haha, aq pon salin gak lah dlu, jgn la ketawa... time form1 tau. siap dpt bntg, sape salin paling cantik + panjang (tandanya xtdo). hahaha, hadiah pon dpt gak.. :) heksited tahap gila vavi lah dlu, kecik2 kan... ;)

Razil Tahir berkata...

same la... dulu pun kena salin...
setiap ceramah dgn setiap khutbah...
pastu kena semak..
tapi hadiah xde.. huhuhuhu

segala dialog time khutbah tue takde la sebab dah skolah menengah..huhuhu XD

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com