Khamis, 13 Mei 2010

Nak Jugak Nak Jugak.



Okay tak habis habis lagi pasal Ben Ashaari ni. Wakakaka. Bantai je la. Agak agak macam obses pulak dengan dia jeng jeng jeng. Well he wants info yang menarik tak kisah la pasal apa apa pun. Maka aku pilih entri ni berkaitan kau, aku dan dia. Semua orang ada terlibat sila jangan pura pura tak nak mengaku sebab aku lebih tahu katanya. Okay okay. Wahai Ben Ashaari terimalah info menarik tentang kentut ya semata mata tentang kentut. Sila baca sambil tahan kentut. Ops.


Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri daripada sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptan akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut contohnya telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar. 


Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran pada pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot pada dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung.


Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakan kentut ialah daripada hirupan udara yang terdiri daripada nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor dalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Kentut keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Satu lagi ialah kentut dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tidak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi adalah busuk. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, silent-but-deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat. 


Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, kentut akan hilang ke persekitaran. Namun kentut terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau apabila keluar tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.




potpetpotpet: Siapa dah hafal semua ni jangan malu malu angkat punggung. Wakakaka.

33 ulasan:

  1. hahaha..pasal kentot..lawak tau..

    anyway hope terpilih la ye..gud luck!!

    BalasPadam
  2. haha memang rare la nak jumpe info pasal nih. hihihi maybe ade peluang. semoga dipilih info nih. :D

    BalasPadam
  3. haha... aku tgk bahagian label ko yg paling tak tahan nk gelak... memang original rare la...

    gud luck k... ;)

    BalasPadam
  4. Macam kelakar tetapi sebenarnya info...

    BalasPadam
  5. agak2 nak kentut tu di kawasan ramai tu, kenalah jauhkan diri siket haha

    BalasPadam
  6. ku pernah baca pasal kentut ni
    kekeke

    BalasPadam
  7. salam singgah.
    Wah info menarik..keep it on..:)

    BalasPadam
  8. entri ni mmg sgt berinfomasi...hehehe god luck

    BalasPadam
  9. alynn:
    ahha.
    tak perlu dipaksa.
    ;)

    BalasPadam
  10. kentut itu adalah satu nikmat yang paling best taw.. cuber bayangkan Allah swt tarik nikmat kentut itu...

    oleh yang demikian.. hargailah kentut itu...

    keh keh kehh...

    weii betul apa kan.. cuba bayangkan kalau kamu tak kentuttt sehari... perrgg bisa sakit perut goling goling weeiihhh...

    jom singgah blog mimie plak... hehehehe

    tgk saya merepek apa plak kat situ.. hihi

    BalasPadam
  11. DD:
    sangat sangat fabulous.
    ;)
    ahha.

    BalasPadam
  12. azieazah:
    ya.
    tu kebenaran.
    ;)

    BalasPadam
  13. aly:
    ahha.
    kena check makan apa tadi.
    nak pastikan kentut jenis apa.
    ahha~

    BalasPadam
  14. joe:
    really?
    ;)
    that's okay.

    BalasPadam
  15. marsha:
    thanks dear.
    wah.
    kembang kembang dah ni.
    ;)

    BalasPadam
  16. hawa:
    trimas cik hawa.
    ;)

    BalasPadam
  17. mimie:
    betol tu mimie.
    setuju.
    ;)

    BalasPadam
  18. hehehehe, suka lak baca entry ni.senyum sorang2.hehehhe

    BalasPadam
  19. xabis2 la pasal kentut.. adoi..

    BalasPadam
  20. kentut adalah satu exercise!!! hahaha

    BalasPadam
  21. Kalau orang asik nak terkentut knape pulak? otot kurang kuat? hehheh..

    BalasPadam
  22. wah kau..dasat..terus masuk 2....

    BalasPadam
  23. Congrats!! sebab dpt pilihan blogger ari ni kat Ben Ashaari. mlm tadi nk hantar gak. Tapi bila nk link Url entry. Blog en ben kita tak boleh bukak!! Frust!! Btw kentu pn ader kentut panas ke? Hahaha :)

    BalasPadam
  24. baguih info neh! lol

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com