Ahad, 7 Mac 2010

Bias. Favouritism. Tipu Kalau Kau Tak Ada Sindrom Ni.

Bias. Sebutan bai-yes macam tu kot. Ke bunyi dia lain sikit? Siapa tahu goyang pinggul please. Oh. Aku nak cakap pasal sindrom bias ni. Dia bukan ada simptom-simptom macam kau nak demam. Ya. Batuk la, selsema la or apa-apa je la. Tu lain sikit. Bias ni kalau dalam Bahasa Melayu dia membawa maksud cenderung. Oh. Kau percaya je ke apa yang aku beritahu kau ni? Haha. Dalam konsep main hentam aku je, bias ni adalah sifat kau berat sebelah. Kan? Why kau tak nak berat dua belah? Erk. Tak tahu la ikut kau. Oh. Tak kisah la kau datang dari mana pun, kau tetap ada sikit bias tu. Bias kenegerian. Bias gender. Bias kaum. Bias status. Macam-macam lagi la jenis bias ni. Bias-bias cinta ada? Konon konsep bunga-bunga cinta macam tu la. Oh. Kepala lutut kau. Ya. Penyakit ni memang tak boleh nak lari mana. Kau gi la lari ikut Raja Petra ke, sembunyi kat Gua Tempurung ke, jogging setempat ke, oh, memang kau tak boleh elak la. Ya. Kau nak suruh Tok Moh (hencik bomoh) guna kamehamehamehameha nak hilangkan bias tu pun tak boleh jugak. Haha.

Cuba tinjau sikit. Contoh la kot. Kalau dalam pertandingan la misalnya... Kawan kau ada masuk pertandingan menguli tepung sambil cekak pinggang. Kau pulak jadi hakim pertandingan tu. Ada jugak yang masuk pertandingan tu fesyen muka macam nak suruh lempang je. Lebih-lebih lagi, ada pulak musuh kau yang curi penyepit baju kau kat ampaian dulu pun masuk jugak pertandingan tu. Walaupun dia hebat menguli tepung sambil cekak pinggang sambil goyang gerudi pun, kau nak bagi dia menang ke? Tentu kau nak bagi kawan kau yang tak berapa reti nak uli tepung tu. Kan kan kan? Sudah. Aku pun dah malas nak fikir contoh yang lain pulak. Bukan dapat markah pun kalau aku letak banyak-banyak contoh kan? Haha.

Aku pun macam kau. Kot.

p/s: Oh. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Ya. Kalau kau malas nak tapis air tu, kau buang je semua. Boleh? Jimat masa, jimat tenaga. But, membazir air la pulak. So how? Kena la kau tapis jugak kan. Haha.

2 ulasan:

hana devushka berkata...

haha..bagus btol cth 2..huhu~

Hizami Li berkata...

hana:
ahaha.
;P

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com