Selasa, 20 April 2010

Lagi Berita Kematian. Kali Ini Bukan Artis.

Assalamualaikum.
Sahabat aku Shazuan kehilangan ayah kandung pada malam semalam.
Ayah dia telah meninggal dunia.
Tanggal 19 April 2010.
Ya semalam.
Aku bersimpati dengan keadaan dia.
Kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester bermula pada 22 April ini.
Beberapa hari lagi.
Aku berharap agar dia tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah SWT.
Amin.

Semalam aku bersama beberapa orang sahabat yang lain menghantar dia ke stesen kereta api.
Dia mendapat panggilan daripada ibunya.
Ibu menyuruh dia pulang.
Ke Pasir Mas, Kelantan.
Ayah dia terlantar sakit di rumah.
Lelah katanya.
Duh.
Belum sempat dia menjejakkan kaki ke rumah, ayah dia telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Innalillah.
Allah SWT lebih sayangkan ayah.
Sabar wahai Shazuan.
Ya.
Aku bukan orang yang layak untuk berkata tentang perasaan dia.
Sebagai sahabat, aku cuma mampu mendoakan apa yang terbaik buat dia.
Kita boleh menangis dengan dia untuk berkongsi kesedihan. Tapi kita tak boleh rasa bagaimana kesedihan dia. Kerana cuma dia yang rasa.


potpetpotpet: Berita kematian benar benar menginsafkan aku. Bila bila masa aku boleh diajak pulang. Bila bila. Bersedia atau tidak. Oh. Sahabat aku masih berada di Kelantan. Entah bila akan balik semula ke Tanjong Malim.

13 ulasan:

  1. takziah bt kawan ko..
    moga dia tabah menghadapi dugaan yg tuhan berikan ini..

    BalasPadam
  2. innalillah...semog rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  3. midbreaking:
    sama sama kita doakan.

    BalasPadam
  4. my atok sdara just passed away smalam.takziah to him

    BalasPadam
  5. Takziah...
    Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rhmat..
    Shazuan.. tu smua dgaan dari-NYA
    sabar ek... Gd luck 4 Final Exam..

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah
    takziah tuk shazuan n family..
    moge Allah permudahkan segala urusan
    .
    kematian itu pasti an..
    moge kwn2 byk2 la bg semngt..

    BalasPadam
  7. al-Fatihah untuk arwah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..

    BalasPadam
  8. tazkziah buat kawan hizami....

    ada ym tak? abg eq nak add

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com