Isnin, 27 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 1

Hai. Kita kembali dalam rancangan ada apa aku nak cerita ni. Walaupun takde apa apa sangat, korang cari la apa apa yang boleh jadi apa apa. Erk. Okay. Fine. Merujuk kepada entri sebelum ni, aku gi KL semalam. Aku lepak lepak dengan Adie, Qarl dan Amir Rayyan. Takde maknanye aku nak gi KL laju laju (sambil sambil cuba menunjukkan isi dompet kat kau, masalahnya, kau nampak ke?). Adeh. Ni gara gara Qarl  nak bagi hadiah misteri kat kitorang la ni, sempena dengan contest dia hari tu. Apa yang misteri sangat tu? Jeng jeng jeng.


Qarl ajak gi gathering kat Times Square kol 10 pagi tu. Aku pulak dari Melaka. Sah sah la aku gerak awal awal pagi, iaitu kol 8 pagi. Adie pulak gerak lagi awal daripada aku, kol 6 pagi mungkin? Entah apahal semangat semacam je ni. Duh. Aku dengan Adie drive dari Melaka sampai Seremban je pon. Kat Seremban, kitorang naik helikopter, terus gi KL. Siriyes aku tipu kau. Haha. Kitorang naik tren la. Malas nak drive. Lagipon, Qarl kata naik satu kereta je. Tak perlu lima enam kereta, walaupun kitorang empat orang je? =.=


Sampai kat KL, dalam kol 10.30 pagi kalau tak silap, kitorang dijemput oleh Qarl dan Amir Rayyan. Cehhh ... Dijemput tu yang mahal. Kau pernah? Aku cakap kat kau yang tak pernah. Kalau kau dah pernah tu, aku tak cakap kat kau. Haha. Lepas tu, kitorang serbu Times Square, nak join gathering kejap. Saje saje nak tengok siapa ada kat sana. Hurmmm ... Kelihatan ramai blogger yang datang. Aku pun tersiput-siput malu. Errr ... Aku pon tak banyak cakap masa tu. Biasa ah. Baru first time jumpa kot. Masing masing bajet sopan santun. Nak kentot pon kena tahan beb. Cover sikit. Nak nak, ada ramai awek cun kat situ. Kan Milimilo? XP




Mula mula aku tak tahu nak buat apa sangat. Ada lagi blogger yang tak sampai sampai. Sementara nak tunggu dorang, kitorang bergambar secara beramai-ramai. Konsep dia macam nak amek potret keluarga. Okay, semua jangan bergerak, nak amek gambar ni. Senyum. Boleh? Lepas tu, kitorang memulakan sesi ice breaking pulak. Dan masing masing mula memperkenalkan diri. Aku cakap apa?

Nama Hizami Rahim. Blog www[dot]budaklelaki[dot]com.

Tu je ah. Tak reti aku nak cakap banyak banyak. Tak pasal pasal nanti kena boo dalam bulatan. Oh. Kitorang buat bulatan masa sesi ice breaking tu. Ingatkan nak buat bentuk sfera, tapi sorang pun tak tahu konsep sfera tu apa. Boleh? XD







Dah habis ice breaking, kitorang main bowling pulak. Ngeee ... Dah lama tak main bowling ni. Haha. Dan dan mengaku dah lama tak main bowling, padahal nak guna sebagai alasan kalau balingan masok longkang. Bijak kan? Eh. Kitorang sepatutnya main dua game. Tapi kitorang tak habis main pon sebab kitorang nak gi tempat lain pulak lepas ni. Ingat lagi hadiah misteri? Hurmmm ... Tak sempat nak beramah mesra dengan semua blogger. Sorry. :'(




Aku tak amek gambar banyak banyak pon. Ye ah. For your information, aku amek gambar guna phone je. Siriyes. Segan seyh, lagi lagi bila ada orang pegang DSLR. Gile tak sanggup aku nak keluarkan phone. Sebab tu aku tak berkesempatan nak posing dengan semua blogger. Adeh. Ada sesiapa sanggup bagi aku DSLR? Okay. Fine. Permintaan mengada-ngada yang boleh mengundang penampar di pipi. Eh. Aku dengan Adie, Qarl dan Amir Rayyan gi mana pulak ni?


potpetpotpet : Seronok gile.

31 ulasan:

Qarl berkata...

ho ho ho

ade part 2 pulak...

siyes cm tgh baca coretan perjalanan dlm paper plak..

kite bersambung di lain hari

Nisa A. berkata...

waaaa seronok nye gathering.
nak join jugakkk :D

Fariq berkata...

pergh smlm dpt jumpa zami terasa macam jumpe artis,, ngeh3x..

Amir Rayyan berkata...

byk berjalan..eh jalan ke??hahahaha

Shag berkata...

Macam novel pulak ada part part ni. Kiki :P Cepat update, nak baca neh! LOL~

Zue Zoey berkata...

tak aci tau blah awal. next time, tunggu sampai habis. boleh? hahaha... ;p

Zeeqa ~ Ajie berkata...

wahhh..syoknya gathering..
hukhuk.. T__T

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

walawehhh..seronok weh gader2 cm ni..

iszieylyanziy berkata...

gathering 26 hb,,cam best..,.jelesnye

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

bila kita nak jumpa plak ni?

keh3.. =P

momochan berkata...

alaaa arituh xdapt g ts.sob sob sedih kot da ramai blogger g.haih -,-"

farhana_aziz berkata...

lama tak jejak kaki kat times square.
masa teman tapi mesra ngan enchik suami selalu dating kt times square..=)

Imzainieyzulkipli berkata...

warghhhhh best!

LORD ZARA 札拉 berkata...

hehehe,...

ada ekspedisi ya dear?

=)

Dosh Saleem berkata...

perghh..seronok2.hehe

cOnfuSeME berkata...

xdapat nak join gathering sebab de kelas..geram je...huhu

Haziq Yaacob berkata...

Teringin nak pergi gathering nih ke hapa ke..tp takut segan dan takut tak reti nak bawak diri..

ainakhani berkata...

wah gathering je memanjang ye!

ardinihumaira berkata...

conot ah zami leh kua jumpa dey ol... kat kelatey kurang benda2 gni.. ado hari tu pun dni ado kelas tak dapat pegi. sob sob... nak jumpa miss lolly tapi miss lolly ta layan.. <-- eh konterobesi lak. larikssss

DanieL AdiE berkata...

hahaha..sgt pnjg ye..
kite sgt2 gigih kn zami...huhu

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/hadiah-misteri-project-qarl-15.html

milimilo berkata...

tapi serius yang paling smart semalam, jejaka metrosexxual 4orang ni ah.dgn kemeja kasut sume.wow.tengok dr jauh jela nk tegur segan sbb xcukup metrosexual.LOL ;D

Ery Farieha berkata...

zami !!!
x sempat jumpa
sbb ery dtg kul 2 :((((

kembatolo™ berkata...

fuiyooh~
macam artis ko tulis entri ceni la zami..
eh bukan zami, budak lelaki sebelah pintu..
hahaha

najihah sahami berkata...

zami ni blogger paling banyak join gathering rasanya. hehehe

mr.syazwan berkata...

F
U
U
Y
O
O
O

berapa part ni??

dimana letaknya part saya??

=_=

ayie berkata...

tetap meroyan ambil gambar.haha

ijat_asni berkata...

tahniah~

nurayunni berkata...

wah,,hensem boy....

Eazy Izzuddin berkata...

bilakah part dua akan datang??
hehe
xD

Puteri Iqa Izyan berkata...

hahaha.. syok gila baca entri nih..

btw, kalau bawak DSLR tapi tak tau guna, haprak jugak *kate kat diri sendiri*.haha

ADfeez berkata...

boling kt situ sucks kan????

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com