Ahad, 21 Mac 2010

Tentang Seorang Nenek.

Oh. Tadi ada seorang nenek datang.
Dia pakai baju kurung putih. Dia pakai selendang putih. Dia pakai kasut tumit tinggi putih jugak.
Dan dia mengendong sesuatu. Sesuatu sangat.
Nervous merembes rembes. Aiyoh.
Semakin dekat la pulak.
Isk. Biar betul nenek ni.
Kenapa pulak dia datang dekat aku ni?
Gedebushhh... Jangan la nenek ni nak buat hal.
Aku tak larat nak layan feeling seram ni.
Dia semakin dekat.
Dan betul-betul dekat dengan aku.
Dia bisik kat telinga aku.

"Cu, cucu nak beli kerepek ni tak? Murah je. Lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen."

"Oh. Kerepek. Berapa? Lima puluh sen?"

"Ya cu. Lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen je."

"Oh. Murah je la kan? Hurm. Untung ke nenek jual ni?"

"Nak kata untung tu, tak la sangat. Nak kata rugi, tak jugak. Hurm. Entah la. Nenek pun konfius mius jugak ni. Apa pendapat cucu?"

"Tetiba kan? Apa-apa je la nenek hoi. Okay. Saya nak sebungkus je."

"Tak nak enam puluh lapan bungkus ke? Isk. Cucu ni, jangan la kedekut wal kiut miut sangat. Beli la lebih sikit."

"Tak apa la nenek. Lain kali saya beli seratus dua puluh tujuh bungkus. Saya tak bawa duit banyak ni. Ada dua ringgit tiga puluh sembilan sen kat dalam dompet ni. Oleh yang demikian, saya nak sebungkus je."

"Okay. Ambil la ni."

"Trimas nenek. Nah lima puluh sen ni."

"Erk. Cu, tak cukup ni. Harga sebungkus kerepek ni dua ringgit la."

"What? Tadi nenek kata lima puluh sen. Kan kan kan? Tak baik tipu saya okay. Nanti masuk neraka. Adik-adik nak masuk neraka tak? Tak nak..."

"Isk. Mana ada. Nenek tak cakap pun harga sebungkus kerepek ni lima puluh sen pun okay. Walaupun nama nenek Sharifah Nur Proparina binti Syed Ahmad Propaganda, nenek tak propa tau."

"Nek, saya tak hilang ingatan lagi. Isk."

"Wahai cucu, cuba ingat betul betul. Tadi nenek sebut apa? Lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen. Kan kan kan?"

"Haaa... Kan betul? Lima puluh sen."

"Cuba cucu kira. Satu dua tiga do re mi apa nak jadi alif ba ta A B C. Wah, sedap pulak lagu M Nasir ni. Oh. Okay. Ada berapa kali nenek cakap lima puluh sen tadi?"

"Erk. Ada satu, dua, tiga...empat kali."

"Ya. Betul. Maka, harga sebungkus kerepek ni dua ringgit la. Lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen, lima puluh sen tu kalau ditambahkan jadi dua ringgit la. Tak begitu cu?"

"Erk. Oh my. Nenek kencing saya la ni?"

"Erk. Tak ada la. Kencing sipi sipi je. Nenek nak menguji kemahiran matematik kamu tu. Boleh?"

"Haha. Okay. Layan."


p/s: Seriously. Tetiba dapat ilham nak buat cerita mekerepek ni. Silakan gelak walaupun tak berapa nak lawak. Adusss~

21 ulasan:

c-jhou berkata...

zamie, nie...
ingtkn betul...
rupa2nye mereka je..
ceh..
tertipu pulak...

Hizami Li berkata...

jhou:
erk.
mana ada tipu.
aha~

c-jhou berkata...

sy ingtkn betul2 mak cik ckp lima pulh sen sebyk 4 kali...
ingtkan taktik baru...
daya imaginasi kmu nie hebat tul..
haha~~ =P

c-jhou berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
c-jhou berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cikTAM berkata...

ohh
sy tertipu!

c-jhou berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hana devushka berkata...

ingatkan nenek 2 nyanyi lagu 50sen..ngee~

Hizami Li berkata...

jhou:
ahha.
imaginasi kene hebat.
;D

Hizami Li berkata...

ciktam:
oh.
kamu tertipu?
bukan tipa tertipu?
erk.

Hizami Li berkata...

hana:
nenek tu tak pandai nyanyi.
picthing ke laut.
wuuu~

Arra JaSmY berkata...

hahaha..igtkan nenek tuh aisyah 50 sen.patutla nenek tu cam rock semacam jer.ahaks

c-jhou berkata...

sorry zamie,
comment sy terulang byk kali..
sy akan delete nye...
sorry sgt2...

aZizoL berkata...

si zamie yang kuat merepek..lol

AMIREZKA berkata...

haha.. cool...
tak terpikir langsung.. harga kerepek tuh 2 ringgit..

Hizami Li berkata...

arra:
ahha.
comel tak nenek tu?
ahha~

Hizami Li berkata...

jhou:
oh.
xpe.
its okay.
hehe~

Hizami Li berkata...

azizol:
ahha.
mekerepek la bst.
wuuu~

Hizami Li berkata...

amirezka:
ahha.
bulih?

FarhanaDr berkata...

Hahahahahaha.. Nenek tu boleh jadi pelakon wanita terbaik laa.. Ahaks.. Sangat propa.. Hehe..

Bagus2.. Melatih anak murid matematik ni.. Dgn cara yg lawak. Heehee..

yoe berkata...

hahahahah aduihhh gelak giler2!!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com