Khamis, 13 Mei 2010

Kuku Kaki Kakak Ku Kok Kaku Kaku Kek.

Okay okay. Memandangkan aku dah takde kerja lain nak buat lagi maka tanpa membuang masa aku nak cerita pasal kuku jari kaki aku yang tertanggal dah lama dah. Fuyyoh. Siapa pernah tertanggalkan kuku jari kaki dia? Amacam best tak agak agak? Adakah sama macam kena gigit semut semata mata? Oh tidak tidak. Tapi sama macam kena pijak dengan anak gajah lepas tu kena langgar dengan lori dan kemudian kena sondol dengan badak sumbu lu fikirlah sendiri betapa sakitnya wakakaka.


Firstly aku nak story mory macam mana pulak kuku jari kaki aku boleh tertanggal ni. Aku comel masa tu sebab aku budak sekolah rendah lagi maka kau tahu tahap kecomelan aku lagi comel daripada lagu paling comel tu. Betol betol betol. Aku perasan macam tu tak tahu la orang lain tiba tiba terkezzzut mezzzut kata aku tipu bulat bulat nescaya sesungguhnya sila percaya. Sifat aku yang comel secara semulajadi telah merangsang tabiat aku supaya melompat ke sana dan ke sini tanpa hala tujuan sambil nyanyi nini cokelat celup celup celup celup nini cokelat celup celup celup celup rasa kacang strawberry sungguh enak sekali nini nini gedebush... Jeng jeng jeng. Ni babak saspen dup dap dup dap maka sila mula berpeluh dengan laju eh eh bukan menangis tapi berpeluh ada beza dua tu.


Kau pernah nampak tak rupa bentuk batu bata? Ala yang warna agak agak tak oren sangat tak merah sangat dan berbentuk kuboid tu? Tahu tak? Bantai je la angguk angguk tahu. Okay. Seketul batu bata tu terjatuh lalu menghempap bushhh kat jari kaki belah kiri aku. Apalagi aku terus menjerit key lagi tinggi daripada Black aku rindu sayang kamu tu seriously sakit nak mammm. Then sila baca dengan mata bulat kerana kuku jari tengah kaki belah kiri aku dah berdarah dan kemudian tertanggal maka aku sedih. Fuhhh... Sedap siot rasa lagi sedap daripada kertas eh eh siapa pernah makan kertas oh aku tak pernah lagi setakat ni.


Tak pasal pasal jari kaki tu dah takde kuku. Kesian. Tapi dah agak agak lama lepas tu alhamdulillah kuku yang hilang tu tumbuh balik sila tepuk tangan kuat kuat sebab happy ending ni wakakaka. Sekian. Harap maklum.


potpetpotpet: Kuku kaki kakak ku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakak ku hamek kau.

31 ulasan:

  1. kuku jari dni pernah tercabut masa tersepit pintu keta. hukhuk... saket tahap max time tu.. siesly gerun tengok lari sendiri sebab macam togel tak ado kuku.. pas kuku tumbuh sempurna rasa lega.. syukur Alhamdulillah tercabut kuku je. kalo patah pape mak oiii.. saketnya kan

    BalasPadam
  2. dni:
    ahha.
    tahu takpe.
    kan kan kan?
    ;)
    dah lama kecil comel lagi masa tu.
    duh.
    wakakaka~

    BalasPadam
  3. adoii~ sakitnye.. sumi pun penah kena.. tapi bukan tercabut sndri.. sumi yang cabut kuku kaki tu..

    al-kisahnye sbb ibu jari kaki nih termasuk bawah pintu masa gaduh ngan arwah adik.. dia tolak pintu kuat2 than jari kaki sumi termasuk bawah pintu.. leh imagin tak?? hahaa..

    sejak tuh kuku jadik itam.. sumi geram tgk trus sumi cabut! skrg kuku dah tumbuh balik dahh.. :P

    sowi komen pjg~ ^__^

    BalasPadam
  4. comel+comot.. haha~ ;p

    BalasPadam
  5. aku pernah makan kertas, ada rasa pahit2 sikit, wakaka... (serious aku tipu)...

    P/s: kuku kaki aku pernah tercabut semasa aku brek basikal guna kaki... time tu kecik2 molek r... umo dlm 11 tahun, hehe...

    BalasPadam
  6. Hohoho.. Memang sakit.. Ape lagi kalau yg bela kuku2 panjang tu kan.. Hehehe.. Penah nengok orang patah kuku masuk emergency department kat hospital mnjerit melolong.. Mase nak cabut tu lagi laa.. Pergghh.. Menggegar dunia.. Adam dan Stacy.. Dahsyat sakit..

    BalasPadam
  7. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..mestyseronok perasaan kuku tercabot
    ^_______________________________^


    eleh,pernah rasa jugak lah..
    kuku jari tangan...

    huu...rasa cacat sangat sementara tunggu nak tumbuh balik,,,

    biaselah tersepit pintu kete :o

    BalasPadam
  8. kuku tercabut...!!wahhhh..ngeri..erkkk..kiter pon hampir tercabot..hampir jek lar..itu pun separuh nak mammmm punya saket..huk2..

    BalasPadam
  9. aisumi:
    wow.
    cabut sendiri.
    lagi dahsyat wo.
    ahha~
    ;)

    BalasPadam
  10. aida:
    ahha.
    alamak.
    comot?
    belum lagi.
    wakakaka~

    BalasPadam
  11. daus:
    wah.
    tak sangka ramai jugak pernah tanggal kuku kaki.
    ahha.
    ;)

    BalasPadam
  12. farhanadr:
    ahha.
    sakit betol.
    fuh.
    sian orang itu.
    cik farhana ke yang cabut kuku dia?
    ahha~

    BalasPadam
  13. fatin:
    ahha.
    betol betol.
    rasa macam cacat sikit.
    ;)

    BalasPadam
  14. bambam:
    ahha.
    tahu takpe.
    duh.
    ;)

    BalasPadam
  15. adoila..mesti sakit sangat..tak dapat dibayangkan..huhu..nasib bek tumbuh balik, kalau tak cacat la budak comel tu

    BalasPadam
  16. erk, i think i know mcm mana perasaan nye kuku tercabut. huhuh dulu mase kecik tersadung kaki kat batu kuku ibu jari tercabut separuh. oh men sakit gile. -,- haha

    BalasPadam
  17. kniedaz:
    ahha.
    tahu takpe.
    ;)

    BalasPadam
  18. linda:
    yep.
    sakit gila!
    ;)

    BalasPadam
  19. kenapa aku macam nampak kembar haikal kat ko?iskk. tak pe lah.aku emo sangat kot. btw,terima kasih buat aku senyum.

    BalasPadam
  20. Must be damn hurt!!. Nak bayang pn tak sanggup. Lain kali tak pyh nk gedik2 nyanyi lagu nini coklat celup..Hahahah. Btw kuku yg tercabut boleh tumbuh balik ke? bkn ke permanent mcm tu?

    BalasPadam
  21. kasih:
    ahha.
    siapa haikal?
    ;)

    BalasPadam
  22. zulhilmi:
    boleh.
    sila cuba dulu.
    ;)

    BalasPadam
  23. mak aihhh mesti saket gilerrrss~

    BalasPadam
  24. pnh gak alami..huhuhu..time men futsal..pergh..mmg sakit x hengat dunia la..ngis wawawawwa gak kt situ..ngeeee..tp tidak la smbil nyanyi lagu nini cokolat celup2 tu..gagagagaga

    BalasPadam
  25. nisa:
    gila sakit.
    wakakaka.
    ;)

    BalasPadam
  26. nurul:
    ahha.
    eh eh tu nyanyi masa sebelum berlaku.
    ahha.
    ;)

    BalasPadam
  27. uihh!!!
    ku suka cabut kuku kaki..
    hahaaaa

    BalasPadam
  28. ho3..han prnh gak lah maser skull rendah dulu..best jugak lah...haa3..but tak mau berulang semula~~

    BalasPadam
  29. hans:
    ahha.
    yep.
    ;)
    tapi mana la tahu tiba tiba berulang kembali.
    wakakaka~

    BalasPadam
  30. comei nye kaki...hihihihihihi

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com