+ -

Pages

Koleksi Gambar Panas Di Bloggers Mini Gathering

Adeh. Aku baru join Bloggers Mini Gathering kat Mid Valley hari ahad lepas. Siriyes best !!! Ni kira pengalaman pertama ah. Tak pernah pernah nak join gathering, apatah lagi nak jumpa makhluk makhluk yang aku tak berapa kenal. Agak buang tebiat di situ. Ngeee ... Personally, aku bergumbira sepanjang gathering tu berlangsung. Normal la masa mula mula jumpa tu semua senyap. Bajet pendiam ah. Tapi selang beberapa minit lepas tu, terkeluar perangai hantu sorang sorang. Dasat betul. Ada yang gelak gelak gemok sampai beberapa kali gi tandas nak kencing. Gile kan ? Opsss ... Siapa tu ? Jeng jeng jeng. Aku je yang maintain macho lagi bergaya. Perasaan je. =.=





Eh. The first activity was ice-breaking. Kitorang dikehendaki memecahkan ketulan ketulan ais menggunakan gigi. Okay. Fine. Tu ice-breaking lain. Adeh. Kitorang sebenarnya dikehendaki memberikan sepatah dua kata pasal diri masing masing. Memang betul betul sepatah dua kata je !!! Kalau lebih kena sambar petir. Siriyes tak tipu. Next, kitorang tukar tukar hadiah. Aku dapat patung comel kau tahu. Thanks to NANA. ^.^











Mula mula nak gi karok kat Red Box. Tapi tengok isi dompet, tak cukup pulak nak bayar nanti. So, kitorang decide gi main bowling. Aku pun dah lama tak main campak campak bola bowling tu kat longkang. Ni kira penghapus gian ah ni. Tapi sayang seribu kali sayang, takde satu pun balingan yang aku buat masuk longkang. Macam mana ni ? Bongkak pulak bunyi dia. Sorry. I'm just being honest. Haha.






Dah habis semua tu, kitorang jalan jalan ah. Nampak ada hiasan yang lawo habis sempena Hari Krismas tak lama lagi. Tak pasal pasal kitorang macam hey-you-take-my-picture-please sambil sambil pegang hadiah masing masing. Adeh. Aku seronok ah tengok kerenah semua. Ada yang melompat. Ada yang merangkak. Ada yang mebaring. Ada yang melari. Okay. Tipu je. Kitorang amik gambar macam nak amik gambar keluarga bahagia. Boleh ? =.=








Terima kasih daun keladi. Lepas ni kalau buat gathering lagi panggil aku sekali. Baru aku tahu seronok rupanya jumpa kawan kawan baru. Siriyes. Dalam masa tak sampai satu hari, kitorang dah macam lama kenal. Erk. Melebih lebih pulak.


NANA


potpetpotpet : Sila nasihatkan aku supaya study betul betul. Boleh ?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Adeh. Aku baru join Bloggers Mini Gathering kat Mid Valley hari ahad lepas. Siriyes best !!! Ni ki...

Aku Nak Mencarut !!!


Hari ni aku kena uruskan something pasal nak claim duit daripada KPM. Ni masa buat tesis hari tu. Awal awal pagi lagi aku dah bangun. Nak uruskan cepat benda ni. Aku ada dua paper nak jawab Jumaat ni kau tahu. Tak larat ah ! Aku gi kampus naik bas, agak agak dalam pukul 9.50AM kot. Masa dalam bas, aku dapat mesej suruh bawa sekali slip pendaftaran kursus dengan slip keputusan semester lepas. Adeh. Aku tak bawa pulak. Bas pulak dah gerak. Takde maknanya aku nak patah balik. OKAY. FINE. Setibanya aku kat kampus, aku gi cyber cafe. Aku print la apa apa yang patut. Nasib ada rekod secara online. Kalau tak, aku nangis laju laju. Aku tunggu kawan aku lepas tu. Tapi dia tak sampai sampai lagi. Lambat sikit katanya. OKAY. FINE.


Aku gi library kejap, sarapan roti kat sana sementara tunggu dia. Tiba tiba, aku dapat mesej lagi, kali ni nak nombor surat tawaran biasiswa daripada KPM tu. Ya Allah ! Bertambah kusut kepala hotak. OKAY. FINE. Aku gi tepon roommate, mintak tolong dia tengok tengok ada tak surat tu dalam kotak. Jeng jeng jeng. Surat tu takde. OKAY. FINE. Aku bagi semua benda yang diperlukan kat kawan aku yang aku tunggu tadi. Ingat tak ? Sekarang dia dah sampai kampus. So, aku mintak tolong dia uruskan sebab aku nak gi cari surat tu sampai dapat. Aku gi stesen bas. Aku balik semula ke kolej kediaman. Sampai kat bilik, aku geledah semua benda. Rupe bilik aku dah macam pusat kitar semula. Bersepah gile ! Tapi, aku tetap tak jumpa surat tu. Aku dah penat. OKAY. FINE. Aku malas nak cari dah. Lepas tu, aku dapat panggilan daripada kawan aku. Dia tanya mana tesis aku sebab nak cop pengesahan sekali sebelum hantar semua tu. Oh. Tesis aku ada kat bilik ni. Macam mana aku nak bagi ? OKAY. FINE.


Aku ambil kunci kereta. Kali ni, aku gi kampus dengan kereta pulak. Ni kes emergency dah ni. Sambil sambil tu aku mesej kawan aku tu, tanya macam mana kalau takde nombor surat tawaran biasiswa daripada KPM tu. Tiba tiba rim tayar aku bergesel dengan batu bata. Dijamin calar ... Arggghhh !!! Aku dah tahap maksimum punya tertekan ni. Siriyes ah. OKAY. FINE. Next, aku call pensyarah pembimbing nak minta cop pengesahan. Unfortunately, dia pulak ada meeting sampai pukul 1.30PM  ni. Aku tengok jam, tak sampai pukul 12.00PM lagi. OKAY. FINE. I was like whatever la. Aku balik kolej kediaman semula. Aku beli lunch kat cafe. Makan pun tak rasa apa apa. Tawar. Adeh. Aku nak mencarut !!! Astaghfirullah al azim.


potpetpotpet : Aku tak larat dah. Lepas ni nak gi kampus semula. =.=
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Hari ni aku kena uruskan something pasal nak claim duit daripada KPM. Ni masa buat tesis hari tu. A...

Dialog Yang Menjengkelkan Sempena Musim Final Exam

Mamon : Hoi Monah ! Kau dah habis study ?

Monah : Belum lagi ah. Aku tak habis study lagi ni. Adeh. Kau mesti dah habis kan ? Tengok dahi pun dah tahu. Siap tulis dah habis study tu.

Mamon : Cisss bedebah kau wahai Mamon ! Makan boleh sebarang makan. Erk. Makan pun dah tak boleh nak sebarang makan sekarang ni. Takut termakan benda haram nanti, siapa susah ? Sudah semestinya bukan aku. Haha. Seterusnya, cakap jangan sebarang cakap. Nak aku geget selipar kau menjadi keping keping ? Aku lagi ah tak start apa apa ni. Jangan kata nota, pensel pun aku takde.

Monah : Siriyes ? Aku pun tak tahu aku study apa. Banyak sangat nak kena baca. Kalau baca pun setakat nak sedapkan hati je. Kalau nak sedapkan badan, aku gi urut.

Mamon : Tahu takpe. Aku suka gi urut. Lega sikit badan rasa lepas tu. Ada rasa macam baru lepas bersalin je bila gi urut ni walaupun aku tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. Okay. Dah lari topik. Aku takut ah. Takut soalan pelik pelik keluar nanti. Macam mana aku nak jawab kalau dia tanya berapa umur Dr Rozmey nanti ? Mati ah ...

Monah : Betul jugak tu. Aku pun tak terfikir soalan macam tu. Kau ni, suka menakut-nakutkan aku ah. Sudeh ! Aku nak study ni. Kau boleh belah sekarang.

Mamon : Okay. Sekian. Terima kasih.


Okay. Mamon kata dia tak habis study lagi. Monah pun sama. Adeh. Masing masing tak nak mengaku dah habis study. Apa the hal ? Haha. Selalu betul bila aku tanya kau dah habis study ke, jawapan yang diberi mesti ah tak habis lagi. Psiko lebih je tu. Padahal kau dah habis study kan ? Aku ada CCTV okay. Baik mengaku sekarang ! =.=


potpetpotpet : Final exam tak habis lagi. T.T
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Mamon : Hoi Monah ! Kau dah habis study ? Monah : Belum lagi ah. Aku tak habis study lagi ni. Adeh. Kau mesti dah habis kan ? Tengok dahi...

Jom Sertai Bloggers Mini Gathering !


Jeng jeng jeng. Ni dia pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Haha. Mati ah sukahati kata semua orang. Sudeh. Bloggers Mini Gathering ni last minute punya plan. Sebab tu tiba tiba je nak buat benda ni. Well. Ni semua idea Qarl. Apa apa hal, boleh gi emel kat karl_zz@yahoo.com sekarang. Nama pun Bloggers Mini Gathering kan ? So, tak expect ah sampai ribu ribu orang nak datang. Paling paling koman pun dalam 30 orang dah cukup. Siapa yang free esok, boleh ah join Bloggers Mini Gathering ni. Okay ? Jangan tunggu lama lama, gi emel laju laju sekarang !

Tarikh : 28 November 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 AM - 01.00 PM

Oh. Qarl kata tempat kejadian akan diberitahu kemudian melalui emel yang dihantar. Dan Qarl pernah organize gathering macam ni sebelum ni. Cambest pulak aku tengok. Tak percaya ? Sila klik di sini. Untuk makluman rakyat Malaysia sekalian, aku join Bloggers Mini Gathering ni. Cehhh ... Terberitahu pulak. =.=

Eh. Kalau tak nak hantar emel kat Qarl, boleh cuba cuba hantar emel kat aku yang tak seberapa ni di talian hizami23@yahoo.com okay ? See you there ! Haha.


potpetpotpet : This is going to be my very first time to join gathering macam ni.

5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Jeng jeng jeng. Ni dia pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Haha. Mati ah sukahati ka...

Ada Sesiapa Baik Hati Nak Beri Lagi ?

Adeh. Aku dah lama dapat award ni. Tapi tak berkesempatan nak buat press conference. Ni baru dapat curi masa sikit. Nama pun final exam kan ? So, kena ah buat cara nak final exam. Dulu online 5 jam berturut-turut, sekarang tak sampai 5 jam pun, cuma 4 jam je. Haha. Apa apa pun, thanks a lot to both of you for these two awards !

Award daripada Cik Hafidzah Hafidz.

Adeh. Ada syarat pulak tu. Wuuu ... 7 things about me ? Fine. Aku taip sekarang. Baca jangan tak baca. Bukan senang nak tahu pasal aku ni. Haha.
  • Aku ni pemalu tak tentu pasal. Boleh jadi nak beli karipap pun aku malu nak gi bayar. =.=
  • Aku suka muzik. Tapi aku tak pandai nak goreng gitar. Takde masa nak belajar ah. Apatah lagi takde duit nak beli gitar. Haha.
  • Kulit aku sensitif sikit. Boleh jadi tiba tiba kulit aku merah merah tak tentu pasal. Aku pun tak tahu macam mana. Tapi, paling best kalau merah merah kat bahagian leher. Tak pasal pasal kena maki LOVE BITE !!! Adeh.
  • Seorang pemandu kereta yang agak menakutkan. Haha. Aku selalu bawa kereta laju laju. Pulak tu, yakin je kalau selit selit sebelah kenderaan lain. Bak kata pepatah, ada aku kisah ?
  • Aku suka belajar matematik. Aku ni confident sikit kalau bab bab mengira ni. Bajet betul.
  • Aku nak rambut macam mamat mamat korea tu. Tapi aku tak boleh nak buat sebab aku terikat dengan peraturan. Adeh. Aku tak dapat nak simpan rambut panjang maaa ...
  • Currently, aku adore dengan Bruno Mars !
  • Okay. Ni dah lebih daripada 7 ni. Haha. Orang kata tulisan aku lawo. Bukan orang je kata, aku pun kata lawo ! Adeh. Bongkak sungguh. =.=


Award daripada Cik Mira.

Okay. Ni takde syarat. Fuhhh ... Lega rasanya. Haha. By the way, ada sesiapa baik hati nak beri lagi ?  Kecil tapak tangan, nyiru aku cuba tadahkan. Eh. Mana nak jumpa nyiru ni ? Tolong carikan boleh ? Sudeh.


potpetpotpet : Ada pengumuman istimewa hari ni, lepas ni. Tunggu ...
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Adeh. Aku dah lama dapat award ni. Tapi tak berkesempatan nak buat press conference. Ni baru dapat c...

Ouchhh ! Blog Pilihan Malaysia ?


Okay. Aku tak tahu pulak macam mana aku boleh tersenarai ? Nasib ada Gadis Ini gi post berita gumbira ni kat wall facebook aku. Terkujat sementara. Segan pulak berada dalam satu kategori dengan blogger blogger hebat. Wuuu ... Siapa memandai buang undi untuk Budak Lelaki Sebelah Pintu ni ? Adeh. Nak nanges je rasa. Terima kasih ah ! Haha. Tak sangka ada orang sudi calonkan blog cikai ni. Dah la banyak kesalahan tatabahasa berlaku kat sini. Memudaratkan kesihatan betul. Eh. Nak tumpang undi sekaki ? Klik sini. Oh. Ni bukan nak paksa kau undi  Budak Lelaki Sebelah Pintu laju laju. Ni nak tolong promosi benda ni. :')


potpetpotpet : Rezeki jangan ditolak.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Okay. Aku tak tahu pulak macam mana aku boleh tersenarai ? Nasib ada Gadis Ini gi post berita gumb...

Study Sampai Semput

Halo !!! Budak Lelaki Sebelah Pintu ni hidup lagi ah. Cuma busy dengan stadi madi for final exam je. Sebab tu macam harem tak update entri sekarang ni. Sila tunggu sampai aku dah habis final exam okay ? Nanti aku update lapan ratus lapan puluh lapan entri satu hari. Haha. Larat nak baca ? T.T


Pagi tadi aku baru jawab paper Teaching Chemistry Methods. Ni kira paper pertama of the year ah. Haha. Nak kata susah, takde ah sangat. Nak kata senang, macam tak logik pulak. Standard ah. Ada soalan aku jawab laju laju, ada soalan aku jawab selow selow. Adeh. Nyesal pulak tak study bab Alternative Concept tadi. Tak pasal pasal aku dah rugi belas belas markah. Wuuu ... Jahat budak jahat ! Erk. =.=


Esok pulak aku ada paper Numerical Methods. Nak kena study a lot of methods ni - Newton Raphson, Euler, Improved Euler, Runge Kutta dan La Grange. Mudah mudahan, urusan aku dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Okay. Aku nak stadi madi terus tanpa mandi ni. Bye !




potpetpotpet : Buat sementara waktu ni, aku tak sempat nak jalan jalan tengok blog korang.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Halo !!! Budak Lelaki Sebelah Pintu ni hidup lagi ah. Cuma busy dengan stadi madi for final exam j...

Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 | 2010

  • Hafiz | Noktah Cinta
  • Hujan | Mencari Konklusi
  • Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan
  • A.P.I | Pelita
  • Yuna | Cinta Sempurna
  • Faizal Tahir | Hanyut
  • Stacy | Jahat
  • Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
  • Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
  • Black | Sofea Jane
  • Adira | Ku Ada Kamu
  • Tomok | Berlari
  • Faizal Tahir | Selamat Malam
  • Bunkface | Ekstravaganza


potpetpotpet : Tolong ingatkan aku !!!
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Hafiz | Noktah Cinta Hujan | Mencari Konklusi Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan A.P.I | Pelita Yuna | Cinta Sempurna Faizal Tahi...

    Tips | Study For Final Exam



    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo. Aku tahu lu mesti tanya mana pergi rambut aku yang semulajadi lawo lagi panjang tuh. Haha. Aku dah gunting ah kasi pendek. Fuhhh ... Rasa ringan pulak sekarang ni. Ada jugak rasa macam kepala ni sedang berbogel ! Adeh. Aku gunting ni bukan saja saja nak bagi salon tu kaya raya, ni aku nak ambil mood exam ah. Lu tahu tak aku kena jawab exam mulai 25 November 2010 ni ? Okay. Sekarang lu dah tahu sebab aku dah terberitahu. Faham faham sudehhh ...


    Therefore, aku nak kongsi tips how to study for final exam. Tips ni sesuai diaplikasikan oleh sesiapa sahaja, di mana jua dan pada bila bila masa. Cehhh ... Walaupun aku tak pernah dapat dean list, aku nak kongsi tips ni jugak. Tak kireee !!! Haha. Jom belasah !!!
    • Sila ulangkaji semua homeworks, tests, quizzes or even past years questions. Kadang kadang, lu boleh jumpa soalan soalan yang sama dalam final exam. Ni kes malas nak buat soalan soalan baru ah ni. Siriyes !
    • Sila buat jadual belajar. Lu jangan gedik gedik nak study semua paper sekali. Lu ingat lu Albert Einstein ? Kalau boleh, satu jam lu study, satu jam lu berehat atau lu buat aktiviti lain.
    • Sila berehat dengan secukupnya. Kalau lu letih masa jawab final exam, habis ah lu ! Okay ? Kalau lu takut letih sangat, lu berehat je, tak payah study. Haha.
    • Sila potong rambut sependek yang boleh. Kalau botak lagi bagus. Secara hipotesisnya, semakin sikit rambut kat kepala, semakin senang otak menyerap ilmu. Harap maklum.


    potpetpotpet : Aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap yang aku terbuat, tak kira ah sengaja ke tak sengaja ke. Peace ! XD
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo. Aku tahu lu mesti tanya mana pergi rambut a...

    Ready, Get Set, Belasah !








    Adeh. Tadi ada masalah sikit. Sebab tu aku private blog kejap. Masalah apa ? Hurmmm ... Takpe ah. Biar aku je yang tahu. Okay ? Well. Hari tu aku ada update pasal pengalaman pertama. Jadi aku nak tunjuk ah hasil dia. Agak agak amacam ? Ada rasa nak muntah ? Hoho. Eh. Mesti korang tertanya-tanya pasal kenapa aku berangan model tak tentu pasal ni. Adeh. Ni sempena dengan Pencarian Icon Pakweku Dot Blogspot 2010 ah. Aku join suka suki. At the same time, aku nak cari pengalaman jugak. Untung untung, jadi model ! Okay. Fine. Aku memang suka berangan. Sudehhh ...


    potpetpotpet : Experience is the best teacher.
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Adeh. Tadi ada masalah sikit. Sebab tu aku private blog kejap. Masalah apa ? Hurmmm ... Takpe...

    Siapa Tahu Bau Malang ?

    Haip. Aku dah sampai Tanjong Malim ni haaa ... Awal sampai konon konon nak study ah. Tapi daripada tadi haremmm tak start lagi. Haha. Mati ah kalau ibu baca blog aku. Hai ibu ! Lepas update blog ni, abang study okay ? Kejap je lagi. XD


    Aku ni pengguna tetap lebuh raya. Dan sepanjang aku guna lebuh raya ni, aku memang tak puas hati betul dengan pemandu pemandu lori. Teeettt ... Bukan semua ah. Sebahagian. Atau lagi logik kalau aku kata kebanyakan. Say peace ! Ni berdasarkan pengalaman aku semata-mata, sepanjang aku lalu lalang kat lebuh raya ni. Bak kata pepatah, based on true events. Hoho. =.=


    Pemandu pemandu lori ni kan, dia bagi signal ke kanan baru sekali, lepas tu dia terus masuk lorong kanan tu laju laju. Gilerrr ah ! Aku kat sebelah kanan dia ni apalagi terkejut berok ah ! Aku terus masuk lorong lebih kanan daripada biasa, laju laju jugak. Adeh. Cuba bayangkan, dia punya tak kisah ada kenderaan lain ke tak kat sebelah dia ? Apa the hal ? Aku tahu ah lu punya lori manyak besar. Kalau accident pun, lori lu takde apa apa. Aku ? Tak sanggup ah nak bagi gambaran. Wuuu ... T.T


    Aku dah beberapa kali kena situasi macam ni. Lebih daripada sepuluh kali. Oh. Mungkin sebelas kali. Haha. Siriyes ah. Kalau pemandu pemandu lori buat bodoh je dengan benda ni, bila bila masa kejadian yang tak diingini boleh berlaku. Senang cakap, malang memang tak berbau. Kalau berbau pun, agak agak macam mana bau malang ? Adakah macam bau kentut ? Atau macam bau bawang goreng ? Renung renungkan !


    Nak masuk Imam Muda for the next season. Okay. Tak layak.


    potpetpotpet : Idamkan kulit yang licin lagi halus ? Guna ah Adobe Photoshop. Percuma jerrr !
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Haip. Aku dah sampai Tanjong Malim ni haaa ... Awal sampai konon konon nak study ah. Tapi daripada ...

    Pengakuan Eksklusif | Tak Nak Daging

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo ! Esok dah raya ah. So, aku nak ucapkan ah Selamat Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. But, jangan lupa pulak kisah di sebalik Hari Raya Aidiladha ni. Eh. Kalau lupa, lu boleh google sekarang. Aku cakap sekarang ah ! Ado faham ? Haha. Sonang kan ? Now, everything celah gigi kuku ah. ^.^


    Nama pun Hari Raya Aidiladha, tak munasabah ah kalau takde binatang binatang empat kaki ni kena sembelih. So, rumah rumah mesti penuh dengan daging daging korban, segala macam jenis masakan ah. Ada merah, ada hijau, ada kuning, ada hitam, ada putih, ada oren dan sebagainya. Eh. Ni takde kena mengena dengan betapa lawonyerrr persembahan bunga api sempena sambutan tahun baru ah. Harap maklum. =.=


    Psssttt ... Aku nak beritahu satu rahsia ni. Eh. Ni bukan pasal nenek lu. Tapi pasal aku ah. Tak tahu pulak kalau kalau lu dah tahu rahsia ni sejak lahir lagi. Ngeee ... Aku ni spesies tak makan daging. Aku tak reti nak makan daging ah. Aku tak boleh nak makan daging lembu, daging kambing, daging kibas, daging unta, daging rusa apatah lagi daging kerbau. Haha. Aku siriyes ni. Aku memang tak sentuh daging daripada tadika kot kot lu nak tahu. Adeh.


    Aku ada jugak tanya ibu, dalam banyak banyak negara, negara apakah yang tak boleh duduk ? Erk. Okay. Soalan takde kena mengena langsung. Haha. Aku tanya ah kenapa aku tak makan daging pulak ni. Ibu kata, maybe masa aku kecik kecik dulu, aku tengok orang gi sembelih. So, aku mungkin jadi kesian atau geli atau sedih sampai tak nak makan daging. =.=




    potpetpotpet : Berkorban apa saja ...
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo ! Esok dah raya ah. So, aku nak ucapkan ah Sel...

    Ulasan Keputusan Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Pusingan 2

    Mirwana & Hujan | Tika Masanya
    Rate : 2 stars
    *serabut ah !

    Black | Sofea Jane
    Rate : 4 stars
    *such a solid performance.

    Hujan | Kau Harus Ada
    Rate : 3 stars
    *persembahan yang kemas, ada soul.

    Faizal Tahir | Adrenalin
    Rate : 3 stars
    *takde extra ah !

    Stacy | Jahat
    Rate : 3 stars
    *menyanyi sambil menari, lagi ?

    Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
    Rate : 4 stars
    *sweet gilerrr !

    Adira | Ku Ada Kamu
    Rate : 3 stars
    *she was trying too hard.

    Aizat | Susun Silang Kata
    Rate : 4 stars
    *nice and simple.

    The Fabulous Cats | Cinta Kosmik
    Rate : 3 stars
    *sodap pulak suara Zizi ni !

    Adam & Stacy | Menggegar Dunia
    Rate : 3 stars
    *good (but not great) dance moves !

    Fiq & Mirwana | Manifestasi Cinta
    Rate : 4 stars
    *impressive !

    Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
    Rate : 4 stars
    *one of the best songs tonight tapi Black nampak macam penat je ?


    Top 6
    • Stacy | Jahat
    • Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
    • Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
    • Aizat | Susun Silang Kata
    • Black | Sofea Jane
    • Adira | Ku Ada Kamu


    potpetpotpet : Kagom dengan suara Rahmat Mega !
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Mirwana & Hujan | Tika Masanya Rate : 2 stars *serabut ah ! Black | Sofea Jane Rate : 4 stars *such a solid performance. Hujan...

    Pengalaman Pertama Yang Dot Dot Dot

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Say halo halo ! And how are you guys today ? Okay ah kan ? Bagus bagus. Guess what ? Tadi aku gi memalukan diri kat depan kamera. Adeh. Aku join photoshoot ah. And I was like omaigot omaigot. Is this for real ? Dengan malu malu kucing, aku tak tahu apa yang aku bagi kat kamera tuh. Siriyes ah. Rasa macam tengah bogel je masa gambar kena ambil tu. Lu bayangkan ah ... Gilerrr tak gilerrr ? T.T




    Okay. Personally, susah pulak nak posing depan kamera ni. I mean, siap dengan photographer dia sekali tuuu ... Adeh. Ni kira malam pengalaman pertama ah. Sebelum sebelum ni, aku main belasah, main bantai je. Lagipun, aku sajerrr suka suka dengan kawan kawan semua. Takde ah siriyes yang siriyes. Bila aku join photoshoot ni tadi, baru aku tahu lantai siling tu tinggi ke rendah. Maybe, this is going to be my last experience. Tak layak ah ! =.=


    Apa apa pun, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih buat PAKWE for this golden opportunity. Ngeee ... Jasamu dikenang ! And to my beloved friends, ADIE and ZAM, all the best ! XD


    potpetpotpet : Tengah gilerrr dengan lagu Grenade by Bruno Mars !!!

    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Say halo halo ! And how are you guys today ? Okay ah kan...

    Gosip | Gambar Nabil Raja Lawak Cium Mulut Qasha ?

    Okay. Aku terkejut beruk ! Lebih beruk daripada biasa ! Aku ternampak ah gambar iras iras sorang artis lelaki ni dengan sorang perempuan tak berapa artis ni kat blog Eyra. Adeh. Nabil dengan Qasha ? Sejibik ah ! =.=


    Credit goes to Eyra.

    Gambar panas ni !!! Ke Nabil buat lawak saja saja cium mulut Qasha ? Kata Raja Lawak kan ? Haha. Apa apa pun, tahniah diucapkan kepada Nabil ! Yeah ! Tak lengkap jadi artis ni kalau takde benda benda macam ni. So, kira Nabil dah maju setapak ah ni ! Good job ! =.=


    potpetpotpet : Lantak ah.
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Okay. Aku terkejut beruk ! Lebih beruk daripada biasa ! Aku ternampak ah gambar iras iras sorang art...

    Melilau Together Di The Gardens

    Aku bukan orang KL. So, logik ah aku tak pernah gi The Gardens kan ? Ke tak logik langsung ? Haha. Aku nak singgah Mid Valley semalam. Dah tu, aku nak cari ah parking. Pusing punya pusing, penuh ah parking kat Mid Valley tu. Apahal ah ramai ramai gi Mid Valley ni ? Gi ah tempat lain. Banyak lagi tempat lain kat KL kan ? Menyusahkan betul ! =.=


    Tak pasal pasal aku gi parking kat The Gardens. Nasib sebelah je dengan Mid Valley tu. Kalau dua tiga belah, mati ah aku nak berlari-lari anak gi Mid Valley. Adeh. Masuk masuk je The Gardens tu, one of my friends siap tanya, eh ni Mid Valley ek ? Okay. Lu tak pernah gi Mid Valley ke ? Haha. Kejam tak aku sebagai seorang kawan yang macam handsome ? Ngeee ... Lawo jugak ah The Gardens ni. Plus, takde ah sesak macam Mid Valley. Sesuai betul kalau lu nak posing kat escalator ! *.*




    Kitorang pun jalan jalan ah kejap. Tengok tengok port mana yang best nak lepak. Then, jumpa ah taman tema air kat aras 6 kalau tak silap. Kata The Gardens kan, kena ah ada tumbuhan tumbuhan hijau ni. Kuning kuning sikit pun takpe kot. Erk. Aku cari cari jugak pokok durian, pokok rambutan, pokok manggis, tapi tak jumpa ah. Ada ke tak sebenarnya ni ? Beritahu ah awal awal, atau letak ah signboard di sini takde pokok durian, pokok rambutan, apatah lagi pokok manggis. Boleh ? Takde ah aku tercari-cari. Dan aku pun tak tahu sebab musabab kenapa aku cari pokok pokok tu. Haha. Lantak ah. Moral of the story, sayangi alam sekitar ! Let's green our one and only earth !











    potpetpotpet : Posing in front of camera is like a therapy to me. :)
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Aku bukan orang KL . So, logik ah aku tak pernah gi The Gardens kan ? Ke tak logik langsung ? Haha....

    Ada Apa Dalam Botol ?

    Halo halo. Aku dapat jemputan for a movie screening at FINAS semalam. Haha. Almost 50 bloggers was invited to this event untuk tayangan eksklusif kat Dolby Mixstage, FINAS. Dahsyat tuuu ! Thanks to Raja Azmi and Amy Ikram for this golden opportunity. Terharu lebih dah ni. Eh. Filem ni bakal ditayangkan bulan Februari 2011 kau tahu. Lama lagi ah ! Tapi aku dah dapat tengok semalam. Haha. Sila gelak sama sama supaya lu tak berapa nak jeles.




    Filem 
    ... Dalam Botol

    Pelakon 
    Arja Lee - Wan Raja - Diana Danielle - Normah Damanhuri - Jalil Hamid - Ogy Ahmad Daud

    Pengarah 
    Khir Rahman

    Sinopsis
    Ruby (Arja Lee), atau nama sebenarnya, Rubidin, dan Ghaus (Wan Raja) merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban apa sahaja, lalu, mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Malah, Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi, Dina (Diana Danielle). Namun, Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya. Oleh itu, apakah yang harus dilakukan oleh Ruby ? Jangan lupa saksikan ... Dalam Botol di pawagam berhampiran anda !






    5 Random Positive Things
    • Anu Dalam Botol tu bukan sengaja dipilih sebagai tajuk filem ni. Tapi ada sebab ah Raja Azmi tak nak tukar tajuk tu. Sebab ? Anu Dalam Botol tu kira elemen penting ah dalam filem ni. Nak tahu lebih lanjut ? Kena tengok sendiri ah. Siriyes ! ... Dalam Botol ni bukan filem lucah ah. Erk. Sebelum sebelum ni, heboh orang ramai sibuk dok kata Raja Azmi ni buat filem lucah. Bila aku tengok filem ni, takde ah lucah mana pun. Babak babak panas dalam filem ni tak sampai lima minit ah. Yeah ! Fokus bagi filem ni pasal kehidupan Rubidin selepas bertukar jadi ultraman cosmos perempuan. Senang cerita, pasal masalah yang berlaku dalam hidup dia ah. Dan takde pulak pasal dia berfoya-foya dengan lelaki lain.
    • Babak paling best masa Rubidin balik kampung dia, jumpa mak dan ayah dia. Eh. Masa ni, Rubidin dah tukar penampilan sebagai perempuan. Fuhhh ... Dialog daripada ayah dia sangat sangat sangat betul ! Siapa makan cili, dia terasa pedas ah. Siapa makan beskot oreo, kena celup dengan susu dulu baru sedap. Haha. Standing ovation ah !
    • Lakonan terbaik daripada Normah Damanhuri, Jalil Hamid dan Ogy Ahmad Daud. Gilerrr terbaik ah !
    • Mesej yang disampaikan menerusi filem ni kuat ah jugak. Kira filem ni bukan dibuat semata-mata nak bagi kontroversi. Tapi ada nilai dia yang tersendiri.
    • Aku dah jatuh cinta dengan lagu masa credit, Buka Pintu by Anneke Gronloh. Walaupun bait bait lirik dia takde kena mengena dengan filem ni, tapi aku suka ah ! Sodap ! For your information, aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni. And thanks to ... Dalam Botol, aku sekarang suka lagu klasik gilerrr ni ! XD 

    5 Random Negative Things
    • Rubidin tu maskulin sangat ah. Macam tak sesuai pulak. =.=
    • Ada babak babak panas yang boleh mengundang rasa tak selesa sikit ah. Aku tengok sampai omaigot omaigot tanpa henti. Erk. Dah nama pun 18SX kan ? *.*
    • Jalan cerita for this film a lil bit mendatar. Secara tak langsung, aku menguap lebih daripada lima kali. Haha. XD
    • Rubidin ni betul betul jatuh cinta dengan Dina ke ? Entah ah. Tak nampak macam jatuh cinta pun ?
    • Apa lagi ek ? Oh. Persembahan filem ni nampak macam filem filem indipendent ah. I mean, daripada segi sinematografi dia. Okay ah jugak. Tapi tak berapa nak menjadi kot. Peace ! :)

    In a nutshell, filem ni menceritakan penderitaan yang dialami oleh Rubidin selepas melakukan pertukaran jantina. Ni bukan filem pasal bestnyerrr bila tukar jantina ni. Ada faham ? Okay okay. Aku nak gi jual botol botol kosong ni haaa. Bye ! XD






    potpetpotpet : Ada apa dalam botol ? Ada aku kisah ? =.=
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Halo halo. Aku dapat jemputan for a movie screening at FINAS semalam. Haha. Almost 50 bloggers was ...

    Rahsia Shoutbox

    Halo halo. Aku ada banyak masa lebih ni. Oleh tu, aku nak buang sikit masa ni. Aku nak tanya SATU soalan yang tak penting kat lu. Diulangi, soalan yang sangat sangat sangat tak penting. Yeah ! Tapi aku nak tanya jugak. Lantak ah. Haha. Aku nak tahu ah apa pendapat kepala hotak lu. Mana tahu kot kot boleh pakai. Okay ? =.=


    Lu perasan tak ? Blog aku ni takde MEGAN FOX ? Eh. SHOUTBOX ? Hurmmm ... Aku tahu ah lu perasan cantik. Tapi takkan lu tak perasan SHOUTBOX kat sekitar blog ni ? Ngeee ... Untuk makluman penumpang penumpang sekalian, blog ni dah lama tak pasang SHOUTBOX tu. Aku gi delete laju laju menatang tu hari tu. Gilerrr ah. Sebab hari tu ada seekor makhluk halus mencarut kat SHOUTBOX tu. Aku malas ah nak layan perangai macam tu. So, aku delete menatang tu secara macho lagi bergaya. Sila nangis. T.T


    Beberapa hari lepas, somebody told me that susah ah takde SHOUTBOX ni. Entah. Aku pun nak tahu ah, lu rasa aku patut letak SHOUTBOX ke ? Kalau patut, lu bagi sebab. Kalau tak patut, lu bagi sebab jugak. Kalau agak agak macam tak tahu, lu belanja kebab. Erk. Okay ? XD




    potpetpotpet : Prevention is better than cure. :)
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Halo halo. Aku ada banyak masa lebih ni. Oleh tu, aku nak buang sikit masa ni. Aku nak tanya SATU so...

    Ulasan Keputusan Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Pusingan 1

    Azlan & The Typewriter | Gerak Hati
    Rate : 2 stars

    Akim | Inilah Cinta
    Rate : 3 stars

    Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan
    Rate : 4 stars

    Hujan | Mencari Konklusi
    Rate : 3 stars

    Mohd | Cinta
    Rate : 2 stars

    Hafiz | Noktah Cinta
    Rate : 4 stars

    Ana Rafali | Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
    Rate : 2 stars

    Sabhi Sadhi | Nadiku
    Rate : 4 stars

    Yuna | Cinta Sempurna
    Rate : 5 stars

    Nubhan | Oh Juwita
    Rate : 3 stars

    Adibah Noor | Sejujur Hatimu
    Rate : 3 stars

    Faizal Tahir | Hanyut
    Rate : 3 stars

    Top 6 | Hafiz - Hujan - Shahir - Adibah Noor - Yuna - Faizal Tahir



    potpetpotpet : Tiba tiba aku rasa nak karok. Haha. =.=
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Azlan & The Typewriter | Gerak Hati Rate : 2 stars Akim | Inilah Cinta Rate : 3 stars Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan Rat...

    Tips | Elak Daripada Monday Blues

    Cute number huh ?

    Halo halo. Macam mana hari ni ? Ada simptom Monday blues tak ? Eh. Tahu tak Monday blues tu apa the hal ? Yeah ... Monday blues tu bila lu mengalami hari yang tak best pada hari Isnin, bukan hari Selasa mahupun  hari Rabu apatah lagi hari Khamis. Ngeee ... Macam macam hal ah. Dengar hari Isnin jerrr, lu kalau boleh nak lari satu padang sekolah sambil garu pusat lu. What ? Najis ah ! Haha. Dan kalau boleh, lu nak hapuskan hari Isnin daripada senarai top 7 hari hari dalam seminggu tu. Kira bagi lu, seminggu ada enam hari je ah. Lu memang gilerrr. Aku malas nak layan ... =.=


    Aku dah buat research sikit. Cehhh ... So, aku nak bagi SATU cadangan jerrr. Haha. Malas ah aku nak bagi banyak banyak. Lu bukan nak ikut pun kan ? Okay. Bagi mengelakkan lu mengalami Monday blues, pagi pagi lu bangun tu, lu pasang ah lagu lagu best. Atau lagu lagu yang rancak seperti SECANGKIR MADU MERAH MEMBASAHI DI KALBU BERSULAM ASMARA BENANG BENANG CINTA. Ni siriyes ! Bila lu dengar lagu lagu happy ni, secara tak langsung, lu pun boleh jadi happy. Kira macam psiko lebih ah. Haha. Then, masa on the way lu nak gi kerja tu, lu boleh pasang radio. Lu ambil ah mood daripada deejay deejay radio yang tak habis habis nak prank orang ramai tu. *.*


    Eh. Tapi, lu kena ingat, lu jangan ah dengar lagu lagu sedih tahap air hidong (also known as hingus) meleleh tu. Contoh ah, lu pasang lagu lagu seperti HATI MEMBEKU MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU OH YEAHHHH. Tak pasal pasal lu tercirit lantas terbirit. Haha. Kalau lu dengar lagu lagu jiwang yang memerlukan lu bermain dengan emosi, lu boleh jadi tekanan perasaan nanti. Okay ? Ingat ! Lu mampu mengubahnya ! Yeah ... Lu jangan ingat lu sorang je mampu mengubahnya ! Aku pun mampu mengubahnya ! XD


    potpetpotpet : Takde kaitan dengan mana mana blue, bulu atau balu. Lantak ah.
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 Cute number huh ? Halo halo. Macam mana hari ni ? Ada simptom Monday blues tak ? Eh. Tahu tak Mo...

    Tips | Memikat Hati Gadis Idaman

    How to get girls ? Aku pun tak berapa nak pakar sakit puan dalam hal ni. Macam mana nak mengorat awek secara berkesan huh ? Hurmmm ... Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh entah siapa siapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dipandang serius semasa mengorat awek ni. Nak tahu ? Sila rujuk gambar rajah di bawah untuk keterangan lanjut usia. *.*


    Believe it or not.


    The most effective way is to IGNORE HER. Boleh ? Erk. Aku tak tahu pulak kalau lu buat tak tahu je dekat awek lu, lu boleh dapatkan awek lu dengan mudah lagi bergaya. Entah. Lu try ah dulu. Kalau betul betul cara ni berkesan, sila kobar kek den. Aku pun nak try jugak ! Yang penting, lu try ah dulu. Okay ? Eh. Aku nak mengorat awek guna cara lain ah. Aku nak guna cara BORROW YOUR FRIEND'S PUPPY. Siapa ada hanjenggg ? Nak pinjam kejap ni. Boleh ? Haha. Wish me luck ! =.=


    Lu nampak awek dalam gambar ni ? T.T


    potpetpotpet : You always regret what you don't say.
    5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: November 2010 How to get girls ? Aku pun tak berapa nak pakar sakit puan dalam hal ni. Macam mana nak mengorat aw...
    < >