Selasa, 28 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 2



Aku, Adie, Qarl dan Amir Rayyan seterusnye meneruskan pelarian ke Hadeeja Cafe. Jeng jeng jeng. Ni la hadiah misteri tu kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Qarl treated us lunch kat situ. Sebab tu kitorang terpaksa belah awal masa kat Times Square tu. Bukan mengada-ngada nak belah awal okay? Oh. Hadeeja Cafe ni owner dia Deja Moss. Kenal tak siapa Deja Moss? Ngeee ... Aku dengan Adie ni kira first time ah memijakkan kaki kat lantai Hadeeja Cafe tu, kat Ukay Perdana.








Aku suka gile dengan kek lapis sarawak ni. Lagi lagi yang warna pink tu sebab dia ada tambahan oreo. Kalau kau nak tahu, aku memang minat gile dengan oreo. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku ulang dialog ni. Macam best mungkin? Memang terbaik ah rasa dia! Siriyes. Siapa tak cuba kek lapis sarawak kat sini, rugi beb.






Aku pilih laksa sarawak. Adie pilih mee kolok. Qarl dan Amir Rayyan pilih nasi tomato. Secara kesimpulannya, laksa sarawak paling best! Haha. Padan dengan muka korang. Ngeee ... Sebenarnye, Qarl yang cadangkan laksa sarawak tu. Qarl dah banyak kali datang situ. Kira Hadeeja Cafe tu dah macam kantin sekolah bagi Qarl. Boleh? Haha. Aku nak tanya ni, siapa suka awek sarawak? Eh silap. Siapa suka laksa sarawak? Jom angkat tangan beramai-ramai sekarang. Dah angkat belom? Aku tengah angkat tangan la ni! Kalau kau nampak la kan. =.=






In the meantime, Amir Rayyan ajak Wan Fuuyoo datang lepak lepak kat Hadeeja Cafe ni. Nak tak nak, Wan Fuuyoo pon mendatangkan diri dengan muka teeettt ... Haha. Nasib baik Wan Fuuyoo ni ada sekali. Tak pasal pasal suasana kat Hadeeja Cafe terus meriah, dah macam kat pasar borong maidin je aku rasa. Takde contoh lain dah? Eh. Part ni paling best. Apa yang best? Kitorang boleh pulak borak borak pasal dunia blog kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Okay. Fine. Ni kali ketiga aku ulang dialog ni. Masing masing mengeluarkan hujah hujah bernas lagi berpatutan. Seronok gile kalau kau nak tahu. Erk. Dah dah. Aku takkan ulang dialog tu lagi okay? Adeh. Kitorang makan makan tak sampai dua puluh minit pon, dah habis semua. Siriyes. Kitorang lebih kepada sesi borak borak tu. Agak lama jugak ah, nak dekat satu jam mungkin? Hehe. Entah bila nak borak borak macam tu lagi kan. :')




For me, Hadeeja Cafe ni memang berbaloi-baloi for those yang bunting (bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti keladi bunting) dan mengandung (bagi manusia) lalu mengidam nak makan kek lapis sarawak. Hehe. Decoration dia pulak tampak kemas dan menarik. And I give four stars out of five! Eh. Tiba tiba Qarl ajak kitorang gi tempat lain pulak. Ada aktiviti lagi nampaknya. Adeh. Ada apa lepas ni?


potpetpotpet : Berdebar-debar pulak tunggu sambungan ni. :P

20 ulasan:

Misshy Innz berkata...

zami plak berdebar eh ?
hehe xD

Qarl berkata...

motif la u yg berdebar! haks

u shud try MEE JAWA pasni.. tu no.1 dlm list Qarl if g hadeeja

dat day saje nk try nasi tomato sbb recipe baru kan

Mra Mastura berkata...

kek lapis sarawak sedap! tapi xpenah agy mam yg ade oreo tu T.T

bdebar2 tggu smbungan walaupun mcm tahu je ape jadi lepas ni.. tett

Nisa A. berkata...

wowww suke laaaa kek lapis sarawak!!
nak ckittt. hehee~

Amir Rayyan berkata...

kek lapis sarawak fav i...hehehe..

little ain berkata...

kek lapis sarawak yang telur tu rase die sangat yuckss.

kalo oreo memang best :)

ahmad jo berkata...

tarik nafas dlm2 n hempus slow2, baru ilang berdebar tu :D

Fariq berkata...

fuyoo.. best giler tu,,,
dari ts terus ke ukay perdana,,
orang de kete la katekan,, ngeh3x

kembatolo™ berkata...

aku suka awek serawak wei.. hahaha

Zuewairy berkata...

wow.. bestnya~ makan-makan lagi ya zami:)
tak pernah lg g situ..

Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca komen ni. Bluwek! Haha.. opssst! ngeh2..

Rara Nasiha berkata...

terliur aku tengok kek tu. :)

mR.sYaH berkata...

aduh sedap betul tgk.. dh r tgh lapar ni.. aku xprnh makan laksa sarawak.. makan laksa pahang jer.. eheh..

FarhanaDr berkata...

KANDA WAN!!!! Tembammmmmm.. Keh keh keh.. Saje jek nak kasi berapi sket kanda wan.. :p

Zami.. 3 kali pengulangan dan penekanan dialog yang berkesan.. Sampai abes bace, dalam pale ingat dialog tu jek.. Kalau tak nak tahu pun, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni.. Hahahahaha.. :p

P/S: Apekah dasat sunggoh sampaikan dah jadi kantin kepada Qarl ye.. :p

ainakhani berkata...

oh ade ea kek lapis campor oreo?

ika honey bunny berkata...

aaa drooling nengok gambar laksa sarawak tu.

Imzainieyzulkipli berkata...

warghhhhhhh best lah.nnt mahu pergi khadeja cafe!

mr.syazwan berkata...

menurut apa yg kamu tulis ni

firasat saya mengatakan lagi MERIAH kot di restoran Hadeeja kan!

drpd di TIMES SQUARE tu kan

haha

=_=

Puteri Iqa Izyan berkata...

kek lapis ade oreo?
wow.konpem best :P

DanieL AdiE berkata...

best2! mknn best n harga pon berpatutan....

SANDRA AZWAN: Fashion Designer berkata...

KEK WARNA-WARNI TU MACAM SEDAP JE...GULP!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com