Rabu, 5 Mei 2010

Fakta Menarik Tentang Kentut. Sila Ambil Tahu.

Dari mana datangnya gas kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca, udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. 


Apakah yang membuatkan kentut busuk?

Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan. 


Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada factor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihiduoleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita bolehbau pada masa yang sama kita kentut.


Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup.

potpetpotpet: Wakakaka. Atas permintaan ramai. Lol.

32 ulasan:

Qarl berkata...

oh

tidak!

Ery Farieha berkata...

menarek2
haha

ardinihumaira berkata...

wakakaka hizami! kamu minat entry kentot ya... musuuukkk lari... hizami kaver beliau ngah kentut tu sebenarnya.. miahahaha..


;p gurau je... kihkihkih peace!

mIsH IeRA cIK irAh berkata...

terasa nak kentut :|

Hizami Rahim berkata...

qarl:
sila jangan teruja.
ahha~

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

tq Hizami...kuarkan fakta ni..i like it!!! heheheh

Lelord berkata...

wehhh lagi best kalau bunyi kentut tu ko boh skali kat n3 ni..kikiki musti mcm2 bunyi ade

H@n$ Xy berkata...

kentut lagi...hermmm...preettt

Amanina berkata...

kentut tu sihat. hahaha

perondajaketbiru74 berkata...

bro klu tk nak kentut bau makan banyak fiber....

Akmar Anuar berkata...

sengal la kau buat entry macam nih..

sillyloo berkata...

wahhhh sggh detail nie info pasal kentut...nie nk try kentut kat tmpt lembap nie hahaha

kasih berkata...

aik. masih dengan entry kentut?
layankan jela. masuk blog ni sambil tutup hidung. ;p

syahirul.com berkata...

hahaha.. semat seh entri kentut ni.. tapi aku tertnya, nape wanita bila kentut tak berbunyi (terutama kat tempat awam) dan bila tak bunyi bau dia sgt busuk (mcm petikan atas).. haha.. slalunya laki kentut dengan selambe (tak busuk).. hahaha...

Fiq bukan satria berkata...

ini entri kentot palijng hebat aku penah bace.

haila~~

Hizami Rahim berkata...

ery:
menarik tertarik da bomb kebaboom!
;P

Hizami Rahim berkata...

dni:
tak baik tuduh tuduh.
ahha.
ke anda yang kentut?
jeng jeng jeng.
:P

Hizami Rahim berkata...

iera:
ops.
tak perlu beritahu.
malu nanti.
ahha~
;)

Hizami Rahim berkata...

hawa:
ahha.
just for you.
;0

Hizami Rahim berkata...

lelord:
ahha.
alamak.
tak sempat nak rakam.
duh.
isk isk isk.
;)

Hizami Rahim berkata...

hans:
ahha.
kali ni edisi full facts.
;)

Hizami Rahim berkata...

amanina:
ahha.
kan kan?
harus la sihat.
;)

Hizami Rahim berkata...

peronda:
ahha.
ya.
banyak sudah telan fiber.
gulp.
;)

Hizami Rahim berkata...

akmar:
ahha.
apakah?
ilmu pengetahuan.
;)

Hizami Rahim berkata...

sillyloo:
ahha.
alamak.
sila sila.
;)

Hizami Rahim berkata...

kasih:
ahha.
special edition.
;)

Hizami Rahim berkata...

syahirul:
ahha.
nanti aku tanya pakar kentut dunia.
jeng jeng jeng.
;P

Hizami Rahim berkata...

fiq:
ahha.
alamak.
copy facts from site.
;P

Aus MeLankoLik berkata...

aku dalam 6 tahun kentut 3 kali je baru , hahahak .

miss hav0c berkata...

hahaha gelak tergolek-golek..tu la korang..kentot tu nikmat..sebab tu aku suka kentott..sambil blogwalking tinggalkan kesan kentut..baru diingati ramai

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

tq hizami..nak copy leh bg kat orng...leh tak cpy?

Dauspozi berkata...

Thanks bro, nice info walaupun aku baca macam nak gelak jek... ni fakta yg patut org tau, asal citer pasal kentut je, mesti org akan cakap, xder mende lain ke nak cakap hah???, huhu... betul tak?

P/s: Perhatian, bro Hizami kentut paling busuk, ini fakta!!!... Sila percaya dengan hati terbuka... OMG!! LOL

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com