Isnin, 26 April 2010

Elemen Seks Menjadi Pilihan Utama.

Oh. This is my opinion. Ya. Pada pemerhatian mata aku yang rabon kuasa ratos ratos ni, aku tengok entri yang mempunyai elemen seks menjadi antara pilihan utama para pembaca. Generally. HohO. Entah. Aku pon tak pasti kenapa. Aku pura pura tak pasti dan tanya tanya kenapa eh.


Mungkin elemen seks itu sendiri merupakan daya penarik yang hebat. Erk. Sama konsep macam serbuk penaik kot. Entah. Siapa yang tak nak baca kalau entri yang diselitkan mengandungi perkataan seksi, lucah, awek, bikini, kontroversi dan entah macam macam lagi. Semua orang nak tahu. Joyah. Munah. Bedah. Senah. Salmah. Limah. Dan lain lain ah lagi. Penggunaan perkataan perkataan tu pon secara tiba tiba dan mengejot telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para pembaca. Apakah? Siapakah? Bagaimanakah? Betolkah? Salahkah? Berdekah dekah? Oh. Yang last ni bukan spesies soalan.


Eh eh kadang kadang best jugak tinjau tinjau entri macam ni. Terbuka sikit kepala hotak. Takde la duduk sebumbung selantai sedinding selangit selangit selangit selangit selangiiiiiiiiiiit (credit to Mas Idayu) kat bawah tempurung bersama sama dengan katak katak. Betol tak? Ya. Lagipon kau ada kepala dan jugak hotak. Pandai pandai fikir la. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, ambil yang jernih buang yang keruh. Maka, sayangilah sungai kita. Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!

potpetpotpet: Aku pon pernah buat jugak entri guna patah kata konon konon panas. Sekali sekala. HohO. Eh lupa pulak. Jutaan terima kasih kepada Auntie B kerana sudi membuat kemunculan pada entri kali ni. Sayang Auntie B ketat ketat. Lantak.

14 ulasan:

ardinihumaira berkata...

err... dni segan nak wat entry macam tu. huuhu.. takat letak gambo cekci angelina jolie berani la :p

Dauspozi berkata...

haha, entri aku ler tu yg selalu masuk kategori lucah2... Awek Bikini Merah Dalam Swimming Pool, Seni Tatu Pada bahagian sulit wanita,... sume top kat GB...

Orang Melayu suka benda lucah2, pantang tgk perkataan seks, lucah, awek... sume dia klik...

Tak hairan la kalau yg buang bayi tu bangsa Melayu, betul tak?

Aku sendiri ngaku yg aku suka benda2 lucah tp tak la terlampau sampai surf Redtube/keezmovies... Opss! Kantoi...

Hizami Rahim berkata...

ardini:
ahha.
bagos la kalau malu malu.
;)

Hizami Rahim berkata...

daus:
ayok.
kantoi.
ahha~

kasih berkata...

lantaklah.
janji bahagia semua.
adeh, ayat tak menahan.

sonditx berkata...

ades, terpedaya sudah. ingat ada benda tentang seks td.

*menyesal*

miahahaha

Hizami Rahim berkata...

kasih:
ahha.
bahagia?
mungkin.
;)

Hizami Rahim berkata...

sonditx:
ahha.
alamak.
anda salah blog la.
apa apa pon, welcome!
;P

sugar2 kapas strawberry berkata...

yeah...x slh kot nk cite sal sex..
bg sy bnda ni umum kn?
tp xpyh la nk pk yg negatif..
just cite sal cth ny la kn..keburukn sex ke...kdg2 ad gak bku2 yg jual sal utk buat sex secara teratur ngn btl kn??my sis pon pnh beli...yg my sis beli tu cara2 nk buat mengikut islam la kn...so bnda ni sy rsa x slh . ;)
ni my opinion la kn

Hizami Rahim berkata...

sugar2:
ya.
tak salah.
;)

i'm shin... i'm inesen berkata...

shin tunggu entri naik menaik tu.. wat la lagik ek

Kujie berkata...

bertapis2 nak buat entri mcm tu...blgo dibaca oleh anak2, sedara mara, adik ipar, kakak ipar, biras..anak sedara... lagi pun kita bertanggungjawap ke atas apa yang kita tulis...jawap kat akhirat nnt

joegrimjow berkata...

wahwah
teguran dari kak jie tuu

huhu

AyuE berkata...

apasal aku kecewa bila baca blog ko ni.. aku mengharap sebelom klik taw...haha

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com