Jumaat, 14 Mei 2010

Merepek Dan Merapu Serta Meraban.

Ben Ashaari lagi jawabnya wakakaka. Nak tahu kenapa sila klik di sini okay. Budak Lelaki Sebelah Pintu berada dalam kategori kuning iaitu warna diraja maka dengan ini bercita cita nak masuk kategori emas dan kemudian kategori merah pulak. HohO. Cerita bermula...


Munah membuka langkah lalu lari dengan pantas ya pantas macam lipas kudung vrooom vroom vroom okay aku tahu tu bunyi motor tapi bantai je la. Munah lompat pagar Munah lompat longkang Munah langgar tiang Munah langgar lori. Munah tak sempat nak pandang semua tu kerana apa yang penting selain kerjasama ialah Munah kena cepat  bak kata pepatah biar lambat asalkan selamat. Munah dengan semangat lalu ku redah onak duri dan lautan api kemuncaknya ingin ku tawan aku jelajahi oooh okay Munah tak sempat nak habiskan lagu tu sebab Munah akhirnya sampai ke tempat kejadian. Oh dekat je.


"Kak Nab hoi Kak Nab ada tak kat rumah ni? Perlu ke nak membuta tengah tengah malam ni dah cepat cepat buka pintu cepat."

"Kau apahal Munah? Kau nak kena sumpah jadi ulat beluncas nak nak nak? Dengan ini diumumkan telah masuk waktu sembahyang Zohor dan kau buang tabiat pakai cermin mata hitam apahal? Tak pasal pasal tengah tengah malam jadinya."

"Ops. Aku nak minta tolong ni kau ada megi perisa tom tom yam tak? Aku lapar gila ni. Selain itu kau tahu tak muka aku dah ada kedut kedut fuhhh aku memang pantang betul. Aku dah cuba gosok muka kat dinding dan aku pon dah cuba seret muka kat lebuh raya tapi tak hilang jugak kedut kedut tu kau bayangkan."

"Small matter la Munah. Jom tengok ni."


Kak Nab secara slow motion membuka laptop lalu melayari internet dan kemudian dia pergi ke laman sesawang milik Ben Ashaari. Munah pon menguap secara slow motion sebab apa pulak aku pon tak tahu la. Kak Nab terus klik iklan ni tanpa rasa was was.

Dan Kak Nab tekan banner yang ada bau bau bacang dengan hal hal kulit ni. Jeng jeng jeng. Kak Nab pon pilih barangan yang dia nak lantas apalagi Kak Nab terus menerus order segala barangan. Eh eh tiba tiba Munah pitam sebab terkejut betapa senang sesenang Alif Ba Ta maka tak sempat Kak Nab nak tunjuk  bersepah sepah barang barang yang ada termasuklah minyak wangi, produk aura, kosmetik/kecantikan kulit, pakaian/kain/tudung, pelangsing badan, minuman/makanan kesihatan, produk khas untuk lelaki dan wanita serta produk it.

Tak pasal pasal Munah terbangun.

"Kak Nab kat situ boleh order megi tak?"


potpetpotpet: Sekian. Cerita ni adalah rekaan semata mata dan takde kena mengena dengan Joyah, Bedah, Senah mahupun Rokiah sebab aku guna Munah dan Kak Nab sahaja. Sekian.

20 ulasan:

  1. miss si pp tembam:
    tak tahan betul nama.
    wakakaka.
    ;)

    BalasPadam
  2. aku rasa watak munah ngn kak nab tu mmg hidup..ko bg entry ni kat mana2 director kot2 dia leh create satu filem ker drama ker..khas utk hari raya..hahahah

    BalasPadam
  3. zulfadzly:
    ahha.
    thanks.
    okay okay.
    nanti aku hantar kat david teo.
    wakakaka~

    BalasPadam
  4. haha.. memang merapu, Zami.. watak Munah yg lapar maggi tetiba meroyan tu kan, rasa2 pelakon mana yg dapat hidupkan watak tu? Lady Gaga, kut? ahaha.....

    BalasPadam
  5. arn:
    ahha.
    mungkin jugak.
    bakal diusulkan kepada lady gaga.
    wakakaka.
    ;)

    BalasPadam
  6. haha ;0 yang last nak order megi tak boleh tahannnn

    BalasPadam
  7. ain:
    ahha.
    lapar katanya.
    ;)

    BalasPadam
  8. uuuu...
    mr buruk,
    of coz dak jahat pun nak join
    ^^ emas tu..
    priceless
    gud luck

    BalasPadam
  9. ain:
    ahha.
    tiba tiba.
    ya.
    sama sama good luck.
    ;)

    BalasPadam
  10. waahaaha extreme nye nak sampai kat tempat kejadian. uhuhuhu smoga terpilih ye. :))

    BalasPadam
  11. linda:
    ahha.
    thanks.
    ;)
    risau sebab entri ni lain berbanding the others.

    BalasPadam
  12. hehehe (gelak hegeh2)
    xthan jgn than tau
    huhuhu

    BalasPadam
  13. ahahaha..boleh pulak cik munah ni..adoi..

    ape2 gudluck la eh..semoga dpat masuk list emas dan dok kat list merah..

    BalasPadam
  14. miss si pp tembam:
    sila gelak gelak.
    ahaha.
    jgn menangis sudah.
    ;)

    BalasPadam
  15. cik sha:
    ahha.
    thanks dear.
    ;)

    BalasPadam
  16. KEH3~ kalau buat karangan SPM story ngarut ni agak2 dpat A ke A- yerk :P

    BalasPadam
  17. bella:
    dapat A+ kot.
    wakakakaka~

    BalasPadam
  18. lain kali namaku sekali wooo~

    BalasPadam
  19. cik zara:
    ahha.
    okay okay.
    ;)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com