Jumaat, 26 Februari 2010

You Are Fired! Oh. Silap. You Are Voted Off!

Okay. Baru je tahu who's voted out from American Idol Season 9 ni. Oh. So, now, there's left only 10 girls and 10 boys. Let's see who's going home. Wuuu...

Ashley Rodriquez. Oh. I'm not suprised. At all. She sang Happy by Leona Lewis that night. And it's a total mess. The song sounded weird. I know. The song choice tak kena with her vocal ability. Haha. Padan muka kau. Kan dah terkeluar? Isk... Napa la tak nyanyi lagu Kak Eton Meon (Zaiton Sameon) ke kan? Dulu aku sendiri. Kini masih sendiri. Hadapi hidup ini. Haaa... Kan best tu. Nak juga sangat lagu Happy tu. Happy ke sekarang dah terkeluar? Menangis jua. Wuuu... In my opinion, she'll be great if she sang R&B songs. That suit her vocal.



Janell Wheeler. Hurm. Oh. She's pretty. And she can sing. But, I don't know. Maybe people just ignore her. Maybe she doesn't have the X-Factor. Oh. Takkan nak paksa kau undi dia kan? During the night, she sang What About Love. For me, she sounded just okay. Nothing great. But, I don't think that she had to leave the show this early. I mean as early as her first show. Kan? Nangis la kau. Wuuu...



Joe Munoz. He has the confidence when he's on the stage. I can see that. He sang You & I Both by Jason MRaz. What a nice song. Aku suka lagu ni! Jom nyanyi sesama. Jom jom jom. Kita heboh heboh. Eh, tu lagu lain. Okay. Ya. This one, I don't agree with his leaving from the show. Why? I thought his performance was quite good. Maybe he's not the best, but, he did a great job. You can see that most of the boys didn't sound good during the night. Pitchy. Note tak sampai. Re-arrange the song sampaikan kau tak tahu lagu apa kau dengar ni. Kan kan kan? Oh. But, dia ni antara yang okay la juga. Dah tak ada rezeki kan? So, kau seret la beg tu balik rumah kau. Tata...



Tyler Grady. Oh. I don't like this guy. Totally. He sounds horrible. He's not a great singer. Kalau setakat kau bawa imej konon 70's Rock, ada aku kisah? Haha. Not at all. He sang American Woman. I was speechless. Ya. Sebab terlalu tak best. Boleh? Oh. Why kau tak nyanyi lagu Gadis Melayu je? Instead of American Woman kan? Haha. Sila la pergi sekarang. Ya. You can leave now. That's the door.



Ok. That's the contestants who were voted off from the show. Ashley Rodriguez. Janell Wheeler. Joe Munoz. Tyler Grady. Good luck in your real life okay. Hehe. Kau baca ke blog aku? Aku berangan dorang baca blog aku yang serabut ni. Haha.

Oh. Let's talk about the bright side. My favourite contestants. My Didi Benami. She's safe for now. Hopefully, for the next elimination shows. America, you should vote her okay? Haha. She has the potential to be a star. Go go go Didi Benami! Haha. She sang a song called The Way I Am. I don't know the song. Clueless. Lagu apa kau nyanyi ni? Hehe. Still sedap okay. Give me 5!




And for the boys, I'll pick Aaron Kelly. It's not that he's the youngest contestant, he's cute or whatsoever reasons, but, he has a nice tone. Sedap didengar. Oh. He sang Here Comes Goodbye by Rascal Flatts. I love this song. By the way, he was so nervous on the stage. You can see from his face. Alolo... Comel je. Kau nervous? Gunalah sabun tahan mengantuk. Oh. Kaitan? Nothing. Aku still kelakar dengan sabun ni. Oh. Hizami, berhenti gelak.



p/s: Oh. I was not moved by both boys and girls. I'm hoping for better performances next week.

Khamis, 25 Februari 2010

It's 36 36 36. Not 69 69 69.

Click here kalau kau berani. Haha. Click la. Tetiba merayu korang kan? Haha. Oh. Jangan lupa undi aku okay? Nombor 36 please. Ya. But, nombor 69 tu tak ada dalam senarai kat situ. Kat blog hencik joe tu. Haha. Oh. Aku tak paksa korang. Sambil melutut boleh? Okay. Aku main-main je. Malam ni ada ceramah tentang Cinta dan Air Mata. Gotta go now. Bye.

p/s: Lapar. Aku tahan je ni. Oh.

The Proposal. Who Proposed To Me?

Aduh. Siapa pula yang nak propose aku ni? Siapa? Kau? Jeng jeng jeng. The proposal. Ya. It's not about the movie. Or Sandra Bullock. Or even Ryan Reynolds. What a hot couple right? Oh. Aku dalam proses menyudahkan proposal for my project research. A tesis. Ya. Aku baru je jumpa my supervisor. Tadi. He told me about the theme for my proposal. And then, he gave advices, about how to do. Oh. Siriyes. Susah kau tahu? Aku tak terbayangkan how aku nak siapkan proposal ni. Haha. I was speechless at that time I was listening to him. Oh. Lady GaGa. Ya. Seriously. Aku tak tahu la kot kot indah khabar dari rupa semua ni, kot kot benda ni tak sesusah apa yang aku bayangkan. Kan kan kan? Okay. For my research, I have to do qualitative research. Yeah. Kau tahu kan qualitative research tu? Oh. Susah kot. Aku lagi suka buat questionnaire. Ya. Quantitative research. Haha. Hurm. So, nanti aku kena pergi ke sekolah. And then, do the interview. Plus, observe. 3 in 1. Oh. Bukan sekali. Berkali-kali kau tahu. That's mean aku kena datang ke sekolah tu banyak kali. Ya. Banyak. Lebih daripada satu. Lebih daripada dua. Lebih daripada tiga? Mungkin. Nangis. Mana nak cari masa ohoi? Hurm. Hopefully, I'll manage to finish my proposal by the end of week 13. Now, it is week 8. Lagi tinggal plus minus 5 weeks macam tu. Ya. Lagi, cuti semester kali ni I have to curi masa nak kumpul data dan maklumat yang diperlukan. For my tesis tu. So, cuti aku macam mana? Tak cuti la kan? Oh. Kejam sungguh kau. Bertafakur jom? Wuuu...

Nak kurus? Okay. Buat pipi kau macam aku ni. Haaa... Kan dah kurus? Tak perlu minum apa apa jus kau tahu. Erk.

p/s: Ada selonggok esaimen tak hantar lagi. Oh. Pengsan...  Ya. Due date lama lagi. Kot. So, aku tangguhkan la esaimen tu. Haha. Bila la budaya kerja last minute ni nak tamat tempoh dia? Isk...

Go DIDI BENAMI! Ya. Who Is She?

Haha. I don't know la if you guys watching American Idol Season 9 or not, but, she is my favourite in this competition! Ya. Fuhhh... I'm fallin' for her since her audition. She has a raw voice. During her Hollywood week, she sang a song called Terrified which was written by Kara DioGuardi. Ya. One of the judges. Plus, lagu Terrified ni ada dalam album terbaru Katharine McPhee, Unbroken. Ya. Katharine McPhee recorded this song for her album. And Kara DioGuardi also sang this song. You guys can check that on YouTube. But, Didi Benami ni nyanyi paling best la lagu Terrified tu. Ya. Sangat best. Check this video below.



By the way, I hope she will not voted out. She's a great singer. I hope she'll make it to the Top 12. Or I hope she wins American Idol Season 9. Boleh? Kalau la aku boleh undi. Kan kan kan? Oh. About her performance during the top 12 girls night. I love her. But Simon not. He said that Didi Benami's performance tu forgettable. Ya. He said no one's gonna remember that. But, I do remember her. So? You are wrong Simon! Haha. Okay. Good luck to Didi Benami!

p/s: Haha. Okay. The guys will be performed by next week. i don't know which one I'll root for. Hehe.

Rabu, 24 Februari 2010

Oh. Siti Nurhaliza, Misha Omar, Yuna, Faizal Tahir, Aizat dan Bunkface Datang Ke UPSI?

Betul Siti Nurhaliza, Misha Omar, Yuna, Faizal Tahir, Aizat dan Bunkface datang ke UPSI? Tak ada la. Oh. Sorry. Saja aku nak capture your attention. Ya. Kat bawah ni la tentatif program bagi Fiesta Ilmu 2010 Kolej Aminuddin Baki. Korang dijemput hadir okay? Hehe. Sayang korang...
___________________________________________________

FIESTA ILMU 2010 KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Antara aktiviti menarik:

KHAMIS 25/2/2010

Forum Perdana - Cinta Dan Air Mata.
Penampilan khas Uztaz Radzi bekas vokalis kumpulan Melissa - Cinta Untuk Nabila.

JUMAAT 26/2/2010

Perarakan Maulidur Rasul, Pertandingan Sajak.
Pertandingan Nasyid. Artis : Devotees.

SABTU 27/2/2010

Pertandingan Gusti Lengan Kerjasama Persatuan Gusti Lengan Negeri Selangor.
Pertandingan Anakku Sihat. Artis : Haqiem Bintang Kecil.
Pertandingan Dikir Barat. Artis : Halim Yazid.

AHAD 28/2/2010

Pertandingan akhir Debat Piala Pengetua.
Battle Of The Band.
Autoshow.
Persembahan Drift oleh Kelab Drift Evolusi.
Busana Muslimah tajaan FAREEDASCARF.
Majlis Perasmian Penutupan. Artis : Akbar dan Bienda.

AKTIVITI SUKAN

Paintball, Futsal, Netball, Bola Tampar, Takraw.

Juga terdapat pameran, gerai jualan,mini game dan pelbagai aktiviti menarik. Anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Fiesta Ilmu ini.

_________________________________________________________

Okay. Iklan ini tak ditaja oleh sesiapa. Tak ada siapa nak taja aku. Wuuu... Aku nak menguar-uarkan program yang menarik bermula pada esok hari, Khamis, bersamaan dengan 25 Februari 2010. Fiesta Ilmu 2010 Kolej Aminuddin Baki. Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki. Ya. Kolej kediaman aku kat UPSI ni. Haha. You guys kalau free, boleh la datang kat sini. Kawasan Proton City. Haha. Kalau nak datang, inform me la. Boleh aku berlakon jadi tourist guide korang. Boleh? Oh. By the way, aku mungkin menjadi pengacara majlis bagi pertandingan Anakku Sihat. Pada hari Sabtu  jam 2 petang. Wah. Pertandingan untuk bayi-bayi yang comel. Oh. Kalau kau sugar daddy and nak mempertandingkan anak-anak belaan korang, tak boleh kot. Maaf atas segala kesulitan. Haha. Kau gila? Adusss. Oh. Budak-budak ni tak takut ke tengok muka aku ni? Takut la dorang menangis melalak nanti. Siapa yang susah? Aku juga yang susah. Dah jadi pertandingan koir pula nanti. How? Oh. Plus, aku tak pernah jadi pengacara majlis. Last aku jadi pengacara majlis pun when I was in secondary school. Perhimpunan sekolah je kot. Haha. Okay. Korang nak datang tak? Boleh jumpa aku. Kot. Haha. Enough.

p/s: Busy. Aku AJK Protokol. Oh. Boleh la korang guling-guling dan gelakkan aku sekarang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terlajak Perahu Boleh Diundur. Terlajak Tindakan? Boleh Minta Maaf. Kan?

Ya. Berita gembira. Okay. Why? Aku dapat duit berjuta-juta ke? Aku dapat kereta BMW ke? Aku dapat barang kemas Habib Jewels ke? Aku dapat bercuti ke Paris ke? Wah. Terbongkar ke[materialistik]an aku. Shhh... Oh. Aku dah berbaik semula dengan kawan aku! Ya. Aku bergaduh dengan dia semalam. Kan bagus macam ni? Dia minta maaf. Aku minta maaf juga. Ya. Dia dah menceritakan semua masalah dia kat aku. Dan aku memahami dia. Why he acted like that yesterday. Bukan calang-calang masalah yang dia hadapi sekarang ni. Aku harap kau tabah. Okay? But, jangan lepas geram kat aku lagi tau? Hehe. Good luck in your life!

p/s: Okay. Mood dah stabil. I'm in his friends' list. Again. Hehe.

Panas Luar Dalam. Mungkin Sudah Terbakar. Kalau Itu Yang Kau Mahu.

Ya. Aku panas. Luar dan dalam. Cuba lihat cuaca sekarang dah tak menentu. Panas. Hujan. You never know. Hurmmm. But, aku tak kisah kalau aku panas kat luar. It's normal. Kan kan kan? Panas kat dalam? Bukan sebab aku nak demam. Itu lain. Sila rujuk kamus kalau kau rajin. Dipersilakan. Hehe. Well, aku sakit hati dengan seseorang. Dengan tindakan dia. Okay. How to start... Yesterday, he posted something on his wall. Oh. Kat facebook dia. About his problem. Then, I replied la kan. As a friend. Oh. Aku kawan dia. Kawan baik. Dulu. We've been friends together since we were in Form 3. Quite some time right? Okay. Aku reply his status with jokes. Aku gurau. You know. Gurau. Something funny. Maybe. But, he pissed off. Totally. Dia marah gila-gila kat aku. Sebab konon I didn't understand what his problem was. Hello! Aku bergurau dengan kau. Tak perlu kot kau nak marah-marah aku! I thought he'll smile. Instead of that, he was getting emo. Sangat emo. Hurm. What to do? Aku pun delete la those comments from his status tu. Then, tak lama lepas tu, he deleted me from his friends' list. Ya. Dia remove aku from the list. Ya Allah! Apa yang aku dah buat? Sangat besar ke kesalahan aku tu? Sanggup dia remove aku? So, kira dah tak kawan lagi la ni? Okay. It's up to you. If you decide that way, I'll follow you. I don't know you. And you don't know me. Deal.

Okay. Maybe, it's all my fault. Aku tak sepatutnya bergurau dengan dia. Ya. Kan kau tengah ada masalah kan? But, itulah aku. Aku suka bergurau. I thought he'll be fine with that. Or maybe mood dia jadi lebih baik. Something like that la. Ye la. Dah berapa lama kau kawan dengan aku? Lebih tujuh tahun bukan!!! Ya. Lebih tujuh tahun. Lama tu. Still, kau tak kenal aku lagi. Melayu mudah lupa. Okay. Apa yang membuatkan aku kecewa, setelah bertahun-tahun kami berkawan, tak sampai sehari, or tak sampai sejam pun, dia boleh buang aku daripada hidup dia. Kau kejam!!! Ya. Disebabkan perkara tu, aku sangat panas. Aku sangat sakit. Hati aku. Sangat sangat. Arghhh... Tak boleh nak cakap apa lagi dah. Ya. I'll keep moving on. Don't get me wrong, but, I can live with or without you. Seriously. Dan hidup aku masih panjang lagi. Dengan izin Allah. Aku masih berpeluang untuk bertemu dengan kawan-kawan yang baru. Kawan-kawan yang lebih menghargai nilai persahabatan ni. Tamat.

This is because of him.


p/s: Thanks to my dearest friends yang sudi dengar masalah aku ni semalam. Thanks to Din, Afizal dan Adam. Ya. I really appreciate you guys.

Selasa, 23 Februari 2010

Pandang Pandang Alam Ini. Ada Apa Dengan Air Kau. Aku Spiderman.


Pandang pandang alam ini. Sambil pandang difikiri. Mana bumbung langit tinggi. Mana lantai bumi. Aiyoh. Nak nyanyi juga la? Haha. Well, nak nasihat la kat kekawan sekalian. Kalau nak buat something tu, you guys better look look left right okay because people old old say when you speak day, look look, you speak night, hear hear. Mati la korang nak translate BI cap ayam ni kan? Direct translation katanya. Konsep rujuk kamus la ni. Haha. Ok. BM kan mudah? Hurm. Orang tua-tua cakap... Eh, orang tua-tua? Meh sini aku bakar rambut kau. Bukan orang tua-tua tau. Salah. Orang-orang tua. Betul tak cikgu? Okay. Orang-orang tua ada berkata, kalau cakap pada siang hari, pandang pandang, kalau cakap pada malam hari, dengar dengar. Kan kan kan? Ohoi.

Well, tu introduction aku yang mungkin tak ada kaitan dengan apa aku nak cerita. Boleh? Haha. Ada sikit kot. It is about my friend, let we label him as S. Okay. S ni suka menonton movie kat depan laptop dia. But, dia suka tengok movie konon dalam wayang la. Maksud aku, dia tutup lampu bilik and then S ni akan menghadap laptop dia tengok movie tu. One day, S watched a movie yang aku tak ingat apa benda la tajuk dia. Then, S ni buat la air Milo. Tu je yang mampu. Celah bedah mana kau nak cari popcorn kan kan kan? S tengok movie sambil minum air Milo. Tetiba, ada sekali teguk tu, S rasa pelik semacam je rasa air Milo ni. Jeng jeng jeng. S ni pun stir la air Milo dia. Ye la. Mana la tahu kot kot tak larut ke Milo dalam air tu. Lepas tu, S minum semula air Milo tu. Pelik. Still rasa lain. Haaa... Baru kau nak buka lampu kan? S ni tengok la dalam cawan dia tu. Kau tahu apa? Apa? L to the I to the P to the A to the S. Lipas. Haha. Sedap kau minum air Milo tambah Lipas? Air Lilo. Wah. Comel nama air kau. Moral of the story, jangan la kau minum dalam gelap tak kira apa jua keadaan. Ya. Dan sebelum kau nak guna cawan ke, sudu ke, better kau check kot kot ada samething kat cawan or sudu tu. Pandang la betul betul. Jangan nak main sedap kau minum, sekali minum air campur serangga. Fuh. Sedap la kau. Hehe. Kau tahu, tadi aku nak buat air Nescafe. Baru je nak masukkan Nescafe tu, aku nampak ada labah labah kecil kat dalam cawan aku. Ala. Labah labah kecil yang kecil tu. Dia kecil je. Tak besar. Kecil sangat. Bukan yang besar tu. Kecil je. Kan? Fuh. Nasib baik aku nampak. Kalau tak, mesti aku dah jadi Spiderman. Kan kan kan? Haha.


Seriously. Aku nak upload pic lipas ni pun dah geli tahap dewa. Kau bayangkan kalau kau minum air dia?

p/s: S tu bukan aku okay.

GaGa Oh Lala. The Fame. Monster Edition. Eh, Kau Raksasa?




















Fuhhh. Hilang tension aku tengok Makcik GaGa ni. Kan kan kan? Kagom aku. Kau memang raksasa la GaGa! Haha. Nobody can dress up like you. Ting tong. Aiyoh. Ya. I admire you.

Isnin, 22 Februari 2010

Jom Hantuk Kepala Kau Aku. Jom Jom Jom.

Oh. Ada mesej. From you know who. Mr Esaimen. Duh. Aku kena selesaikan masalah ni dengan dia. Okay guys. Nak gi holiday with Mr Esaimen this whole week. I'll be in offline mode kejap. Rindu kat aku la kan kan kan? Haha. Ada three assignments nak kena submit. Plus, aku ada mid-term test tomorrow night. Analytical Chemistry. Seriously. Aku nak hantuk kepala kat kau jom? Haha. Tension. Sangat tension. Now baru la aku rasa depressed. Serabot luar dalam. Kelam kabot jiwa raga. Hopefully I'll survive this week. Hurm. Bila dok fikir balik, rasa menyesal pula cuti sakan Chinese New Year hari tu. Sumpah. Tak sentuh esaimen pon. Ya. Cukup la aku membebel. Aku nak gi study dulu. Banyak bab nak kena baca kau tahu. Okay. Wish me luck then. Tata.

Ahad, 21 Februari 2010

Emo Pic Contest


Haha. Comel ke? Meh sini aku muntah dulu. Erk. Dah takde kerja lain ke aku nak upload pic ni kan kan kan? Okay. Aku tak gila. Ni sebab aku join contest. The second contest. Yang aku join la. Ya. The previous entry adalah merupakan penampilan sulung aku dalam dunia contest ni. Haha. About this contest. I have to upload emo pic. Erk. Betul kan? Hurm. Pic ni emo ke? Lantaklah. Aku tengok macam ada sikit emo la kot. Huhu. Penat aku pi geledah almari mak aku. Almari ayah aku. Bawah tikar. Bawah tilam. Celah pinggan mangkuk. Celah periuk kuali. Ya. Aku rasa pic ni la yang paling emo. Yang aku ada dalam koleksi muka-muku aku la. Haha. Seriously. Aku tak tahu pun apa maksud emo yang sebenar. Boleh? Emo. Berkaitan dengan kelemomo ke? Okay. Aku saja mahu eja kelemomo bukan kelemumur. Oh bulan. Mungkin.

This is the poster. I guess. Haha. Click here kalau kau nak join juga. Jom? Hehe. It's for fun. Plus, it's free. Kan kan kan? Tetiba pula macam best je join contest ni. Sorry. Aku gayat kot dengan hal ehwal contest ni. By the way, tarikh luput contest ni 22th February 2010. Sempat lagi kot kalau kau nak join. Upload je your pic. Okay? Bye.

Sabtu, 20 Februari 2010

True Meaning Of Love. Kau Tahu Ke?

TRUE MEANING OF LOVE. Pengertian sebenar cinta. Okay. Seriously. Kau dah hilang akal? Kau tahu ke apa-apa tentang cinta? Ya. Aku tak tahu. Mungkin. Sedikit. Okay. Jangan khuatir. Aku tak perlu guna gaya penulisan jiwang 24 karat untuk menceritakan perihal cinta ni. Ya. Aku guna bahasa aku. Pasar. Rojak. Berilah kau nama apa pun. Hurm. Where to start? Kau tahu? Aku akan cerita step by step. Haha. Bukan nak buat step menari okay. 5, 6, 7, 8! Fuyyyoh...


Pada zaman kau kanak-kanak, pada waktu kau masih kecil, apa cinta kau? Tak ada? Isk. Mana boleh. Cuba ingat balik. Kau dah lupa? Pada masa ni, kau selalu bermain. Bertatih. Berdiri. Berjalan. Berlari. Dan jatuh. Ya. Bila kau jatuh, kau bangun lagi bukan? Kau teruskan permainan kau. Sampai kau dapat apa yang kau mahu. Kau dapat bertatih. Kau dapat berdiri. Kau dapat berjalan. Kau dapat berlari. Dan jatuh? Itu perkara kecil. Nampaknya kau dah ingat cinta kau. Hehe. Kau tak pernah puas bukan? Kau dah bertatih. Kau mahu berdiri. Kau dah berdiri. Kau mahu berjalan. Kau dah berjalan. Kau mahu berlari. Kau dah berlari. Apa lagi yang kau mahu? Meh sini aku cakap kepala lutut kau. Hehe. Ya. Kau tak kenal siapa dia putus asa. Siapa dia? Aku pun tak kenal. Konon. Haha. Inilah cinta kau wahai kanak-kanak.


Ketika kau sedang membesar. Apa yang membesar? Erk. Ketika kau remaja la. Banyak bukan cinta kau? Pada kekasih kau? Ya. Itu cinta lain. Ada binatang lain yang punya. Siapakah? Monyet tu. Dia pemilik kepada cinta tu. Kan kan kan? Pada masa ni, kau sibuk dengan hidup kau. Kau punya kawan yang bukan sikit. Betul tak? Kalau boleh, kau nak kawan dengan semua orang kan? Give me five kepala lutut kau! Haha. Lepas tu, kau kalau boleh setiap hari nak tukar kekasih yang lain. Kan kan kan? Satu hari satu kekasih. Meh sini aku tindikkan lubang hidung kau. Ya. Itu dia cinta kau. Bukan pada kawan. Bukan pada kekasih. Tetapi, diri kau. Kau sedang kenal siapa diri kau. Kau bagaimana, kau begitu, kau begini dan segala-galanya tentang kau. Tahniah kat kau.


Next. Seterusnya. Kau adalah pemuda. Pemuda harapan bangsa. Konon. Apa yang kau tahu? Kau dah pandai guna otak. Hopefully. Erk. Kau mula timba ilmu sebanyak yang mungkin. Kalau boleh sampai tertumpah-tumpah ilmu yang ada kat dada kau tu. Kan kan kan? Ohoi. Lepas tu, kau juga cuba membina karier yang hebat. Ya. Yang dapat menjamin masa depan kau. Bagus. Kalau boleh kau nak jadi bos kemudian goyang kaki dan goyang punggung je kan? Yang penting duit masuk. Meh sini aku pijak belakang kau. Haha. Pada masa ni juga, kau mula merancang keluarga kau. Keluarga bahagia. Perhatian. Sila nyanyi beramai-ramai lagu Keluarga Bahagia oleh Saujana. Okay. Nyanyi la. Boleh? Inilah cinta kau. Kehidupan kau. Kau mahukan kehidupan yang terbaik daripada segala segi. Kalau boleh.


Kau dah tua. Kau nak buat apa? Tak perlu kot kau nak buat perkara-perkara pelik. At this moment, kau terkenang kembali kenangan-kenangan lalu. Apa yang telah berlaku dalam hidup kau. Tidak kira pahit manis masam masin kelat dan apa-apa la yang kau rasa. Dan kau tahu, itu yang mendewasakan kau. Itu yang memberikan nafas kepada kehidupan kau. Pengalaman. Experiences. Ya. Cinta kau.


Tiada definisi sebenar bagi cinta. Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta. Bahagia. Derita. Suka. Duka. Tuah. Malang. Ya. Cinta boleh jadi apa-apa. Cinta boleh jadi mana-mana. Cinta boleh jadi bila-bila. Kerana cinta adalah anugerah.

Cuba cari cinta dalam gambar ni. Cubalah.


Entry ini untuk contest weekend @ sheffield. Thanks to you bro coz sudi invite aku join contest. Hehe.

Percy Jackson VS The Wolfman


VS


And the winner goes to Percy Jackson. Tahniah kepada anda ye. Sila bagi ucapan. Boleh?

Hai. Wah. I'm speechless. Erk. I can't believe that I just win this! Oh. Terima kasih kepada korang yang selama ni menyokong perjalanan karier aku. Ada ke? Fuhhh... Aku masih terkejut. Eh. Kau kenal aku tak? Nama aku Logan Lerman. Oh. Tak ada kaitan langsung dengan Leman kat kampung kau okay? Dalam cerita Percy Jackson and The Lightning Thief ni, aku la hero dia. Kau tahu tak betapa hebatnya aku? Aku ni konon demi-god la. Papa aku Poseidon. Dia ni the sea god. Dia yang jaga air kat dunia ni. So, siapa yang tak dapat bekalan air tu, boleh la jumpa dia. Tak kisah la ada masalah air kotor ke, air kejap ada kejap tak ada, bil air tertunggak ke, kau boleh jumpa papa aku. Kalau bilik air tersumbat, kau boleh guna pump. Tak perlu kot nak panggil papa aku tu. Lagi satu, papa aku tak layan masalah berkaitan air mata dan juga Ayer Keroh. Kepala lutut kau. Haha. Eh, dalam cerita ni, aku kena tuduh mencuri kilat okay. Suka hati kau je kata aku yang curi. Meh sini aku lemaskan kau nak? No no no.

Arghhh!!! Oh. Mentang-mentanglah muka aku ni buruk, kau bagi budak ni menang. Hey. Isk. Kau tak nampak ke muka aku ada iras-iras Brad Pitt? Merujuk kepada pics sebelum ni. Bukan merujuk kepada muka aku yang nga jadi wolf ni. Kan kan kan? Jealous la tu. Tak apa, ada ubi ada batas, ada lori ada bas, ada kari ada babas...senang cakap macam-macam ada. Jawab la pantun aku ni.

p/s: Isk. Merepek adalah hobi aku. Abaikan. Ya. Percy Jackson is better than The Wolfman.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com