Tolong Tolong Tolong Terbakar!!!

Hey. Hari ni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said (SDDS) ada Latihan Kebakaran atau nama omputeh dia Fire Drill. Best weyh menarik gilosss kau tahu. Budak-budak pulak ala lenggang lenggang kangkong ewah kangkong tepi telaga masa berjalan gi padang. Eh eh kelakar seyh. The bell was supposed to ring for quite some time tapi tiba-tiba loceng tu boleh pulak berhenti kejap. And then loceng tu berbunyi sambung semula haha. Adeh. Tak pasal-pasal kena buat Latihan Kebakaran kali kedua kau bayangkan. Panas seyh. Peluh dah macam air cair meleleh kau tahu.






Aku bawa DSLR. Not mine tapi pinjam seyh. Tiba-tiba one teacher asked me to snap pictures. I was like oh okay. Well. Aku apalagi ke sana ke sini dengan jayanya. Siriyes. Budak-budak ni suka betul bila aku tangkap gambar dorang. Sporting seyh. Eh eh you guys must know how to use fire extinguisher if there is emergency. Mana la tahu kot kot rumah kau terbakar kan kan kan? Eh eh rumah kau ada fire extinguisher ke? Kalau takde sila gi singgah di kedai-kedai runcit berhampiran lalu beli keropok lekor.  Erk. Oh abaikan. How to use fire extinguisher ni? Basically ingat PASS.
  1. Pull
  2. Aim
  3. Squeeze
  4. Sweep




This is a demo how to use a fire extinguisher. Adeh. Encik Bomba tu tak boleh nak menyalakan api at the beginning kau tahu. I was like kau biar betul haha. Lepas tu Encik Bomba menerangkan kesan bila simbah air kat api. Ya Encik Bomba tu beritahu kalau padam api guna air maka api tu tak padam tapi api tu jadi lagi besar. Okay. Encik Bomba pun simbah air kat api yang sedang marak tu. Dan tup tup api tu padam kau bayangkan. Sudah. Oh. Pengetua pun turun padang padam api guna fire extinguisher. Dasattt weyh.




potpetpotpet: Aku tak pernah menyaksikan kebakaran secara langsung. Adeh.

Jalan Jalan Sampai Lebam.

Adeh. Semalam merangkap hari Sabtu aku keluar jalan-jalan weyh start jam 9 pagi sampai la 11 malam kau bayangkan. First aku gi Seremban tu semata-mata nak karok kat Green Box haha. Well. Lagu-lagu kat Green Box ni updated seyh sebab tu cambest kalau karok situ. Siriyes. Then aku gi Melaka rayau-rayau sekitar bangunan Stadhuys dan lepas tu Jonker Street. Adeh. Dijamin penat seratus peratus. Aku gi dengan kawan-kawan aku since they all bukan rakyat Melaka maka we all jalan-jalan sajo. Tapi best! Thanks kawan-kawan. :')


Aku kurus haha.


We went for bowling too!!!


Singgah Stadhuys!!!


Oh. Kepala hotak dah tak kusut. Tinggal seminggu je lagi yeah yeah! Tak sabar nak masuk study semula. Siriyes. Rindu kat budak-budak UPSI. Eh eh aku tak kutip lagi data kajian kat sekolah tu. Adeh. Ada banyak kerja nak kena buat ni. Nak suruh pelajar-pelajar jawab soalan dan lepas tu interview one by one. Alamak!!!


potpetpotpet: First time and maybe the last time aku pakai baju pinkish tu haha. Taubat seyh!!!

Ohmakkau!

Adeh. How come meh? I had to teach a class without any preparation!!! A topic from Additional Mathematics Form 4 weyh. Gilosss. Aku kecewa betul. Seriously. Cikgu N bukan nama sebenar tiba-tiba serbu aku yang tengah duduk tadi. Aku pun agak-agak terkujat babunsss la jugak haha.


"Eh eh zami boleh tak tolong saya? Awak masuk kelas 4 A bukan nama sebenar ni lepas tu ajar bab sekian sekian sekian. Boleh?"

"Awallah dondang dondang la sayang ayum ayum. Saya tak tahu nak ajar apa ni. Adeh. Tak bersedia ni."

"Takpe. Awak dah pandai kan. Awak ajar dorang okay? Saya ada kerja sikit ni. Nah ni buku teks."

"Oh. Okay."


Hurm. Aku pergi jugak walaupun aku berat hati. Ya. Aku kena mengajar tanpa buat apa-apa persediaan. Even nota dalam buku teks tu pun aku tak sempat nak baca weyh. Eh eh aku hanya sempat selak helaian buku teks masa aku sedang berjalan kaki menuju ke kelas tu kau tahu. Gilosss. I tried my best but I know I did worst. Well. Aku sangat sangat kuciwa with my performance. Kelam kabut. Neves. Clueless. Adeh. Harap-harap budak-budak tu faham la kan kan kan? But based on how they answered the exercises aku tengok most of them faham la jugak haha. Sukahati je buat kesimpulan.




potpetpotpet: Siapa kata jadi cikgu sonang sajo meh sini aku ketuk kepala dia dengan senduk berkali-kali secara laju.

Shahir AF8 Datang Sekolah. Eh Eh Hizami Rupanya.



Kata pelajar pelajar:

"Cikgu, muka cikgu macam Shahir AF8 la."
"Cikgu, cikgu adik Shahir AF8 ke?"
"Cikgu, budak budak perempuan lain tu mesti kata saya nak ngorat cikgu."
"Cikgu, budak budak perempuan sekolah ni bukan boleh percaya sangat. Bahaya."


Kata guru guru:

"Dah macam Shahir AF8 pulak muka dia. Nasib tak tinggi lampai kalau tak dah betul betul Shahir AF8."
"Tadi ada pelajar pelajar tanya saya mana cikgu yang rupa Shahir AF8 tu haha."
"Wah dah handsome sekarang ni Hizami ya."
"Nanti saya nak kenalkan pelajar pelajar saya yang Hizami tu student saya dulu."


potpetpotpet: Best? Entah. Bak kata pepatah lain padang lain belalang. Dan aku tak enjoy sangat this first day.

Undi Simpati Boleh?

Adeh. Nak minta tolong boleh? Fuhhh. Malu seyh. Actually this contest tamat Khamis lepas tapi disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai maka contest ni dilanjutkan sampai Isnin ni. Esok la weyh!!! That's why aku nak minta tolong korang ni. For those yang tak nak tolong sila abaikan entri ni haha. Apa yang korang perlu buat ni tak la susah mana iaitu tekan LIKE button je. Adeh. Tak keluar duit pun cewahhh. Eh eh ni bukan paksaan but this is for fun. Sila ikut two simple steps below. Ops. Sebelum tu sila pastikan korang dah log in facebook korang okay? ;)


Step 1
Click LIKE button for Project O&O di sini.

Step 2
Click LIKE button for my picture to support me di sini.


Sila undi simpati pun boleh haha.


Sesenang masak megi iaitu buka bungkus dia lepas tu siram air panas dah siap. Kan kan kan? Terima kasih. :')


potpetpotpet: Belum cuba belum tahu.

Mari Menonton Wayang Sambil Sayang Sayang Sayang Ooh.

Terjemahan Lirik Baby Nyanyian Justin Bieber

Ohh wooaah. Ohh wooaah. Ohh wooaah. Kau tahu kau cintakan aku. Aku tahu kau kisah. Sila jerit bila-bila. Nanti aku datang. Kau nak cinta aku. Kau nak hati aku. Dan kita tak mungkin pernah pernah berpisah. Adakah kita sejenis benda? Budak perempuan henti bermain. Kita cuma kawan. Apa kata kau? Kata ada lagi bila kau pandang tepat kat mata aku. Cinta pertama aku patahkan hati aku untuk pertama kali. Sayang sayang sayang ooh. Seperti sayang sayang sayang noo. Seperti sayang sayang sayang ohh. Aku ingat kau selalu aku punya.

Sila nyanyi dengan bangga weyh haha. Ni aku translate sendiri. Sodap pulak bila lirik dia bunyi Melayu kan kan kan? Hadoi.


Toy Story 3 : Memuaskan

Eh eh kau tahu tak aku dapat dua tiket tayangan Toy Story 3 daripada Nuffnang. Well. Aku tak dapat nak pergi masa tu sebab tayangan dia 14 Jun 2010 lepas kat KL pulak tu. Nak tak nak aku bagi dua tiket tu kat one of my friends.

Since aku tak dapat nak tengok Toy Story 3 guna tiket free tu maka aku guna tiket berbayar pulak haha. Gigih seyh. Aku gi wayang semalam. Oh. Toy Story 3 ni ada lain dia. Ya. Penonton disajikan dengan mesej dan nilai yang kuat. Hurmmm. Serious dowh. Boleh nangis meleleh kau tahu. Dan mungkin elemen komedi tu ada kureeeng sikit tapi Rex The Green Dinosaur tetap kelakar kau tahu. Lepas tu ada pulak babak bila mana Mr Potato Head tu tukar badan dia hadoi betul betul lawak nak mammm... Gelak seyh. Hey. Siapa kata cerita kartun sesuai untuk budak-budak je? Lantak.


 Rex The Green Dinosaur.


 Mr Potato Head.




potpetpotpet: Never say never.

SUKMA 2010: Sambutan Meriah Di Bumi Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Well. Aku nak heboh heboh sempena dengan Sukan Malaysia iaitu SUKMA yang sedang berlangsung di negeri Melaka ni. Ya. SUKMA 2010 di Melaka Bandaraya Warisan Dunia kau tahu. Best weyh.


Aku sempat singgah kat Stadium Hang Jebat masa malam perasmian SUKMA 2010 hari tu 12 Jun. Well. Memula aku agak agak orang tak berapa nak ramai la kan kan kan. Tahu tahu je la sekarang musim World Cup waka waka tu. Haish.


Teeettt!!! Salah. Orang ramai gilosss. Kau tahu jalan raya sesak sampai aku pun sesak nafas tekan tekan brek dah rasa macam tekan tekan buzzer nak jawab soalan haha. Tu la pasal. Aku terkejut Busu hoi. Aku dah sampai kat stadium tu tapi tiba nak cari tempat parking pulak hadoi susah gilosss. Lagi susah daripada kau cari benda tersembunyi kat surat khabar tu weyh. Dasattt tol.


Ramai.


Ramai ramai.


Ramai ramai ramai.


Ramai ramai ramai ramai.


Oh. Aku terlepas performance from Ziana Zain. Haish. Tak sempat nak tengok dia. Dengar cerita dia nyanyi lagu Kalau Mencari Teman dan Dingin. Haaa... Sudah. Aku tak stay kat stadium tu sampai habis sebab dah lewat dowh. Pulak tu aku lapar dan bunyi kriuk kriuk asli mula bergema kat perut suci aku ni haha. Ya aku tak makan malam lagi masa tu. Oh. SUKMA 2010 ni berlangsung sampai 19 Jun 2010 ni maka jom jom support our local sports katanya haha.


Jumlah kutipan pingat pada 15 Jun 2010. Sumber daripada Laman Web Rasmi SUKMA 2010.


potpetpotpet: Tiba tiba patriotik hadoi.

Stacy - Jahat: Sedutan Lirik Lagu.

Stacy Angie.


Hey. Tadi aku dengar lagu baru Stacy kat radio Era ya Muzik Terkini katanya. Excited actually. Yeah. Stacy sebelum ni betul betul mantopsss dengan Aku Stacy, Gagap dan Pakai Buang. Oh. Dan single terbaru dia ni iaitu Jahat bakal mencuri perhatian peminat-peminat industri hiburan tempatan sebab Stacy still guna konsep yang sama dalam lagu ni. Well done Stacy. Eh eh bila agak agak Stacy nak keluarkan  single ballads kan kan kan? Vokal dia pun sodaaappp.


Okay. Siapa siapa minat Stacy boleh singgah laman-laman kat bawah ni. Tak rugi weyh sebab tak kena bayar pun hadoi.


Korus Lagu Jahat Oleh Stacy

Aku.
Aku bagai sudah terkena mentera.
Cinta dari manakah kau datang menyerang.
Diriku diriku yang disangka kebal.
Jahatnya kamu.
Jahatnya kamu.
Engkau.
Engkau penyebab diriku terigau-igau.
Kini ku apa yang kamu hampir setiap waktu.
Ku mahu ku mahu dengan mu selalu.
Oh jahatnya kamu.
Oh jahatnya kamu.


potpetpotpet: Aku tak pandai menari kot haha.

Tangkap Basah: Syok Sampai Berdarah.

Haish. Tangkap basah sebab khalwat? Oh. Aku tak pernah lagi. Minta minta dijauhkan sudah haha. Well. Ni gambar gambar aku pergi Asahan hari tu. Hadoi. Sambil mandi aku apalagi cari mana kamera hoi take my picture please. Jadi kesimpulan dia sila tangkap gambar aku saat aku basah mandi manda ni haha.


Dah basah tapi dah kering.


Wah ada rama-rama tiruan haha.


Okay. Kaki dah berparut weyh. Kalau tak tahu apahal sila klik di sini untuk maklumat terlampau.


potpetpotpet: Terima kasih kawan-kawan.

Mentor 4: Ayim Tersingkir, Mohd Juara Keseluruhan! Ziana Zain Sebak.

Wow. Aku sempat jugak tinjau konsert mingguan Mentor 4 tadi. Kali ni Kumpulan B pulak. Yola tu. Nak tengok bola tapi Serbia lawan Ghana??? Erk. Takpo la. Aku tak teruja langsung haha. Bak kata omputeh iaitu not interested at all.


Mus May & Ayim
Pusingan Pertama : Getaran Jiwa
Pusingan Kedua : Situasi
Markah Mingguan : 28
Markah Terkumpul : 98

Ziana Zain & Mohd
Pusingan Pertama : Laguku Untukmu & Drama King
Pusingan Kedua : Usang
Markah Mingguan : 41
Markah Terkumpul : 102

Dayang Nurfaizah & Adi
Pusingan Pertama : Down, Bila Resah & Nobody
Pusingan Kedua : No Women No Cry, Relaku Pujuk & Mantera Semerah Padi
Markah Mingguan : 31
Markah Terkumpul : 100


Okay. Berdasarkan keputusan tu Mohd mendapat markah tertinggi minggu ni dan sekaligus dia menjadi juara keseluruhan Kumpulan B kau tahu. Dasat tuuu... Tak pasal pasal Ziana Zain sebak kat atas pentas tadi. Well. Tahniah. Berjaya jugak akhirnya kan kan kan? Eh eh aku perasan gaya mulut nyanyian Mohd ada sikit macam Mawi weyh. Entah.


Oh. Ayim tersingkir? Berdasarkan persembahan dia hari ni aku rasa dia memang layak tersingkir kot. Performance dia for the first song hadoi aku sedih betul dengar dia nyanyi. Ya. He sang out of tune. Hancusss. Tu la. Aku pun tak pasti kenapa Audi Mok dan Faizal Tahir tak sentuh pasal tu. Pelik. Nasib Ayim tersingkir sudah.


Adi sila pilih lagu lagu yang sesuai. Be careful lain kali. Tone suara dah sodap tapi gaya masa nyanyi tu macam tak sodap mata memandang cewahhh. Sekian.


potpetpotpet: Nak berehat kejap from blogging. Kejap kot.

South Africa Or Mexico? SUKMA 2010. Iconos By Marc Anthony.

Hadoi. Bebola mata ni sempat lagi jeling jeling tv kat depan tu. South Africa and Mexico. Dah mula pun perlawanan pertama bagi FIFA 2010 ni. So I bet Mexico will win this match kot. Well. Mexico lagi sedap nak sebut berbanding South Africa haha. Alejandro Alejandro Ale-ale-jandro Ale-ale-jandro. Lantak.




Oh. Aku ada banyak benda nak story ni tapi macam malas pulak nak story. Kesimpulan dia tak perlu la nak story haha. Kau nak tahu jugak? Jeng jeng jeng.
  • Eh eh aku rasa rasa kan rakyat jelata negara Malaysia ni macam dah terlupa pulak kita ada SUKMA 2010 kat Melaka ni. Boleh? Hadoi. Kesian. Esok aku nak pergi tengok perasmian SUKMA kot sebagai tanda sokongan aku kan anak jati Melaka haha.
  • Tajuk khutbah pada hari ni ialah Melaka Maju Bebas Asap Rokok kau tahu. Oh. Kempen tu bersempena dengan Melaka Maju 2010.
  • Aku sambil mendengar album baru Marc Anthony berjudul Iconos. Hey. Aku gila betul dengan suara dia. Nice tone for real. I wish I have a voice like him. Seronok je dengar dia nyanyi haha. Great album you know.

 Style okay cover album dia ni.


potpetpotpet: Goreng pun sodaaappp...

Bosan? Sila Buat Macam Tak Bosan.

Wah. Kau nampak tak apa yang aku nampak? Tuuu... Kat atas nun... Haish. Kalau tak nampak jugak aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Well. Budak Lelaki Sebelah Pintu dah ada header baru. Sila ucap tahniah dengan laju-laju haha. Eh eh aku jugak yang bersusah-payah buat header tu. Sengal tak?


Hari ni aku stay rumah je. Tak keluar pergi mana-mana. Ya. Kaki aku ni tak pulih lagi tapi takde la aku nak terbaring kat atas katil semata-mata kau gila samdol? HohO. Seriously bosan. Haish. Aku tak tahu nak buat apa lagi maka aku tengok tv. Teruja tak kau dengar? At least aku dapat tengok cerita-cerita best kat tv hari ni memandangkan aku dah lama tinggalkan dunia tv kau tahu. Gara-gara facebook juga blog aku tiba-tiba lupa eh eh tv tu untuk apa pulak boleh?




Well. Actually banyak betul cerita feveret aku kat tv tu. Contoh Criminal Minds, Ghost Whisperer, Desperate Housewives, Ugly Betty, The Reaper dan CSI. Oh. Tadi sempat tengok CSI Miami. Eh eh dalam banyak-banyak edisi CSI tu, aku suka gila dengan CSI Miami. Sebab? Jeng jeng jeng. Horatio Caine. Wow. Lakonan dia sangat sangat best. Watak dia kot paling menarik ditonton in my opinion. Entah. I like the way he speaks. Seolah-olah tu drama telenovela mi amor haha. Interesting.


Okay. Jangan fikir bukan-bukan. Bahagian tu terkabur sebab wujud batas aurat di situ haha.


potpetpotpet: Tumpang gembira bila ada seorang kawan sedang bahagia.

Chris Brown With His New Girlfriend Jasmine Sanders! Tutorial Google Background.

Oh. I read an article about Chris Brown. About he and his new girlfriend, Jasmine Sanders! Okay. Who is she? From what I know, she is a 25-year-old model. Oh. She's gorgeous in my opinion. Well. What about Rihanna? She's now happy with her new boyfriend, Matt Kemp who is a sportsman. Wow. That's good. Both of them are moving forward in their lives.


 Chris Brown and Jasmine Sanders.


Rihanna and Matt Kemp.


Hey. Google has new interesting stuff that is called Google Background. Well. Now you do not have to face the plain background no more. Cewahhh. You can pick including your own pictures eh eh this is serious.


First, click the word Change background image below.


Second, pick a background image that you want the most.


Third, click on Select button.


 Here it is. This is your new Google homepage. Exciting huh? Do not worry. Yeah. You can change the background anytime if you want to. Have fun!


potpetpotpet: Wah. Aku sangat-sangat teruja speaking ni. Jangan jealous haha.

Luka Di Kaki Nampak Darah Kau Tahu Luka Di Hati Siapa Yang Tahu.

Hadoi. Sakit woi. Aku pergi mandi-manda kat Asahan tadi with some friends. The most amazing thing happened to me there. Kau tahu kan kalau tempat-tempat macam tu tak logik kalau takde batu bersepah sana sini. Maka secara rasminya aku tergelincir masa pijak salah satu batu tu lalu kaki aku terhentak kat batu hadoi. Seriously. Kaki aku dah macam kena tebuk lepas tu darah tu keluar dengan pantas lagi tangkas haha.


Seram tak seram tak seram tak?


Okay. Kaki tu sekarang dah berbalut. Ya. Takut jugak sebab darah tak henti-henti. Nasib dah pergi klinik tadi. Fuh. Harap-harap luka tu cepat sembuh. Doakan sekali boleh?


potpetpotpet: Next entry aku upload gambar rajah aku mandi-manda ye haha.

Semakin Ramai Orang Suka Semakin Ramai Orang Benci.

Aduh. Letih sudah kepala lutut aku tadi berjalan-jalan dengan pantas. Fuh. Aku dah takde kerja nak buat maka shopping la jawabnya. Eh eh aku bukan kaki shopping kau tahu. Jarang kot aku nak shopping sana shopping sini sebab takde duit haha. Oh. Aku beli apa pulak tadi? Jeng jeng jeng.
  • kemeja biru gelap lengan panjang
  • tali leher silver
  • seluar slack hitam
  • singlet gray dan singlet hitam
  • t-shirt

Okay. Sekian. Aku tahu gaya macam budak-budak nak masuk matrikulasi kan kan kan? Lantak. Konon persediaan nak masuk sekolah lepas cuti ni cewahhh. Sila kata hek hek hek poyo dengan bersemangat waja.




Hey. Aku teringat dialog Syafinaz masa dia beri komen terhadap persembahan Dayang Nurfaizah dalam rancangan One In A Million (OIAM). Syafinaz ada kata iaitu semakin ramai orang suka maka semakin ramai orang tak suka secara tak langsung. Oh. Aku bukan nak cakap pasal Syafinaz atau Dayang Nurfaizah haha. Aku nak sebut perihal hipotesis tu semata-mata sebab cambest. Eh eh kenapa pulak boleh jadi macam tu? Renung-renungkan dan selamat hari jadi wahai Insan Tinggi tiba-tiba. Boleh?


Secara analoginya, bilangan orang suka adalah berkadar terus dengan bilangan orang benci. Seriously. Tak perlu kot aku nak petik mana-mana contoh tapi korang boleh tengok sendiri. Selebriti. Ahli politik. Penjawat awam. Jiran tetangga. Termasuk blogger. Boleh? Harap-harap aku terkecuali hadoi.


Blog Sahabat Hari Ini: Kembatolo

Justin Bieber Dan Tabiat Pelik Dia.

Hurm. Sadis. Rancangan esok nak mandi manda tenggelam timbul dibatalkan la pulak. Oh. Atas sebab-sebab gedik haha lantak dorang la. Aku nak keluar jalan-jalan jugak esok. Dah lama seh tak cuci mata tengok orang ramai. Haish.




Eh eh esok aku nak potong rambut sekali. Ya. Dah panjang kau tahu sila rujuk gambar di atas. Agak agak mayang mengurai kan kan kan? Well. Justin Bieber makan hati kalau nampak rambut aku haha. Dia ingat rambut dia sorang je yang kebaboom??? Cewahhh... Aku dah decide nak potong macam mana nanti tapi tak tahu la okay ke tak. Tunggu dan lihat. Ya. Bukan senang nak dapat potongan rambut yang sesuai dengan muka ni. Kadang-kadang boleh jadi hodoh kalau potongan rambut tak sesuai seriously. Oh my.




Oh. Ramai gilosss kot rakyat jelata suka betul dengan rambut dia ni. Erk. Aku tengok apakah??? Biasa biasa je haha. Aku tak tahu la kalau korang perasan ke tak tapi Justin Bieber ni ada tabiat pelik semasa dia menyanyi. Kau nak tahu? Ya. Dia suka buat aksi teleng teleng kepala ke tepi sebab dia nak betulkan posisi rambut dia tu. Kelakar kau tahu. Seriously. Aku tengok dia dah macam ada penyakit leher terencat pulak. Joking.


Single baru dia berjudul Somebody To Love. Oh. Justin Bieber featuring Usher. Wow. This song tambah bertenaga dengan kehadiran Usher kau tahu. Eh eh sebelum ni Justin Bieber dah rakam lagu Somebody To Love tu secara solo. Agak agak kureeeng rasa sebab tu dia tambah Usher dalam lagu ni. Ya. This song sounds cooler now!


potpetpotpet: Rambut itu mahkota.

Anugerah. Gemuk. Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Hey. Terima kasih kepada En Ilham sebab dia sudi bagi award ni kat blog biasa biasa ni cewahhh. Oh. Aku tak nak beri sesiapa award ni boleh? Haha. Lantak.


Siapa nak sila ambil tanpa rasa bersalah.


Oh. Semalam aku agak busy busy kucing dengan barbecue kau tahu. Banyak betul menu nak kena telan. Seriously. Perut aku dah macam sesak nafas nak proses makanan tu. Oh. Now I'm officially gemuk boleh? Sila tengok senarai dekan benda yang dah berada dalam perut ni haha.
  • Ayam bakar.
  • Ayam ketuhar.
  • Udang bakar.
  • Daging burger bakar.
  • Sosej bakar.
  • Ikan ikan bakar.
  • Nasi lemak.


Eh eh barbeque ni sukahati nak buat dan dihadiri keluarga terdekat je. Tapi sangat sangat best bila masing-masing berkumpul dan buat apa yang patut. Alamak. Lain kali nak post pictures pulak sebab tak sempat transfer lagi hadoi.


Nak kena simbah minyak panas ke?


potpetpotpet: Esok nak pergi mandi-manda kot with some friends.

Tak Susah Nak Susah. Tak Senang Nak Senang. Harap Maklum.

Haiyoh. Cukup cukup gossip pasal Ariel Peterpan dan Luna Maya tu. Boleh pulak korang mintak nak tengok video tu??? Sabar je la. Tak perlu rasanya aku nak upload video kat sini macam tayangan amal kot haha.


Hey. Aku dah neves neves ayam ni. Tanggal 21 Jun 2010 ni aku nak masuk sekolah oh bukan nak jual barang-barang Avon kepada cikgu cikgi tapi aku nak join dorang macam mana rasa jadi cikgu cikgi selama dua minggu je. Dasaaattt tol.




Oh. Aku diberi peluang untuk mengajar cuma satu masa je nanti. Sebagai persediaan maka aku sedang buat ulangkaji bab-bab dalam Mathematics termasuklah Form 1, Form 2, Form 3, Form 4 dan Form 5. Eh eh termasuk Additional Mathematics okay. Fuhhh. Aku nak kena study betul-betul ni. Mati kalau dorang tanya soalan-soalan lepas tu aku tak dapat nak jawab macam mana haha. Sadis.




Selain tu ada banyak aspek kot aku kena ubah lepas ni nak masuk sekolah. Hadoi. Ya.
  • Rambut aku perlu disikat ke tepi serta leper dan penyek selain berkeadaan pendek. Ya. Rambut aku dah tak boleh nak tegak-tegak terkejut. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena tahan dengan pengawas-pengawas sekolah nanti wakakaka.
  • Baju sentiasa masuk kat dalam seluar. Oh. Baju tak dibenarkan bergerak bebas kat luar seluar okay.
  • Banyak lagi. Malas pula aku nak tulis haha.


potpetpotpet: Bukan senang tugas cikgu cikgi pada hari ni.

Video Lucah Aksi Seks Ariel Peterpan dan Luna Maya.

Halo halo bebeh sekalian. Ada cerita hangat lagi sensasi kebaboom dush dush dush. Aku joging tadi dari blog ke blog haha. Well. Tiba-tiba aku tertahu gossip pasal Ariel Peterpan dan Luna Maya. Jeng jeng jeng. Panasss wo. Bersedia atau tidak bolos je dinding tu... Okay. Video lucah aksi seks Ariel Peterpan dengan Luna Maya dah tersebar luas kau tahu. Sila ramai ramai jerit whattt???


Luna Maya.


Apa yang kelakar tahap babunnn kuasa lima ialah video lucah tu tersebar melalui facebook!!! Haish. Rajin pulak mereka mereka nak upload ek? Tak pasal pasal sekelip mata video lucah tu jadi perhatian. Ye la siapa tak kenal Ariel Peterpan dan Luna Maya wohooo. Lebih lebih lagi dengan kuasa tag sana tag sini kat facebook tu haha.


Ariel Peterpan.


Katanya video tu dihasilkan pada 23 Mac 2009 oh dah lebih setahun usia video tu. Tapi setakat ni Ariel Peterpan dan Luna Maya dua dua tak buat apa-apa kenyataan lagi. Takpe takpe. Dah selalu cerita kontroversi spesies macam ni maka tak perlu susah susah fikir nak jawab apa. So sila recycle jawapan-jawapan seperti:
  • Oh. Dia bukan saya. Mungkin dia pelanduk dua tiga empat kucing berlari serupa. Apa yang penting ialah dia bukan saya.
  • Itu semua kerja pihak tak bertanggungjawab buat adobe photoshop walaupun video. HohO.
  • Saya tak nak komen apa-apa buat masa ni atas nasihat peguam saya iaitu Karpal Singh cewahhh. Konon konon dah buat laporan polis lepas tu ke sudahnya tak tahu apa jadi haha.
  • Saya tak tahu macam mana gossip ni boleh timbul. Saya pun pelik kenapa video tu dikaitkan dengan saya. Hadoi. Saya gelak kuat-kuat bila dapat tahu pasal video tu daripada seorang kawan. Saya malas nak layan semua ni. Fokus dan keutamaan saya sekarang ialah kerjaya.

potpetpotpet: Fuhhh... Nasib aku takde hasilkan apa apa jenis video.

Tips Kalah Bermaruah Dalam Perlawanan Bowling.

Hai hai. Kaki lenguh la pulak padahal main bowling dua game je kot haha. Nampak sangat tulang-temulang dah reput haish. Oh. Tentang game bowling tadi for me it was okay. Nasib tak masuk longkang semata-mata. Ada jugak langgar dua tiga empat lima enam pin wohoo.


Bukan main lagi gaya menang dia.


Oh. Aktiviti bowling tu actually melibatkan guru-guru dan tenaga kerja SMK Dato' Dol Said (SDDS). At first aku teman my mom dan tak pasal pasal kena main jugak sebab ada kosong satu lagi. Fuhhh... Nasib ada kosong tu kalau tak sia-sia aku bawa socks kau tahu haha.


My lil sis pun ikut jugak.


Hey aku sempat borak-borak dengan cikgu cikgi yang aku kenal tapi aku agak malu malu sikit la. Hurm... Mana pulak aku tak kemalumaluan ya dorang kata aku dah macam Shahir AF8 pulak. Lantak. Sila abaikan kenyataan yang mengganggu gugat jasmani, emosi, rohani dan intelektual ni haha. Eh eh aku dapat 225 jatuhan pin for two rounds. Okay what.


A girl behind. She's a teacher kat sekolah tu and she read my blog katanya. Thanks dear!


Tiba-tiba aku terkeluar idea how to react bila kita kalah dalam game bowling. Specially for sesiapa yang tak berapa hebat atau terer dalam bowling ni haha. Ni kes tak mengaku kalah dan tak sedar diri tahap gaban. Terimalah tips bagaimana kalah bermaruah dalam perlawanan bowling:
  • Kau salahkan lantai bowling tu dengan melemparkan tuduhan bahawasanya lantai tu tak rata dan senget sebelah. Dengan muka beriya-iya kau pergi kat kaunter lalu menyuruh dorang betulkan lantai tu sekarang jugak.
  • Kau tiba-tiba cakap sorang sorang tapi kau kena pastikan kawan-kawan kau dengar ya lebih kurang kau cakap dengan kawan-kawan kau tapi gaya kau macam cakap sorang sorang. Faham tak haha? Kau cakap eh eh mana la bola yang selalu aku guna tu aduh bola warna hijau tahi binatang tu takde la pulak walaupun tu kali pertama kau main bowling kat situ. Lepas tu diselang-selikan dengan dahi berkerut-kerut bagi menunjukkan kau betul-betul kecewa dan putus asa gara-gara takde bola tu. Uwaaa uwaaa...
  • Sebaik je kau baling bola sila kau jerit hadoi sakit pulak ibu jari ni sambil gigit gigit jari tu. Lepas tu tiup tiup jari tu macam sakit nak mammm... Boleh jugak buat aksi lompat lompat sikit supaya nampak lebih real dan hidup lakonan kau.
  • Kau pura-pura mendapat panggilan telefon kecemasan dan bila kau dah selesai pura-pura menjawab panggilan tu kau buat mimik muka tension gila. Kalau kawan-kawan kau tanya kenapa ni monyok monyok senyonyong ni maka kau jawab takde pape sambil senyum tawar cewahhh... Dasat tol. Lepas tu bila giliran kau nak baling bola pulak kau buat macam nak tak nak je baling. Jadi kawan-kawan mesti faham kekalahan kau hari tu.


  Dah gemuk hoi gedebushhh.


potpetpotpet: Best la bowling. Rugi siapa tak suka main bowling haha.

Lubang Besar Telan Kilang. Alex Yoong Bercerai? Bowling Longkang.

Bismillah. Assalamualaikum. Hey hey. Sihat? Well. Aku sihat. Hari ni tak busy. Ya. Tak jadi driver pulak hari ni haha. Aku stay kat rumah sepanjang hari ni maka banyak betul masa aku habis dengan melayari internet. Eh eh aku teruja melihat lubang yang terbentuk di Guatemala City ni. Seriously.


  • Lubang tu mempunyai diameter sepanjang 66 kaki (20 meter) dan kedalaman hampir 100 kaki (30 meter).
  • Tahu tak wahai kawan kawan? Lubang tu telah menelan sebahagian kilang pakaian. Apa yang menarik ialah tiada pekerja kilang tu yang dilaporkan mati sebab dorang habis kerja sejam sebelum kejadian lubang tu. Dahsyat wo.
  • Seorang ahli geologi mengesahkan bahawa lubang yang terbentuk tu takde kaitan langsung dengan gempa bumi.


Next. Oh. Ada kisah pasal rumah tangga pasangan selebriti Malaysia. Alex Yoong and Arriana Teoh dah bawa haluan masing-masing okay. Haish. Dengar khabar both of them have filed for divorce early this year. Tapi dorang still living together in the same house demi anak lelaki dorang nama dia Alister. Isk isk isk. Sama cantik sama padan tapi takde jodoh kot cewahhh.


They tied the knot in 2002.


Enough. Meh dengar story pasal aku pulak haha. Well. Esok aku ikut my mom pergi main bowling kat MITC. Oh. My mom sort of wakil sekolah kot entah. Bukan wakil for tournament itu yang pasti. So aku kena escort my mom la. Hurmmm... Harap harap boleh la bantai beberapa game bowling. Haish. Dah lama tak main bowling tak pasal pasal aku yakin bahawasanya balingan pertama serta kedua dan ketiga ialah longkang semata-mata. Lepas tu boleh la kot dapat dua tiga empat lima enam tujuh lapan pin.


Ada ada je.


potpetpotpet: Live life to the fullest.