Jumaat, 10 Disember 2010

Inilah Padah Akibat Tidak Peka Dengan Persekitaran


"Eh. Mata kau merah. Kenapa ? Macam ada berair sikit.  Kau pakai contact lenses ke ?"

"Tak. Eh. Ha ah. Aku pakai."

"Oh. Patut la. Biasa la pagi pagi macam ni. Mata tak selesa lagi pakai contact lenses. Aku pun selalu macam tu. Kalau pagi pagi pakai contact lenses, mata macam tak berapa nak selesa. Kadang kadang jadi merah, berair. Tapi lama lama okay la tu."




Adeh. Sengal gile. Kau nak tahu kenapa ? Aku tolong hantar kawan aku ni gi stesen bas. Dia nak balik kampung. Dah cuti semester kot. Nak buat apa lama lama kat kolej kediaman ni kan? Takde faedah pun. Lain la kalau kalau kolej kolej kediaman ni ada lombong bijih timah. Boleh jugak aku cuba cuba mendulang bijih timah. Erk. Abaikan. Aku je tak reti nak balik sebab busy dengan latihan sempena FEStKUM. Sebab tu dok menempek kat kolej kediaman ni lagi. Eh. Kat kolej kediaman ni dah takde siapa siapa pun. Kalau ada pun, boleh kira dengan kalkulator jari. Aku pulak tinggal sorang sorang kat rumah ni. Seram tak ? Ek eleh. Tak seram langsung. Cehhh ... Ni ayat cover line supaya nampak macho. =.=


Okay. Aku dengan kawan aku tu sama sama semester 7. Maksudnya, semester depan dah tak belajar kat kampus lagi. Kitorang praktikal semester 8. So, kira semester 7 ni last kitorang sama sama. Lepas ni, dah tak jumpa budak budak kos, budak budak rumah, budak budak kolej kediaman, budak budak junior dan macam macam lagi jenis budak budak. Eh. Boleh je kalau nak jumpa lepas ni. Tapi perasaan dia dah tak sama macam masa study dulu. Okay. Kita kembali ke sri pentas. Boleh ? Haha. Kawan aku ni baru je salam salam budak budak rumah dia. Lepas tu, dia naik kereta aku. Kesimpulannya, dia tengah sedih nak nangis la ! Sebab tu mata dia merah. Sebab tu mata dia berair. Aku pulak boleh tanya dia pakai contact lenses ke ? Paling penting, aku dengan yakin beriya-iya cerita pasal contact lenses kot. Adeh. T.T


potpetpotpet : Terlajak perahu boleh diundur ? Eh. Kalau takde dayung, tak boleh jugak nak undur. XB

24 ulasan:

+d.O.Y.A.h+ berkata...

hahah. semaddd :P

najihah sahami berkata...

sengal la zami..
cian member tu..
aihh..
:D

ainakhani berkata...

apekah. ingat dia yang pakai lens . hahahaha xD

Puteri Iqa Izyan berkata...

lor.ade kat kolej lagi upenye. huhu :P

haa.berlagak ye.sekali ade hantu betul baru tau. haha :P

AfiQ berkata...

hayoooh!! erkk.. sila peka ngan persekitaran yek.. hehehe.. pandai lak ur fren cover line.. hehehe

nurayunni berkata...

adoi..igt pe tdi...

Yatre Hayati berkata...

wah..dah alami semua itu. sedih seyh :(

Syazwana berkata...

keh keh keh
sengal~
xD

zixol berkata...

oh my(trademark zamie)..
sedih la nk berpisah..tringat lak zaman2 blaja dlu..

Fariq berkata...

hahaha,, skali slh cite,,
xpe2 next time kene alert skit,,

NuR 'aQiLaH berkata...

oh no.
teringin jugak nak pakai lens.
tapi penakot yang amat
huehuehue -_-"

nizam berkata...

hahaha...kwn tengah touching,buat selambe jew,boleh tnye pkai lense lagi tpi I like

kembatolo™ berkata...

ko betol2 tak tahu or ko buat2 tak tahu zami? adeih~

mr.syazwan berkata...

jauh merewang ye

haha

nak cite contact lenses tpi dok cite

festkum ye.. haha

practise make prefect!

cimut munniey :) berkata...

moral! jgn pakai CL! :D

adrinaqamarina berkata...

zami pakai CL ke?

haha. mata masuk habuk la tu.

DanieL AdiE berkata...

hahaha....agak sengal disitu..xpe2..
zami,,dayung xde, tgn kn ade...

insyaAllah..bole undur..tp, kene gigih la..

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/my-15.html

ardinihumaira berkata...

pakai spek cem dni ni haaa ;p

chittysarah berkata...

hahaha~~
cover macho penting!
lalalaa~~

mR.sYaH berkata...

xperlah.. skurg2 member kau leh cover sket touching dia.. heheh..

xde dayung guna tgn jer.. hehe..

cutenote berkata...

Hahahaha :D .

snf berkata...

dia tamau buat aksi tragis touching kaw2 yg tol.nt ngan awak sekali ikot tragis.

hana banana berkata...

i'm staying in KHAR ALSO!!!!

::FAIZ FARISH:: berkata...

ini cerita 3 dlm 1... hehehe

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com