Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

10 ulasan:

FarhanaDr berkata...

Takmo masuk meminang cikgu ke? Heehee.. :)

P/S: Zara.. Cute..

H@n$ Xy berkata...

wahh...bersemangat zami...heee...cikgu zara yer.not bad..hhuhu

Nisa A. berkata...

wahhh pandai nye anak murid nih~ weehuhuhuu`

Hizami Rahim berkata...

farhanadr:
ahha.
aiyoh.
zami budak budak lagi.
haha.
;)

Hizami Rahim berkata...

hans:
ahha.
ya.
sangat sangat bersemangat kot.
;)

Hizami Rahim berkata...

nisa:
ahha.
pandai la jugak.
;P

LORD ZARA 札拉 berkata...

wah gitu~
habis gambar daku dicuri ambil ya?
hahaha~

tq2~
^^

Hizami Rahim berkata...

cik zara:
ahha.
tercuri pulak.
ahha.
sorry.
;)

ardinihumaira berkata...

hehehe kantoi zami ambik gambo... :P

Hizami Rahim berkata...

dni:
ahha.
tu la.
haish.
malu malu.
;)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com