Rabu, 22 Disember 2010

Ketam Masak Berempah Menjilat Bibir. Sotong Goreng Tepung Menggatal Halkum.

Orang kata kalau gi Perlis, tak sah kalau tak gi singgah Kuala Perlis. Betol ke ? Eh. Kalau tak sah, macam mana pulak nanti ? Nak kena gi Perlis semula ke ? Adeh. Tak payah nak pening pening lalat. Meh sini aku teruskan cerita pasal Kuala Perlis. Kitorang gi makan malam kat Kuala Perlis hari tu. Kat Kuala Perlis ni, banyak gile makanan laut yang boleh ditelan. Tambah tambah lagi, segar mungkin ? Haha. Apa yang penting, kalau bajet makan malam setakat lima hinggit lima huluh hen, tak payah mengada-ngada nak gi Kuala Perlis. Cehhh ... Ayat tak boleh belah. Tapi aku cakap betol ah ni. Siriyes. =.=


Apa yang aku order ? Jeng jeng jeng. Tak neves langsung kan ? Sah sah la kat tajuk entri tu dah terpampang pang pang. Lain ah kalau kau buta huruf. Eh. Kalau buta huruf, tak logik pulak kau nak baca blog aku. Arggghhh ... Apa aku membebel ni ? Buat serabot kepala hotak je. Adeh. For your information, aku tak reti langsung nak pilih makanan laut ni. Aku tak tahu yang mana segar, yang mana tak segar. Biasa ah. Kata orang bujang kan ? =.=


Nasib ada Hencek Zul. Dia tolong aku pilih. Aku ikut je ah. Menurut Hencek Zul, kalau nak pilih ketam, kena pilih ketam betina. Sebab ? Menurut Hencek Zul lagi, ketam betina ni banyak sikit isi dia. By the way, macam mana nak tahu jantina ketam tu ? Lagi lagi menurut Hencek Zul, korang boleh tengok kat bahagian bawah badan dia. Erk. Aku tak tahu macam mana nak explain. Pandai pandai ah. Aku rasa korang lagi bijaksana dalam hal ni kalau nak dibandingkan dengan aku. T.T




Tu dia ketam masak berempah. Nampak tak ? Sodap gile. Lidah enam inci boleh jadi sembilan inci. Sila bayangkan. Plus, Hencek Zul sampai menangis makan ketam masak berempah ni sambil diiringi air hidong yang meleleh-leleh. Euwww ... Ampon Hencek Zul. Haha. Seterusnya, aku melantak sotong goreng tepung. Ni pun sodap gile. Halkum ni macam kejap ada kejap takde je masa aku tengah telan sorong goreng tepung ni. Dasat wa cakap sama lu !!! Haha. Apalagi ? Jom ramai ramai gi Kuala Perlis. XB




Aku order ketam masak berempah dengan sotong goreng tepung je. Tak mampu nak order lebih lebih. Takde penaja la katakan. Haha. Ada yang makan ikan, kerang dan macam macam la. Memang penuh gile meja masing masing. Terangkat beb !!! XD




potpetpotpet : Aku suka makanan laut tapi aku tak reti berenang. Ada kaitan mungkin ?

51 ulasan:

Puteri Iqa Izyan berkata...

oh no!!
ketam feveret gile tuh..

;D

kasih berkata...

datang perlis tak roger :(

FarhanaDr berkata...

Keh keh keh.. Yang tak tahan perkataan menggatal tu.. Hahahaha.. :p

..hizamirahim.. berkata...

@Puteri Iqa Izyan

tahu takpe.
ketam sangat sodap !!!
XB

..hizamirahim.. berkata...

@kasih

eh.
dah gitahu kat blog kot.
kat fb pun.
XD

..hizamirahim.. berkata...

@FarhanaDr

gatal halkum tu.
haha.
XB

NuR 'aQiLaH berkata...

cheq x makan sotong.
liat sotong mcm kekenyalan plaster luka jer.
kihkih

nama.aku.lynn berkata...

mmg!sebagai anak jati perlis dulu kala,mmg aku suka mkn kt sn..kalau blik kmpg skrg ni,kompem pegi..tliur oh tgok pic!hahah..

Qarl berkata...

mai aroma ikan bakar pantai jeram

dashyat gak ahahaha

adrinaqamarina berkata...

zami makan kat kedai mane ne? rumah rina kat kuala perlis la :)

zami makan ag sedap~~~ :(

terasa nak balik rumah. huaaa

..hizamirahim.. berkata...

@NuR 'aQiLaH

awat tak makan sotong ?
rugi naaa.
XB

..hizamirahim.. berkata...

@nama.aku.lynn

adeh.
tak mampu nak makan situ hari2.
haha.
XD

..hizamirahim.. berkata...

@Qarl

siriyes ?
baik.
kalau ada masa nanti i terjah tempat tu.
haha.
XB

..hizamirahim.. berkata...

@adrinaqamarina

haha.
sedap gile.
bila nak balik malaysia ?
XD

mR.sYaH berkata...

udang celup tepung ada.. tu favourite.. ssh nk mkn ketam... org kata nk mkn ketam pun mesti ada skill gak..

..hizamirahim.. berkata...

@mR.sYaH

tahu takpe.
mencabar mental dan fizikal bila makan ketam ni.
XD

mr.syazwan berkata...

perh meleleh wa ckp lu...

tpi ni tgh garu2 ketiak dok pikir mcm mana nak cam ketam tu jantan or betina erk?? ermmm

tieha ismail berkata...

owh em gee ! ketam ! ketam ! ketam !

Nurul Hani berkata...

kecuk air liur aku. HAHAHHA. XD

m0re chipz , m0re fuN berkata...

amboi hang .. mkan kotam ..sodap nyer ..
pape pown kalo dtg utara mai laa snggah langkawi plak =)

AfiQ berkata...

waaa!! sy elegik ngan seafood! tp nmpak sedap itu ketam!! hohohoh

..hizamirahim.. berkata...

@mr.syazwan

sonang je.
siriyes.
XD

nizam berkata...

sedap tuu..huhu,ketam especially favourite la juga,tpi leceh nak mknnye..sbab nak dptkan isi mcm nak menaruh nyawa..hahahaha

..hizamirahim.. berkata...

@tieha ismail

ketam sangat sodap !!!
XB

..hizamirahim.. berkata...

@Nurul Hani

haha.
jom makan ketam beramai-ramai.
XB

..hizamirahim.. berkata...

@m0re chipz , m0re fuN

insha Allah.
kalau ada duit lebih, nanti zami gi langkawi ye.
XB

Nisa A. berkata...

warrggghh!!
sodap bonar tuh!! hahaha~

..hizamirahim.. berkata...

@AfiQ

siriyes ?
rugi betul.
XB

..hizamirahim.. berkata...

@nizam

tu ah.
kalau senang makan ketam, mesti tak rasa nikmat makan ketam.
hehe.
XB

..hizamirahim.. berkata...

@Nisa A.

sodap gile !!!
jemput makan.
XB

Mra Mastura berkata...

allergic seafood. tapi makan jugak. tanggung je la sakit lepas tu~ haha.

tak reti berenang ke?

..hizamirahim.. berkata...

@Mra Mastura

tak.
haha.
okay. fine.
dah malu ni.
T.T

cancerGreen berkata...

nampak sedap!:D
tapi malangnya saya x makan semua jenis seafood :(
malang2..T_T

..hizamirahim.. berkata...

@cancerGreen

wah.
siriyes ?
tak sangka ramai yang tak makan seafood.
XB

Fariq berkata...

pergh,, meleleh gua baca bende ni,,

..hizamirahim.. berkata...

@Fariq

apa yang meleleh ?
air mata ke ?
haha.

Mra Mastura berkata...

@..hizamirahim..

leks ah. orang pun tak reti berenang~ tettt

DanieL AdiE berkata...

KETAM!! BEST2!! MY FAV!!

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/miracle-does-exist.html

J.M.R berkata...

xde kaitan..ko tak perlu berenang utk tangkap ketam tu..pegi tesco ppn ada k...:-p

Roxy zai berkata...

ketammmmm...sedapppppp..nak ketammm woo!!='(

cancerGreen berkata...

ini siriyes..hehe:D
tekak x boleh terima, kalau TERmakan kompem muntah balik.
heeee:D

SyahmiFikri berkata...

yerp2.. serius.. sotong goreng tepung mmg masyukk.. hey serius kalu makan c2 murah jer ikan bakar.. rugi tak makan..

dilla adilla berkata...

adehh... tgk ketam ngan sotong time2 camnie... lapor den.. haha

Zuewairy berkata...

betul.. kuala perlis wajib singgah

Nisa A. berkata...

hahahah zami lah belanja eh eh eh :)

momochan berkata...

aiseyy nape zami tak try segala siput tu takpun yang rupa sejibik macam mentadak?hahaha momo geli nak makan tu..

sekali makan harituh rm100 lebih kot melayang.fuhhh T___T kempis poket.tapi sangat berbaloi kenyangnye huhu

ardinihumaira berkata...

tolong pesan kat dni 30 pinggan!

aliesha kirana berkata...

hoyeah! sabtu nk pegi kuala perlis..hahaha..nak melantak juger ah!

Ryu Hazmie berkata...

saya tak menangis okeyh!! ketam tuh yang menangis.. hahahah!!

Ain Atika berkata...

adooiii kenapa siksa jiwa raga i??? okay menu hari ni ketam masak berempah..=p

arep_lockermonth berkata...

sedap! sedap! tapi ohtidak! alergik meh!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com