Hey Lelaki! Ketahui Tanda Tanda Bila Wanita Menyukai Kamu.


1. Sentiasa berada dalam radar

Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan. Setiap kali anda online melalui MSN atau Yahoo! Messenger dan si gadis menegur, ini bukan sekadar being polite! Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula dengan mengatakan dia stalker anda pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia! 

2. Gerak badan

Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia. 

3. Sentiasa available untukmu

Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia menerusi chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu. 

4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu

Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu! 

5. Dia tidak lupa hari pentingmu

Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.

Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti.


potpetpotpet: Wakakaka. Tiba tiba berminat dengan artikel ni. Buang tabiat betol.

Boleh tekan like kalau rasa macam best! :)

43 budak main dekat pintu:

FarhanaDr on Mei 08, 2010 berkata...

Ooopppsssss.. Terasa plak di sini.. Ekekeke.. ;p

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

farhanadr:
ahha.
alamak.
nak rampas title doktor cinta ni.
ahha~
;P

[Reply to comment]
kasih on Mei 08, 2010 berkata...

no 2 ! aha. dua2 sy pndai tipu. padan muka budak yang kena tipu itu.

[Reply to comment]
Dauspozi on Mei 08, 2010 berkata...

wahh, stylo r doktor cinta... Aku dah start gatal balik nk cri awek padahal baru bawah umo, wakaka...

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

kasih:
ahha.
yeke?
;P

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

daus:
ahha.
bawah umur kah?
sure?

[Reply to comment]
AiDa on Mei 08, 2010 berkata...

Adeh... (-_-")

[Reply to comment]
aisyah ^^ on Mei 08, 2010 berkata...

mcm ne nak tau lelaki tu suke seorg pompuan?heeee~:P

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

aida:
ahha.
alamak.
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

aisyah:
alamak.
tak sempat nak buat.
nanti ye.
;)

[Reply to comment]
mie on Mei 08, 2010 berkata...

eh!!!
macam pernah terjadi ni...
hohohohoo

[Reply to comment]
izzad b* on Mei 08, 2010 berkata...

yeke?ahaha
bru tau!

[Reply to comment]
CircuitBreaker on Mei 08, 2010 berkata...

hoho...setakat ni out of radarXD

[Reply to comment]
M. Faiz Syahmi on Mei 08, 2010 berkata...

ko tulis sendiri ke artikel ni.?
ke edited version.?

sory untuk aku lah.
setakat ni satu apa pon xmuncul dlm hidup aku lg.

dalam radar xde,
gerak badan xde,
sorang pon xde nak available.
sorang pon xde yg banyak tnya soklan jeles2,
sorang pon xingat hari penting aku selain family n member terdekat.

hahaha.

[Reply to comment]
cik anis on Mei 08, 2010 berkata...

wakaka!
terasa sungguh bile bce entri ni..
penah TERbuat pulak..
hehehe..

[Reply to comment]
MissNafa on Mei 08, 2010 berkata...

wah..mcm dokter cinta.haha.
boleh kate semua betul :P

[Reply to comment]
Farah MR on Mei 08, 2010 berkata...

masalahnya boy tu lambat pick up..huahua

[Reply to comment]
Huda on Mei 08, 2010 berkata...

ehem2~ dah ade orang tunjukkan body language cenggituh ker?

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

mie:
ahha.
yep.
betol betol.
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

izzad:
ahha.
mungkin betol.
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

circuitbreaker:
ahha.
sure ke?
ke radar tu rosak.
hehe.
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

faiz:
edited version.
wakakaka.
eh eh takkan takde langsung?
hehe.
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

anis:
ahha.
alamak.
tahniah.
so how?
;)

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

miss nafa:
ahha.
doktor pakar cinta.
katanya.
wakakaka.
;P

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

farah:
ahha.
boy tu malu malu kot.
apakata cakap terus dekat dia?
huhu.
;P

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

huda:
hehe.
hehe.
hehe.
;)

[Reply to comment]
shaa bonitaa on Mei 08, 2010 berkata...

wahh,,taw taw aje! heeee :p

[Reply to comment]
Hizami Rahim on Mei 08, 2010 berkata...

shaa:
ahha.
entah.
tiba tiba tahu.
;P

[Reply to comment]
Adziim on Mei 08, 2010 berkata...

Masalahnya, sekarang bukan perempuan yang minat dekat lelaki sahaja yang buat begini.
Kawan perempuan pun ada.
Nak kata terlebih mesra tak tahulah. Sebab itu lelaki takut nak tegur, kan tanya,"awak suka saya ke?" buatnya perempuan itu kata," x lah"
Saya kawan baik awak je.
Frustt.

[Reply to comment]
nurul on April 09, 2011 berkata...

hebat doktor cinta ni...tp laki mmg susah nak paham prsaan si awek..

[Reply to comment]
AKMAL on April 17, 2011 berkata...

salam....cmne plak kte ak tau tanda2 seseorg lelaki tu menyukai pompuan...???sape boleh share?????hahahahahah......

[Reply to comment]
AKMAL on April 17, 2011 berkata...

sala...cmne plak tnda2 seseorang lelaki tu menyukai pompuan...hahahahha

[Reply to comment]
Any on April 18, 2011 berkata...

Mcm ada je signal ni... Cmne nk truskn lngkah nieeee adoiiiiii

[Reply to comment]
Mikah Lurima on April 25, 2011 berkata...

unsur yg i paling takut bila 'dia' cemburu tu... siyesz! *seriau

[Reply to comment]
najihah sahami on Jun 22, 2011 berkata...

kih kih..lambat lak baca post ni...aih....

zami, ade petanda org minat kat zami dh ke??auww..suka lettew~

[Reply to comment]
Nur Fannun on Ogos 22, 2011 berkata...

pmpuan mmg selalu ingt hari2 penting, tp lelaki yg selalu lupa..

[Reply to comment]
khalila ishak on Januari 12, 2012 berkata...

terasa~~ huhuu... tp skarg x lagi dah. =)

[Reply to comment]
X's on Februari 16, 2012 berkata...

aq xdpt petande pn pmpuan ske kat aq.. hohoho

[Reply to comment]
Cik Ummi on Mei 27, 2012 berkata...

kalau pompan tu memang jenis suke senyum macam mane?
hoho


Zami,I love you !


hahaha. direct btul. amacam, scary tak?? hahahaha

[Reply to comment]
manusia bodoh on Ogos 27, 2012 berkata...

Perempuan sial pasal kau lah aku onani...pasal kau juga lah aku menangis....takda perempuan takda dosa takda tangisan...

[Reply to comment]
manusia bodoh on Ogos 27, 2012 berkata...

A.d.

[Reply to comment]
mohd noer on September 20, 2012 berkata...

i like

[Reply to comment]
mohd noer on September 20, 2012 berkata...

ahaaaa

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...